Monday 24 February 2014

Let It Go

  'Cause love comes slow and it goes so fast

Kau build up perasaan kau sikit, sikit, sikit macam menabung sepuluh sen sehari sampai satu hari tabung kau dah ada RM100. Bayangkan, kau perlukan 1000 hari nak dapat RM100 tu tapi tak sampai sehari dah lesap dah RM100 tu sebab kau dah spend  macam tu je. Samalah dengan perasaan yang serupa bodoh ni, penat je kau kumpul perasaan kau bertahun-tahun tapi kelakarnya tiba-tiba je perasaan tu dah lesap.

Tapi, kau keras kepala. Deep deep inside kau tahu, kau dah tak rasa apa untuk dia tapi kau taknak let go jugak perasaan kau tu. Kenapa? Kenapa?! Sebab yang kau taknak let go tu sebenarnya usaha kau menabung perasaan kau tu. Sikit-sikit sampai dah jadi bukit tapi hilang macam tu je. Sedih tapi kau tak boleh nak let go, kau still cling on dengan harapan duit/perasaan kau tu akan muncul balik sebab sumpah penat gila nak kumpul takkanlah hilang macam tu je?

Fikir balik apa benda yang kau taknak let go tu. Betul ke kau still ada simpanan perasaan atau pun kau cuma berpegang kepada usaha menyimpan perasaan kau tu? Tapi tulah aku faham sebab line yang divide, yang ada border tu nipis sangat kadang-kadang kau sendiri tak sedar apa sebenarnya yang kau taknak let go tu. Macam Ted dengan Robin, sampai 13 jam before Robin nak kahwin pun Ted kalau boleh taknak let go.

Aku rasa semua orang mesti pernah ada 'Robin' diorang sendiri, someone yang habis mati pun kau taknak let go sebab kau sumpah rasa yang Robin kau tu the one dan tak mungkin, tak boleh, tak akan ada yang lain. Tapi hakikatnya bukan Robin yang end up dengan Ted walaupun Ted dah spend 8 tahun hung up dengan Robin. Jadi, bagi aku, let golah Robin kau tu supaya kau boleh jumpa the one yang sebenar-benarnya dan bukan the one yang kau sangka.


Thursday 6 February 2014

Membuka Ruang Penulisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2014 ini kami ingin membuka ruang penulisan seluas-luasnya kepada semua pembaca Terfaktab yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan untuk menulis di bawah penerbitan Terfaktab. Kami merasakan hal ini amat penting untuk memeriahkan lagi industri penulisan kreatif di Malaysia ke tahap yang lebih baru dan dinamik.

Kami membuka ruang untuk kalian menulis novel berunsurkan cinta yang lebih kreatif, berkonsepkan gaya Malaysia yang lebih realiti dan menyelitkan konflik menarik untuk menjadi tatapan bacaan berjuta pembaca Terfaktab di seluruh Malaysia.

Hantarkan manuskrip anda berupa dua bab awal karangan anda kepada kami melalui emel ke publishing@terfaktab.com . Atau, anda boleh menghantar karangan penuh yang mengandungi 40,000 hingga 60,000 patah perkataan juga ke email publishing@terfaktab.com

Jika anda rasa penulisan berunsurkan cinta bukan gaya anda, usah risau. Kami juga menerima untuk anda menghantar novel berunsurkan pengembaraan, sci-fi, pulp, thriller, urban mahupun kisah epik yang kreatif dan di luar kotak pemikiran biasa. Hanya layangkan dua bab awal karangan atau karangan penuh yang mengandungi 40,000 hingga 60,000 patah perkataan ke email publishing@terfaktab.com

Apa? Anda bukan jenis menulis novel? Usah risau, kerana kami juga menerima penulisan berbentuk antologi cerpen. Jika anda dan rakan-rakan anda ingin bergabung tenaga menulis buku antologi cerpen atau anda mempunyai zine yang bagus untuk kami terbitkan menjadi buku? Layangkan karangan cerpen-cerpen anda atau penulisan zine anda itu juga ke publishing@terfaktab.com .

Kami juga membuka ruang untuk anda untuk menerbitkan buku puisi. Tetapi, dengan syarat anda juga adalah seorang penyampai puisi dan berani menyampaikan puisi-puisi anda ke khalayak ramai agar puisi anda itu lebih bermakna didengari oleh para pembaca.

Semoga 2014 ini kita semua lebih aktif menulis dan dapat mengeratkan hubungan antara penulis dan pembaca dengan lebih muafakat dan mesra.

Terima kasih atas perhatian kalian.

Bahagian Penerbitan
Terfaktab Media
TTDI Jaya, Shah Alam.

Wednesday 5 February 2014

Perempuan Dari Neraka

Sudah agak lama aku tidak menulis (menaip) di blog ini. 

