Wednesday 27 November 2013

#Confession 43 : A True Love

Siapa sangka, sudah hampir dua puluh satu tahun hidup bersama, begini jadinya. Siapa sangka, jika dahulu bersumpah janji setia tidak akan berubah cinta, sekarang bermula tragedi sengketa. Siapa sangka, jika dahulu dua tubuh bersatu dengan percambahan harapan, kini yang terhasil diludah dengan hina. 

Malam yang biasanya tenang menjadi bising dengan bunyi deraian kaca yang pecah. Jiran yang prihatin di sebelah sudah sibuk menjenguk dari luar tingkap, mat rempit yang kebiasaannya selamba melepak di bawah tiang lampu simpang jalan sudah kelam kabut pulang ke rumah. Malam yang biasanya tenang, kini penuh dengan teriak tiga suara penuh sedih, penyesalan, benci dan kecewa.

Tubuh Sarah terduduk menggigil menahan marah. Dalam sesaat kesedaran yang mampu dicapai, bagai malaikat memberi hembusan terakhir pada iman dalam dada, Sarah cuba-cuba mengucap panjang di dalam hati. Dipejamkan mata yang pedih dengan rembesan air mata yang tidak berhenti keluar dari tadi. Serpihan pasu yang pecah bersepah di sebelah kiri, kepingan kaca cermin yang ditumbuk sebentar tadi ada yang masih tertusuk di tangan kanan. Seretan darah merah ada di mana-mana, diselangi bunyi tangisan ibu Sarah sambil menyuruhnya bertenang dengan pelukan erat, teguh menjadi benteng pemisah antara Sarah dan abahnya.

" I've tried everything I could, Abah, I've tried! You didn't listen, you didn't see! You are blind, Abah, blind! ", kata Sarah dalam esak tangis, dikumpul segala kekuatan agar kaki bisa berdiri, mata biar melihat muka Abah. Harapan Sarah agar Abah boleh memahami. Harapan Sarah agar Abah, sebagai yang tua, boleh menenangkan pertengkaran yang semakin panas.

" You non-stop mahu salahkan orang aja, that's your problem, did you know that?! I gave up on you, Sarah! Kau memang anak derhaka! ", balas Abah. 

" And I hate you! I hate you! ", jerit Abah, tepat ke muka Sarah lalu bingkas keluar dari bilik yang menjadi saksi kesemua luahan hati yang tersimpan. 

Memanglah dicincang air tak akan putus, 
tapi...itulah, setelah hampir dua puluh satu tahun bersama, 
siapa sangka? Kan?

* * * * * * * * * *

Suasana di Tingkat 4, Hospital Kuala Lumpur sangat sejuk dan ini sudah masuk minggu kedua Sarah datang ke sini, ke Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental. Pertama kali datang ke situ, walaupun ada lah beberapa pesakit yang berada di ruang menunggu, tapi atmosfera yang wujud sangat sunyi. Sangat menyeramkan di pandangan mata orang, tapi selesa bagi Sarah. Tiada gangguan, tiada bunyi bising yang bingit atau suara perbualan lantang seperti di tingkat lain. 

Selesai berjumpa dengan Dr Chong dan mengambil ubat seperti biasa, Sarah menuju ke kafeteria ditemani Abahnya. Tanpa kata, tanpa perbualan, tanpa pertanyaan, kedua mereka cepat-cepat menghabiskan makanan tanpa bicara. Satu biji pil anti-depressant, dan satu biji pil mood stabilizer ditelan Sarah dengan satu tegukan air suam. Dan kemudian, kedua mereka akan pulang, Sarah akan terus memerap di dalam bilik, dan kedua ibu bapanya di luar. Masing-masing ego, masing-masing diam, masing-masing tidak mengendahkan antara satu sama lain. 

Tapi hari ini, hari yang berbeza buat mereka berdua. Perjumpaan dengan Dr. Chong berakhir awal, sebelum pukul 11.30 sudah selesai. Dalam perjalanan pulang, Sarah melihat jalan yang dilalui mereka berdua lain dari biasa tapi dek kerana takut mahu memulakan bicara, Sarah diamkan aja. Sarah pejamkan mata berpura-pura tidur.



Tidak lama kemudian, kereta mereka memasuki ruang parking Selayang Capitol. Kelihatannya memang tiada orang langsung, memang sudah usang. Tidak ramai anak muda yang tahu di sini ada panggung wayang, Lotus Five Star kalau tak silap namanya. " Dulu masa tengok wayang first time dengan Abah, tengok di sini lah. Cerita Transformer. " teringat Sarah dalam hati. Apabila selesai parking dan enjin dimatikan, kedua mata Sarah sudah celik sepenuhnya. Excited to the max.

" Abah, kenapa kita pergi sini? ", tanya Sarah sambil membetulkan pin tudung, terkejar mengikuti langkah Abahnya yang besar dan pantas. Terkial-kial sambil membetulkan beg.

" Kau haritu cakap nak tengok The Hurry Games kan? Cepat lah sikit, show pukul 12. ", balas Abah, konfiden tanpa berpaling ke belakang walau seinci.

The Hurry Games? Sejak bila pulak ada movie nama The Hurry Games ni...Eh jap.

" Hahahahahaha! Sejak bila pulak cerita tu nama dia The Hurry Games! The Hunger Games lah Abah! ", balas Sarah sambil ketawa besar. Satu garis senyuman lebar terukir di muka Sarah sambil berlari anak menuju mendapatkan Abah yang berada di kaunter tiket.

Dan ketika itu Sarah sedar, erti cinta yang sebenarnya. Dua puluh satu tahun hidup bersama bukan bermakna hidup bergembira setiap masa. Sedangkan lidah sendiri pun tergigit, sedangkan keluarga pun yang mengalir sama darah dan sama keturunan pun akan berantakan, apatah lagi cinta dua insan yang biasa. 

True love means you don't have to be sorry for what you did, but rather you make up for the mistakes that you did. True love doesn't stand on love only, but it also involves both partner being supportive, understanding and forgiving. Memanglah ego manusia kesemuanya besar belaka, but would you sacrifice your relationship just to feed your pride?

Sayangi Abah, sayangi semua :)

Tuesday 26 November 2013

Assignment

Haritu cikgu aku bagi assignment. Kena tulis 4 para. puji kekasih hati. Menulis tentang cinta, 4 paragraph, apa ada hal kan?

SUSAH.

Susah sebab lecturer aku bagi contoh lagu Azizah, susah sebab ni assignment, susah sebab kena present depan classmates dengan penuhhhhh perasaan, susah sebab aku tak cukup jiwang nak puji lelaki.

Nasib baik lecturer aku suruh tulis empat para/empat ayat je. Sebab topiknya memuji kekasih, aku rasa assignment yang ni bolehlah aku share dekat sini. Ye la, aku pun dah lama tak update blog ni. 

Ini bukan puisi. Memang empat paragraph semata. Sebab ni bukan kelas sastera, tapi kelas penyampaian.

xx

You are so perfect,
that there's no single word in the dictionary that could describe your perfections.

Standing tall 6 foot 2,
and every time you take off your clothes
and show me your six packs,
My heart stops.

Honey you are my THC, my XTC,
cause when we kiss,
I swear to God I get goosebumps.

They say a house is not a home when your loved ones are gone,
but when you put your arms around me, 
I feel loved and I am finally home.

xx

Sigh, doakan aku berjaya untuk kelas malam ni. I suck at being jiwang. Especially memuji kekasih hati yang entah wujud entah tak.

Thursday 21 November 2013

Bukan Taylor Swift


Dulu aku ingat, aku ni sama spesies dengan Taylor Swift & Adele. Bitter. Selfish taknak tengok salah sendiri, asyik nak salahkan the other side je. Apa pun yang jadi masa tu, semua tu salah dia, salah dia je yang aku nampak salah diri sendiri aku buat buta. Tapi…

I don’t even know that this is possible. I could not even find a song that would fit this situation. Takde orang cipta lagi kot sebab serius aku pun taktau yang ada manusia macam kau wujud, dan boleh ada perasaan macam ni bila dah kena reject. Patutnya aku nangis ataupun selalunya taip hentak keyboard marah-marah sebab tak puas hati tapi aku tak rasa satu pun benda tu. Siap boleh senyum lagi macam baru buat meditation bawah waterfall sebulan dah tahap tenang aku ni. Switchfoot kata “it’s not love if it doesn’t break your heart” tapi aku tak setuju. Kalau korang tanya aku 2 minggu lepas, ya, aku mungkin akan setuju tapi lepas apa yang dah jadi ni; nope that’s not true, at all.

Aku patutnya drown in the feeling of extreme anger or sadness bila nampak nama kau dekat timeline ataupun newsfeed tapi sumpah tak rasa apa. Kalau ada pun, aku terharu sangat. And jangan cakap I don’t really like him no, I do, I did. I did to the extent that you could not even believe. Dan benda ni boleh je jadi wrong beyond irreparable ke apa tapi…tak. Pelik gila. Dan sumpah benda ni beyond aku punya wildest imagination. Sebab kau baik. Sangat-sangat. Dan aku tak pernah tau pun kau sebaik ni selama ni.

