Tuesday 30 April 2013

Letting Go


Hi. I’m Ree. Lama menghilang terlalu sibuk.

Rasanya semua serba maklum kan dengan isu how to overcome break up. I would like to share some portion of this issue. Secara psikologi.
Kenapa? Likee jadahnyaa aku buat entry ni. Know what, secara zahirnya kita nampak gumbiraa seakan-akan dah 100 percent moved on. But deep inside, Tuhan je yang tahu betapa parahnya luka yang dialami. All the wound and scar memang tak bagi problem sangat. But remember, the people around you for sure akan perasan some changes. Lebih teruk, kalau dorang rasa annoying and menjauhkan diri.


MELEPASKAN

A stage where pain take hostage. Sebagai manusia waras, kita sedar akan hakikat setiap permulaan pasti ada pengakhiran, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Before step in your feet in a relationship, beri peringatan dan lampu amaran kepada diri sendiri, whatever happens, happen. Di sini juga fasa utama di mana manusia belajar mengenal diri sendiri, memperbaiki keazaman dalam kesilapan. Bila hati dah rabak, studies, work, life, family, all the things will follow the rabak-rabak dan sesungguhnya bermulalah kucar kacir dalam kehidupan.





Your grades in your life pon akan jatuh, you’re lifeless. Hidup tapi tak bernyawa. Why these things happen? Because you donno how to overcome the pain, you takde kudrat untuk tell yourself that you gonna be okay. You tak tahu macamana nak pujuk and handle your little heart. Kalau setakat hati sendiri pun tak pandai nak jaga, apatah lagi nak jaga hati orang lain bila bercinta. A lot of peoples outside there yang tak bersedia nak having a relationship, I mean serious relationship tapi just go on with the love yang akhirnya menghancurkan diri sendiri. Things to do :

1.      Change Yourself

-Okay, topic ni besar. First, penampilan. If sebelum ni rambut panjang macam mayang mengurai, tukarlah style Madonna ke lol. Or if sebelum ni suka pakai jeans sendat-sendat why not try pakai long skirt ke. If style rambut sebelum ni macam Kim Hyun Joong, tukarlah jadi macam Mazidul Akmal Sidek. It just like menggembirakan hari-hari kita. Seriously I pernah buat everyday tukar theme colour masa 4 days vacation. Sabtu tema pakaian pink, ahad tema yellowing or blabla. Your mood memainkan peranan dalam cara pemikiran. If you wear dull colour of cloth of accessory macam orang berkabung, sampai bebila pun you takkan rasa “hidup”.
-Love yourself at the first stage. Sayangi diri anda dahulu. Stop annoying people by the words; I love you more than I love myself. Then you really nak ubah profesion jadi hamba abdi pulak? If you can’t love yourself, its mean you know nothing about love. So macamana rasa cinta tu nak jadi jujur dan ikhlas. Mana ada kasih yang cukup kukuh bila kita tak suka kat diri sendiri. Masalah ni biasanya dihadapi oleh manusia yang ada personality confusion.

2.      Success Spiral

More to hmm securing yourself. Tingkatkan self-esteem. Keyakinan dalam diri akan memberi kejayaan dan memudahkan proses “melepaskan”. Bila you dah secure, a lot of people will like to be with you. Ini sekali gus membuatkan kita mempunyai rasa hormat diri yang lebih tinggi dan yang paling penting, your ex surely macam “ohmygod”. One of the way, cari kawan-kawan yang positif, mempunyai rasa hormat yang tinggi dan tiru cara pergaulan mereka.

3.      Tell yourself that you will never hated your ex

 Kak Maya- “Benci itu umpama menelan duri dan beracun sambil mengharapkan orang yang kita benci tu mati. Siapa sebenarnya yang akan rasa sakit akibat benci tu? Dia? Bukannya dia tahu pun. “Hargailah kehidupan dengan nilai yang lebih bermakna. I pernah baca kat dalam satu buku ni,

HATI ITU TIDAK AKAN PECAH. IA AKAN SAKIT DAN MENYENGAT SUPAYA IA BOLEH MENJADI LEBIH BESAR BAGI MENERIMA SESUATU YANG LEBIH BAIK.

So, just biarkan hati tu sakit berguling-guling. Ia sebagai persediaan menghadapi risiko untuk 
bertemu dengan yang baru.

Eh dah lah, first time tulis panjang-panjang. Macam comot pulak haha. Just few little point but I hope it will help a bunch of people outside there.


Feetnote: ilmiah tak penghuraiannya? Haha, cuba lari dari konsep santai. Ohyeah.

Sunday 28 April 2013

Lelaki Romantik vs Lelaki Kaya.




Aku ada berbual dengan orang-orang yang berpengalaman pasal isu ni. Makcik Rossa (bukan nama sebenar) kata dia nak sangat suami romantik, PDA (Public Display of Affection) sikit-sikit, tunjukkan sayang tu secara fizikal seperti bagi bunga paling tidak pun masa ulang tahun kelahiran. Suami makcik Rossa (yang sudah tentunya tidak romantik) pulak berpendapat sebaliknya. Pakcik Haris (bukan nama sebenar) kata baik cari lelaki yang baik, lengkap ciri-ciri jadi suami, kaya lagi bagus, romantik tu tak payah ambil kira.

Makcik Rossa tetap tidak bersetuju, ‘Ah awak, awak tu tak romantik. Kita nak pegang tangan dia pun tak boleh. Malu la orang nampak konon. Padahal tak da orang tengok pun.’
‘Kau tahu Neelofa (bukan nama sebenar aku), masa makan beradab time kahwin sekaliiii tu la dia suapkan makcik makan. Lepas tu, sakit tangan la sakit kaki la.’
Pakcik Haris menepis dakwaan isterinya, ‘Eh awak nak suap masa tu saya makan tulang ayam. Takkan la saya nak sua tulang ayam bagi awak. Lofa, cari lelaki kaya, baik, soleh. Romantik tu janganlah geli je, bayangkan kalau lelaki romantik nanti nak berkepit je sepanjang masa payah jugak.’ Pakcik Haris tergelak besar.

‘Macam makcik kau ni, pakcik pergi kursus bagi dia kad kredit tinggalkan dekat shopping mall, dia shopping lah.’

‘Lofa, Lofa, Lofa, kau bayangkan makcik sorang-sorang shopping bosan Lofa kalau tiga hari kursus macam tu. Nak jugak ada suami teman pilih barang’, kata Makcik Rossa.

Aku pun terfikir, orang kata ‘duit tak menjamin kebahagiaan’, kalau tak ada duit pun susah jugak. Tapi kalau lelaki romantik dengan tak romantik apa solusinya. Mungkin tu maksudnya kita kena hidup bersederhana dalam segala aspek. Apa agaknya pilihan wanita sekarang?
Inilah shortlist yang pada pendapat aku perbezaan atau ciri-ciri ketara dua kategori lelaki ni. Mungkin salah mungkin betul, renung-renungkanlah. Ahaks.

Lelaki Romantik:

  •      Suka buat ‘event’ untuk kekasih terutamanya untuk meraikan hari-hari istimewa. Kadang-kadang kalau yang terlampau romantik hari-hari bagi bunga, candlelight dinner siap.
  •          Lelaki-lelaki romantik selalunya manis mulut mereka atau kata lain ‘sweet’. Sering mesej ayat-ayat cinta.
  •      Perlu diawasi jika dia berkata-kata manis dan bersikap romantik dengan wanita-wanita lain.
  •      Kuat cemburu.
  •      Sensitif, terutamanya pabila si isteri bekerja, tak dapat nak romantic katanya.
  •      Boleh menjadi king-control.
  •           Macam dalam drama.


Lelaki Kaya atau secara general Lelaki yang tidak Romantik:
  •      Suka bagi duit untuk si isteri buat ‘event’ sendiri. Seperti sponsor majlis hari lahir kawan.
  •          Tidak terkenal dengan sikap manis mulut.
  •      Dalam hati ada taman.
  •       Perlu sentiasa diawasi kerana kemampuan si suami untuk kahwin dua, tiga dan empat.
  •      Macam dalam drama.



Sebenarnya, aku rasa banyak lagi perbezaan tapi ni berdasarkan apa yang aku dengar, lihat dan tahu, dan juga pengalaman individu tertentu, which may or may not apply to everyone. 

Baru-baru ni aku belajar kalau buat telur dadar letak air sikit, lazattttt.

Blindfolds


Pesan mak aku, kalau nak masak sedap kena ada cukup rempah ratus. Kata cikgu, kalau nak berjaya, kena ada cukup ilmu dalam dada. Orang pulak cakap, kalau nak cukup makan pakai sampai akhir bulan, kena la pandai berjimat, ukur baju kat badan sendiri. Tapi kalau cinta, kau rasa-rasa perlu ada apa?

Setia?
Kepercayaan?
Wang ringgit?
Nafsu?



Tak. Aku rasa cinta tu perlukan buta.

" You rilek je boleh? You kena faham I macam mana. Before I met you pun, this is my life. I memang jenis happy go lucky, takkan sebab kita couple, I kena ubah semua tu. This is me, myself, memang macam ni. Chill la. Biar ada seribu, tapi yang I perlu hanya satu. You. "

Aku diam, cuba nak hadam apa yang dia kata. Ada betul nya jugak. Kata orang, kalau sayang, tinggal-tinggalkan. Jangan diikat, jangan disimpan dalam peti nanti basi, lemau, bosan. Ada ramai 'kawan perempuan' tu perkara biasa, lepak sana sini sampai dua tiga pagi, normal lah kot. Tapi kalau dah sayang, mesti ada rasa cemburu. Hati aku rasa attached, semua benda rasa nak bagitahu. Tapi aku tahan sebab konon taknak jadi clingy. Aku taknak dia lari. Aku pandang dia, lama. Sambil tersenyum. syok betul dia reply bbm, ke Whatsapp siapa entah tu, aku pun tak tahu. Yang penting dari tadi aku lepak dengan dia, tak berhenti berbunyi. Aku rasa rimas.

"....dan yang paling penting sekali, just be yourself la, okay baby? "

Aku bagi senyuman hambar sambil betulkan rambut. Senang nya cakap be yourself, padahal dia tak tahu laut berapi cina selatan mana aku redah untuk just be myself yang sekarang ni, yang dia suka, yang dia puja. Tak sudah komplen pasal berat aku la, rambut, baju, kasut. Aku rasa macam anak patung, ke hulur ke hilir dia bawak. Nak kenalkan kat kawan dia katanya, nak spend time bersama kononnya. Tapi hasilnya macam ni, aku cakap dengan Teh O Ais depan mata, dia sibuk menaip sambil gelak sorang-sorang. Dia bangga cakap aku, dia yang punya. Hak milik tetap. Tapi hak aku kat dia? Macam kena kongsi dengan berjuta perempuan atas dunia! Panas betei hati aku.

Orang cakap kalau nak bercinta ni kena ada sayang, kena ada kepercayaan, kena ada faith dalam hubungan. Ah! Persetankan semua tu, sebab mustahil rasa ragu tu tak ada, tipu kalau sayang kau tu masih kekal tanpa jemu. Sebab bila kau nampak dia dengan perempuan lain, kau sedapkan hati. Kau manipulasi otak agar fikir yang baik aja, putarkan kembali memori indah agar hati kau rasa lega. Pastu kalau betul konon dia ada skandal yang lain, kau tetap berusaha terkejar-kejar untuk mencuba jadi yang terbaik, mana tahu boleh tetapkan hati yang berubah. Sabar dan mengharap. Yang hasilnya adalah hati sendiri yang rabak, hati sendiri yang penat.

Prinsip pertama dalam cinta.
Buta.

Kau butakan minda, tutup segala pandangan hati dan mata untuk kekalkan cinta.



Wednesday 24 April 2013

Buku Baru dari Skuad Terfaktab : Korban Cinta Remaja



Mengenai Korban Cinta Remaja

Korban Cinta Remaja adalah antologi cerpen dari sekumpulan penulis yang digelar Skuad Terfaktab. Tajuk Korban Cinta Remaja timbul dari seorang penulis yang mengisahkan segala pengorbanan cinta seorang remaja melalui liku-liku kehidupan percintaan.

Korban Cinta Remaja terlalu klise, ironi dan adakalanya tidak masuk akal. Sengaja dibuat sebegitu kerana kami para penulis sudah muntah dengan novel cinta happy ending yang meracuni pemikiran ramai pembaca sehingga mereka dibuai-buai fantasi indah. Ini bukan kisah cinta Bollywood. Ini kisah cinta masyarakat Malaysia.

Abstrak

Aku manusia. Kau manusia. Yang membezakan antara kita ialah sifat dan amalan kita. Aku tak pernah salahkan kekejaman yang kau lakukan. Aku tidak berniat hendak mengungkit, tetapi aku mengalami tekanan perasaan yang teruk atas perbuatan kau selama ini terhadap aku. Jadi, aku cuma harap suatu hari nanti Tuhan beri peringatan atas perbuatan kau selama ini berbuat buruk terhadap aku yang ikhlas mencintai kau sehingga buat aku terkorban. 

Kita semua pernah terkorban dalam dunia percintaan remaja.

Korang boleh menjadi pembeli terawal di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC bermula 1 Mei ini. Find us on IndieKe booth number 1&2. See you there~~!

Tuesday 23 April 2013

T-Shirt Eksklusif Terfaktab 2013

1. Hanya 100 helai sahaja dicetak.
2. Hanya di jual sewaktu Pesta Buku Antarabangsa KL bertempat di PWTC mulai 1 Mei.
3. Hanya berharga RM30 sehelai.
4. Hanya yang tegar dan ekselen pada Terfaktab sanggup membelinya. :P


Si Awan Mendung


 Kadang aku ada sedikit rasa kepelikan pada sifat perempuan. Ada masa, entah apa yang tidak kena dan secara tiba-tiba sahaja emosi membelenggu diri. Seumpama ada satu kelompok awam hitam yang besar memayungi diri dan mengekori ke setiap penjuru. Okay, itu boleh dikatakan ketidakstabilan hormon. Tapi kenapa ya, hormon itu tidak dapat dikawal?  Okay, mungkin dah cukup bulan, Cik Teman Baik datang melawat dan hormon mereka sedang bergendang-gendung dalam proses perubahan. Jadinya akan melibatkan emosi juga. Tapi ada juga bukan disebabkan kehadiran Cik Teman Baik. Awan mendung muncul secara tidak semena-mena. Puas difikir apa puncanya, kosong. Cuba diselongkar apa salahnya, negatif. Difikir-fikir dari pagi membawa ke malam, hampa. Tiada jawapan untuk kelompok awan mendung yang datang secara mengejut itu. Dan itu yang aku selalu dan sedang alami. Samada ego atau kau memang tidak mahu mengaku, sebenarnya kau tahu apa punca kau jadi begitu. Sebab dia kan? Mengakulah. Sedikit sebanyak sebab dia kan? Hei perempuan, mengakulah.

Aku bukan insan pertama dalam hatinya dan mungkin insan kedua atau ketiga atau entah yang ke berapa. Itu hanya satu kemungkinan. Sebab siapa aku di hatinya tidak pernah dipersoalkan. Kenapa? Sebab aku tak mahu tahu. Sebab aku tak cukup kuat untuk mendengar hakikat. Sebab aku terlalu keras dan angkuh untuk menerima. Sebab aku terlalu lemah untuk mengetahui yang aku bukan yang terpenting dalam hatinya. Yang aku mahu tahu dan akur akan situasi kami, dia menyayangi aku dan aku menyayangi dia. Cukup itu sahaja. Dan aku tidak perlu tahu pada yang lain. Dan aku tahu hatinya. Jauh di sudut hatinya, dia memang menyayangi aku. Berapa peratus sayangnya padaku tidak perlu diukur. Cukup hanya tahu dia sayang aku dan sayang itu dalam bentuk keikhlasan. Bagaimana dengan degree sayang aku pula? Sepenuhnya kucurahkan untuk dia. Kau boleh kata aku bodoh. Kau boleh hina aku sebagai bangang dalam menabur sayang. Tapi sayang aku pada dia bukan satu benda bodoh. Sayang aku pada dia bukan satu benda bangang. Aku ikhlas sayang dia dan dalam keikhlasan aku untuk menyayangi dia tanpa tersengajakan aku menanam rasa cinta pada dia. Cinta dalam diam. Biar aku seorang saja yang tahu. Biar aku seorang saja yang pendam. Dan jika itu yang akan menjadi awan mendung setiap masa dan saban hari untuk aku, biarkan. Dan jika awan mendung itu yang akan sentiasa mengocak kehidupan biasa-biasa aku ini, biarkan. Dan jika awan mendung itu yang akan membentuk emosi berkecamuk yang membuatkan aku gila, biarkan. Aku tak mungkin dapat miliki dia dan dia tak mungkin akan menjadi kepunyaan aku. Mungkin kehadiran awan mendung itu sahaja tempias sebahagian dirinya untuk aku. Dan itu sudah cukup buat aku rasa dia milikku. Terpulang untuk dikata betapa gilanya cinta aku ini sebab kau takkan pernah tahu bagaimana rasanya. Rasa diam dan pendam itu hanya aku seorang yang tanggung.


Aku tahu takdirnya memang bukan dia untukku. Aku tak buta akan perihal takdir yang telah ditentukan itu. Aku tak bodoh untuk menilai setiap perilaku itu yang bakal memusnah aku dari dalam. Jangan dicaci aku. Jangan dimaki aku. Sebab aku akan tetap begini. Aku akan tetap memesongkan kiblat cinta ini menghala ke dia. Andai suatu hari dia pergi, aku tahu yang akan tertinggal nanti hanya awan mendung itu. Awan mendung itu yang akan sentiasa mengiringi aku sepanjang zaman. Dan itulah sumpahan yang akan kuterima terhadap kedegilan aku yang sekarang ini.

“Engkau si matahari, engkaulah si hujan. Engkau jugalah si ribut petir, engkau juga si angin sepoi-sepoi bahasa. Yang paling utama, engkaulah si bulan yang sentiasa meneman tika aku tidak berteman.” SD

Kuasa Jodoh


Kalau kau dah tahu dia ada gf, kenapa kau nak kawan dengan dia lagi?

Sepotong ayat yang bikin hati aku sentap. Sekejap lah. Aku terkedu untuk beberapa detik untuk cari jawapan. Tapi aku tak jumpa jawapan untuk soalan tu. Saat tu aku terasa seperti disimbah air ke muka sampai lencun, tapi aku tak jumpa sebarang benda yang boleh keringkan muka aku. Faham kan?

Tarik nafas, hembus. Ligat jugak otak aku berputar nak jawab apa.

'Mungkin kau belum pernah berkawan rapat dengan orang yang dah berpunya sebab tu kau tanya orang soalan macamtu. Kalau kau pernah dalam keadaan macamni, orang bet kau tak kan tanya macamtu'

Konon nak bagi jawapan tricky. Tapi haram.

Lelah kena tembak dengan soalan maut tu, aku duduk diam sendiri dan berfikir. Ulang tanya soalan tadi ke diri sendiri. Masih tak jumpa jawapan.

Tapi bila fikir balik, nama pun kawan kan. Asalnya memang kawan lah pun cerita dia. Kalau kau bercinta pun mesti kau kawan dulu dengan pasangan kau tu. Ke kau memang pesen main redah hantar rombongan? Lantak kau lah.



Dia sebenarnya tak salah kawan dengan orang yang dah berpunya ni. Tapi kau kena tahu situasi dan tujuan sebenar kau dengan dia. Sebab bagi aku situasi dia ada dua. Sama ada kau memang nak berkawan dengan dia sahaja, atau kau ada niat nak flirt dengan dia. Naahhh. Nampak macam berbeza keadaan tu tapi hakikatnya penghujung dia tetap sama.

Kalau kau memang nak kawan je mungkin takde masalah kalau tengok secara kasar. Nak kawan kan. Tapi kau jangan lupa yang lelaki dengan perempuan tu kan tak boleh kawan baik. Tak kira lah apa pun status kau dan status dia. Mula-mula memang kawan, tapi satu hari benda tu tak mustahil langsung akan berubah kepada lebih dari kawan. Sedangkan orang yang kau tengok dari jauh pun kau dah boleh suka sampai jadikan crush, inikan pulak yang memang kau rapat. Sikit-sikit mencari, sikit-sikit dicari. Tak mustahil benda tu akan pergi ke tahap seterusnya. Dan yang kedua tu tak payah cerita banyak. Terang lagi bersuluh.

Macam aku sendiri kekadang bila dengar mamat ni dah ada gf or someone yang dia close, aku akan back off sebab tak nak amik risiko kecewa dikemudian hari. Orang kata tak baik kan kacau daun. Tapi benda macam ni susah nak control. Kadang kau tak sengaja, kadang kau memang sengaja.

Cuma ada satu ayat sorang tua bagi ke aku. Dia cukup confident bila cakap benda ni ke aku setiap kali aku cakap aku tak nak fight untuk someone atas alasan orang tu dah ada yang punya. Dia kata,

Pergi lantaklah dia dengan gf dia. Awak, awaklah. Dia belum tentu lagi kahwin dengan gf dia. Awak kawan je lah macam biasa. Kalau dia jatuh hati kat awak itu bukan salah awak.

Kau tak rasa ke itu macam merampas?

Nampak je perkataan merampas tu confirm korang semua melenting kan. Kerja nak menyalahkan si perampas je. Lepastu harap hukum karma dekat orang yang kau kata si perampas.

Bila aku kata keadaan tu macam merampas dan aku bukan orang yang macam tu, orang yang lebih tua tu ada alasan dia sendiri. Katanya,

Ini soal jodoh. Takde istilah rampas merampas. Kalau dia bukan jodoh awak, macam mana awak cuba ambik hati dia dan rampas dia dari gf dia pun, awak tak kan kahwin dengan dia. Tapi kalau dia memang jodoh awak, awak kawan biasa dengan dia pun dia tetap akan kahwin dengan awak. Soal jodoh ni bukan isu jatuh cinta atau tak. Orang yang tak pernah bercinta pun boleh kahwin. Jadi awak jangan cakap dengan saya yang dia tak kan suka awak dan awak tak kan kahwin dengan dia. Nampak tak kuasa Tuhan dekat jodoh tu? Masa depan kita tak tahu. Lagi-lagi soal hati dan perasaan ni.

Aku cuma senyum dan diam. Entah lah.

Sunday 21 April 2013

Spark

Jujur, aku jenis yang cepat bosan. Aku tak pernah ada relationship yang lebih dari setahun kecuali dengan boyfriend aku yang sekarang. 

Satu hari, aku rasa bosan dengan boyfriend aku. Rasa cinta berbunga berdebar setiap kali tengok muka boyfriend macam orang baru bercinta, "spark" tu dah hilang. Menyampah sangat dengan semua benda dia buat, muka dia, suara dia. Rasa macam nak suruh dia diam, pergi main jauh-jauh.

Dekat seminggu jugak aku rasa menyampah tengok dia. Setiap hari bergaduh. Sampailah satu hari, ada orang call aku. Aku dapat tawaran untuk join rancangan realiti TV. Aku tak hantar pun borang penyertaan, tapi rezeki aku producer rancangan tu jumpa gambar aku yang keluar magazine tahun lepas. Rezeki, peluang besar bagi aku. Tapi, otak aku terus teringat boyfriend aku.

Sebulan aku takde. Siapa nak gerak dia bangun, paksa pergi kelas? Siapa nak make sure dia makan cukup, tak makan roti canai sekeping je sehari? Siapa nak tolong dia buat assignment? Siapa nak duduk sebelah dia dalam kelas nanti? Siapa nak jadi tukang tunjuk jalan?

Tapi bukan ini ke yang aku nak? Aku kan dah menyampah tengok muka dia. Buat apa peduli? Ini masa aku untuk berkawan bebas, kenapa perlu aku fikir pasal dia? 




Aku pandang dia, aku tanya "Sayang, bayangkan kalau esok you bangun, I dah takde. Apa you nak buat?"

Dia diam 5 saat, terkedu aku tanya macam tu agaknya. Dia jawab sampai menangis, sampai tersedu, sampai tak boleh sambung cerita. Aku dapat rasa jujur, ikhlas, aku dapat rasa dia betul-betul sayang aku.

Walaupun ego aku tinggi, dan aku tak pernah mintak maaf dekat dia sampai sekarang. Tapi malam tu, lepas dengar jawapan dia, aku nangis. Aku nangis depan dia, tapi aku senyap. Dalam hati aku sedar, selama ni aku bodoh. Tak pernah nak hargai dia yang sayang aku. Sampai hati aku boleh ada perasaan bosan dan tak nampak semua benda yang dia berkorban untuk aku. Tak sedar yang sebenarnya aku bertuah.

Hi kawan, kalau awak rasa bosan dengan boyfriend awak, rasa macam you deserve someone better, rasa konon cantik boleh cari boyfriend sekelip mata, fikir balik. Kenapa harap dia je layan awak macam puteri tapi awak layan dia macam kuli. Tanya dia soalan sama saya tanya boyfriend saya, tengoklah nangis ke tak nangis.




Confession #22

Mari sini dekat-dekat.
Aku mahu cerita satu rahsia.

Ada seorang lelaki, sangat hampir kejadiannya dengan sempurna. Baik, santun dan ada karisma. Setiap kali aku jatuh, dia ada. Setiap kali aku menangis, dia ada. Setiap kali aku rasa bagai dunia akan berhenti berputar, dia muncul dan putarkan semula. Dia yang masih setia berdiri di sisi, atas dasar sayang dan cinta. Dia yang menjanjikan aku bahagia.

Dan kebaikan dia ada harganya. Dalam setiap hulur tangan yang dia beri, ada harapan yang tersimpan. Bagai ada kepulan awan menghurung jantung, aku rimas. Aku rasa lemas. Aku rasa harga yang dia letak terlalu tinggi. Dia taknak yang lain, hanya satu yang dia cari. Hati aku yang dia nanti.



Tapi dalam hati aku ada dia. Dia yang kedua.

