Pesan mak aku, kalau nak masak sedap kena ada cukup rempah ratus. Kata cikgu, kalau nak berjaya, kena ada cukup ilmu dalam dada. Orang pulak cakap, kalau nak cukup makan pakai sampai akhir bulan, kena la pandai berjimat, ukur baju kat badan sendiri. Tapi kalau cinta, kau rasa-rasa perlu ada apa?
Setia?
Kepercayaan?
Wang ringgit?
Nafsu?
Tak. Aku rasa cinta tu perlukan buta.
" You rilek je boleh? You kena faham I macam mana. Before I met you pun, this is my life. I memang jenis happy go lucky, takkan sebab kita couple, I kena ubah semua tu. This is me, myself, memang macam ni. Chill la. Biar ada seribu, tapi yang I perlu hanya satu. You. "
Aku diam, cuba nak hadam apa yang dia kata. Ada betul nya jugak. Kata orang, kalau sayang, tinggal-tinggalkan. Jangan diikat, jangan disimpan dalam peti nanti basi, lemau, bosan. Ada ramai 'kawan perempuan' tu perkara biasa, lepak sana sini sampai dua tiga pagi, normal lah kot. Tapi kalau dah sayang, mesti ada rasa cemburu. Hati aku rasa attached, semua benda rasa nak bagitahu. Tapi aku tahan sebab konon taknak jadi clingy. Aku taknak dia lari. Aku pandang dia, lama. Sambil tersenyum. syok betul dia reply bbm, ke Whatsapp siapa entah tu, aku pun tak tahu. Yang penting dari tadi aku lepak dengan dia, tak berhenti berbunyi. Aku rasa rimas.
"....dan yang paling penting sekali, just be yourself la, okay baby? "
Aku bagi senyuman hambar sambil betulkan rambut. Senang nya cakap be yourself, padahal dia tak tahu laut berapi cina selatan mana aku redah untuk just be myself yang sekarang ni, yang dia suka, yang dia puja. Tak sudah komplen pasal berat aku la, rambut, baju, kasut. Aku rasa macam anak patung, ke hulur ke hilir dia bawak. Nak kenalkan kat kawan dia katanya, nak spend time bersama kononnya. Tapi hasilnya macam ni, aku cakap dengan Teh O Ais depan mata, dia sibuk menaip sambil gelak sorang-sorang. Dia bangga cakap aku, dia yang punya. Hak milik tetap. Tapi hak aku kat dia? Macam kena kongsi dengan berjuta perempuan atas dunia! Panas betei hati aku.
Orang cakap kalau nak bercinta ni kena ada sayang, kena ada kepercayaan, kena ada faith dalam hubungan. Ah! Persetankan semua tu, sebab mustahil rasa ragu tu tak ada, tipu kalau sayang kau tu masih kekal tanpa jemu. Sebab bila kau nampak dia dengan perempuan lain, kau sedapkan hati. Kau manipulasi otak agar fikir yang baik aja, putarkan kembali memori indah agar hati kau rasa lega. Pastu kalau betul konon dia ada skandal yang lain, kau tetap berusaha terkejar-kejar untuk mencuba jadi yang terbaik, mana tahu boleh tetapkan hati yang berubah. Sabar dan mengharap. Yang hasilnya adalah hati sendiri yang rabak, hati sendiri yang penat.
Prinsip pertama dalam cinta.
Buta.
Kau butakan minda, tutup segala pandangan hati dan mata untuk kekalkan cinta.
4 comments:
Kalau sama sama plan nak sesat kita boleh buta sama sama. Tapi kalau boleh cecah sempurna dengan perubahan.
Kenapa nak buta?
Yup, perlu butakan kalau masih mahu. Kalau tak mahu..blah saja, tinggalkan sementara awal. Sebab nanti mudarat ke atas diri sendiri. Membazir.
Anonymous : capai sempurna dengan berubah tak salah. Tapi salah bila rasa hanya dengan berubah jamin bahagia. Akhirnya orang pilih baik jadi buta, bila celik nanti hati derita.
Buta biar berpada. Takut buta tu yang makan diri semula.
Post a Comment