Switchfoot jugak kata “It's when you're breaking down with your insides coming out, it's when you find out what your heart is made of” tapi tak. Tak ada major breakdown ke apa malah sungai pun tak setenang ni tapi aku dapat tau yang your heart is made of the rarest gold of all. Kalau aku kat situasi kau, aku rasa aku tolak orang macam shaiton part time sebab selama ni prinsip aku kalau nak bagi orang faham kau tak suka dia, kau kena buat dia benci kau. Tapi ntahlah lepas ni mungkin aku boleh ikut cara kau sebab sumpah kau baik gila kenapa baik sangat aku patut benci kau sambil nyanyi lagu rabak lepastu buat post pasal keburukan kau tapi no you’re too kind that even kind is an understatement. If everyone is as kind as you maka takdelah orang rabak kat dunia ni.

Di kesempatan ini aku rasa macam nak pat diri sendiri (good job self) sebab I’ve liked a kind guy dan aku harap one day orang lain pun akan jumpa orang macam kau dan rasa tenang macam ni jugak. And to you, thank you, thank you so much for being the kind guy that you are for letting me know that there’s a new side to me that I don’t even know for every careful consideration that you take thank you so much from the bottom of my heart thank you.

And this is so not me to degrade myself but lepas everything that happened ni at least I know that truly yang you’re too good for me.

Edited on 28/11: Ah bullshit ni semua. Genap seminggu aku dah jadi Taylor Swift balik. Sebab manada orang baik camtu dan aku pun tentu-tentu tak baik jugak, sebab manusia biasa tak maksom. Dahlah dan memang taklah you're too good for me. Rasa boleh gelak kahkahkah dah kat diri sendiri, minta maaf sebab saya pernah ada keraguan tentang lirik Switchfoot.

U-TURN

Pagi-pagi lagi mak dah kejut suruh hantar dia pergi pasar tani. Awal pagi pulak tu. Aku macam biasa sebab tak biasa mandi berairkan air sejuk (rumah kampung, mana nak adanya water heater), terpaksalah teman mak dengan berbekalkan cukup sekadar membasuh muka jek. 

Tak sempat nak panaskan enjin kereta aku terus tukar gear ke D, tanda memang nak cepat pergi dan cepat balik. Mak rilek-rilek jek dok kat sebelah sambil membetulkan tudung dia yang aku tau tak sempat nak sarung habis tadi. Baru jek tayar nak bergolek dalam tiga golekan, aku terberhenti.

“Laaa, ni dah kenapa pulak berenti tiba-tiba?” Mak dah mula nak buat muka kompius dia.

“Lupa nak amik lesen. Akak letak atas meja semalam. Japlah, nak gi amik lesen dulu.” Tak sempat aku nak cabut seatbelt, mak dah halang aku.

“Dah tak payah. Berapa kali mak cakap, jangan nak patah-patah balik kalau dah keluar rumah. Tak elok.”

Ah, sudah mak aku ni. Tak habis-habis dengan pantang larang dia. Tak taulah mak engkorang macam mana. Tapi mak aku memang selalu ajar macam tu. Pantang sungguh dia kalau orang dah keluar rumah lepastu  u-turn balik, nak amik barang-barang yang tertinggal.

“Isk, mak ni. Kalau dah lesen pun tertinggal, maksudnya dengan wallet dengan duit-duit sekali lah tertinggal ceritanye.” Aku macam ada sedikit hilang sabar.

“Eh, duit pun tak bawak ke? Haa, pegilah amik. Sape pulak nak bayar barang-barang mak kejap lagi.” Mak senyum comel jerk.  Aku cuma geleng kepala senyum tengok mak aku yang comel tetibe pagi ni.

Kesudahannya, mak balik dengan barang yang penuh satu bonet. Ceritanya, apa saja jenis ikan dia tak amik, kalau boleh satu pasar dia nak borong. Bunga India buat pergi sembahyang tu pun kalau boleh dia nak beli. Nasib baik aku sempat halang dengan jelingan mata. 

                                                **************************************


Patah balik. Aku banyak dengar kisah orang yang dah putus hubungannya tapi berpatah semula pada pasangan dia yang dulu. Mungkin dengan alasan memberi peluang kedua. Mungkin nampak akan kesungguhan dari si dia yang nekad untuk sekali lagi menjadi yang terbaik dalam hidup mereka. Atau mungkin menempah maut sekali lagi. Mungkin. Semuanya satu kemungkinan.

Sebenarnya atas alasan apa untuk kita memberi peluang kedua? Susah untuk move on? Hati sukar untuk menerima kehadiran orang yang lain? Pernah bersumpah untuk tiada yang lain selain dari dia dan akhirnya takut akan termakan sumpah sendiri? 

“Babe, dah setahun kau single. Bila lagi nak ada orang yang boleh jaga kau ni?”

Pelan-pelan aku sikat rambut aku bagi jadi rupa orang semula. Aku raup muka dalam keadaan slow motion sambil tarik nafas panjang. 

“Kau jangan pikir aku tak sikat rambut takde orang nak ke aku. Rambut aku ni berserabut sebab ramai sangat yang nak rebut.”

Ayat memang sentiasa taknak kalah. Padahal hakikatnya dia masih lagi tersangkut pada cinta lama. Alasannya mudah. Si dia kerap kembali untuk memadah kata. Kedatangan yang memungkinkan untuk cinta itu bertaut kembali. Kedatangan yang tak pernah putus-putus. Malah lebih beratus kali dari dulu. Nah, langkah yang mana harus diatur kalau yang lama masih bertutur manis? Jalan yang mana harus ditempuh kalau yang lama masih duduk bersimpuh? 

Jadinya, perlu atau tidak peluang kedua itu dihulur? Bagi aku, hanya satu kesimpulan yang boleh disimpulkan. Lihat kembali cara bagaimana dia meninggalkan kau dulu. Dihumban ke tanah terus kah? Atau dalam keadaan keterpaksaan yang tak dapat dielak? Dari situ lagi kau patut tahu, adakah peluang kedua itu berbaloi untuk dijual kepadanya. Tapi pada yang pernah ditinggalkan lama seperti scene Edward yang meninggalkan Bella tanpa kata muktamad, menghilangkan diri tanpa khabar berita. Yang itu kau kena kaji balik. Mungkin dia dah berkahwin dan datang kembali sebab tak dapat kepuasan. Chill okeh. Hidup bagaimanapun tetap perlu diteruskan. 

“Peluang pertama mungkin terbazir kerana kita masih dalam proses suai kenal, mungkin peluang kedua adalah langkah terbaik untuk kita corakkan bersama. Segalanya adalah suatu kemungkinan.” SD


Monday 18 November 2013

Berserah Pasrah

Aku sebenarnya benci dengan diri sendiri bila menulis entri percintaan yang rabak. 

Sebab sebenarnya, bila difikirkan semula, segala sakit, segala derita, itu semua bukan salah cinta. Kesian, sebab salah manusia yang memutarbelitkan perhubungan. Bila kata tak seiring dengan rasa, bila tindakan diselit dengan ragu, dan bila akhirnya kita terluka, senang saja kesemua hati yang parah mendongak ke langit dan menyalahkan cinta.

Aku rasa manusia masa kini perlu belajar untuk merasa manis dalam setiap yang mendatang, kedua-duanya yang baik atau buruk. Kerana masalahnya begini, kita sentiasa membina satu jangkaan, satu expectation yang tinggi. Contohnya bila kita menyukai seseorang, kita marah bila kita bertepuk rasa sendiri. Rasa malu, rasa bodoh, rasa hati kena carik. Rasa setiap sudut perasaan ditarik.

Itulah kau.
Fokus kau hanya pada yang indah.

Kau pun tahu, dalam sepanjang hidup kau yang tak berapa nak panjang ni, kau akan jumpa seribu satu orang, kekal atau tidak itu lain cerita. Dan kau tahu cinta yang abadi itu hanya untuk yang di atas, kekal untuk disanjung, kekal untuk dijunjung. Aku tak nafikan, perasaan bila bercinta itu manisnya bagaikan di syurga. Bila dua manusia berlainan jantina bersatu, halal atau haram, kau akan rasa nikmat yang tak terungkap dengan kata. Blissful, ecstatic, in seventh heaven.



Tapi kelakar sebenarnya, kelakar bila kita sebagai manusia masih boleh mendabik dada dengan bangga dan mencanang cinta terhadap benda / kejadian pinjaman dunia semata, yang mungkin esok atau lusa bakal dibunuh mati. Kelakar juga bila perasaan boleh berubah-ubah, bila senang mengaku rindu hari ini dan beralih rasa di kemudian hari. 

Contohnya, ingat tak pasal ex kau tiga tahun dulu yang kau sibuk meroyan saban hari, menangis bagai meratap orang yang dah mati? Eh tapi sekarang, kau dah bahagia pun kan dengan yang lain, dengan yang baru? Gitu.

Ini bukan setakat peringatan untuk kau, tapi untuk aku juga dan yang seangkatan dengannya. Sebab aku takut, bila dah rasa suka, bila dah terasa jatuh dalam dakapan manis cinta, selalunya aku akan lalai. Selalunya aku akan lupa. Aku alpa, manusia itu hatinya dipegang Tuhan, dan jika aku gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodoh aku, maka bukan lah. 

Dan selalu nya jika kau sudah merasa suka, seringkali kau membuat persediaaan fizikal dan mental untuk ke tahap seterusnya. Di mana hendak berjumpa, topup secukupnya, dan bekerja siang malam. Tapi kenapa kau (dan aku juga) lupa hendak membuat persediaan, jika si dia itu bukan kita yang punya? Pernah kau buat preparasi jiwa agar kental dan tabah jika perhubungan terputus di tengah jalan?

" Yakin kan aku Tuhan, dia bukan milikkuuu.
Biarkan waktuu, waktuuu, hapus aku. "

Memang tak pasal je lah menangis bila terfikirkan probabiliti yang mungkin terjadi sambil dengar playlist lagu Nidji. Mungkin engkorang semua cakap aku ni fobia ataupun anxious melebih, mungkin juga separa gila dan terlampau overthinking.

Tapi serious lah ni, aku tanya ni.
Pernah tak terfikir, mungkin dia tu bukan kau punya?

Dah bersedia?


Sunday 17 November 2013

Mohon berhenti.

Tarik nafas. Senyum.

' Awak tak perlu explain apa-apa. Tak perlu. Saya dah tahu apa awak nak cakap dan saya okay. Lagi satu, awak tak perlu jaga hati saya sebab acah-acah rasa bersalah sebab saya tahu macam mana nak jaga hati saya sendiri. Sekurangnya kalau saya sakit, saya sendiri.' 


'Awak ni ego.'

Kalau benda tu tak kan berubah, kau rasa benda tu berbaloi untuk diluah? Mungkin soal ego. Tapi ada isu lebih besar. Keadaan selepas itu. Lepas apa kau cakap, kau fikir semua benda boleh patah balik pada titik asal? Kalau tak, teruskan simpan. Biar pendam. Untuk kebaikan kau dan jugak dia. Selagi benda tu tak berganjak apa, aku anggap ia tak penting. Walau kau tahu dan dia tahu, biar dia kekal tak dilisankan. Bak pepatah omputih 'some stories should remain untold'.

Tak semua benda perlu penjelasan. Terutama hal yang kau dah tahu apa disebalik yang berlaku. Kekadang kau cuma nak dia tahu apa kau rasa, apa kau fikir. Atau kau beritahu atas dasar permintaan dia. Nampak macam berat sebelah seolah kau sahaja punya peluang untuk bersuara, sedangkan dia tidak. Bukan. Kalau kau tahu apa yang bakal diucap, apa kau masih mahu dengar secara lisan? Terfikir pun hati dah serupa dicarik. Bayangkan kalau kau dengar sepatah-sepatah keluar dari mulut dia. Jangan cakap dengan aku kalau perasaan kau tak goyah.

Semakin banyak dia perjelas keadaan, semakin banyak alasan dicipta. Sehingga satu tahap aku tak tahu mana yang tulen, mana palsu. Bimbang aku sangkut pada kata-kata nista dari yang benar. Lumrah manusia, yang dusta tu kadang lebih membahagiakan.




'Awak, saya mohon awak berhenti layan saya baik. Awak jangan risau. Saya tak perlu semua tu. Saya dah cukup kuat untuk berdiri sendiri'.

'Awak bukan kuat, tapi awak ego'

Aku tak harap dilayan baik kalau itu bukan dari ikhlas hati dia. Betul, dia kata layanan baik tu bukan atas sebab simpati. Tapi sebab yang dia sendiri dah ungkap, cuma aku nafikan. Seolah menolak hak dia. Aku tak tahu. Mungkin aku merasakan dia cuma bersimpati. Dia lupa yang aku benci simpati. Lagi musnah yang didalam, makin terbang aku tinggi bila depan manusia yang cuba bawak aku ke bawah. Panggil aku ego atau bodoh. Sikit aku tak berganjak.

Tak semua orang boleh buat pusingan tiga ratus enam puluh darjah bila orang yang sepatut dipujuk berdiri di kawasan memujuk. Hati sendiri pun tak terpujuk, tapi tunjuk lagak pergi tenangkan orang lain. Sebab nampak kalah tu satu hal yang selagi boleh aku elakkan.

Sebab tu, aku rela angkat kaki walau aku tahu akan terus dicari, biar aku jauh tak dilihat sampai hati mati.

'Mungkin betul kata awak, saya ni ego'

'Takpe, ego tu lah yang buat saya jatuh sayang'

Walau hakikatnya, awak tak tahu. Saya ego semata untuk kebaikan awak.

Friday 15 November 2013

Konfesi Sarah

Sarah pejamkan mata, yang dia lihat sekarang hanya kaledeoskop berwarna-warni dan hanya dia yang wujud dalam ruang infiniti gelap yang tak berpenghujung. Asap dihembus perlahan, rasa tenang dan melayang. Melodi sayu Salty Seas - Devics merentap Sarah jauh tenggelam ke dasar tanpa deria.

Dalam kebas dan tenang Sarah yang terbang tinggi, rasaksa masa silam berbentuk dua tangan gergasi kelabu berceloreng merah menyergah. Tanpa sedar, air mata mengalir laju dan malam terasa sejuk. Dalam gelap yang terang, Sarah cuba bangkit berdiri. Dia mahu berteriak pada rasaksa tolol itu, dia bukan Sarah yang dahulu boleh ditawan.