Dia yang punah, dia yang ada cacat dan cela. Dia yang hitam dalam kalangan putih, dia yang rabak, dia yang jatuh tiada kaki, kudung tiada tangan. Tapi hati aku pilih dia, aku mahukan dia. Dia yang aku hulurkan segala kudrat, aku patahkan tulang-tulang bahu empat kerat, hanya untuk dia. Lemah-longlai langkah aku kerana berat beban aku galas setiap sedih coretan luka dia simpan.

Tapi yang buruk itu semua aku terima, aku tolak jauh-jauh, enggan ambil peduli. Cakap lah apa yang kau mahu, bagi aku dia masih yang terbaik. Bila mata dipejam, yang aku bayang adalah dia. Bila hati diasak perit hidup atas dunia, yang aku mahu dengar adalah suara dia.

Tapi dalam hati dia ada tuan empunya. 
Si perempuan yang sempurna.

Dan siapa aku? Hanya picisan yang datang bila dipinta, persinggahan semata. Tapi hati ini aku tadahkan juga, setiap rongga rindu aku simpan hanya untuk dia. Dari jauh aku pejamkan mata, butakan deria, lemah sepuluh jari aku perlahan mengusap pergi rekahan yang jatuh dari mata. Kerana aku perempuan biasa. Dia yang kau cinta? Bagai matahari, satu dalam sejuta menerangi bumi.

Jadi akhirnya aku pilih yang pertama, terpaksa walau tiada cinta. Disumpah menyimpan rahsia paling jahat. Ya, aku jahat. Kelat dan pahit aku simpan, aku telan. Aku luahkan madah manis untuk menjaga hati, untuk menjadi bukti kononnya dia lah sayang, padahal hati aku si dia yang kedua pegang.

Tapi ini rahsia ya.
Rahsia kita.

Thursday 18 April 2013

Menjaja Mimpi




Dalam Inception, Cobb ada kata “you never really remember the beginning of a dream, do you? You always wind up right in the middle of what's going on.” 

Kau tak pernah ingat permulaan sebuah mimpi kan? Macam nilah kot cara aku jumpa kau, macam mimpi. Aku tak ingat clearly pun macam mana, rasanya masa tu kita terlepak sama, tengok bola sama. Aku tengok muka kau masa tu, rasa macam familiar, macam pernah dengar kawan-kawan aku cakap pasal kau, dengar cerita kau ni lejen apa semua. Cream of the croplah orang putih kata.

Ntah macam mana, lepas tu kita boleh get along, sembang late night dekat Facebook, dekat Twitter. Daripada situ heh timbul satu ‘rasa’. Sumpah jujur kau bukan type aku, dan aku pun tak pernah sangka aku boleh terjatuh sampai macam ni, kawan-kawan aku pun dah start rasa pelik sebab sumpah jujur aku tak pernah rasa camni. Dulu aku takdenya nak reply text orang, tapi sebab kau tetiba rajin text. Dulu topup kalau boleh memang taknak topup, tapi sebab kau balance kat CIMB Clicks tu makin susut. Dulu gambar profile picture kat Facebook dengan Twitter tiap-tiap minggu aku tukar tapi lepas letak gambar kita dua takde pulak aku rasa nak tukar, kalau nak tukar pun still gambar kita dualah tapi. Maybe tu kot meaning sayang, entahlah aku pun mana reti sangat benda-benda camni tapi serius betul, ya aku sayang.

Bila aku cakap ‘I miss you’, kau pun cakap ‘I miss you too.’ Bila aku bagi lagu, kau pun bagi lagu kat aku jugak. Tu dah macam jadi our thing, our own little thing sampai aku buat mixtape khas untuk kau. Kita pergi mana-mana event pun dua-dua je sampai naik panas telinga dengar orang cakap kita ni couple. Panas sebab blushing, bukan sebab tak suka. 

Kau ni pun kalau merajuk bukan main, sampai taknak cakap dengan aku sebulan, kawan-kawan aku kata macam dah terbalik dah role kita; macam aku ni lelaki kau ni perempuan sebab apa-apa pun mesti kau yang tarik muka dulu. Heh aku gelak jelah sebab memang betul pun, kau buat kat aku benda sama aku tak kata apa pun, kalau aku buat kat kau taknak reply text, IM semua. Sebab gaduh memang semua taknak bodoh lagi pulak dah tu. Tapi nanti kau call aku bila dah reda merajuk kau tu, kata ‘I miss you.’ Haih mana tak cair bro, sekuat mana pun hati perempuan kalau lelaki yang dia suka cakap camtu mesti jantung tiba-tiba bergerak lagi laju.

Taaaapi, rindu-rindu kau pun kau kata aku ni khunsa, buat jadi bahan dengan kawan-kawan kau macam aku takde perasaan. Rasa macam hati kena hempap dengan trak 8 tan lepastu kena gilis dengan streamroller. Aku confuselah gila, kita ni apa aku ni still dalam brozone ke macam mana ni. Kawan-kawan aku kata macamlah kau tu hensem sangat nak kata aku macam tu nak kata ada rupa taklah sangat. Aku diam je, mampu gelak je kena cover tahan sedih. Benda ni dah jadi macam cycle, harini kau layan aku macam aku ni the only girl yang ada dalam paksi hidup kau lepastu esoknya pulak kau layan aku macam stranger pulak. Aku rasa macam dalam ruang limbo yang tak ada hujung. Malaslah, penat nak fikir pasal kau buat sakit otak buat sakit hati perangai kalah perempuan meroyan.

Suatu hari, aku dapat tau ada housemate baru nak masuk rumah. Aku kenal dia sebab dia pun 'kawan’ kau jugak. Aku kata ‘kawan’ sebab aku tau, aku kenal cara pandangan dia kat kau. Sebab aku pun pandang kau macam tu jugak. Masa hari dia pindah masuk, aku rasa macam jantung aku nak terhenti. Aku nampak kau tengah tolong dia angkat kotak-kotak, tapi bukan tu yang buat jantung aku terhenti. Kau senyum kat aku masa tu; “Hai!” kau kata dengan riak muka biasa kau, tapi bukan tu yang buat jantung aku terhenti. Aku nampak kau pakai anklet, ‘kawan’ kau pun pakai anklet. Matching anklet. 

Masa tu, aku rasa macam nak spin totem macam Cobb ada dalam Inception. Nak tengok totem terus berputar atau terhenti sebab dalam Inception kalau totem tu terus berputar maknanya aku sedang bermimpi.

Aku harap totem aku terus berputar.



Wednesday 17 April 2013

Dua Tahun Lepas


Semalam aku jalan-jalan. Pergi kedai. Dahaga. Jadi aku perlukan kelegaan pada tekak. Minuman bergas dan sejuk, itu sudah pasti. Aku berjalan seorang diri. Lagipun kedai bukannya jauh. Cuaca panas dan bahang. Menyesal pun ada. Aku harap perjalanan ini dirahmati dan dipercepatkan. Tak mahu kulit aku terbakar. Ngeri.

