Sunday, 7 April 2013

Love is NOT sex

Umur aku 13 tahun,
kawan aku, Farah, bawak phone pergi sekolah. Bila waktu rehat, semua budak lelaki nak tengok phone dia. Aku pelik. Semua orang pun bawak phone, tapi kenapa semua lelaki nak tengok phone dia? Aku tanya Farah, kenapa semua budak nak tengok phone dia. Dia jawab "Dalam phone tu ada Tarzan and Jane. Nak tengok?" Hm, kalau cerita kartun tu, takkan semua tak pernah tengok?

Umur aku 14 tahun,
Farah kata dia bawak chewing gum, aku pun mintakla satu. Dia keluarkan dari purse dia satu paket plastik, dalam tu ada gula-gula bentuk bulat warna oren. Pelik chewing gum ni, bentuk lain, paket pun lain. Aku baru nak bukak, tiba-tiba Farah gelak. Dia cakap dia buat lawak je, ni kondom bukan chewing gum. Dia cakap kondom ni ada banyak perisa. Kondom? Kenapa pelik je nama?

Umur aku 15 tahun,
masa tu kitorang tengah study dekat library, biasala dah nak PMR. Tiba-tiba phone Farah dapat mms. Dia gelak-gelak pastu bagi dekat kawan-kawan aku yang lain tengok. Aku jealous lah, kenapa tak bagi aku tengok? Lepas 2 minit berebut, Farah kasi aku tengok. Aku tengok gambar tu lama-lama, tapi aku tak tau tu gambar apa. Semua gelakkan aku sebab aku tak tau tu gambar apa. Entah la, ada banyak bulu je aku tengok.

Habis sekolah, aku sambung belajar dan dah ada boyfriend. Satu hari dia ajak aku make love. Aku tak faham. Dia tanya aku tau tak masturbate. Aku tau la, master bedroom, bilik parents. Dia gelak, dia tunjuk dekat aku video lelaki dengan perempuan bogel. Aku nangis, aku lari pergi dekat Farah. Farah kata, "Ni bukan tahun 50-an. Who cares about virginity?"

Satu hari Farah datang jumpa aku nangis-nangis. Dia kata dia mengandung, boyfriend dia pulak entah mana. Sial, jantan tak guna!



"If love is all about having sex, I would rather marry Ken" - She, 2008

If you want to be a bitch, be an expensive bitch. Kalau setiap kali kau kangkang, kau harapkan yang datang itu cinta, sorry sayang, kau takkan jumpa cinta. 

Turn Left Turn Right


“Life is full of coincidences. Even two parallel lines might someday meet.” 


Masihkah kau ingat masa belajar math dulu, cikgu kata parallel lines tak boleh bertembung. Macam tulah kita dengan jodoh kita, one day entah macam mana force of nature dua parallel lines ni jadi satu, mungkin masa tu baru kita boleh jumpa jodoh kita; dalam line yang sama dalam arrow vector yang sama. Apa kena mengena math dengan post ni pulak?

Ada satu movie ni, aku rasa aku tengok masa aku kecil lagi masa tu tapi konsep & falsafah cerita tu memang memorable gila  sampai bila aku dah besar dan dah tahu selok belok mencuri guna torrent aku cari balik movie ni. Cerita dia simple je, tajuk pun simple; “Turn Left Turn Right” tengok kiri tengok kanan don’t belok belok. Nak pendekkan cerita sebab ni pun bukan website review filem cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki dan seorang perempuan yang selalu ada kat tempat yang sama contoh berjiran, lalu jalan yang sama, lepak tempat yang sama tapi diorang tak pernah nak ambil port atau kenal pun yang lagi satu tu. Senang cerita kalau perempuan tu turn right dia akan nampak lelaki tu kalau lelaki tu turn left dia akan nampak perempuan tu.



Orang selalu kata, dunia ni kecil & dunia ni bulat je pusing seround kita mungkin akan jumpa each other balik. Orang-orang yang kita kenal sekarang kita mungkin dah berselisih bahu dengan diorang masa kat pasar malam ke mall ke dulu, lahir hospital sama duduk sebelah-sebelah je masa dalam tempat simpan baby ramai-ramai tu ke, tapi mana nak kenal unless kau ada photographic memory tu lain cerita lah.  Bagi akulah, benda tu yang dinamakan jodoh. Orang tu jodoh kau tapi mungkin kau tak nampak dan tak kenal pun sebab kau tak turn right dia pulak tak turn left.

