Tuesday 23 April 2013

Kuasa Jodoh


Kalau kau dah tahu dia ada gf, kenapa kau nak kawan dengan dia lagi?

Sepotong ayat yang bikin hati aku sentap. Sekejap lah. Aku terkedu untuk beberapa detik untuk cari jawapan. Tapi aku tak jumpa jawapan untuk soalan tu. Saat tu aku terasa seperti disimbah air ke muka sampai lencun, tapi aku tak jumpa sebarang benda yang boleh keringkan muka aku. Faham kan?

Tarik nafas, hembus. Ligat jugak otak aku berputar nak jawab apa.

'Mungkin kau belum pernah berkawan rapat dengan orang yang dah berpunya sebab tu kau tanya orang soalan macamtu. Kalau kau pernah dalam keadaan macamni, orang bet kau tak kan tanya macamtu'

Konon nak bagi jawapan tricky. Tapi haram.

Lelah kena tembak dengan soalan maut tu, aku duduk diam sendiri dan berfikir. Ulang tanya soalan tadi ke diri sendiri. Masih tak jumpa jawapan.

Tapi bila fikir balik, nama pun kawan kan. Asalnya memang kawan lah pun cerita dia. Kalau kau bercinta pun mesti kau kawan dulu dengan pasangan kau tu. Ke kau memang pesen main redah hantar rombongan? Lantak kau lah.



Dia sebenarnya tak salah kawan dengan orang yang dah berpunya ni. Tapi kau kena tahu situasi dan tujuan sebenar kau dengan dia. Sebab bagi aku situasi dia ada dua. Sama ada kau memang nak berkawan dengan dia sahaja, atau kau ada niat nak flirt dengan dia. Naahhh. Nampak macam berbeza keadaan tu tapi hakikatnya penghujung dia tetap sama.

Kalau kau memang nak kawan je mungkin takde masalah kalau tengok secara kasar. Nak kawan kan. Tapi kau jangan lupa yang lelaki dengan perempuan tu kan tak boleh kawan baik. Tak kira lah apa pun status kau dan status dia. Mula-mula memang kawan, tapi satu hari benda tu tak mustahil langsung akan berubah kepada lebih dari kawan. Sedangkan orang yang kau tengok dari jauh pun kau dah boleh suka sampai jadikan crush, inikan pulak yang memang kau rapat. Sikit-sikit mencari, sikit-sikit dicari. Tak mustahil benda tu akan pergi ke tahap seterusnya. Dan yang kedua tu tak payah cerita banyak. Terang lagi bersuluh.

Macam aku sendiri kekadang bila dengar mamat ni dah ada gf or someone yang dia close, aku akan back off sebab tak nak amik risiko kecewa dikemudian hari. Orang kata tak baik kan kacau daun. Tapi benda macam ni susah nak control. Kadang kau tak sengaja, kadang kau memang sengaja.

Cuma ada satu ayat sorang tua bagi ke aku. Dia cukup confident bila cakap benda ni ke aku setiap kali aku cakap aku tak nak fight untuk someone atas alasan orang tu dah ada yang punya. Dia kata,

Pergi lantaklah dia dengan gf dia. Awak, awaklah. Dia belum tentu lagi kahwin dengan gf dia. Awak kawan je lah macam biasa. Kalau dia jatuh hati kat awak itu bukan salah awak.

Kau tak rasa ke itu macam merampas?

Nampak je perkataan merampas tu confirm korang semua melenting kan. Kerja nak menyalahkan si perampas je. Lepastu harap hukum karma dekat orang yang kau kata si perampas.

Bila aku kata keadaan tu macam merampas dan aku bukan orang yang macam tu, orang yang lebih tua tu ada alasan dia sendiri. Katanya,

Ini soal jodoh. Takde istilah rampas merampas. Kalau dia bukan jodoh awak, macam mana awak cuba ambik hati dia dan rampas dia dari gf dia pun, awak tak kan kahwin dengan dia. Tapi kalau dia memang jodoh awak, awak kawan biasa dengan dia pun dia tetap akan kahwin dengan awak. Soal jodoh ni bukan isu jatuh cinta atau tak. Orang yang tak pernah bercinta pun boleh kahwin. Jadi awak jangan cakap dengan saya yang dia tak kan suka awak dan awak tak kan kahwin dengan dia. Nampak tak kuasa Tuhan dekat jodoh tu? Masa depan kita tak tahu. Lagi-lagi soal hati dan perasaan ni.