Aku melepasi sebuah taman permainan. Dan disana ada macam-macam jenis manusia. Kebanyakkannya kanak-kanak dan remaja, berbilang kaum dan agama. Aku lihat ada pasangan kekasih. Bercumbu. Seronok nampaknya. Aku biarkan. Aku pernah lalui. Dua tahun lepas, betul-betul dua tahun lepas. Taman permainan menjadi saksi.

"Kita nak makan dekat mana ni? Takkan nak makan sambil jalan?"
"Alaa kita lepak taman permainan depan tu lah kejap. Aku nak makan, aku lapar."
"Sebab tu aku tanya kau. Kau tu bukan tau sabar kalau bab makanan."
"Okay fine."

Kami berdua singgah disana. Gelap. Mana ada kanak-kanak mahu bermain pada waktu malam begini. Jadi, kami berdua saja disana. Kami longgokkan makanan yang kami beli di pasar malam tadi. Pasar malam ini dibuka pada setiap malam ahad. Mujurlah dekat dengan kolej kami. Kami boleh menapak kesana. Tak perlu ada kenderaan.

"Sikit jagung bakar weh. Macam sedap je."
"Ah kau. Macamlah takde jagung. Tu cup corn kau tu ada. Makanlah."
"Kedekut. Aku nak rasa lah."
"Yelah yelah. Nah amek."

Ini rutin mingguan kami. Kami tidak punya kawan lain. Bukan tiada, cuma tak selesa. Kami asal daripada selatan. Dia Selangor, aku Johor. Kebanyakkan kawan sekelas orang utara dan pantai timur. Tak masuk kepala. Jadi, kami selesa berdua. Kemana-mana berdua. Tak pernah bosan.

"Aku suka kau."

Suasana yang tadi riuh, kini senyap. Aku terdiam. Barangkali budak ini bergurau. Atau mungkin aku yang tersalah dengar. Aku biarkan saja. Aku ratah jagung bakar laju-laju. Aku tak pandang dia. Malu. Yelah, mungkin aku silap dengar. Jadi, elok abaikan saja.

"Kau suka aku tak?"

Kali ini aku tumpukan perhatian. Tak silap lagi. Memang itu yang dikatakan. Tapi, kenapa? Aku tidak faham. Aku rasa akulah budak paling dia benci dan paling banyak buat dia sakit hati. Aku kacau dia, aku kutuk dia, aku buli dia. Paling jahat senang cakap.

"Kau dah kenapa?"
"Salah ke?"
"Entah, kau rasa?"
"Aku tak tahu."

Botol minuman dicapai. Not dua ringgit dikeluarkan daripada poket. Dibayar. Aku berjalan pulang sambil menyambung kisah-kisah dua tahun lepas. Aku masih tidak faham.

Monday 15 April 2013

Kisah Sarah


Ini cerita pasal Sarah.

Aku suka Sarah. 
Sumpah weh, dekat mata aku, Sarah lah yang paling cantik, paling anggun, paling cun. Aku kenal Sarah masa sekolah dulu, masa tu baru pindah sekolah. Comel sangat Sarah sampai aku tergagap masa nak kenalkan diri, rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut! Rasa seram sejuk. Alah, biasalah. Aku baru tingkatan 2 masa tu.

Aku suka Sarah.
Walaupun kelas aku tingkat 3 dan Sarah punya kelas kat tingkat 5, takpe, aku sanggup naik atas nak tunggu luar pintu kelas dia. Berbaloi jugak sebab boleh lepak sama dengan geng Sarah masa rehat. Ramai orang gelakkan aku, sebab Sarah lagi tua. Alah, biasalah. Aku tak kisah pun. Dia baru tingkatan 4, bukan 40 tahun.

Aku suka Sarah.
Tapi aku baru dapat tahu Sarah dah ada boyfriend. Masa tu mak aku masak gulai ikan patin pun aku tak lalu nak makan, tiap kali masuk kelas pun rasa terbang je semua ilmu taknak masuk otak. Hhhmm sedihnya. Eeeehh tapi takpe, Sarah cakap kitaorang still boleh jadi kawan, boleh je nak pergi rehat sama-sama. Lagipun boyfriend dia abang tingkatan 5, selalu busy. Kemain happy lagi aku, terus ada bunga dalam hati! Haa tapi time tu aku mana tahu istilah 'friendzone'. Kalau lah aku tahu...

Aku suka Sarah.
Dah habis sekolah pun aku masih suka Sarah. Seminggu sekali mesti wajib lepak sama, ada banyak benda yang Sarah nak cerita. Ketawa dia, sedih dia, manja dia, semua aku dah kenal. Sarah makin cun sekarang, ramai lelaki minat Sarah. Tapi dorang bukan suka Sarah pun, dorang mana kenal Sarah macam aku kenal. Dulu Sarah lagi comel pakai tudung. Dorang bukan nampak cantik Sarah macam aku nampak.



Aku suka Sarah.
Tapi sekarang Sarah dah lain. Haritu Sarah datang rumah, menangis. Kesian Sarah, kena pukul dengan boyfriend dia, habis lebam-lebam, dekat kaki Sarah ada darah. Sarah nak jalan pun susah, sakit sangat kata Sarah. Sejak hari tu, Sarah dah tak macam Sarah yang aku kenal. Aku tak berapa suka dengan Sarah yang baru ni. Aku risau. Dulu Sarah mana kenal clubbing semua ni, dulu Sarah cool. Dulu Sarah suka baca buku. Aku rindu Sarah yang dulu.

Aku suka Sarah.
Sebab tu la aku tak tinggalkan dia. Kesian Sarah, ramai orang cakap dia jahat. Ramai orang cakap dia sundal. Aku tahu Sarah bukan macam tu. Dorang tak nampak sedih Sarah, hati Sarah pedih. Aku lebih tahu siapa Sarah. Biarlah apa nak jadi. Aku tetap sayang Sarah. Aku tetap terima Sarah.

Dua belas tahun aku tunggu Sarah. Dua belas tahun aku simpan dalam diam sayang aku kat Sarah. Dua belas tahun aku ada dengan Sarah. Rahsia dia semua aku pegang, baik buruk dia, aib dia, semua aku tahu. Sayang aku kat Sarah tak pernah kurang, tak pernah berubah. Ramai mana pun lelaki yang mengaku pernah tawan Sarah, pernah genggam kasih Sarah, takkan ada yang sama dengan apa yang aku ada dengan Sarah. Kami lebih dari itu. Setia aku kat Sarah lebih dari cinta, lebih dari sayang. Tapi kesian Sarah. Sarah dah mati, hati dia dah mati. Dan akhirnya jasad Sarah sama-sama mati, berkubur jauh bawah tanah. Tertimbus, jauh dalam gelap, jauh dalam suram. Sarah hilang dari dunia bersama sayang yang aku simpan dalam diam.