Tapi nak jumpa bukan senang, tengok macam Ted Mosby 8 tahun dah How I Met Your Mother tak sampai-sampai lagi part dia kenal dengan future wife dia. Walaubagaimanapun eceh kalau korang follow HIMYM korang perasan kan yang Ted sebenarnya dah lama dah bertembung & berselisih dengan future wife dia cuma itulah sorang turn right sorang turn left. Aku rasa benda ni interesting sebab benda ni memang possible pun jadi sebab yelah dunia ni kecil tapi kalau fikir banyak nanti jadi misteri nusantara pulak.

Kawan aku pernah cerita pasal macam mana mak dia jumpa ayah dia. Once upon a time, in a faraway kingdom, seorang wanita sedang berjalan di taman pada suatu petang. Dia terdengar macam ada commotion dekat bangku taman yang berdekatan, dia menjadi curious biasalah adat manusia nak curi dengar kalau ada hal-hal menarik. Dia nampak ada seorang lelaki sedang melamar teman wanitanya tetapi teman wanitanya dengan kejamnya merijek lelaki tersebut dengan alasan dia tak cukup kaya dan tak cukup hensem untuk jadi suaminya. Wanita itu merasa sangat kasihan dengan nasib lelaki tu. Terdetik dalam hati dia masa tu, kalau dia yang dilamar macam tu mesti lelaki tu takkan dirijek sebegitu rupa. One day lelaki yang dirijek dengan penuh kejam tu jadi supervisor di tempat wanita tu bekerja dan dah jodoh wanita itu berkahwin dengan lelaki yang dirijek itu lalu menghasilkan kawan aku, the end happy ending gittew.

Jadi kalau korang naik public transport tu pandang kiri kanan, jalan-jalan kat taman tu pandang kiri kanan, jangan lupa masa lintas jalan pandang kiri kanan, kenal-kenal lah dengan jiran korang tapi janganlah buat gaya creepy tanya “En/Cik ke jodoh/the one/the fated untuk saya?”. Tak thrill ah camtu thriller thriller ahhh tetiba. Ni ada cebisan puisi WisÅ‚awa Szymborska yang digunakan dalam movie Turn Left Turn Right yang mungkin akan buat korang rasa wow kalau nak versi penuh sila Google kthanksbai.

Since they’d never met before, they’re sure
that there’d been nothing between them.
But what’s the word from the streets, staircases, hallways–
perhaps they’ve passed by each other a million times?

I want to ask them
if they don’t remember–
a moment face to face
in some revolving door?
perhaps a “sorry” muttered in a crowd?
a curt “wrong number”caught in the receiver?–
but I know the answer.
No, they don’t remember.

They’d be amazed to hear
that Chance has been toying with them
now for years.

xoxo,
Gasip Gol

P/s:  Sebab movie ni iolls suka naik public konon-konon bolehlah jumpa The One. Pui. Kantoi hopeless romantic.

Saturday, 6 April 2013

Bicara Diam


Pernah kau berhenti sekejap dan berfikir, segala hati yang baik dan lembut itu kadang kadang adalah yang paling keras, paling tabah dan paling kuat kerana bisa lagi menghadap dan tidak memaling pergi dari apa yang membuatkan ia berdarah?

Pernah kau berhenti dan berfikir, dalam setiap pengorbanan, ikhlas adalah suatu yang perit dan kadang kadang diam itu menjadi tanda bahawa terpaksa adalah sebab kenapa diri rela menikam hati sendiri dari hati yang lain?

Pernah kau berhenti dan berfikir, dalam setiap kata dan senyum yang aku luahkan, penuh dengan pengharapan moga moga kau nampak betapa aku sakit untuk mengukir ketawa agar hati kau tidak gundah gulana?

Pernah kau berhenti dan berfikir, atas dasar apa aku sanggup merendah diri dan meletakkan harga hati ini jauh lebih rendah , agar kau bisa membeli ?

Pernah kau berhenti dan berfikir , dalam diam aku juga berbicara dengan lantang, berteriak dengan kuat, bahawa aku tidak kuat. Bukan kau sahaja yang lemah, aku juga lemah , tapi harus diam kerana lemahnya aku harus tidak ditunjukkan agar kau senantiasa kuat.