Tapi hendak melawan, Sarah masih punya takut. Masih punya fobia. Jadi dua kaki digunakan untuk berlari, pecut sekuat hati. " Kali ini aku akan bebas! ", teriak Sarah kuat, tidak diketahui kenyataan itu untuk menyedapkan perasaan Sarah sendiri atau peringatan untuk rasaksa hitam. Perlarian Sarah terhenti di penghujung jalan mati sebuah taman, ranting dan dahan pohon seakan mengerti ketakukan Sarah lantas kesemuanya menjad satu benteng dan menjerut rasaksa hitam itu sehingga mati.

Hanya tinggal Sarah seorang di dalam taman kecil.

Yang peliknya, tiada langsung bunyi desiran angin atau tanda-tanda kewujudan organisme yang lain. Ianya hanya seperti satu kepungan dinding yang dibentuk indah. Sarah berjalan lagi, berjalan sehingga dia bertemu satu kawasan lapang dan hanya ada satu bunga yang ditanam di tengah-tengah. Tanah masih basah, dan bunga tu kelihatan segar, merah terang dengan sedikit titisan air di setiap kelopak. " Cantik. " bisik hati Sarah, sambil tangan Sarah membelai kelopak-kelopak bunga tersebut. 

" Aduh! ", jerit Sarah, sedikit dramatis. Tidak disangka kelopak bunga tersebut rupanya tajam sekali, setiap satu adalah bilah bilah tajam pisau yang baru sahaja diasah. Tapi cantik, sangat cantik. Bagai dirasuk, Sarah tanpa ragu mencabut bunga tersebut dari tanah. Tangannya terasa panas, terbakar sedikit, tapi Sarah tidak hiraukan. Mata Sarah hanya fokus pada yang satu, bunga yang cantik, hanya kepada bunga yang cantik.



Perlahan-lahan persekitaran taman menjadi mendung, gelap dengan awan berat di atas langit. Sarah mengopek setiap kelopak bunga tersebut dan diletakkan di tanah, disusun rapi bersebelahan kesemuanya. Dan setiap kali itulah, jari Sarah terhiris, dan darah yang menitis terkena kelopak bunga yang kelihatannya menjadi semakin cantik, semakin bersinar. Sarah masih leka, walau bila kedua tanggannya sudah melecur dan berlumuran darah. Muka Sarah menjadi pucat, tapi masih tersenyum. Masih leka dengan bunga tersebut. 

Biarpun sakit, Sarah rasa lega. Sarah teringatkan rasaksa hitam yang mengejarnya sebentar tadi. Dahulu mereka pernah menjadi kawan, bermain bersama, bergelak ketawa bersama. Tapi Sarah lebih sukakan taman. Lebih indah, lebih kosong, lebih senyap tanpa gangguan. Dan Sarah rimas bila mana rasaksa hitam tersebut tidak pernah jemu cuba menarik Sarah kembali untuk bermain bersama di dunia realiti. Sarah tidak mahu. Sarah hanya mahu hilang. Biarkan mereka yang tersayang ditinggalkan jauh. Kehadiran Sarah bukannya penting, bukannya membawa makna.

" It wouldn't make any difference. ", bisik Sarah dalam lelah penat mahu bernafas, separuh berteleku dalam lecak basah darah sendiri. Hendak menangis pun Sarah tidak ada upaya. Hanya mampu memejam mata dengan erat, biar hitam kesemuanya sambil tangan kuat menggenggam kelopak bunga tajam yang kelihatan hidup bersinar dalam baja sisa-sisa nyawa Sarah yang tertinggal.

Tubuh Sarah dijumpai lebih tiga hari kemudian. Kaku terbaring dalam limpahan darah sendiri, mata separuh terbuka merenung jauh. Kedua tangan Sarah masih erat menggenggam dua tiga bilah razorblade yang tajam. Tidak jauh dari situ, beberapa pil berselerak di atas lantai, tercampak jauh dari bekas.

Tuesday 12 November 2013

Melipat Sejarah


Ada ketika bila kita terlalu gembira, kita lupa pada apa yang pernah terjadi. Sibuk kita mengukir hari bahagia sehingga kita hampir mengulang semula sejarah yang lama. Kita hampir terjerumus kembali ke lembah gelap yang pernah difobiakan. Kita hampir membunuh hati sendiri, sekali lagi. Jadi, pentingkah sejarah di situ? Jika dikenang agak sukar untuk move on. Bila diabaikan, nah--- Sejarah Mungkin Berulang.

Air shower yang memancut deras sederas air yang berbutir keluar dari hujung mata. Tekak didehem beberapa kali sebelum melontarkan suara yang bakal memecah sesaat dua lagi.