Aku suka Sarah.
Always have, always will.

Al-Fatihah.


Friday 12 April 2013

Peringkat Dalam Perhubungan

*Tulis entri serius pulak*

Dalam setiap perhubungan, ada peringkatnya. Dan setiap peringkat, ada suka dan ada dukanya. Tak semua pasangan melalui semua peringkat.

Ada yang berjaya sehingga peringkat ke-4 dan terus berkahwin.

Ada terus ke peringkat terakhir dan putus di tengah jalan.





Peringkat 1: Pertemuaan

Pertemuaan adalah peringkat pertama sesebuah perhubungan. Untuk pertama kalinya, si teruna dan dara bertemu. Pertemuan tersebut menimbulkan perasaan cinta pandang pertama. Pertemuan kali pertama biasanya tidak melibatkan perbualan yang terlalu menyentuh peribadi. Cukup hanya dengan mata bertemu mata.

Pertemuan kali pertama ini biasanya menjadi modal untuk si teruna (atau mungkin juga dara) merancang untuk membuat pertemuan kali kedua. Samada pertemuan kali kedua itu dirancang (meminta nombor telefon dan terus merancangan untuk menonton wayang bersama) ataupun stalking ke mana si dara selalu pergi dan buat-buat terjumpa beliau di sana (si teruna pura-pura terjumpa di taman untuk berjogging dan berkata dia selalu berjogging walaupun sebenarnya si teruna sudah lama tidak berjogging).


Peringkat 2: Perkenalan

Perkenalan adalah peringkat dimana si teruna dan dara masing-masing cuba mengenal hati budi dan tingkah laku pasangan masing-masing. Ini adalah peringkat paling menyeronokan dalam proses perhubungan.

Setiap hari, kita akan mengetahui informasi terbaru tentang si dia. Hari ini kita tahu tentang makanan kegemarannya. Esok kita tahu muzik kegemarannya. Lusa kita akan tahu buku kegemarannya. Tulat kita akan tahu tentang makanan kegemarannya. Setiap hari, pasti ada perkara baru yang kita akan ketahui tentang dia dan akan mengujakan hati kita.

Dan kita juga mungkin akan belajar tentang kebaikan dan keburukan si dia. Di sinilah kita akan mebuat keputusan samada kita akan menerima kekurangan dia dan meneruskan perhubungan atau tidak.


Peringkat 3: Percintaan

Percintaan adalah peringkat dimana si teruna dan si dara sudah bersepakat untuk bergelar sebagai pasangan kekasih. Dunia adalah milik mereka berdua. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka berdua. Semua yang dilakukan bersama menjadi saat paling indah dalam diri masing-masing.

Pada peringkat ini, mereka akan mendedahkan hubungan mereka kepada rakan-rakan dan keluarga.

Masing-masing sanggup berkorban untuk pasangan masing-masing. Walaupun si teruna baru pulang dari kerja dalam kepenatan, tetapi panggilan telefon dari si dara yang mengajak si teruna keluar membeli-belah tidak akan ditolak. Begitu juga dengan si dara. Bagi pasangan kekasih, apa sahaja sanggup di buat asalkan mereka dapat meluangkan masa bersama.


Peringkat 4: Zon Selesa

Zon Selesa adalah peringkat di mana pasangan masing-masing mula menunjukkan "wajah" mereka yang sebenar. Si dara yang selama ini bersopan santun kini boleh menunjukkan sikap kegila-gilaannya semula. Si teruna yang selama ini sopan di hadapan si dara kini boleh kentut di depan si dara tanpa rasa bersalah.

Tetapi berada di peringkat ini menunjukkan hubungan sudah berada di peringkat yang matang. Pasangan tidak perlu lagi berpura-pura dan boleh berterus terang antara satu sama lain. Peringkat ini boleh menjadi penentu samada hubungan akan bertahan atau terus longar dan akhirnya putus.

Jika pasangan dapat bertahan, mereka akan berada di peringkat ini untuk beberapa tahun sebelum si teruna bersedia dan akhirnya pop the question, "Will you marry me?"

Jika si dara bersedia, mereka akan kembali ke peringkat Honeymoon dan berlanjutan sehinggalah mereka berdua mendirikan rumah tangga.

Dan jika pasangan gagal bertahan di dalam peringkat ini, mereka akan terus terjerumus ke peringkat ke-5.


Peringkat 5: Suram

Suram di sini bermaksud sesuatu yang kurang baik. Peringkat ini merupakan peringkat dimana pasangan mula kurang rasa 'take care' tentang pasangan masing-masing. Insan yang dulu amat penting kini hanyalah sama dengan insan lain di dunia. Tiada lagi layanan istimewa terhadap pasangan masing-masing.

Pasangan mula bertukar menjadi status sebagai kawan secara beransur-ansur. Pasangan bukanlah insan yang sentiasa berada difikiran lagi.


Peringkat 6: Berjauhan

Berjauhan ialah peringkat dimana kemesraan hubungan antara pasangan mula pudar. Perasaan sayang mula semakin menjauh antara pasangan.

Tiada lagi gelak ketawa. Tiada lagi kata-kata romantis. Setiap perbuatan akan mencetuskan pergaduhan. Rasa sayang sudah mulai pudar. Tiada apa lagi yang boleh dituturkan apabila bertemu.

Peringkat ini terjadi mungkin terjadi apabila mereka mula rasa tidak serasi dengan pasangan mereka atau mereka mula menjumpai orang lain yang mungkin lebih serasi dengan mereka.

Dan ini akan menyebabkan perhubungan tersebut akhirnya terus ke peringkat yang ke-7 dan terakhir iaitu...


Peringkat 7: Perpisahan

Segala-galanya tamat disini. Tiada lagi "saya dan awak". Tiada lagi "you and I". Semuanya tamat. Perhubungan yang dibina sekian lama terhenti di sini. Tak sangka akan bertemu noktah.

Ketika hubungan antara pasangan sedang mekar, pasangan kita merupakan orang terpenting dalam hidup. Semua tentang dia kita tahu. Kita bukan setakat tahu apa makanan kegemaran, muzik kegemaran.. Tapi kita juga mengetahui bahasa badannya.

Kita tahu bila pasangan kita sedang lapar, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita bila sedang marah, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita ketika bosan dan lain-lain.

