Sunday, 10 March 2013

Dimana cinta?

Semalam masih tidak sama seperti hari ini. Embun embun pagi yang membasahi bumi tidak semurni waktu dulu. Waktu indah hidupan dunia. Burung berterbangan berkicauan riang di ruang angkasa menikmati keindahan dunia ciptaan yang Maha Kuasa. Bunga bunga pagi berkembang mekar, cahaya matahari nan terang mula mencurah-curah ke lantai bumi. Indah, cukup indah. Tapi tidak mungkin seindah waktu dulu. Waktu indah yang mungkin tiada tandingannya. Waktu indah tatkala bersama, bercinta.

sometimes love comes like a dream and leave like a nightmare.

“Dimana janji awak yang awak taburkan dahulu? Dimana janji-janji kita bersama? Awak sudah lupa akan semuanya? Kenapa ini terjadi? “, Aina memandang tepat ke mata Faris. Pandangan yang penuh pertanyaan. Aina nekad melemparkan segala pertanyaan yang berbuku di hati. Mahu dilepaskan amarah, bimbang semakin parah. Demi mencuba memperbaiki semua, segala rasa sakit dan luka tersimpan di dalam hati. Walau pahit terpaksa di telan jua.

Faris diam terkaku tanpa sebarang jawapan. Diam tidak terjawab dek persoalan yang cukup dalam yang dihamburkan kepadanya sebentar tadi. Bermacam persoalan yang bermain di ruang fikirannya. Apa yang harus diucapkan. Apa yang harus dilakukan. Diam, Faris masih diam. Diam tidak berkata apa apa. Diam seribu bahasa. Jari jemari digenggam padu menahan pilu. Mata tidak beralih memandang ke tanah. Penuh perasaan. Pedih.

Aina masih tabah menanti jawapan. Jawapan yang mungkin merubah segala kemelut hitam yang melanda hubungan mereka. Angin semakin kuat menghembus laju, meniup lembut ke muka yang kegelisahan. Berterbangan rambut Aina dihujungnya ditiup angin syahdu. Aina semakin keluh kesah, gelisah menanti jawapan Faris yang tak kunjung tiba. Air peluh resah semakin laju membasahi wajah. Aina masih tabah. Menanti penuh sabar. Dengan sabar sepenuh hati mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Mungkinkah semuanya akan kembali pulih seperti sediakala atau hanya mampu dibiarkan begitu sahaja. Dibiarkan tanpa kata tanpa sengketa.

Mungkinkah segala pengorbanannya selama ini akan terbalas. Segala suka duka akan dikongsi bersama semula. Mungkinkah janji setia masih terpahat di hati mereka berdua. Aina buntu, semakin keliru memikirkan apa yang bakal terjadi. Masih resah menanti jawapan yang tak pasti. Diam kaku menahan hati. Mata tidak mampu dibuka, dipejam sekuat hati. Digenggamnya erat jari jemari halus miliknya, mengumpul segala kekuatan yang entah ada entah tiada. Terlalu lemah rasanya mahu menanggung segala kemungkinan jawapan dari Faris.

Faris menarik nafas sedalam mungkin.

“Maafkan saya”, nafas lega dihembuskan selepas kata kata diungkapkan. Faris memalingkan mukanya, sekilas pun tidak mahu memandang wajah Aina yang sayu.

"Maafkan saya, Aina."

Hanya itu kata kata yang mampu disuarakan oleh Faris. Kata kata yang cukup mengguris hati. Faris masih berdiri tegak, berpeluk tubuh, masih tetap dengan keputusannya, tidak berganjak. Mata memandang jauh kelangit, mendongak tinggi. Tidak mungkin ada yang mampu mengubah kata-kata nya.

Harsh words break no bones but they do break hearts.

Mendengarkan kata kata Faris, Aina terduduk. Termanggu resah di atas kaki sendiri. Tangan menutup muka menahan sebak, menangis sendu meratapi semua yang terjadi. Berderai air mata tak putus putus membasahi pipi, semakin laju, semakin deras jatuh ke tanah. Hampa, kecewa, pasrah, semua yang terjadi bagaikan mimpi. Mimpi buruk yang semahunya tidak ingin dialami. Bagaimana manusia yang dahulunya seorang yang berpegang pada janji nan setia mampu berubah dalam sekelip mata.

Betullah kata orang, “hati manusia mampu berubah sekelip mata."

Jangan terlalu taksub menaburkan kata-kata sayang untuk hari ini, esok lusa mungkin akan berubah menjadi benci.

"Cinta yang mampu bertahan lama dan tidak mati adalah cinta yang tidak pernah berbalas. Itu sudah pasti."


No comments: