Friday 22 March 2013

Deserve



Deserve. Aku cari kat Google dia kata makna deserve tu ialah “do something or have or show qualities worthy of (reward or punishment)”.

Hmph okay.

Bila suka kat orang yang alim, yang warak, yang hafiz al-Quran; yang besar kemungkinan nak penyejuk hati yang berlitup sempurna, pergaulan minda hati semua dijaga, bila cakap suara halus yang keluar; dikatanya aku tak deserve orang sebaik dia.

Bila suka kat bad boy, yang ramai kawan perempuan, yang pergi gig dan konsert bersilih ganti, tak sah kalau tak balik rumah bila nak masuk Subuh; yang besar kemungkinan nak gadis semasa yang urban, yang boleh sekepala dengan geng dia, yang up-to-date dengan the latest trend; dikatanya aku deserve someone better.

Bila suka kat orang biasa, yang takdelah handsome mana kalau kau nak mengaku suka kat kawan-kawan kau pun mesti diorang gelak sebab macam takde sebab untuk disukai pun, serba sederhana semua senang cerita your typical average Joe; dikatanya you can do soooo much better babe.

Bila suka kat orang hansem gilo, yang bila kau jalan sebelah dia nanti orang bisik-bisik “eeee perempuan macam tu je awek dia?”, bila dia jalan-jalan nak pergi shopping pakai tshirt pagoda lusuh dengan selipar jamban konon hipster tapi baru bangun tidur pun orang buat double take; dikatanya tak sesuailah nanti aku yang sengsara.

And ada ni pulak,


Habis tu kalau aku rasa aku deserve orang muka cam Adi Putra acane? Habis tu kalau replika-replika Adi Putra kat Malaysia ni pun semua dah kahwin habis tu siapa yang aku deserve? Siapa yang deserve aku? Replika Aaron Aziz ke? Kalau replika Aaron Aziz tak wujud kat Malaysia acane pulak?

K susahnya jadi manusia yang perlu deserve-mengdeserve ni.

xoxo,
Gasip Gol.

P/s: Kalau replika Adi Putra semua tak aku deserve dan tak deserve aku, maka aku mohon aku dengan Iedil Putra deserve each other :')

4 comments:

Mikael Sahaja said...

Yang nak bercinta tu kita. Bukan orang lain. Nadai kata kita rasa cintakan dia, lantaklah deserve ke tak deserve. Kejar selagi rasa mampu untuk dikejar. Berhenti bila rasa ianya not worthy.

n. ain nadirah bukhri said...

Itulah tapi yang dikatakan tak dideserve aku pun tak mampu dikejar apatah lagi yang aku tak deserve.

Effa Zalila said...

Aku baru dapat ayat 'you deserve someone better' tadi. Fuck!

n. ain nadirah bukhri said...

Kau pukul je orang tu Effa. Nak deserve deserve sangat, memang diserve dipukul.