Benda yang pernah terjadi pada aku. Dulu aku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang merupakan penyokong kuat Manchester United (aku penyokong Liverpool). Dia berkata, tidak kira apa yang terjadi, dia tetap akan menyokong MU walaupun apa yang terjadi dan tidak akan menyokong pasukan lain kalau dipaksa. Aku tak kisah tentang itu dan aku tidak memaksa beliau menyokong Liverpool.

Setahun selepas aku berpisah dengan dia, aku kebetulan bertembung dengan si dia. Dia kini memakai jersi Chelsea. Katanya, teman lelakinya memaksa beliau menyokong Chelsea dan dia akur.

Pelik juga aku. Dimana hilangnya semangat tidak akan berpaling tadah itu? Kenapa aku bagaikan tidak kenal lagi perempuan yang pernah aku cintai ini dahulu?

Dalam sekelip mata, aku bagaikan tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar. Dia yang dulu pernah berkata pada aku yang dia tidak selesa memakai dress dan lebih senang mengenakan T-Shirt dan jeans, kini sedang mengenakan dress dihadapan aku.

Dalam sekelip mata, perempuan yang pernah menjalinkan hubungan dengan aku selama 2 tahun ini telah menjadi seorang perempuan yang aku tidak kenali.

Selepas putus, dia yang selama ini menjadi peneman hidup kita akan menjadi orang yang kita tidak kenali lagi. Agak sukar untuk kita berkawan selepas perhubungan tersebut putus. Bukan sukar, mungkin mustahil.

Mungkin ada sesetengah orang yang akan memulakan "buku baru" selepas putusnya sesuatu hubungan. Mereka akan mengubah gaya hidup mereka. Mungkin inilah yang menyebabkan bekas pasangan mula tidak mengenalinya lagi.

Dan kini, orang yang selalu kita hubungi setiap hari, orang yang selalu kita mimpi-mimpikan setiap hari, orang yang sering bertanya khabar kita setiap hari, sudah hilang dalam hidup kita. dalam sekelip mata, dia menjadi stranger dalam hidup kita.

Sebab itulah kita perlu "move on" apabila suatu perhubungan itu putus. Tak perlulah kita menunggu si stranger itu kembali berkenalan dengan kita. Dia kini seorang stranger, orang yang tidak kita kenali dalam hidup kita.

Tak perlulah kita berkenalan sebanyak 2 kali dengan stranger yang sama. Move on. Pergilah cari stranger yang lain.

Abadikanlah kenangan indah ketika kamu bersama sebagai sebuah memori yang tak mungkin kembali lagi.

Thursday 11 April 2013

Kita Kata Kita Ni Kawan




Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila hp kau berbunyi tanda incoming call kau tak nak angkat. Sanggup tukar mode vibrate. Hp kau vibrate macam nak meletup pun kau buat tak endah. Bila suruh jawab call kata benda tak penting. Dari vibrate kau change mode silent lepastu masuk hp dalam poket. Langsung tak menganggu hal kita.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila on the phone kemain menyorok. Kalau boleh nak duduk dalam almari. Bila kantoi dengan aku tengah gayut sanggup campak hp ke celah kangkang. End call macam tu je. Bila aku bukak pintu kereta, kemain pucat lagi muka kau. Kalau lempang time tu sure bentuk tapak tangan tu jelas. Kemain berubah muka kau. Kenapa tah.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila whatsapp, text masuk berduyun-duyun kau tak reply. Kau biar macam tu je. Bila aku kata kenapa tak reply, kau diam. Kau tukar topic.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila aku mintak hantar sana sini kau ikut je rentak aku. Sampai pihak lagi satu ajak keluar pun kau tak pergi. Kau bagi alasan ada kerja. Padahal kau keluar dengan aku tu bukan hal kerja.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila nak decide benda yang important, kau cari aku. Kau bukan minta pendapat aku, tapi macam mintak izin. Sampai satu tahap bila aku kata tak payah pergi, kau tak pergi. Bila aku kata benda tu okay, kau buat. Bila aku tanya kenapa nak tanya aku sebab itu soal hidup kau, kau kata saje.


Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi balik keje selalu jugak kau whatsapp aku. Tak cukup kat office, sambung menyakat kat whatsapp. Kekadang aku baru selangkah masuk rumah, whatsapp kau masuk. Memalam buta kalau aku whatsapp pun kau reply. Walaupun aku rasa kau ni bukan kaki melayan benda-benda macam tu.


Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi semua benda yang kau buat tu tak macam kawan. Lebih dari kawan. Aku tak bodoh nak beza layan kawan dengan layan orang lebih dari kawan.



Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila nampak kau on the phone, berasap jugak kepala aku. Panas jugak hati aku. Rasa macam nak rentap hp kau baling time tu jugak.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila ada incoming call kat hp kau, aku pura-pura suruh kau jawab. Padahal dalam hati menyumpah seranah sebab sibuk kacau masa kita. Celaka apa tak reti nak call time lain ke.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila text dengan whatsapp masuk kat hp kau, aku jeling-jeling jugak tengok apa yang tulis. Nampak jugaklah sebarang dua ayat. Sakit hati tu jangan cakap.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi malam-malam bila bosan aku whatsapp kau jugak. Macam kau buat ke aku bila balik keje. Walaupun aku tahu kau kat luar dan whastapp aku tak delivered, tapi aku bodoh jugak pegi whatsapp. Pehal tah. Kau pun tak kira pukul berapa kau sampai rumah, whatsapp aku yang tadi aku hantar baru masuk ke hp kau, kau still reply. Aku pun kekadang dah membuta time tu. Haha.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi aku curi-curi jugak geledah hp kau. Tengok contact list, phone log, whatsapp, inbox dan segala macam benda yang boleh aku tengok. Berderau jugak jantung aku bila bukak.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila kau takde depan mata, tercari-cari jugak aku. Otak dah fikir ke lain je. Padahal kekadang kau membuta tak bangun lagi atau kau ada kerja luar.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi cara aku layan kau pun kekadang tak macam kawan. Dan aku pun tahu kau tak bodoh sampai tak boleh beza layan kawan dengan lebih dari kawan cemana.

Kau kata kita kawan. Aku pun kata kita kawan. Tapi kita tak macam kawan. Bila orang tanya, kita kata kita kawan. Walaupun orang luar dapat agak dan tahu, tapi kita jawab macam diorang tu bodoh. Kita pun kekadang macam bodohkan diri sendiri. Sebab dalam hati cuma kita je tahu, kita ni kawan ke lebih dari kawan. Cuma kita tak tahu macam mana nak rungkai perasaan tu. Sampai satu masa kita ikut macam omputih kata, go with the flow. Mungkin macam kita dua pernah cakap,

Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau takde, kita redha.