Pernah kau berhenti dan berfikir, yang terbaik itu sentiasa ada, tapi bukankah yang membahagiakan juga adalah yang terbaik? Bahawa pilihan itu adalah satu kompetisi yang begitu kejam?

Tapi kata hati , semua soalan jawapannya ada pada hati . Benda yang benar itu senantiasa ada, senantiasa wujud di depan mata. Sanggup atau tidak sanggup sahaja yang membezakan. Seribu tahun itu sekejap, mungkin pada hati yang bersambut , tapi bagi hati yang menunggu? 

Bagai menelan arang hitam, ditelan panas , diluah melekat di lidah .


Friday, 5 April 2013

Bodoh.



Kau manusia bodoh,
Kau memang pandai berbohong.
Kau pandai memutar cerita yang serong.
Kau robek kau koyak hati aku hingga kosong.
Kau biarkan segalanya terbiar dengan kesan lopong.

Kau manusia bodoh,
Pernahkah kau fikirkan keadaan hati aku?
Pernahkah kau fikirkan luka pedih aku?
Tidakkah kau mahu sedikit pun untuk tahu keadaan aku?
Tidakkah kau mahu sedikit pun mengurangkan sakit aku?

Kau manusia bodoh,
Aku simpan hati aku yang kau rejam.
Yang kau hancurkan penuh kejam.
Kesan-kesan luka penuh darah bekas kau tikam.
Jangan fikir aku diam aku tiada dendam.

Kau manusia bodoh,
Mungkin harini hari kau suka penuh bermakna.
Kau seronok melihat aku terluka sengsara.
Ketahuilah hari esok entah siapa yang punya.
Tak mustahil esok kau yang akan tersembam jatuh luka tercucuk kaca.

Kau manusia bodoh,
Aku takkan berjanji untuk mendoakan kau bahagia.
Tapi jangan kau pernah lupa.
Roda berputar mengikut masa.
Satu hari nanti kau pasti akan rasa, rasa sendiri sakit yang sama.

Kau manusia bodoh,
Kau tahu tak?
Jangan fikir guna kaki tapi guna otak.  
Sebab engkau tu entahkan bijak.
Entahkan tidak.

Thursday, 4 April 2013

Tanda-tanda Anda Patut Memutuskan Hubungan Dengan Kekasih Anda


Memutuskan sesebuah hubungan cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh setiap insan yang bercinta. Lebih-lebih lagi ia akan melukakan hati kita lebih dari hati pasangan kita. Chewah!

Tapi kadang-kadang, ada beberapa sebab yang menyebabkan anda memutuskan hubungan dengan kekasih anda. Situasi dimana putus cinta adalah lebih baik dari meneruskan hubungan.

Jadi, apakah tanda-tanda yang boleh menjadi penyebab anda wajib memeutuskan hubungan dengan kekasih anda dengan segera? Mari kita lihat senarai di bawah:


Didera dan dipukul sesuka hati

Anda sering dipukul oleh teman lelaki anda. Kadang-kadang, anda dipukul kerana benda yang kecil sahaja. 

Dan alasan yang sering diberikan oleh teman lelaki kamu ialah, "Abang ni memang panas baran sikit. Sabar aje la kalau kena lempang", "Abang ni keturunan pendekar. Lempang orang ni memang kebiasaan.", "Abang ni nak pergi Amerika, pergi audition jadi wrestler nak lawan Randy Orton." dan bermacam jenis alasan lagi.

Buat apa teruskan hubungan kalau hari-hari makan pelempang dan terajang dari kekasih? Ada kemungkinan kalau kamu berkahwin dengan dia, anak-anak pula yang menjadi mangsa.


Dikawal dan dikongkong sepanjang masa

"Awak, saya nak keluar main futsal dengan kawan saya malam ni."

"Tak boleh! Duduk rumah, tengok Adam dan Hawa. Nanti kita boleh Tweet pasal scene-scene Adam dan Hawa malam ni."

**********

"Awak, saya nak keluar pergi shopping dengan adik saya..."

"Tak boleh! Jangan mengada nak keluar dengan lelaki lain."

"Tapi.. Rafi tu kan adik saya.."
"I said no!"

Ini negara bebas. Kenapa kekasih kau nak kongkong kau sampai macam itu sekali? Emak ayah kau pun tak pernah kongkong kau macam itu sekali.

