Tuesday, 19 March 2013

Confession #10

Kadang bila bersendirian, akal itu sepertinya punya kaki sendiri, mahu melangkah jauh dari badan, mahu berjalan dan merayau jauh dari tuan. Mata bila cuba ku lelap, pada mulanya semua nya malap dan lama lama kelam, hingga aku jatuh tiba tiba di dimensi yang sangat terang. Bagaimana ya mahu diceritakan, gelap dan kelam tapi begitu berwarna, semuanya jelas. Hati kembali mengeluh, ego masih berdengus. "Berjaya, kau berjaya!" demikian katanya. Tapi kenapa masih berat rasanya, setiap kali hembusan nafas dilepas, sepertinya udara yang keluar juga pasrah meninggalkan ruang. Seperti penat beban yang tidak terlarat ditanggung, sudah diletak namun tidak berganjak sakitnya. Bahu masih lagi ke bawah, bongkok setiap urat dan tulang. Bersandar pada dinding yang dibina sendiri atas dasar melindungi.

Kau yang di sana, berhenti muncul dalam minda separuh sedar. Perit, kau tahu, membayangkan zarah engkau berada dekat tapi sebenarnya tidak. Kau boleh ketawa, silakan. Tahu, aku si bodoh. Tahu, ada juga salah tercalit di jari sendiri. Ampun jika ada dosaku, ampun juga jika ada yang tiada benar dalam perbuatan. Boleh sahaja kau pergi, silakan pergi. Buat hati aku tenang, itu saja aku mohon. Jangan jangan cuba lagi engkau menerajah dalam akal dan minda. Bisa saja kau pergi dengan Hawa yang lain, tidak pernah aku larang. Tidak lagi aku peduli. Cuma pulangkan, pulangkan yang satu itu, hati aku, rindu aku, pulangkan yang itu. Yang lain aku halalkan.

Ya, halal. Asal yang lain kau pulangkan. 

Monday, 18 March 2013

Dari Pejabat Terfaktab : Unifi Anniversary

Sukacita dimaklumkan untuk pembaca Terfaktab Lembah Klang bahawasanya kami akan membuka booth di Tropicana City Mall Petaling Jaya bersempena dengan Unifi Anniversary yang ketiga. Julung-julung kali penyertaan ini Terfaktab menyertai untuk menerangkan misi dan profil Terfaktab sebagai sebuah komuniti penulisan paling ekselen di Malaysia.

Pada jam 8 malam itu nanti, Terfaktab akan mengadakan sesi istimewa untuk dibentangkan kepada orang ramai tentang kumpulan penulisan Terfaktab disamping sepanjang hari tersebut, Terfaktab akan mengadakan jualan buku-buku yang diterbitkan. Temui juga barisan penulis Terfaktab yang akan hadir disana untuk sesi beramah mesra.

Amboi, skema betul tulis cenggini. Ha, senang kira ginilah. Kat sana nanti kami Terfaktab akan buat jualan pada harga potongan yang sangat istimewa kepada semua pembeli buku-buku keluaran Terfaktab. Lu orang kalau datang sana nanti, bolehlah mengambil gambor dengan Julie Woon misalnya. Aisehh, gua sendiri minat sama Julie Woon ye dak? Bukan setakat Julie Woon je ada, kita ada Lejen Press, Amanz (siapa tak kenal Obe, ketiak dia masam), ASAP Collection dan ramai lagi.

Jadi, apakata korang yang berada di Lembah Klang ini bergegas ke Tropicana City Mall hari Rabu ini untuk memeriahkan acara. Gua dengan ini pertama kali boss Terfaktab nak kena bercakap present depan orang ramai dan kabornya dia tengah praktis depan cermin bercakap sorang diri sebab nak present. Kahkahkah.

Sila lihat poster dibawah.


Benda macam gini bagus sebenarnya untuk Terfaktab dan para pembaca mengeratkan hubungan silaturrahim baka kata orang-orang tua. Lagikan pula memang masa yang tepat untuk kita guna Unifi (kalau teringin nak guna lah) sebagai landskap internet laju bagi memudahkan hubungan sosial media antara kita bertambah lancar tanpa perlu loading. Ewahhh. Kelasss gituuu.

