Wednesday, 6 March 2013

Dear God

Illustrate my words. She.

"Krohh..Krohh"

Aku urut dada dia yang berbulu halus sexy. Hm, lena betul dia tidur malam ni. Entah kenapa malam ni aku rasa semak sangat. Nak hisap rokok, Marlboro tinggal sebatang je. Esok pagi dia nak berak, mesti nak rokok. Aduhh.

Dari tadi dalam kepala aku, asik nyanyi lagu The Roots feat. Monsters of Folk- Dear God 2.0 je. Tapi part Monsters of Folk je la aku hafal.

Aku pandang dia yang tengah lena tidur. Kadang-kadang tersangkut bunyi dia berdengkur, comel. Berkepit sepanjang masa, susah nak renggang berjauhan. Entah bila nak nikah. Hidup dah macam suami isteri. Tapi mak dia suruh habis belajar dulu. Tapi kalau dia nak masuk meminang pun, nak jumpa siapa? Hm.

Aku rasa bersalah. Dengan Tuhan, dengan arwah mak. Tapi aku tengok budak lain rileks je? Dari zaman diploma sampai sekarang ni degree, kalau dekat area student, ramai je yang tinggal dengan boyfriend. Kalau tak tinggal serumah pun, ramai je yang ikut boyfriend balik rumah. Pakai tudung ke tak, sama je.

Kitorang dah pernah tinggal asing-asing, tapi susah! Ahh.. serabut otak aku fikir sebab aku tak tau apa yang aku nak sekarang. Kitorang nak kahwin, tapi tak boleh. Belum boleh. Tapi dah banyak sangat dosa dan malam ni aku rasa takut.

Ya Allah, ampunkan dosa aku. Janganlah kau hukum arwah mak dengan dosa aku ini.
Ya Allah, kalau dia bukan untuk aku, kau pisahkan lah kami.
Tapi Ya Allah, kalau dia untuk aku, kau cepatlah jodoh kami. Aku tak sanggup lagi bergelumang dalam dosa. Ampunkan aku Ya Allah.

"Buat apa tu baby? Tidur dekat I, come."

Aku senyum, baring dekat dada dia.


** Tiada kaitan antara hidup atau mati.

9 comments:

Alexia Aqram said...

hehehehhehe. (gelak iblis)

she said...

Seram lah Aqram ni menjadi iblis. Haha.

she said...
This comment has been removed by the author.
Nurhazwany said...

Bagus. Suka :)

syafiqakarim said...

err ini.


ahaha

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Amirul (aremierulez) said...

Butthurt detected

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
she said...
This comment has been removed by the author.