Tuesday, 30 April 2013

Letting Go


Hi. I’m Ree. Lama menghilang terlalu sibuk.

Rasanya semua serba maklum kan dengan isu how to overcome break up. I would like to share some portion of this issue. Secara psikologi.
Kenapa? Likee jadahnyaa aku buat entry ni. Know what, secara zahirnya kita nampak gumbiraa seakan-akan dah 100 percent moved on. But deep inside, Tuhan je yang tahu betapa parahnya luka yang dialami. All the wound and scar memang tak bagi problem sangat. But remember, the people around you for sure akan perasan some changes. Lebih teruk, kalau dorang rasa annoying and menjauhkan diri.


MELEPASKAN

A stage where pain take hostage. Sebagai manusia waras, kita sedar akan hakikat setiap permulaan pasti ada pengakhiran, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Before step in your feet in a relationship, beri peringatan dan lampu amaran kepada diri sendiri, whatever happens, happen. Di sini juga fasa utama di mana manusia belajar mengenal diri sendiri, memperbaiki keazaman dalam kesilapan. Bila hati dah rabak, studies, work, life, family, all the things will follow the rabak-rabak dan sesungguhnya bermulalah kucar kacir dalam kehidupan.





Your grades in your life pon akan jatuh, you’re lifeless. Hidup tapi tak bernyawa. Why these things happen? Because you donno how to overcome the pain, you takde kudrat untuk tell yourself that you gonna be okay. You tak tahu macamana nak pujuk and handle your little heart. Kalau setakat hati sendiri pun tak pandai nak jaga, apatah lagi nak jaga hati orang lain bila bercinta. A lot of peoples outside there yang tak bersedia nak having a relationship, I mean serious relationship tapi just go on with the love yang akhirnya menghancurkan diri sendiri. Things to do :

1.      Change Yourself

-Okay, topic ni besar. First, penampilan. If sebelum ni rambut panjang macam mayang mengurai, tukarlah style Madonna ke lol. Or if sebelum ni suka pakai jeans sendat-sendat why not try pakai long skirt ke. If style rambut sebelum ni macam Kim Hyun Joong, tukarlah jadi macam Mazidul Akmal Sidek. It just like menggembirakan hari-hari kita. Seriously I pernah buat everyday tukar theme colour masa 4 days vacation. Sabtu tema pakaian pink, ahad tema yellowing or blabla. Your mood memainkan peranan dalam cara pemikiran. If you wear dull colour of cloth of accessory macam orang berkabung, sampai bebila pun you takkan rasa “hidup”.
-Love yourself at the first stage. Sayangi diri anda dahulu. Stop annoying people by the words; I love you more than I love myself. Then you really nak ubah profesion jadi hamba abdi pulak? If you can’t love yourself, its mean you know nothing about love. So macamana rasa cinta tu nak jadi jujur dan ikhlas. Mana ada kasih yang cukup kukuh bila kita tak suka kat diri sendiri. Masalah ni biasanya dihadapi oleh manusia yang ada personality confusion.

2.      Success Spiral

More to hmm securing yourself. Tingkatkan self-esteem. Keyakinan dalam diri akan memberi kejayaan dan memudahkan proses “melepaskan”. Bila you dah secure, a lot of people will like to be with you. Ini sekali gus membuatkan kita mempunyai rasa hormat diri yang lebih tinggi dan yang paling penting, your ex surely macam “ohmygod”. One of the way, cari kawan-kawan yang positif, mempunyai rasa hormat yang tinggi dan tiru cara pergaulan mereka.

3.      Tell yourself that you will never hated your ex

 Kak Maya- “Benci itu umpama menelan duri dan beracun sambil mengharapkan orang yang kita benci tu mati. Siapa sebenarnya yang akan rasa sakit akibat benci tu? Dia? Bukannya dia tahu pun. “Hargailah kehidupan dengan nilai yang lebih bermakna. I pernah baca kat dalam satu buku ni,

HATI ITU TIDAK AKAN PECAH. IA AKAN SAKIT DAN MENYENGAT SUPAYA IA BOLEH MENJADI LEBIH BESAR BAGI MENERIMA SESUATU YANG LEBIH BAIK.

So, just biarkan hati tu sakit berguling-guling. Ia sebagai persediaan menghadapi risiko untuk 
bertemu dengan yang baru.

Eh dah lah, first time tulis panjang-panjang. Macam comot pulak haha. Just few little point but I hope it will help a bunch of people outside there.


Feetnote: ilmiah tak penghuraiannya? Haha, cuba lari dari konsep santai. Ohyeah.