Jadi, jangan buang masa. Bawaklah gepren, boipren, mak, ayah dan adik sekali ke sana dan datang juga time Terfaktab melakukan pembentangan bajet dan misi Terfaktab 2013 dalam menjadi kumpulan penulisan yang memupuk minat para belia menulis ke tahap yang lain dari yang lain.

Menulis untuk masa depan!

Cinta Tak Semestinya Bersatu

Pagi lagi Aman sudah sampai ke pejabat. Biasanya Aman menjadi orang pertama yang sampai di pejabat. Kalau bukan dia, hanya Asri yang akan datang awal memandang rumah Asri yang jauh dan dia terpaksa keluar awal dari rumah semata untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

Aman memang sengaja datang awal. Kenapa? Aman tidak mahu perbuatannya diketahui orang.

Aman tengok kiri-kanan. Line clear!

Aman pergi perlahan-lahan ke meja Liza. Dia pun meletakkan sekuntum bunga Mawar beserta sepotong puisi romantis dia atas meja Liza.

Asri hanya melihat sahaja perbuatan Aman itu.

Pukul 8 pagi. Liza sampai di mejanya. Liza seperti biasa akan tersenyum gembira apabila melihat bunga dan sepotong puisi cinta di atas mejanya.

Sebenarnya, Liza sudah berpunya. Malahan, bakal bertunang pada hujung tahun ini.

Namun begitu, Liza tidak sesekali membuang bunga-bunga pemberian orang misteri yang tidak diketahui itu. Dia akan meletakkan bunga tersebut di dalam pasu yang berada di atas mejanya dan menyimpan puisi tersebut di dalam laci mejanya.

Aman tersengih gembira melihat reaksi Liza. Asri hanya menggeling kepala.

Tengahari itu, Aman dan Asri makan bersama seperti biasa. Setelah sekian lama memendam rasa, Asri akhirnya membuka mulutnya.

"Kau tahu kan Liza dah nak bertunang akhir tahun ni? Tak lama lepas tu nak kahwin. Kenapa kau terhegeh-hegeh nak hantar bunga bagai kat dia?"

Aman tersenyum mendengar soalan Asri. Dengan tenang hati dia pun menjawab, "Cinta tak semestinya bersatu. Cukuplah bagi aku dengan melihat Liza tersenyum bila mendapat hadiah pemberian aku."

"Gila kau ni. Aku tak nak kau gila bayang nanti." Tegur Asri.

Aman buat dek saja. Bagi dia, melihat Liza tersenyum adalah satu kepuasan bagi dirinya. Sama seperti seorang kaki pancing yang melihat umpanya dimakan ikan. Kepuasan yang hanya dia seorang sahaja tahu, dan orang lain tidak akan faham.

Sunday, 17 March 2013

Selfish

Engkau datang dan pergi. Datang dalam diam, pergi dalam kelam. Kedatangan yang membawa seribu senyuman dan pemergian yang meninggalkan sejuta kesakitan. Acapkali. Masih begitu. Tak pernah berubah. Dan masih lagi dia itu menunggu. Setia tanpa beranjak walau setapak. Berdebulah si dia menunggu pada sesuatu yang tak pasti.

"Thanks sebab sentiasa ada bila saya dalam keadaan terhimpit. Saya sayang awak."

Dia hanya mampu tersenyum. Masih seperti dulu. Entah perlukah dia memaki sedangkan kedatangan itu yang sentiasa dinanti. Walau dia tahu, keadaan itu hanya akan berakhir dalam masa sehari. Sentiasa ada waktu luput antara mereka berdua. Kerana engkau memang sudah berpunya dan si dia itu hanya suatu sandaran dikala duka.

"Awak, saya sayang awak walau apa pun yang terjadi. Maaf sebab meletakkan awak dalam situasi begini. Tapi awak perlu tahu yang saya sentiasa akan menyayangi awak. Sampai bila-bila."