Bukanlah kita tak boleh hendak mengongkong langsung. Tapi adalah batasannya. Janganlah melampau sangat.  Janganlah kongkong pasangan kamu macam kamu bela hamster dalam sangkar. 

Tapi aku perhatikan, bila emak ayah kamu kongkong kamu, kemain kamu mengamuk. Kata parents kamu tak supporting.

Tapi bila kekasih kamu kongkong kamu, kamu alright saja ikut kehendak kekasih kamu.

Kerana kasih, hamba turutkan?


Tiada cukup masa untuk bersama

Bila kamu free, dia pulak busy memanjang. Bila kamu busy, dia pulak asyik ajak keluar date. Timing tak kena langsung. Habis itu, bila masa nak berjumpa, bercanda dan memadu asmara kan?

Satu lagi situasi yang menyebabkan sukar untuk bersama ialah cinta jarak jauh. Aku tak kata cinta jarak jauh tak kan berjaya. Ada juga kawan aku menjalankan hubungan jarak jauh dan sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya. Cuma belum dapat anak lagi. Mandul mungkin. Kah kah kah! (Sorry Eddie. Tak sengaja kutuk kau).

Tapi tak semua orang tahan dengan perhubungan jarak jauh. Kalau kamu selalu rasa kesunyian, tak tenteram, selalu termenung, cepat jealous apabila melihat kawan kamu keluar bersama kekasihnya atau nafsu memuncak apabila melihat amoi ber-hot pants jalan seorang diri, maka dengan segala hormatnya silalah putuskan hubungan anda dan mulakan cinta jarak dekat.


Anda selalu sedih dari gembira

Asyik berendam air mata sepanjang perhubungan? Selalu menangis kerana perbuatan atau kata-kata kekasih kamu? Mata kamu selalu bengkak kerana menangis dan terpaksa buat alasan "Semalam aku tengok cerita Adam dan Hawa. Aku menangis bukan sebab cerita tu sedih, tapi sebab jealous Aaron Aziz peluk perempuan lain" setiap kali kawan pejabat bertanya tentang mata kamu yang bengakak dan merah?

Baik kamu putus sajalah.


Tidak dihargai dan tidak diambil berat

Setiap apa yang kamu lakukan untuk kekasih kamu, ia tidak pernah dihargai. Malahan siap mengutuk lagi.

Kamu dah bersusah payah nak buat sesuatu yang romantik atau surprise kepada dia, tapi dia buat selamba badak siap bagi komen "Apalah awak buat benda-benda macam ni?"

Kekasih kamu juga tidak mengambil berat terhadap kamu. Bukannya nak ditatang seperti minyak yang penuh. Cukuplah dengan SMS "Good morning? You sihat? Dah breakfast?"  Ye tak?


Kamu ketagihan

Kamu mempunyai kekasih. Tapi kamu ketagihan. Samada kamu ketagihan dadah, arak, judi atau apa-apa benda negatif.

Bila kamu ketagihan, ada baiknya kamu lepaskan kekasih kamu. Jangan menyusahkan hidup orang lain. 

Jika kamu ketagihan, kekasih kamu pasti akan membantu dan terpaksa berkorban banyak benda hanya demi kamu. Dan ini akan menimbulkan pandangan serong dari keluarga kekasih anda dan sudah pasti mereka menghalang perhubungan tersebut.

Bukan aku nak kata kalau sudah jadi penagih, terus jadi manusia yang hopeless. Tapi seeloknya kamu ubati diri kamu dahulu. Sudah sihat waafiat, barulah fikir pasal nak menanggung anak dara orang.

Apa? Kamu ketagihan seks? Kalau ketagihan jenis itu, baik kamu kahwin sahaja. Settle.


Kamu selalu ditipu kekasih

Ali: Eh? Siapa lelaki yang kelaur dengan awak semalam tu?

Ina: Oh. Just a friend. Sekelas masa sekolah menengah tu.

Ali pun membelek telefon bimbit Ina. Pergi kebahagian galeri untuk melihat gambar di dalam telefonnya.

Ali: Eh? Apsal ada gambar awak tengah berpeluk dengan kawan awak ni?

Ina: Eemm... Eerr.. Oh, sebenarnya kitaorang tengah kesejukan masa tu. Peluk tu sebab nak panaskan badan.

Ali: Okay. Tapi yang awak tengah comolot kawan baik awak tu, nak kira macam mana pulak?

Ina: Itu.. Itu dia tengah buat CPR. Saya lemas tu.

Ali: Lemas? Bukan awak keluar pergi Sogo ke dengan dia? Apa jadah lemas dekat Sogo?

Ina: Lemas sebab berpusu-pusu tengah shopping masa tu.

Nampak sangat menipunya. Kamu dah boleh cari kekasih baru jika situasi ini berlaku.


Selalu menipu kekasih kamu

Sama seperti situasi sebelum ini. Cuma yang bezanya, kamu yang menipu kekasih kamu. 

Ingat ya, selalu menipu. Perkataan "Selalu" membawa maksud kamu menipu kekasih kamu terlalu kerap. Sekali sekala bolehlah kerana kadangkala menipu itu benda kebiasaan ketika menjalinkan hubungan.

Jika kamu selalu menipu, itu tandanya kamu bukan benar sukakan dia sebab kamu memang tidak jujur dengan dia. Cinta yang suci menstilah berlandaskan kejujuran yang hakiki. Chewah! 

Carilah kekasih baru. Habis cerita.


Kamu tiada masa depan bersama dengan kekasih kamu

Ini lebih merujuk kepada kehendak masing-masing terhadap masa depan. Mungkin si lelaki mahukan 3 orang anak, tetapi si perempuan tidak menginginkan anak.

Mungkin si lelaki bercita-cita ingin bekerja di luar negara, tetapi si perempuan pula mahu duduk di Malaysia kerana ingin membuka perniagaan di sini.

Si lelaki dan perempuan mempunyai pilihan masa depan yang berlainan. Cara terbaik ialah duduk berbincang bagaimana kedua-dua impian masa depan kedua-dua belah pihak dapat dilaksanakan.

Selepas berbincang, tapi masih tidak mendapat keputusan yang membahagiakan kedua belah pihak? Putus sahaja.

Kepada peminat siri How I Met Your Mother, anda boleh merujuk kepada kisah percintaan antara Ted dan Robin. Kedua-duanya mempunyai pandangan berlainan terhadap masa depan dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan (season 2 episode 22, Something Blue).


Kamu masih terbayangkan bekas kekasih kamu

Setiap kali kamu keluar date dengan kekasih kamu, memori kamu ber-dating dengan bekas kekasih kamu sering bermain difikiran kamu.

Setiap kali kamu memandang wajahnya, kamu sering teringatkan wajah kekasih kamu. Dan kamu sering tersilap memanggil nama kekasih kamu. Kamu sering tersebut nama bekas kekasih kamu.

Itu bermakna kamu belum move on dari hubungan dengan bekas kekasih kamu. Ada baiknya kamu putuskan hubungan dengan kekasih kamu, dan ambil masa untuk bersendirian dan move on dari perhubungan silam kamu.

Baik putuskan hubungan sahaja. Tak baik seksa diri dan kekasih kamu tu. Jangan jadikan pasangan anda sebagai rebound girl/boy.


Kekasih kamu seorang yang obses tahap melampau kepada sesuatu/seseorang

Setiap manusia ada tahap obsessi masing-masing. Ada yang boleh mengawal obsessi mereka dan ada yang tidak mampu menahannya.

Jika kamu mempunyai kekasih yang obses seperti di bawah, sila tinggalkan mereka:




Jangan ingat lelaki tiada yang obses melampau:


Monday, 1 April 2013

Kahwin.

*scroll down*

Syahira: 'Weh, tengok ni wehhhh!'
Amy    : 'Apa wehhhh?'
Syahira: 'Si Tika dah kahwin wehhhh!'
Amy    : 'Tahu dah. Kau tengok kat mana? Facebook?'
Syahira: 'Aah, aku tak jengah invitation diorang kat FB. Kau? Asal tak pergi?'
Amy    : 'Ohh, aku kan kerja tadi.'
             'Cantik kan pelamin dia.'
Syahira: 'Warna favourite aku dowh. Haha.'
Amy    : 'Semua dah kahwin, budak batch kita dekat 6 org kahwin. Kau bila lagi?'
Syahira: 'Kau tanya aku macamlah kau dah kahwin. Haha.'

