"Kau teristimewa tapi dia yang sempurna"
Satu ayat macam pisau kelar gegendang telinga. Aku pandang dia, aku tahu ada maksud dalam lagu, rasa seluruh bumi bergetar. Aku pandang luar kereta, cuba cuba hirup udara. Sejuk, tanda aku bukan bermimpi. Menggigil bila aku sedar ini realiti. Ketar tangan aku usap kepala dia yang ada atas pangkuan. Mata aku berkaca. Lampu lampu malam jadi mosaic indah.
Dalam movies aku tengok kalau orang mabuk ni semuanya cakap tak rasional, mengarut, membebel tak henti. Cakap pasal unicorn, marah tak tentu pasal. Tapi dia ni tenang, senyap. Dia yang aku sayang, aku teman juga masuk perimeter berlampu bising penuh sial walau aku pernah sumpah takkan jejakkan kaki. Aku tahu waktu macam ni, semua yang keluar dari mulut dia tu konfem ada secalit kebenaran, ada jujur. Mungkin selama ni dia simpan, tak berani cakap.
Otak aku boleh dibayangkan macam perempuan gila meroyan beranak sulung. Badan aku rasa kebas, kaki rasa nak keluar, nak lari. Tetiba dia bangun, muntah. Kau rasa aku patut marah? Aku pndang dia, patutnya hukum bunuh dah wajib jatuh untuk lelaki macam ni. Tapi aku hulur tisu, hulur air. Perlahan dia baring, aku lap segala peluh. Aku menangis. Hati rasa pedih, rasa sesuatu lebih berat dari sedih.
Dari ada kain atas kepala, jadi warna merah oren macam rambut Hayley. Kaki biasa sarung sneakers, sekarang selang dua minggu pergi pedicure. Dari skirt labuh 40" , terus kurangkan setengah. Kuku warna biru, hati dari merah jadi separuh kelabu. Dari hujung dunia pun boleh jadi satu atas katil. Haram jadi halal, mata buta, akal macam direndam dalam coke.
Aku menangis sebab kebodohan sendiri, tapi entah kenapa bontot aku masih tak berganjak.
Orang cakap sebab sayang. Betulke?
Mata aku terasa berat, tapi otak aku masih ligat. Aku pandang jari jari sendiri, diam tapi rasa macam ada perang dalam kepala. Gila la wei kalau mengaku aku tak sayang. Tapi apa maksud sayang? Sayang ke dia kat aku kalau hidup camni? Sayang ke aku kat dia? Sayang ke aku kat diri sendiri kalau ini jalan yang aku pilih? Aku pandang serata bilik, botol bersepah, baju berlonggok. Aku pandang dia, masih lagi tidur. Matahari dah terpacak atas kepala, hari Jumaat sepatutnya penuh rahmat. Lenguh tangan aku angkat dia masuk rumah masih berbisa. Tersentak sekejap bila fon dia bergetar tanda mesej masuk.
" Sayang jangan lupa pergi solat Jumaat okay? ".
Aku hembus nafas dengan kuat.
Betul lah tu, aku istimewa tapi dia yang sempurna.
7 comments:
nice writing.sy nk tnya adakah penulis www.petaiataupizza.blogspot.com merupakan salah satu penulis terfaktab?
Thankyou :) Oh kalau yang itu, I'm not sure lah.
Lulz . Dude, ini penulisan. Bukan diari catatan harian. Takde kena mengena dengan sesiapa :)
pergh, sedak gak budak-budak baru terfaktab ni.
Post a Comment