Andaiku turut rasa hatiiiiiii…..
Telah jauh ku bawa diriii..
Tapi kemaafan.. ku lahir dari hati… mengatasiiiiii

Sejarah mungkin berulanggg…. anggggg
(sambil henjut badan gaya Misha Omar)
Walau engkauku maafkannn…
Ohhhh kekasih..
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimuuuuuuu…..uuuu
(tune dah mula main lari-lari)

Krekkkkkkkk…. Bunyi pintu bilik tu taknak scary lagi pulak kan. Ala, June dah balik pulak.

“Weyh June, baru balik ke?” pekik Dhia dari bilik air.

“Lama dah. Sempatlah jugak aku dengar show kau yang tak seberapa tu. Kakakakaka.”

Cilake. Main kasar pulak budak ni. Tapi lagi cilake orang yang main kasar dengan hati aku. Eii, kalau ikutkan hati, aku pijak lumat muka dia. Arghhh, aku yang bodoh sebenarnya. Apesal tak pijak muka sendiri jerk. 



Sejarah perit untuk dikenang tapi sejarah sebenarnya wujud untuk dikaji. Bukan hanya dijadi sebagai tugu peringatan. Diletak di suatu sudut hati, membiar menjadi daging busuk yang tanpa sedar mungkin membawa sakit pada diri sendiri dan mungkin yang berada di sekeliling. Kau tengok kota A Famosa. Salah satu kota bersejarah yang tertinggal di Melaka. Berapa ramai yang rasa seronok bergambar sakan sambil perhati matahari turun dari situ? Berapa ramai yang dah jadikan A Famosa sebagai port untuk merakam segala keindahan Melaka dari ketinggian yang entah aku tak tahu berapa sebab dah puas google tapi tak jumpa-jumpa. :(

Tahu sendiri kan sejarah bagaimana Kota A Famosa dibina? Banyak perit jerih, banyak nyawa terkorban. Mungkin ada yang membina dengan marah-marah. Mungkin juga ada yang menyumpah. Bila semuanya telah berlalu, tahun makan tahun, tanah air berjaya merdeka. Semuanya jadi normal seperti biasa. Tidak pula kota itu diroboh demi meluah rasa benci. Ditinggalkan kota A Famosa untuk dijadi sejarah peringatan untuk anak cucu masa depan. Tapi anak cucu masa depan hanya tahu kota A Famosa port dating paling low bajet, boleh bawak makwe tanpa keluar banyak duit. Haishhh, korang ni…
Sejarah untuk dikaji, bukan untuk dihafal dan lepastu kau boleh lulus periksa. Sejarah untuk diingati bukan untuk dikenang dan buat kau tak mampu untuk berjalan. Sejarah untuk dijadikan pedoman bukan buat kau terusan meroyan. Sejarah untuk kau sedar kebodohan di masa silam dan mengelakkan kau untuk terus tenggelam. Faham sejarah dan kau akan faham erti kehidupan yang sebenar.

“Orang yang hebat adalah orang yang berani melipat sejarah menjadi kapal terbang kertas dan melempar semula ke muka kenangan.” SD



Monday 11 November 2013

Someone Purer

Redamancy (n.) : the act of loving the one who loves you; a love returned in full.

Bila selalu orang mengaitkan cinta dengan rabak, jarang ada suara yang bercerita mengenai yang indah, yang manis. Bila cinta bersambut, kau ingat kesemua yang mendatang akan jadi indah? Kau lupa, bila dah kenal suka, bila dah kenal cinta, derita duka akan datang bersama.

Memandu berdua dalam kepulan asap, dalam berat senyap rasa yang tak terluah. Jangan disangka cerah langit, ribut hujan petir tidak berkunjung tiba. " What if I just walk away? Kalau I tetiba decided nak stop this, to leave everything behind? ", aku bertanya perlahan, dan seolahnya ketika itu masa terhenti seketika, dan segala kalungan kata yang aku ucap tergantung di udara.



" Maybe it would be easy for you. But not for me. " dua ayat pendek yang kau sediakan sebagai jawapan persoalan sebentar tadiSebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan, sepatutnya aku berasa gembira. Harus ketika itu aku tersenyum lebar, mungkin mengucup tangan engkau penuh mesra sambil berlatar-belakangkan dendangan lagu Lucky - Colbie Callait.

Tapi tidak. Kerana jujur, dalam diam pekat malam sebelum tidur saban hari, aku berfikir. Dua tangan aku ini tidak mampu rasanya untuk menghulur bahagia. Puas aku cuba memberi yang terbaik, penat segala kudrat aku kerahkan hanya untuk melihat kau gembira, tapi masih tidak cukup, tak pernah aku rasa cukup. Kerana jikalau betul rasa sayang dalam hati, harusnya aku mahu membahagiakan dan tidak menyusahkan. Harusnya aku mahu lakarkan corak abstrak indah, bukan palitan kelabu atau hitam busuk.

Dan bukan aku cuba menjadi ego dan menolak apa yang mungkin kita berdua rasa bersama. Mohon dibuka mata luas luas, kerana aku fikir, perjalanan sudah jauh bersama, dan masih lagi jauh. Dari kawan boleh bertukar rasa, tidak mustahil boleh bertukar lagi. Dari seminggu ke sebulan ke setengah tahun dan seterusnya. Betul, aku memang pengecut, sememangnya aku seorang penakut. Aku gusar jika segalanya menjadi hambar dan kau akhirnya bosan. Bila perhubungan tidak menjadi dan sekali lagi aku bersendiri. Aku gentar juga jika segala yang indah akan bertukar rupa, menjadi ngeri. Bila yang buruk sudah mampu kau lihat dengan dua mata sendiri, bila sayang bertukar benci. Bila malas aku, jahat aku, kotor aku, semua kau rasa, bukan setakat segala yang baik aja.

Dan aku mengaku, bila difikirkan semula, memanglah perit, memanglah sakit. Tapi bukan sengaja aku mahu melepaskan, cuma rela aku hidup dalam derita merindu dari bersama dengan orang yang rasanya, patut dapat yang lebih suci dari aku. Someone purer.



Thursday 7 November 2013

The Big L

Makin hari, mata aku makin sepet bila melihat ramai orang selalu nya terkeliru dengan perasaan sendiri. Ramai gah dengan lantang cakap mereka punya cinta dalam hati, padahal sebenarnya nafsu. Ada yang yakin dengan perasaan cinta juga, tapi dalam separuh jalan perhubungan, baru nak tersedar dalam hati cuma ada suka.

Sebenarnya, ada peringkat perasaan yang ramai tak perasan. Semua mahu mengaku cinta, susahlah camni. Jadi aku bahagikan perasaan manusia dalam konteks perhubungan sebegini kepada tiga.

The Big L(ike), L(ust), L(ove)

Kalau setakat Lust (nafsu), konfem mesti ramai yang tahu. Kau suka dia sebab dia handsome, sebab dia cantik, sebab dia punya potongan badan menarik. Kau terfikir, eh boleh bangga juga ni kalau berjaya tackle. Bila kau pandang dia, rasa panas, rasa restless, rasa berdebar semacam. Please no jangan keliru dengan cinta, itu mungkin cuma syaitonnnirrojim mengipas-ngipas aliran darah ke celah kangkang. Tapi aku tak tahu la korang kan, kalau memang hujung tuju jalan mencari jodoh korang memang nak berteraskan yang satu ini.
Tepuk dada tanya selera sendiri.

Bak kata Rachel Hansen dalam movie 500 Days of Summer, " Just because she like the same bizarro crap you do doesn't mean she's your soul mate. " Aku rasa ini sudah cukup nak membuka mata kamu yang di luar sana, there's a very thin line to differentiate between Like and Love. Kau mungkin akan rasa the "click", mungkin juga akan rasa some sort of connection bila korang borak ke, lepak ke, tapi it doesn't mean you love them. Kadang-kadang aku pun tak tahu nak beza dua perasaan ni macam mana, sebab Love juga puncanya bercambah dari Like.

Mungkin, mungkin lah kan, bagi aku, dua perasaan ni kau boleh bezakan dengan melihat diri kau sendiri. Kalau setakat nak in relationship sampai nak sibuk text dua puluh empat jam, nak call selalu, nak jumpa selalu, itu most probably hanya Like, ataupun mungkin Love level pertama. Kalau tak reply text pun dah boleh meroyan serupa baru lepas mati laki, itu aku tegaskan, bukan Like atau Love. 

Itu OBSESI.



Obsesi ni sama macam obesiti, dah gemuk nak mampus pun tapi tak dapat kawal perasaan nak makan. Sebab dah terbiasa, sebab nak lagi, nak lagi, tak pernah puas. Sampai stalk ke sana sini, menangis tak tentu hala, rabak tak tentu pasal, Ya Allah aku mohon Tuhan bukak kan hati perempuan/lelaki yang macam ini. Pernah sedar tak dalam dunia ni ada banyak lagi benda yang kau boleh buat selain sengaja jadi miserable?

Aku sarankan sebelum kau nak mula start meroyan sebab kena rejek ke, atau cinta kau kononnya tak bersambut, cuba duduk diam diam muhasabah diri dulu. Tanya diri kau, is this worth the fight? Tanya diri kau, perasaan dalam hati kau tu untuk dunia aja ke atau untuk bawak masuk sekali dalam kubur?

Kalau rasanya hati kau nak jawab soalan tu pun teragak-agak,
aku sarankan kau cuba la pupuk cinta kat mak bapak kau dulu.