Done. Adakah itu satu kata putus bahawa dia tidak boleh melangkah ke suatu fasa yang baru? Adakah itu satu kata muktamad bahawa engkau memiliki diri itu sepenuhnya? Adakah tercipta satu tembok yang besar di hadapannya yang mana tembok itu pemisah untuk dia beralih pada yang lain? Kejamnya. Bodohkah dia masih begitu walau sedar dia hanya suatu sandaran? Dan lebih lagi hanya kepada pemuas nafsu? Hati adalah sesuatu yang rumit. Walau disakiti masih tetap bertahan hanya kerana dahagakan sebutir sayang yang akhirnya dia sendiri tahu akan sentiasa ada penghujungnya.

"Awak kat mane? Free tak? Jom keluar. Saya on the way datang rumah awak ni."
"Saya ada kat rumah. Datang jeklah."

Padahal dalam masa yang sama dia terpaksa membatalkan segala janji dengan kawan-kawan yang lain hanya semata mahu bersama engkau. Sanggup diketepikan segala di sekeliling hanya untuk menyambut engkau yang datang tanpa tentu masa. Yang datang pada ketika yang kau suka sahaja. Betapa dia meletakkan engkau di dalam senarai kepentingan yang teratas. Tanpa menapis setiap perbuatan buruk yang telah engkau lakukan padanya suatu ketika dahulu.

"Nanti kita jumpa lagi tau. Awak jangan nakal-nakal. Nanti saya jeles. Jaga diri. Makan nanti, jangan lupa."

Ciuman terakhir diberi setelah waktu luput itu tiba. Pelukan hangat yang mematikan hati dia untuk berpaling pada yang lain. Gigitan mesra itu yang menandakan dia milik engkau hanya dalam sulit. Dan pastinya ia akan berulang lagi. Sentiasa. Hingga hati itu akan mati dengan sendirinya.

"Ketamakan hati yang membunuh segala rasa. Masing-masing sedar yang jodoh itu bukan milik mereka. Walau ditulis cara apa sekalipun, tetap mereka tak dapat bersatu." SD

Friday, 15 March 2013

How to Stalk: Noob Edition

Haiiii, bertemu lagi kita dalaaaaam (sila bayangkan aku tengah pusing diva sambil depakan tangan) ‘How to Stalk: Noob Edition.” Eh bertemu lagi apa ni baru first episode. Ehem bila anda mempunyai crush/love at first sight/ “oh siapakah si dia yang mempunyai senyuman menawan” benda first yang anda semua patut buat mestilah hendak mengenali dengan lebih dekat lagi. Tetapi masalah terbesar di dunia moden ialah ramai sudah bosan dan paranoid dengan taktik cliché “nak kenalz ley x? uhukz” yang sering didapati di inbox handphone anda. Tetapi (lagi) jangan risau kerana anda ada option untuk stalk oh siapakah yang datang bersama malam eh tak. (siapa tak minat M Nasir diam)


Okay uolls ramai yang tahu stalk ni apa so aku malas nak huraikan lagi tapi from apa yang aku dapat tengok mostly ramai tak tahu CARA stalk yang betul. Kebanyakan yang nak stalk crush ni nak tau si dia ni dah ada awek ke belum jadi aku akan focus part tu. Sorrylah jejans, I ni gegurl haruslah focus kepada gegurl punya isu.

Bahan-bahan yang anda perlu ada:

Segumpal internet (lebih laju lebih afdhal)
¾ mangkuk Google (main ingredient)
½ cubit Facebook
1 sudu segala social media

Sebelum aku mulakan pelajaran ni, anda ni tau tak nama si dia ni? Memandangkan ini ialah noob edition aku akan mula dengan langkah paling basic.

1. Untuk mengetahui nama si dia, kalau anda ni dalam satu kuliah/lecture silalah rajinkan diri mendengar ketika lecturer memanggil nama si dia. Kalau kena sign attendance guna kertas bergegaslah lari merebut attendance sheet selepas si dia sign. Kalau masih sekolah dan dimana-mana institusi yang menggunakan nametag sila refer nametag. Kalau semua ni tidak berhasil, dapatkan nama best friend forever diorang, kalau tak dapat bff kawan biasa pun jadilah asalkan diorang ni kira berbual mesra pun dah ok dah tu. Untuk yang berjumpa secara kebetulan terlanggar bahu terjatuh barang tu mohon doa banyak-banyak dapat jumpa lagi dan dengar kawan si dia laung nama si dia kuat-kuat seperti dalam movie Hindustan.

