Maaflah.
Maaf kalau entri aku kebanyakannya akan buat hati kau luluh, atau akan buat kau tak boleh tidur malam ni sebab teringat akan si dia. Sepuluh jari aku susun kalau entri aku kebanyakannya akan buat kau geram dan marah, sebab aku tak lihat dunia macam kau semua nampak. Maaf kalau entri aku akan buat mimpi indah kau tentang cinta hancur berderai.
Sabar sekejap. Harap kau yang membaca tarik nafas dalam dalam. Hembus.
Pernah tak tetiba rumah kau black out pastu kau terdiam sebab sekeliling kau semua gelap? Macam macam boleh jadi kalau kau cuba berjalan dalam gelap, kan? Ada hantu, ada rasaksa, seribu satu mimpi ngeri kau boleh terbayang masa tu. Terpijak paku, lego, terlangar pasu, segala macam benda la. Takut kan? Masalahnya walaupun you're scared level 999 pun, gerenti kau akan tetap duduk kat tempat yang sama, tak berani bangun cari lilin. Tak berani berganjak. Macam kau stuck atas Titanic, kalau tak lompat kang hangus terbakar kena api. Tapi kalau kau lompat, mungkin akan selamat, tapi most probably kau akan lemas. Dan masa tu kau berkira-kira dalam otak yang mana patut kau buat, yang mana ada higher chance for you to survive. Dan dalam masa kira kira 10 saat untuk berfikir tu, mungkin kapal dah pun meletup. Kau mungkin mati. Benda ni biasa terjadi lagi lagi kalau perempuan, kalau lelaki aku tak sure sebab aku bukan lelaki hahaha.
Macam tu la kot rasanya jadi kekasih gelap.
Insecurities. Pleasant fear.
Bukan aku cakap aku nak sokong golongan macam ni, aku pun pernah jadi yang menyimpan, tapi yang banyaknya disimpan. Kadang kadang aku macam nak pecahkan kotak tv yang banyak kali bagi imej mereka yang disimpan ni biasanya jahat, liar, murahan. Aku tak nafikan kebanyakan mereka memang macam tu, tapi entah lah, aku belajar kalau cinta ini tiada salah tiada betul. Mungkin timing? Mungkin keadaan masa tu? Aku pun tak tahu kat mana salah dan silap, tapi mungkin di situ adalah permulaan di mana kaum Adam akan kerapkali jadikan titik point niat mahu pasang dua. Tak tahu memilih, tamak. Atau mungkin juga susah melepaskan. Mahu jadi pemilih.
Which bring me to my main point : kenapa marah kekasih gelap? Kenapa marah orang ketiga? Believe me, para wanita di luar sana yang sibuk menajamkan kuku konon nak defend pakwe maha setia anda, pohon takkan bergoyang kalau takde angin. Curang adalah benda yang tak boleh dilakukan kalau bertepuk sebelah tangan. Setiap sms/calling kalau tidak bersambut pasti akan berakhir, kalau masih berterusan pasti ada yang membalas. See my point?
And btw, ingat jadi yang disimpan ini senang? Ingat jadi orang ketiga ini senang? Melainkan kau memang tak ada hati dan perasaan, sudah tentu saban hari kau hidup dengan perasaan bersalah. Mahu ajak dating berdua pun kena lay low, tak boleh public. Bahkan ada juga kawan kawan aku yang macam ini, siap jadi kaunselor lagi untuk si lelaki. Kau boleh bayangkan perasaan perempuan yang bagi relationship advice untuk lelaki yang dia sayang? Pergh macam siat hati sendiri lepastu letak dettol. Pedih. Perit. Lagipun, kau tak boleh kawal hati kau. Memang sejak azali sukahati aja daging kecil dalam dada kau tu jatuh untuk orang lain, sayang, rindu. Haih.
Jadi kakak kakak yang aku lihat acapkali di Twitter, suka mencarut sana sini berkata ada perempuan murahan tak faham bahasa cuba nak mengorat pakwe kesayangan anda, keep calm and think. Walau marah macam mana pun anda, kita kena stay classy. Bukan salah anda Tuhan bagi ujian sebegini, mungkin juga bukan salah perempuan ketiga. Take time, investigate. Dan lagi satu, a good man can never be stolen. If perempuan lagi satu tu memang dasar bitch, then let the douche go. They deserve each other.
Dan juga kakak kakak yang selalu menangis meroyan sebab jadi yang disimpan, please, have the courage to walk away. Mungkin si Adam itu jodoh anda, tapi bukan sekarang. Bukan ketika dia masih berpunya. Aku tahu sakit jadi orang ketiga itu lebih senang dirasa dari sakit melepaskan, tapi karma is watching. Fikir juga logik, if that boy is willing to left her because of you, kebarangkalian dia akan tinggalkan kau untuk perempuan lain juga tinggi bukan?
Tapi seperti biasa, aku mampu menasihat. Senang kata diluah dari melakukan apa yang dikata, kan? Adat dunia, bro. Tak apa, harapan masih ada.
5 comments:
Sakit macam celaka. Nak nak bila konon jadi advisor untuk relationship dia. Mamat tu pun cam bodoh cerita kat aku. Damn.
disimpan dan menyimpan. sakit. tapi hadap jugak. menyimpan, LDR mungkin penyebab. tapi disimpan? entah la..mungkin sekadar mengisi kesunyian yang akhirnya bertukar jadi sayang.
menyampah . kite lak yang rase bersalah and so stupidos . dia rilek je kan happy2 . dasar kaki saiko -____- wahahahaha *lari*
rela jadi tempat dia luah perasaan. asalkan dia bahagia. walau bukan dgn aku. tapi itu DULU. n0w aku bjaya m0ve 0n. leave him behind. hidup dia, pandai-II lah dia handle sendiri kan ? :)
ah celaka kau yang bernama MRG, tamak dan selpis
sambil nyanyi "matilah kau" naluri, Once
Post a Comment