Aku cuma senyum dan diam. Entah lah.

24 comments:

Unknown said...

kn..... jodoh..

Unknown said...

kkdg dlm diam ad perasaan tersembunyi...

szumika sakni said...

Pernah jadi 2 thn lalu...kwn ngan laki yg ada mkwe..first memng kwn tp lma ada feel...tp xbole sbb dia ada gf..dia syg..msa yg sma syg Sy jgk...tp Sy xnk rmpas biarpn org ckp xkawen LG tp xnk la mlukn hti org...btw gf dia tw...krisis lps tu tp ok..at the end Sy ngan gf dia jd kwn...huhu

szumika sakni said...

Pernah jadi 2 thn lalu...kwn ngan laki yg ada mkwe..first memng kwn tp lma ada feel...tp xbole sbb dia ada gf..dia syg..msa yg sma syg Sy jgk...tp Sy xnk rmpas biarpn org ckp xkawen LG tp xnk la mlukn hti org...btw gf dia tw...krisis lps tu tp ok..at the end Sy ngan gf dia jd kwn...huhu

Ally Leman said...

eh.memang betulnya.
Jodoh, kalau dah memang jodoh. sekuat mana pun org cuba memisahkan pasangan tu, sekuat mana pun dugaan, sekuat mana pun mencuba utk tackle org tu.. tapi kalau dah jodoh dia kuat dgn pasangannya, Allah dah tentukan itulah pasangannya.

Tapi kalau tak de jodoh, bercinta bagai nak rak, kulit melecur sebab merenangi lautan api sebab cinta sekalipun, tapi kalau dah tak da jodoh pasti akan berakhir jugak hubungan tu.

Badariah Baharuddin said...

Aku pun sedang mengalami keadaan ni dan kisah aku masih berjalan. Aku dah pernah confess kat dia perasaan aku dan semuanya okay sampailah bila aku tahu dia tengah otw dgn someone, aku tarik diri tapi aku tak give up dalam doa.

Sebab apa? Sebab aku percaya pada jodoh dan hati dia ALLAH yang pegang.

InsyaALLAH, kalau ada ALLAH pasti tunjukkan jalan.

Tolong doakan untuk aku kawan-kawan semua.

Terima kasih :)

Gerek Lama said...

Betul ni semue soal jodoh.

Anonymous said...

if it,s meant to be.. it will be.. so put yr faith in the Almighty.. name pun kuasa jodoh..

yongpropaghandi said...

kalau dia jatuh hati kat awak... itu memang bukan salah awak. Tapi klau awk yg dah start jatuh hati kat dia? terang2 la salah awk kan? al maklum lah.. hati ni tak boleh dikawal.

Cik Kaishi said...

Betul. Tapi kau kene fikir soal karma. Tak salah kau berkawan, tapi dalam berkawan kau mula gatal panggil sayang2, nak kene terajang??? Perlu belajar hormat orang, perlu belajar memahami situasi orang, aahh, tadah tangan pada DIA, mintak yang baik2222, sebab kita tak tahu masa akan datang. Zaman ni zaman ALLAH bayar cash kat dunia., tp kadang, kau mampu ke bahagia atas derita orang? Hidup dalam ketakutan bayang2???

Unknown said...

Kalau da jodoh tak kemana. Tp jgn la time berkawan tu nak gatal2. Let it be. Kalau ada, ada la.

Anonymous said...

kalu nak lebih2,lupakan je laa...serius tak sampai hati lukakan org lain..huhuu...

encik fakap said...

betul juga tu, kalau dia kawin dengan gf dia pun, tak semestinya dia tak boleh kawin dengan awak.

Lelaki tak macam pompuan boleh je kawin dgn gf dia dgn awak sekali.

Jodoh takboleh ditolak....

fiexa said...

Dear effa zalila,

Well said. Dan sy setuju. Jodoh, memang rahsia Dia. :)

Tak salah pun kawan dengan kepunyaan orang ni, memang tak salah. Nak lagi kalau niat memang nak berkawan je. tapi macam mana kalau niat berkawan, tiba2 je ber’I miss you’ & ber’sayang’ pulak? if this is happening to you or friend or yours, what say you?