1. Situasi pertama:

Tengok facebook sekarang ni. Fuhh. Ramai dan kebanyakan kawan-kawan sekolah, matriks ada yg dah bertunang, berkahwin, beranak. Sebagai seorang yg bujang, masih berhempas pulas menghadap kertas kerja, thesis bagai, mengharungi erti hidup, apa yg korang rasa?
Nak kata cemburu, mungkin sikit. Tapi bagi aku, cemburu tu singgah sekejap je. Masa dalam proses tengok gambar-gambar majlis dan pengantin, rasalah nak kahwin jugak. Lepas tu, rasa biasa. Aku rasa 'alaa, takpe lah, bahagia jugak hidup single masa belajar ni'
Tapi, untuk sesetengah kawan-kawan aku yg dah berpunya, respon diorang bila tengok kawan lain kahwin, 'nak kahwin jugakkkkk!'
Konklusinya senang, mungkin sebab diorang dah berpunya. Diorang dah bersedia untuk komited, rasa cinta, sayang dan kasih semua dah ada tinggal nak diluahkan secara fizikal je, dan halal. *gelak kecil*
Untuk orang macam aku, ambil masa nak mencari cinta, kasih dan sayang. *gelak kecil* Tapi, aku bahagia sebab aku tak rasa sunyi dan tak payah nak pening kepala.

2. Situasi kedua:

Soalan 'Kau bila nak kahwin?' tu memang akan jadi halwa telinga aku bila umur dah masuk 20-an. Kalau dengan kawan-kawan bertanya tu normal dan boleh dibuat gelak-gelak, sepak-sepak kawan kau tu bila tensi. Tapi, bila dah jumpa sedara-mara, kawan-kawan mak ayah kau, memang jadi target la. Hipotesis aku, semakin meningkat umur, semakin kerap kau kena tanya soalan cepumas ni.
Bila awal-awal tu aku bagilah respon malu-malu kucing kat sedara-mara aku. Bila dah lama-lama nak je aku tanya, 'tu anak perempuan mak cik tu bila nak kahwin?'
Konklusinya senang, cekalkan hati terima cakap-cakap orang. Esok lusa diorang lupa la tu. Nak lagi senang, ubah topik. Yang extreme, takyah keluar rumah jumpa orang. Lagi extreme dan untuk orang yg lucky enough, pindah negara. Haha. Yg lagi senang, kahwin cepat!

Tapi, semua ni pada pendapat aku.

Confession #19

1 April.


Siling putih aku pandang, kipas berputar laju. Pusingan yang buat kornea aku kaku. Mata aku pejam rapat rapat, biar gelap, biar buta sebentar deria pandangan. Getar jiwa aku sentuh, aku capai dan aku pandang tepat, biar setiap zarah dalam diri tegak berdiri. Vibrasi jantung berdegup aku dengar, perlahan mengulangi rentak yang sama. Aku mengeluh, bahu terasa sakit. Lenguh jiwa aku dek kerana kata kata keramat yang ditahan ego tinggi melangit.

Rindu. Ya, aku rindu.

Menggeletar setiap sendi dalam badan menahan sakit. Ya Allah kenapa aku lemah, kenapa aku di sini meratap dalam diam, menjerit dalam kelam. Kenapa aku yang Kau beri perasaan paling indah, paling hebat kuasanya, tapi yang aku rasa sekarang sakit, perit pedih menanggung. Segala udara dalam tubuh rasa rasanya seperti menyebut nyebut nama dia, menyeru setiap atom dalam akal untuk memikirkan tidak yang selain dia. Aku penat. Aku mahu dia keluar. Aku mahu muntahkan segala memori, aku mahu ulang balik masa dan kembali. Kepala dihentak ke dinding, air mata mengalir laju.

Kau rasa perasaan ditinggalkan itu sakit? Nah! Cuba lah kau cuba ambil secangkir rindu dalam hati aku dan kau rasa sendiri, kebas hujung sepuluh jari tangan dan kaki, segala urat menjadi kelabu, biru. Tiada lagi ruang buat oksigen merangkak masuk memenuhi paru paru. Aku lemas, aku rimas. Aku sangka aku kuat, aku sangka ini permainan aku. Tapi kenapa sekarang aku jatuh, tenggelam dalam dasar enam puluh kaki dendam nafsu aku yang sentiasa teringat akan dia? Halus kulit, suara merdu bisikan, sentuhan lembut membelai rambut. Aku kaget. Aku panik. 

Ah sudah. Fuck!