2. Dah dapat nama si dia atau rakan-rakan? Marilah menuju ke Facebook. Taip nama si dia/rakan-rakan di search bar. Take note jika nama si dia/rakan-rakan Ali Abu bin Ahmad (bukan nama sebenar) sila gunakan option spelling yang berbeza seperti Ali Abu, Ali Ahmad, Abu Ahmad, AA Ahmad, A Ahmad, AAA dan lain-lain. Kalau masih tidak berjaya sila gunakan option spelling konon glamour seperti Ally Arebu dan seangkatan dengannya.

3. Untuk yang mencari Facebook rakan-rakan si dia, selepas terjumpa profil FB beliau, haruslah digodek di ruangan Friends. Search satu-satu tengok DP ada tak rupa macam si dia anda tu. Kalau rakan-rakan si dia tu merupakan social butterfly BBNU yang mempunyai 1000+ friends haruslah anda pasrah melakukannya selama lebih kurang 2 hari. Kalau mereka ni merupakan best friend forever pula, tak payah susah-susah check friendlist check wall. Check setiap wall post “futsal jom malam ni”, “mamak malam ni”, “cibai bila nak lepak?”. Klik jika DP mereka menyerupai si dia.

4. Untuk yang mencari Facebook si dia pula, aku akan pecahkan ikut traits stereotaip lelaki yang mungkin si dia ni ada.


i. Hipster

Selalunya hipster akan private semua gambar dan information. Kata hipster kan, tak mainstream ah nak tunjuk satu dunia siapa diri diorang ni. Kalau si dia anda ni berpewatakan hipster, susah yang amat nak tau dah ada awek ke belum sebab DP pun blur lagilah nak tau pasal ada awek ke tak. Lalu, anda haruslah membawa diri ke Google mencari account Instagram atau tumblr si dia ni kerana hipster lebih mempercayai dua social media ini. Gunakan taktik yang sama dengan no. 2 untuk memperoleh Instagram dan tumblr mereka ini. Kalau di Instagram atau tumblr mereka mempunyai gambar wanita dan description yang usually sesimple “Her.”, “Angel.”, “She.”, “Life.”, “Nyawa.”, “Nafas.”, “Jantung.” dan seangkatan dengannya maka  abortkanlah mission anda kerana kemungkinan besar dia sudah berpunya.

ii. Friendly


Selalunya akan ada blog. Sila check di ruangan About > Contact Info dan tengok ada display website ke tak. Kalau tak sila merujuk ke Google, gunakan taktik no. 2 tetapi untuk mencari account blogger. Gunakan ‘nama si dia’ blogger ataupun blogspot untuk keywords carian. Kalau dah jumpa blog sila check ada tak widget yang menunjukkan si dia 'is in a relationship with xxx for xxx months' atau gambar wanita di sidebar blog. Kalau ada sila abort mission.


iii. Otaku


Kemungkinan besar (dalam 85%) si dia single, tak payah check apa-apa pun takpe.  Yang mungkin buat anda sakit hati ketika menemui Facebook si dia ini mungkin gambar Polaroid si dia sedang menikmati omuraisu sambil membuat peace sign bersama amoi dalam costume French maid.

iv. Hotstuff/BBNU


Mempunyai ramai subscribers. Kategori si dia yang paling mudah untuk distalk kerana kategori ini memang tak akan private apa-apa pun. Jangan risau kalau ada gambar perempuan yang memang berkemungkinan besar awek diorang sebab dalam lebih kurang seminggu lepastu gambar baru dengan perempuan lain akan diupload. Tapi mungkin anda harus abort mission jika taknak diduatigaempatkan setiap minggu.

v. Bakal Imam Muda

Check bahagian notes si dia, selalunya mereka akan post tazkirah dan sila lihat siapa yang ditag. Kalau ada perempuan kemungkinan besar tulah wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah mereka. Jangan panggil perempuan itu awek si dia tu kerana ini mungkin boleh menimbulkan konflik tegang berperang status mohon share ya akhi. Jangan lupa check post-post yang dishare juga dan sekali lagi lihat siapa yang ditag.