Effa Zalila said...
This comment has been removed by the author.
Effa Zalila said...

Lek lek. Jangan emo sangat. Tarik nafas sikit.

Part yang ber'sayang' dan ber'i miss you' tu aku tak faham. Bila kata rapat je memang kena buat camtu ke cemana sebab aku tak macam tu pun.

Soal Tuhan bayar cash tu, aku rasa prepaid kot sebab aku belum pernah rampas orang punya pun tapi orang dah ambik bf aku dulu. Tapi aku tak panggil lah dia perampas. Kasar nau bunyi nya. Kira jodoh dia je lah.

So, untuk soalan seterusnya kalau jadi kat aku tu, jawapan aku been there done that. So, let's chill!

Tapi en.fakap punya comment tu paling win. Sepp sikit bro. Haha.

Unknown said...

Aku suka penulisan engkau. Tahniah!! Teruskan. Teruskan. Moga berjaya. :)

Anonymous said...

acane klu laki org plak? kite biasa dengar lelaki berpakwe or perempuan berpakwe, neh acane klu lelaki beristeri?

Nur said...

really indeed this topic :) soal karma?HAHA well said..wujud ke karma sebenarnya atau kita sendiri berdrama?tapi sorry to say, it happened to me..bf kne rampas, ditingglkn bf,rs tak adil, bf ada gf baru and and and aku nak rampas balik eh manis skit ayatnya, aku nak balik bf tu bole?jd aku nak berkawan dgnnya semula..start all over again with new and fresh..konon br nak knal nk memulakan semoga dapatlah kembalikan segala rasa yg telah hilang itu.sakit tahu sakit bila kne dumb mcmtu

fiexa said...

Dear effa zalila,

Thanks. Good to hear u’ve been there & cool as always. :D
Part ber’sayang’ dan ber'i miss you' tu saya pun x faham & tu pasal laa I ask you. Perhaps u may get opinion from a friend of yours, mia, what she says pasal ni. Memang kena buat camtu ke bila rapat?

Effa Zalila said...

Cool as always, I take it as a compliment :)

Btw, I have no idea what is going on between you and Mia. And seriously I pun tak tahu you siapa. I ni mengamalkan prinsip berkecuali tau. Hihi.

Anonymous said...

been there. sbg mangsa. pendek cerita, bf aku tgkap cintan ngan org yg mati2 dy ngaku "member je tak lebih". last2 aku tau jugak. mase tu baru nk ckp yg dia tk pernah rasa ape2 kt aku la. dan2 la kan. then, yg pepuan tu pulak, mase tu beria jugak la deny, tkde feeling sume. n tgah serius ngan the other guy. so, pdn muke kau. yg kau nk tk dpt, yg kau kendong berciciran.

lpas beberapa tahun, we're getting back together. spnjg kitorg tak keep in touch, dy rasa lost yg amat n baru sedar sbenarnya aku la org yg paling dy syg. kononnya. aku tak berani nk percaya 100 persen kt org mcm ni. tp since aku single, aku on je. layan je. but then, aku still tak minat tgk dy still rapat ngan minah tu. tp since dy ckp, diorg kwn je, tk lebih so aku bia je la. tp aku usha jugak phone dy, byk jugak minah tu send gmb2a yg mengundang curiga. dy vertudung, but then hanta gamba dy tk bertudung berkeping2. pose cantik2. aku syak, msti dia taruh perasaan kt bf aku. da single kan. nk2 bf aku pna pulak taruk perasaan kt dia. nk jdi cerita, one day, minah tu confess. nk move on ke peringkat yg seterusnya. okay. bila tau aku rasa nk lempang dy sgt2. tp aku tk lempang. ckup la dy da kecewa kne tolak. kawan kot. dy sndiri tau mcm mana aku kecewa dulu. mgkin jugak dy da tak anggap aku sbg kawan lagi kot. ade aku kisah? kbye.

Anonymous said...

Perghhhh power. Situasi lebih kurang macam aku. Aku pernah cakap aku sayang dia. Tapi dia cakap. Tak sedia lagi. Last2 dia ada makwe baru. Puih

cik jannah said...

aku rasa aku tengah lalui apa yang ditulis dalam ni. damn!