Sakit, perit, kosong
Bangun pagi rasa sepi rasa keseorangan
Rindu sangat, rasa rindu yang tak pernah dapat dipadamkan
Tenggelam
Tenggelam dalam kekecewaan dan harapan
Menyesal dengan keluhan dahulu
Mati hidup balik pon aku tak pernah bayangkan yang kau
akan pergi
Aku rasa macam nyawa aku direntap dengan rakus
Heartless, sumpah kau heartless
Aku dah cuba
Aku cuba sedaya upaya untuk melenyapkan rengas kau dari
ingatan
Toreh semua kenangan
Menahan diri daripada pergi semula ke catatan lama
Catatan lama kita
Yang kita ukir sama-sama dulu
Wahai air mata sila berhenti
Aku mohon jangan seksa aku sekejam ini
Segala tomahan aku hadap satu persatu
Aku bangun dari kesakitan
Cuba berdiri dalam tangisan
Pejam mata perlahan-perlahan
Berharap semuanya akan kembali seperti biasa
Matahari kembali menyinarkan cahayanya
Burung-burung kembali berkicau
Bau segar rumput kembali menenangkan jiwa
Aku benar-benar ingin bahagia
2 comments:
kongsi minat yang sama rupanya :)
hewheww,perjuangan :)
Post a Comment