Friday, 20 June 2014

Terkilan

Bila kita (ter)putus di tengah jalan dengan kesayangan, seperti biasa, kita konfem akan rasa terkilan. Kita rasa macam, eh wtf selama ni apa entah aku usahakan, macam buang duit dalam sangkar ikan. Tapi ikan tak makan duit, ikan kena makan makanan ikan. Mungkin (bekas) kesayangan aku pun perangai serupa macam ikan jadi dia demand makanan ikan, bukan nasi, pasta, lempeng atau cekodok yang aku masakkan. Sebab tu la kot last last semua pun jadi kenangan. Sebab tu last last pun jadi terkilan.

Tapi siapa boleh tipu yang betapa terkilan pun kau rasa, berserta segala marah dan dendam dan segala perancangan yang kau dah lakarkan untuk buat hidup (bekas) kesayangan kau yang memang dah patut pergi meninggal tu merana - you couldn't do it.

Sebab at one point in your life, (bekas) kesayangan kau tu la yang buat kau happy. Yang boleh buat kau ketawa sampai keluar air mata, yang (pernah la sekali dua) sanggup cari makanan yang kau nak, teman ke hulur hilir berjalan dengan kawan perempuan kau, bangun tengah malam (sambil mamai pastu marah-marah) jawab call kau yang menangis merapu sebab baru habis tengok Leon yang mati kena bom. Siapa lagi kalau bukan (bekas) kesayangan kau la yang jadi tempat nak mengadu minggu ni busy nak mampus, banyak gila kerja kena buat pastu rasa penat tapi lepas tu masa jumpa depan mata hilang terus segala lingkaran gelap bawah mata sebab rindu dah hilang dalam dada?



Ok gelabah gila, nampak sangat statement tak boleh move on. Lulz

Tapi betul apa, bila kita (ter)putus dengan kesayangan ni, kau akan rasa seribu kali ganda lebih sakit dari sakit putus cinta tu sendiri. Kau akan rasa terkilan. Terkilan ni satu perasaan yang akan buat kau terus mengenang, lagi bahaya dari mata yang bergenang. Sebab kau takkan hilang (bekas) kesayangan kau seorang je, but almost semua yang datang bersama dia dalam hidup kau. Kawan-kawan dia yang kau selalu lepak sama, sepupu dia yang kau kenal sebab jumpa masa kenduri haritu, abang dia yang handsome tapi muka sombong nak mampus, kenalan dia yang perangai bodoh bodoh tapi fun. Ya, semua. Nanti semua jadi awkward. Semua akan hilang, dah tak significant dalam hidup kau dah. 

Jalan yang kau selalu lalu masa nak ke rumah dia dulu pun lambat-laun kau akan lupa. Kafe yang korang selalu lepak, gelak-gelak, borak pasal random things, pun akan jadi salah satu kafe dalam dunia yang mungkin korang takkan jejak dah. Pantai yang korang pergi dulu masa bersama pun tetiba rasa macam bukan pantai dah, dah jadi macam tempat bekas perang. Segala lagu, segala lirik, segala buku dan puisi yang korang baca dan nyanyi bersama pun dah tak akan diusik buat masa sekarang. Hilang. Semua akan hilang.

Dan tak ada perkataan yang aku boleh garapkan bersama untuk menerangkan kepada kamu kamu semua betapa hancurnya diri manusia yang ada satu perasaan yang dipanggil terkilan. Rasa macam diri kena rompak. Rasa miskin. Rasa hina sebab kau dah setia menunggu dengan tangan terhulur memegang hati sendiri tapi (bekas) kesayangan kau tepis tangan kau laju-laju sambil cakap " Hek eleh, tu je yang kau mampu bagi? " .

Mungkin sekarang aku faham kenapa ada orang yang sampai mati pun takkan putuskan hubungan dia dengan kesayangan, tak kira betapa teruk, betapa fucked-up pun kesayangan dia tu. Pukul seribu kali pun dia tetap merangkak semula minta maaf untuk salah yang dia tak pernah buat. Maki beribu kali pun tetap tersenyum menadah telinga kena hina. Ada, ada je orang macam tu. Kelakar kan apa cinta mampu buat dekat manusia? 

Sebab kita mana mungkin sanggup hilang benda yang kita sayang. Selagi sayang, selagi mampu, selagi tak mampus menahan sakit makan hati, sampai tu la kot. 

Ke awak tak kisah kehilangan kesayangan?
Eleh pass la kat orang lain kalau berani. Lepas tu meroyan menangis dalam almari.
Boo 





5 comments:

Run Rain said...

nice one. yes, we can never forget someone/thing that had been in our life as it become with our life but life must go on. time heals everything. cheers

misz aisya said...

setepek kat muka aku sendiri. aku takkan mudah2 lepaskan. walau hari2 menangis sbb sedih, kecewa bla bla dgn dy, but still nak dia jugak. haha

Mikael Sahaja said...

Aku kisah. Pastu terkenang. Pastu senyum sorang. Pastu sayu sorang,

Unknown said...

it's okey zaffe...
perkara yang telah berlalu..
makin disimpan makin perih..
biarkan ia berlalu dgn peredaran zaman...

Unknown said...

Menjerit menangis sedu patah hati gelak tawa blablabla tu semua kenangan kau dan dia yg xkan pernah padam dalam kotak fikiran yang nk sangat lupakan benda tu..sejauh mana kau sibuk kn diri ia tetap menghampiri.sama seperti aku..