Sunday, 28 April 2013

Lelaki Romantik vs Lelaki Kaya.




Aku ada berbual dengan orang-orang yang berpengalaman pasal isu ni. Makcik Rossa (bukan nama sebenar) kata dia nak sangat suami romantik, PDA (Public Display of Affection) sikit-sikit, tunjukkan sayang tu secara fizikal seperti bagi bunga paling tidak pun masa ulang tahun kelahiran. Suami makcik Rossa (yang sudah tentunya tidak romantik) pulak berpendapat sebaliknya. Pakcik Haris (bukan nama sebenar) kata baik cari lelaki yang baik, lengkap ciri-ciri jadi suami, kaya lagi bagus, romantik tu tak payah ambil kira.

Makcik Rossa tetap tidak bersetuju, ‘Ah awak, awak tu tak romantik. Kita nak pegang tangan dia pun tak boleh. Malu la orang nampak konon. Padahal tak da orang tengok pun.’
‘Kau tahu Neelofa (bukan nama sebenar aku), masa makan beradab time kahwin sekaliiii tu la dia suapkan makcik makan. Lepas tu, sakit tangan la sakit kaki la.’
Pakcik Haris menepis dakwaan isterinya, ‘Eh awak nak suap masa tu saya makan tulang ayam. Takkan la saya nak sua tulang ayam bagi awak. Lofa, cari lelaki kaya, baik, soleh. Romantik tu janganlah geli je, bayangkan kalau lelaki romantik nanti nak berkepit je sepanjang masa payah jugak.’ Pakcik Haris tergelak besar.

‘Macam makcik kau ni, pakcik pergi kursus bagi dia kad kredit tinggalkan dekat shopping mall, dia shopping lah.’

‘Lofa, Lofa, Lofa, kau bayangkan makcik sorang-sorang shopping bosan Lofa kalau tiga hari kursus macam tu. Nak jugak ada suami teman pilih barang’, kata Makcik Rossa.

Aku pun terfikir, orang kata ‘duit tak menjamin kebahagiaan’, kalau tak ada duit pun susah jugak. Tapi kalau lelaki romantik dengan tak romantik apa solusinya. Mungkin tu maksudnya kita kena hidup bersederhana dalam segala aspek. Apa agaknya pilihan wanita sekarang?
Inilah shortlist yang pada pendapat aku perbezaan atau ciri-ciri ketara dua kategori lelaki ni. Mungkin salah mungkin betul, renung-renungkanlah. Ahaks.

Lelaki Romantik:

  •      Suka buat ‘event’ untuk kekasih terutamanya untuk meraikan hari-hari istimewa. Kadang-kadang kalau yang terlampau romantik hari-hari bagi bunga, candlelight dinner siap.
  •          Lelaki-lelaki romantik selalunya manis mulut mereka atau kata lain ‘sweet’. Sering mesej ayat-ayat cinta.
  •      Perlu diawasi jika dia berkata-kata manis dan bersikap romantik dengan wanita-wanita lain.
  •      Kuat cemburu.
  •      Sensitif, terutamanya pabila si isteri bekerja, tak dapat nak romantic katanya.
  •      Boleh menjadi king-control.
  •           Macam dalam drama.


Lelaki Kaya atau secara general Lelaki yang tidak Romantik:
  •      Suka bagi duit untuk si isteri buat ‘event’ sendiri. Seperti sponsor majlis hari lahir kawan.
  •          Tidak terkenal dengan sikap manis mulut.
  •      Dalam hati ada taman.
  •       Perlu sentiasa diawasi kerana kemampuan si suami untuk kahwin dua, tiga dan empat.
  •      Macam dalam drama.



Sebenarnya, aku rasa banyak lagi perbezaan tapi ni berdasarkan apa yang aku dengar, lihat dan tahu, dan juga pengalaman individu tertentu, which may or may not apply to everyone. 

Baru-baru ni aku belajar kalau buat telur dadar letak air sikit, lazattttt.

Blindfolds


Pesan mak aku, kalau nak masak sedap kena ada cukup rempah ratus. Kata cikgu, kalau nak berjaya, kena ada cukup ilmu dalam dada. Orang pulak cakap, kalau nak cukup makan pakai sampai akhir bulan, kena la pandai berjimat, ukur baju kat badan sendiri. Tapi kalau cinta, kau rasa-rasa perlu ada apa?

Setia?
Kepercayaan?
Wang ringgit?
Nafsu?



Tak. Aku rasa cinta tu perlukan buta.

" You rilek je boleh? You kena faham I macam mana. Before I met you pun, this is my life. I memang jenis happy go lucky, takkan sebab kita couple, I kena ubah semua tu. This is me, myself, memang macam ni. Chill la. Biar ada seribu, tapi yang I perlu hanya satu. You. "

Aku diam, cuba nak hadam apa yang dia kata. Ada betul nya jugak. Kata orang, kalau sayang, tinggal-tinggalkan. Jangan diikat, jangan disimpan dalam peti nanti basi, lemau, bosan. Ada ramai 'kawan perempuan' tu perkara biasa, lepak sana sini sampai dua tiga pagi, normal lah kot. Tapi kalau dah sayang, mesti ada rasa cemburu. Hati aku rasa attached, semua benda rasa nak bagitahu. Tapi aku tahan sebab konon taknak jadi clingy. Aku taknak dia lari. Aku pandang dia, lama. Sambil tersenyum. syok betul dia reply bbm, ke Whatsapp siapa entah tu, aku pun tak tahu. Yang penting dari tadi aku lepak dengan dia, tak berhenti berbunyi. Aku rasa rimas.

"....dan yang paling penting sekali, just be yourself la, okay baby? "

Aku bagi senyuman hambar sambil betulkan rambut. Senang nya cakap be yourself, padahal dia tak tahu laut berapi cina selatan mana aku redah untuk just be myself yang sekarang ni, yang dia suka, yang dia puja. Tak sudah komplen pasal berat aku la, rambut, baju, kasut. Aku rasa macam anak patung, ke hulur ke hilir dia bawak. Nak kenalkan kat kawan dia katanya, nak spend time bersama kononnya. Tapi hasilnya macam ni, aku cakap dengan Teh O Ais depan mata, dia sibuk menaip sambil gelak sorang-sorang. Dia bangga cakap aku, dia yang punya. Hak milik tetap. Tapi hak aku kat dia? Macam kena kongsi dengan berjuta perempuan atas dunia! Panas betei hati aku.

Orang cakap kalau nak bercinta ni kena ada sayang, kena ada kepercayaan, kena ada faith dalam hubungan. Ah! Persetankan semua tu, sebab mustahil rasa ragu tu tak ada, tipu kalau sayang kau tu masih kekal tanpa jemu. Sebab bila kau nampak dia dengan perempuan lain, kau sedapkan hati. Kau manipulasi otak agar fikir yang baik aja, putarkan kembali memori indah agar hati kau rasa lega. Pastu kalau betul konon dia ada skandal yang lain, kau tetap berusaha terkejar-kejar untuk mencuba jadi yang terbaik, mana tahu boleh tetapkan hati yang berubah. Sabar dan mengharap. Yang hasilnya adalah hati sendiri yang rabak, hati sendiri yang penat.

Prinsip pertama dalam cinta.
Buta.

Kau butakan minda, tutup segala pandangan hati dan mata untuk kekalkan cinta.



Wednesday, 24 April 2013

Buku Baru dari Skuad Terfaktab : Korban Cinta Remaja



Mengenai Korban Cinta Remaja

Korban Cinta Remaja adalah antologi cerpen dari sekumpulan penulis yang digelar Skuad Terfaktab. Tajuk Korban Cinta Remaja timbul dari seorang penulis yang mengisahkan segala pengorbanan cinta seorang remaja melalui liku-liku kehidupan percintaan.

Korban Cinta Remaja terlalu klise, ironi dan adakalanya tidak masuk akal. Sengaja dibuat sebegitu kerana kami para penulis sudah muntah dengan novel cinta happy ending yang meracuni pemikiran ramai pembaca sehingga mereka dibuai-buai fantasi indah. Ini bukan kisah cinta Bollywood. Ini kisah cinta masyarakat Malaysia.

Abstrak

Aku manusia. Kau manusia. Yang membezakan antara kita ialah sifat dan amalan kita. Aku tak pernah salahkan kekejaman yang kau lakukan. Aku tidak berniat hendak mengungkit, tetapi aku mengalami tekanan perasaan yang teruk atas perbuatan kau selama ini terhadap aku. Jadi, aku cuma harap suatu hari nanti Tuhan beri peringatan atas perbuatan kau selama ini berbuat buruk terhadap aku yang ikhlas mencintai kau sehingga buat aku terkorban. 

Kita semua pernah terkorban dalam dunia percintaan remaja.

Korang boleh menjadi pembeli terawal di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC bermula 1 Mei ini. Find us on IndieKe booth number 1&2. See you there~~!

Tuesday, 23 April 2013

T-Shirt Eksklusif Terfaktab 2013

1. Hanya 100 helai sahaja dicetak.
2. Hanya di jual sewaktu Pesta Buku Antarabangsa KL bertempat di PWTC mulai 1 Mei.
3. Hanya berharga RM30 sehelai.
4. Hanya yang tegar dan ekselen pada Terfaktab sanggup membelinya. :P


Si Awan Mendung


 Kadang aku ada sedikit rasa kepelikan pada sifat perempuan. Ada masa, entah apa yang tidak kena dan secara tiba-tiba sahaja emosi membelenggu diri. Seumpama ada satu kelompok awam hitam yang besar memayungi diri dan mengekori ke setiap penjuru. Okay, itu boleh dikatakan ketidakstabilan hormon. Tapi kenapa ya, hormon itu tidak dapat dikawal?  Okay, mungkin dah cukup bulan, Cik Teman Baik datang melawat dan hormon mereka sedang bergendang-gendung dalam proses perubahan. Jadinya akan melibatkan emosi juga. Tapi ada juga bukan disebabkan kehadiran Cik Teman Baik. Awan mendung muncul secara tidak semena-mena. Puas difikir apa puncanya, kosong. Cuba diselongkar apa salahnya, negatif. Difikir-fikir dari pagi membawa ke malam, hampa. Tiada jawapan untuk kelompok awan mendung yang datang secara mengejut itu. Dan itu yang aku selalu dan sedang alami. Samada ego atau kau memang tidak mahu mengaku, sebenarnya kau tahu apa punca kau jadi begitu. Sebab dia kan? Mengakulah. Sedikit sebanyak sebab dia kan? Hei perempuan, mengakulah.

Aku bukan insan pertama dalam hatinya dan mungkin insan kedua atau ketiga atau entah yang ke berapa. Itu hanya satu kemungkinan. Sebab siapa aku di hatinya tidak pernah dipersoalkan. Kenapa? Sebab aku tak mahu tahu. Sebab aku tak cukup kuat untuk mendengar hakikat. Sebab aku terlalu keras dan angkuh untuk menerima. Sebab aku terlalu lemah untuk mengetahui yang aku bukan yang terpenting dalam hatinya. Yang aku mahu tahu dan akur akan situasi kami, dia menyayangi aku dan aku menyayangi dia. Cukup itu sahaja. Dan aku tidak perlu tahu pada yang lain. Dan aku tahu hatinya. Jauh di sudut hatinya, dia memang menyayangi aku. Berapa peratus sayangnya padaku tidak perlu diukur. Cukup hanya tahu dia sayang aku dan sayang itu dalam bentuk keikhlasan. Bagaimana dengan degree sayang aku pula? Sepenuhnya kucurahkan untuk dia. Kau boleh kata aku bodoh. Kau boleh hina aku sebagai bangang dalam menabur sayang. Tapi sayang aku pada dia bukan satu benda bodoh. Sayang aku pada dia bukan satu benda bangang. Aku ikhlas sayang dia dan dalam keikhlasan aku untuk menyayangi dia tanpa tersengajakan aku menanam rasa cinta pada dia. Cinta dalam diam. Biar aku seorang saja yang tahu. Biar aku seorang saja yang pendam. Dan jika itu yang akan menjadi awan mendung setiap masa dan saban hari untuk aku, biarkan. Dan jika awan mendung itu yang akan sentiasa mengocak kehidupan biasa-biasa aku ini, biarkan. Dan jika awan mendung itu yang akan membentuk emosi berkecamuk yang membuatkan aku gila, biarkan. Aku tak mungkin dapat miliki dia dan dia tak mungkin akan menjadi kepunyaan aku. Mungkin kehadiran awan mendung itu sahaja tempias sebahagian dirinya untuk aku. Dan itu sudah cukup buat aku rasa dia milikku. Terpulang untuk dikata betapa gilanya cinta aku ini sebab kau takkan pernah tahu bagaimana rasanya. Rasa diam dan pendam itu hanya aku seorang yang tanggung.


Aku tahu takdirnya memang bukan dia untukku. Aku tak buta akan perihal takdir yang telah ditentukan itu. Aku tak bodoh untuk menilai setiap perilaku itu yang bakal memusnah aku dari dalam. Jangan dicaci aku. Jangan dimaki aku. Sebab aku akan tetap begini. Aku akan tetap memesongkan kiblat cinta ini menghala ke dia. Andai suatu hari dia pergi, aku tahu yang akan tertinggal nanti hanya awan mendung itu. Awan mendung itu yang akan sentiasa mengiringi aku sepanjang zaman. Dan itulah sumpahan yang akan kuterima terhadap kedegilan aku yang sekarang ini.

