Saturday 30 March 2013

Statik


Dalam banyak-banyak line klise dalam movie aku paling suka line bumi ni takkan pernah berhenti berputar. Sebab banyak indirect meaning yang boleh ada dalam line sesimple tu.


Bumi ni takkan berhenti berputar, masa akan tetap berjalan unless bateri jam kau mati tapi bateri jam kau mati pun masa orang lain tak terhenti still berjalan tik tok macam biasa, manusia pun takkan berhenti berubah aku yang 2, 3 tahun dulu lain daripada aku yang sekarang even aku yang semalam lain daripada harini, semalam ada jerawat harini takde. Stail pemakaian dah lain, muzik yang aku selalu dengar dah lain, bahasa pasar yang aku guna pun lain daripada dulu, sayangnya tinggi je tak lain asyik berat je lain-lain.

Tapi, kalau aku cakap perasaan aku kat kau statik camne? Kenapa dalam banyak-banyak benda yang berubah, berjalan, berputar  tapi yang ni je statik? Bila aku dengar lagu Christina Perri A Thousand Years kat wedding pergh rasa cam nak tepuk meja bangkang woi tipu belaka lagu ni macam mana boleh suka orang sampai ribu riban tahun.Tapi kalau aku duduk sorang-sorang dalam bilik bajet introvert bukak Youtube malam buta fefeeling dengar lagu tu boleh je rasanya suka orang sama ribu riban tahun tu. Akulah orang tu, statik, tak bergerak. Bak kata The Script; The Man Who Can’t Be Moved.

Aku tau kau mesti bergerak, berputar, berubah; aku faham kau yang sekarang bukan orang yang sama dengan yang dulu lagi tak mungkin akan sama kurang-kurang mesti dah buncit tapi perasaan aku statik. Macam mana nak hilangkan ni, kalau tatu permanent pun boleh hilang guna laser treatment sekarang tapi kalau perasaan permanent kalah marker Artline ni macam mana nak hilang?

Tapi, tulah, bumi ni takkan berhenti berputar. Takde laser treatment untuk permanent feeling pun bumi ni takkan berhenti berputar. Satu hari nanti rasanya adalah orang yang boleh bawa aku yang statik ni terbang.

P/s: Fiksyen belaka sebab tu takde xoxo. Kalau nak feel lagi sila tonton 5 Centimeters Per Second. Bolehlah berjejeh airmata sama-sama.

2 comments:

Anonymous said...

walaupun bumi berputar dan dia bakal menjadi teman hidup orang lain, perasaan aku pada dia, masih sama...statik..dan aku tak menyesal.. =)

n. ain nadirah bukhri said...

Faham, tapi dia tak statik. Semoga kau, aku, semua dapat jumpa laser treatment untuk penyakit ni.