Sunday 24 March 2013

How to deal with your boyfriend's psycho ex-girlfriend?

Okay, kau baru kenal sorang lelaki ni and kau betul-betul suka dia. Satu hari, dia cerita pasal ex-girlfriend dia. Dia bagitau yang dia break dengan ex dia sebab ex dia buat hal macam-macam. Kau pun senyum simpati, pujuk dia. Dalam hati kau cakap, "I would never treat you like that if I was your girl." Chewah.

Psycho ex-girlfriends ni ada dekat mana-mana, macam orang biasa yang kau nampak setiap hari. Bila kau tengah hidup aman, masa tu lah dia muncul mengacau. Aku ada pengalaman dengan psycho ex-girlfriend ni, bukan sekali. So, aku rasa aku layak nak bincang masalah ni and bagitau macam mana aku handle issue ex girlfriend(s) yang psycho.

#1 Be Supportive
Bila boyfriend kau tengah meluahkan perasaan pasal ex dia yang psycho, kau kena pandai pujuk dia. Boyfriend aku punya ex, ada sorang tu tahap gila pernah sebarkan benda bukan-bukan pasal boyfriend aku. Cakap boyfriend aku mengandungkan dia la, ramai perempuan la. Apa kau kena buat, jangan nak melenting maki ex girlfriend dia tu, but instead kau cakap la dekat boyfriend kau yang kau percaya dia dan kau tau boyfriend kau tak buat semua tu. 


#2 Bersimpati
Kau mesti ada kawan yang jadi gila meroyan lepas break up jugak kan? Aku takde sebab kawan aku semua cool dan high-class bitches. Tapi kau bayangkanlah kalau best friend kau perangai gila macam ex girlfriend boyfriend kau, mesti kau akan back up best friend kau kan? Kau mesti takkan cakap best friend kau psycho. Betul tak?

Kalau kau belikan best friend kau chocolate sekotak masa dia tengah nangis-nangis meroyan gila lepas break up, kau buat lah benda yang sama dekat psycho ex-girlfriend tu. Bersimpati lah dekat dia, sebab dia pun perempuan. Tapi kalau aku, aku simpati je. Chocolate aku makan semua.

#3 Jangan contact
Kalau psycho ex-girlfriend hanya contact boyfriend kau dan tak pernah call or text kau, kau takyah memandai nak contact dia. Jangan tiba-tiba nak call dia tanya dia apa masalah dia, apa jadi antara dia dengan boyfriend kau, biarkan. Kau jangan sama nak meroyan. Kau please buat relaks, maintain cantik.

#4 Stay classy
Ceritanya, ada ex-girlfriend yang tahap psycho pernah ugut nak terjun bangunan kalau boyfriend aku tak datang jumpa. Aku cakap dekat boyfriend aku, takyah jumpa. Alhamdulillah, ex-girlfriend dia masih hidup. Lepas trick terjun bangunan tak jadi, dia kata dia kena kanser pulak. Konon nak bahagia sebelum mati, dia nak balik dekat boyfriend aku. Alhamdulillah, aku dah pun break dengan boyfriend aku yang percaya cakap ex-girlfriend dia yang masih sihat walafiat tu.

Tapi boyfriend baru aku pun ada pyscho ex-girlfriend. Apalah nasib aku, haha. Ada yang text/sms boyfriend aku menyamar jadi "kawan", cakap ex-girlfriend dia dah nazak sangat, asik sebut nama boyfriend aku je. Aku cakap dekat boyfriend aku, doa dari jauh je la. Trick nazak tak berjaya, dia text/sms boyfriend aku menyamar jadi "kawan", cakap dia dah meninggal. Suruh boyfriend aku datang melawat. Aku seperti biasa, suruh doa dari jauh. Doa dimakbulkan mungkin, dia masih hidup dan mungkin tengah fikir nak buat trick dah bangkit dari kubur.

Kau nampak tak apa yang aku buat? Stay classy dan ignore je perangai psycho ex-girlfriends ni. Lagi kau layan, lagi gila dia jadi. So, kau keep calm. Aku ada cara nak tenangkan jiwa, kau ada? Kalau takde, meh lepak dengan aku.

9 comments:

Anonymous said...

Best! Sangat berguna. Tapi sikit sgt laa. Tambah la lagi. Hee ;)

Mikael Sahaja said...

Ada lelaki bangga perempuan sangap sangat dengan dia. Tengok perempuan jenis apa la. Kalau adik Shrek, mampuslah takut duduk bawah katil takmau keluar-keluar.

fara said...

facing one right now..this article might help especially kt 'doakn dr jauh' phase tu.haha klako jek

Anonymous said...

how about your lovable boyfriend running over his past behind your back? hurt isn't it?:) open your eyes, don't let 'em boys fool you around. trust no one including amir syafiq

She said...

Call Amir Syafiq and tell him what's your problem. Don't come here and meroyan dekat semua I punya entry. Stay beautiful, if you are.

Anonymous said...

eh jap,
entry yang simple macamni punnnn ada anon yang ala-ala meroyan (provoke) ?

rileks She,
stay calm and cantik.

bintangmalam said...

cool :D
keep calm and stay beautiful.

Unknown said...

kalau ex's boyfriend punya girlfriend yg psycho ? how to handle.

King said...

Entry sangat cool dan sempoi, terbaik sis salute habis. Btw thanks share this entry sgt berguna. Wlupun dah berabad entry nie ceh xde la lama sgt tp bagus lah..sbb aku pun tgh mengalami situasu pyscho ex-girlfriend for the 1st time so gini rupanya nak handle pyscho ex-girlfriend. hahahaha..~~