Oh kerana kekangan idea, jadi bolehlah aku nak berundur dulu buat masa sekarang. Bukan setakat ni jenis lelaki yang ada kat Malaysia, ni aku classify ikut stereotaip masa kini. Cubalah petua ni semua kalau tak jadi padan muka eh tak tingkatkanlah usaha anda untuk mengestalk a.k.a mengenali si dia. Oh sebelum aku berundur, here's something for you guys to ponder about.



xoxo,
Gasip Gol

P/s: Hikhikhikhik boleh ganti position Richie Rachman kat Remaja tak ni? 


Thursday, 14 March 2013

Cinta atau Duit?

When it comes to love, I am hopeless. Not hopeless romantic, just hopeless. Cinta memang buta atau mungkin cinta tu pekak. Kalau dah sayang, even if you are dating a bastard, orang nasihatkan macam mana mana pun you will never listen.

But that's not my point.

Dalam banyak-banyak nasihat cinta yang mak aku pernah kasi, ada satu yang paling aku ingat. Dia selalu cakap..

"Nanti awak nak kahwin, cari lelaki yang kaya. Biarlah dia buruk mana pun, janji kaya. Kalau handsome, duit takde lepastu ramai perempuan, buat susah hidup je. Biar buruk janji kaya, kalau dia curang pun, janji hidup senang."

Aku faham kenapa mak aku cakap macamtu. Bapak aku handsome, ramai perempuan tapi setiap bulan gadai rantai mak aku.

Petang tadi ex-boyfriend aku yang kaya tu propose aku. Dia janjikan hidup yang senang, rumah yang besar, duit untuk shopping setiap minggu. Bukan materialistik tapi perempuan mana taknak hidup senang?

Tapi aku ada boyfriend yang aku sayang, yang setia. Walaupun dengan dia selalu susah nak ada duit makan, apatah lagi duit shopping, tapi aku bahagia.

Aku reject ex boyfriend aku tu sebab aku tak boleh hidup dengan dia yang ramai girlfriend.

Lagi sekali aku lupa nasihat mak aku.

Sekarang aku nak kau tolong bagitau aku. Untuk bahagia itu, kau perlu ada duit harta berjuta atau untuk rasa bahagia itu, kau perlukan hanya cinta?




Buta dan Bodoh?


'Kau tak boleh ubah lelaki tu. Kau rasa dengan cinta sejati kau dapat ubah kaki perempuan jadi setia pada kau, kaki pukul tunduk pada kau. Lelaki takkan berubah sebab seorang perempuan, kecuali lelaki tu sendiri yang ingin berubah' (kata-kata seorang bapa)

Mungkin ratio 2:50 lelaki yang boleh berubah kerana wanita. Mungkin? Perlukan pengorbanan yang besar bukan? Oleh itu, gadis-gadis, anak-anak dara mahupun yg sudah berpunya, jangan menaruh harapan terlalu tinggi kau boleh ubah seorang lelaki yang memang zahir dia jahat jadi baik kerana cinta. Kau boleh cuba tapi jangan lukakan hati sendiri. Kalau boleh, elakkan terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng. Tapi, tak salah bina impian. Jangan putus asa tegakkan cinta, itu pilihan. Jangan sekali-kali kalah pada cinta, itu nasihat dan peringatan. Biarlah kalau kau nak berpegang pada ayat 'cinta itu buta'. Tapi, jangan sudah buta bodoh pula. Jaga maruah, jaga hubungan dengan Tuhan. Dari situlah bermulanya kebahagiaan dan kemudiaan akan datang cahaya cahaya cahaya CINTA ~ (okaybye)

Persaingan semakin sengit antara kaum wanita, sudah la lelaki tak ramai sangat. Perempuan kena bersaing bukan dengan perempuan je tapi dengan 'lelaki' juga. 'Lelaki' kacak, pandai mengurat pulak tu, payah la.