“Engkau si matahari, engkaulah si hujan. Engkau jugalah si ribut petir, engkau juga si angin sepoi-sepoi bahasa. Yang paling utama, engkaulah si bulan yang sentiasa meneman tika aku tidak berteman.” SD

Kuasa Jodoh


Kalau kau dah tahu dia ada gf, kenapa kau nak kawan dengan dia lagi?

Sepotong ayat yang bikin hati aku sentap. Sekejap lah. Aku terkedu untuk beberapa detik untuk cari jawapan. Tapi aku tak jumpa jawapan untuk soalan tu. Saat tu aku terasa seperti disimbah air ke muka sampai lencun, tapi aku tak jumpa sebarang benda yang boleh keringkan muka aku. Faham kan?

Tarik nafas, hembus. Ligat jugak otak aku berputar nak jawab apa.

'Mungkin kau belum pernah berkawan rapat dengan orang yang dah berpunya sebab tu kau tanya orang soalan macamtu. Kalau kau pernah dalam keadaan macamni, orang bet kau tak kan tanya macamtu'

Konon nak bagi jawapan tricky. Tapi haram.

Lelah kena tembak dengan soalan maut tu, aku duduk diam sendiri dan berfikir. Ulang tanya soalan tadi ke diri sendiri. Masih tak jumpa jawapan.

Tapi bila fikir balik, nama pun kawan kan. Asalnya memang kawan lah pun cerita dia. Kalau kau bercinta pun mesti kau kawan dulu dengan pasangan kau tu. Ke kau memang pesen main redah hantar rombongan? Lantak kau lah.



Dia sebenarnya tak salah kawan dengan orang yang dah berpunya ni. Tapi kau kena tahu situasi dan tujuan sebenar kau dengan dia. Sebab bagi aku situasi dia ada dua. Sama ada kau memang nak berkawan dengan dia sahaja, atau kau ada niat nak flirt dengan dia. Naahhh. Nampak macam berbeza keadaan tu tapi hakikatnya penghujung dia tetap sama.

Kalau kau memang nak kawan je mungkin takde masalah kalau tengok secara kasar. Nak kawan kan. Tapi kau jangan lupa yang lelaki dengan perempuan tu kan tak boleh kawan baik. Tak kira lah apa pun status kau dan status dia. Mula-mula memang kawan, tapi satu hari benda tu tak mustahil langsung akan berubah kepada lebih dari kawan. Sedangkan orang yang kau tengok dari jauh pun kau dah boleh suka sampai jadikan crush, inikan pulak yang memang kau rapat. Sikit-sikit mencari, sikit-sikit dicari. Tak mustahil benda tu akan pergi ke tahap seterusnya. Dan yang kedua tu tak payah cerita banyak. Terang lagi bersuluh.

Macam aku sendiri kekadang bila dengar mamat ni dah ada gf or someone yang dia close, aku akan back off sebab tak nak amik risiko kecewa dikemudian hari. Orang kata tak baik kan kacau daun. Tapi benda macam ni susah nak control. Kadang kau tak sengaja, kadang kau memang sengaja.

Cuma ada satu ayat sorang tua bagi ke aku. Dia cukup confident bila cakap benda ni ke aku setiap kali aku cakap aku tak nak fight untuk someone atas alasan orang tu dah ada yang punya. Dia kata,

Pergi lantaklah dia dengan gf dia. Awak, awaklah. Dia belum tentu lagi kahwin dengan gf dia. Awak kawan je lah macam biasa. Kalau dia jatuh hati kat awak itu bukan salah awak.

Kau tak rasa ke itu macam merampas?

Nampak je perkataan merampas tu confirm korang semua melenting kan. Kerja nak menyalahkan si perampas je. Lepastu harap hukum karma dekat orang yang kau kata si perampas.

Bila aku kata keadaan tu macam merampas dan aku bukan orang yang macam tu, orang yang lebih tua tu ada alasan dia sendiri. Katanya,

Ini soal jodoh. Takde istilah rampas merampas. Kalau dia bukan jodoh awak, macam mana awak cuba ambik hati dia dan rampas dia dari gf dia pun, awak tak kan kahwin dengan dia. Tapi kalau dia memang jodoh awak, awak kawan biasa dengan dia pun dia tetap akan kahwin dengan awak. Soal jodoh ni bukan isu jatuh cinta atau tak. Orang yang tak pernah bercinta pun boleh kahwin. Jadi awak jangan cakap dengan saya yang dia tak kan suka awak dan awak tak kan kahwin dengan dia. Nampak tak kuasa Tuhan dekat jodoh tu? Masa depan kita tak tahu. Lagi-lagi soal hati dan perasaan ni.

Aku cuma senyum dan diam. Entah lah.