Bukan sudah bosan atau putus asa dengan penulisan, cuma banyak komitmen yang berkaitan keluarga yang aku perlu uruskan di alam realiti. Jadi, aku abaikan sebentar dunia maya yang tak bersempadan ini.

Sudah lama tidak menulis (ke menaip?) sampai aku sendiri tak tahu apa yang aku mahu tulis. Jadi, aku mahu kongsikan sedikit kisah pengalaman aku yang pernah keluar berjanji temu dengan seorang perempuan dari neraka.

Kenapa aku gelar dia "Perempuan dari Neraka"? Adakah dia seorang syaitan yang menyamarkan diri sebagai manusia?

Bukan. Sahaja aku mahu meletakkan gelaran tersebut. Suka hati akulah. Aku yang tulis entri ini.

Kisah berlaku pada awal tahun 2012. Kawan aku memperkenalkan aku dengan seorang awek. Awek ini masih single. Rupa parasnya boleh tahan.

Umurnya tua setahun daripada aku. Aku pelik kenapa awek yang ada rupa seperti dia belum ada boyfriend.

Setelah bermain SMS selama 3 hari secara bertalu-talu (aku belum ada handphone yang mempunyai Whatsapp ketika ini), kami pun bersepakat untuk berjumpa.

Maka aku pun berjumpa dengan dia. Semasa aku berjumpa dengan dia, aku memakai t-shirt tidak berkolar dengan lambang Superman berada di dada t-shirt tersebut. Aku pakai jeans hitam berserta kasut Converse putih.

Selepas keluar menonton wayang dan makan-makan bersama awek tersebut, kami pun berbual-bual. Tiba-tiba awek ini meletakkan beberapa syarat untuk second date:

"Kalau kita keluar second date nanti, saya tak nak awak pakai baju tak de kolar. Awak kena pakai baju yang ada kolar. Kalau boleh, baju kemeja. Saya tak suka tengok awak pakai t-shirt dengan lambang yang bukan-bukan. Baju nanti tuck-in dalam seluar tau?"

"Kalau awak nak pakai jeans, boleh. Tapi jangan pakai jeans yang lusuh tu. Saya tau ada jenis jeans yang memang lusuh tu, tapi saya tak suka. Jeans pun pakai warna hitam atau biru pekat je."

"Saya tak suka awak pakai Converse. Saya nak awak pakai kasut yang nampak proper sikit. Crocodile ke... Kasut yang jenis kulit la."

"Rambut pun kalau boleh potong pendek. Saya tak suka jenis sikat rambut ke belakang. Nampak macam gangster. Kalau boleh, potong pendek. Bahagian tepi tu sodok sikit."

 Sebaik pulang dari berjumpa awek tersebut, aku pun terus SMS kawan aku:

"Perempuan dari mana kau kenalkan aku ni? Perempuan dari neraka ke?"

Kawan aku balas:

"Hahaha... Aku dah tau perangai dia macam tu. Saja je nak kenakan kau."

Patutlah muka lawa tapi masih single. Rupanya mengongkong tahap maksimum.

Aku mengambil keputusan untuk tidak lagi melayan perempuan dari neraka ini. Pada bulan Oktober tahun yang sama, aku terjumpa semula dengan awek tersebut. Dia tengah keluar dengan seorang lelaki yang betul-betul mengikut spesifikasi seperti di atas.

Tapi masa bulan puasa tahun itu (bulan Ogos), aku pernah juga nampak dia keluar dengan lelaki lain. Lelaki itu pun memenuhi spesifikasi awek ini.

Adakah awek ini seorang playgirl? Ataupun balak yang keluar dengan dia masa bulan puasa itu dah tak dapat tahan dengan dia, putus dan dia dah couple dengan orang lain pula.

Entah. Biarlah. Aku pun malas nak tahu jawapan dari persoalan aku itu.

Sekian. Kisah perempuan dari neraka.

Saturday 1 February 2014

I Hate You

I hate you.

I hate you for making me falling in love with blue
even when my favourite colour is red.
And now it's both red and blue.

I hate you.

I hate the way you smile, because
your eyes will partly shut and
there will be crinkles around your eyes,
which is supposed to be ugly!
but when it is on you,
it is lovely.

I hate you.

I hate you for making me liking
the awkward and silence moments
between us.
I hate you for making me addicted to
the long travels and distance,
our random conversations,
nasty fights and dirty jokes.
I hate you for making me not
hate it at all.

I hate you.

I hate you for making me go back home,
when what I want to do is to roam the universe
and greeting death with smile.
I hate you for worrying about me and listening
to my rants and be there for me
whenever I want to cry,
whenever I want to shout,
whenever I want to puke or sick,
or for anything at all.
I hate you because you care about me
even after I spit,
even after I throw a tantrum,
even when I feel like I don't deserve
your care at all.

And I hate you, yes I hate you,
because truly,
it is the opposite of the truth,
and sometimes I am not sure
if you have the same feeling
like I do.

But fuck it.
Life is too short to say I am not sure
and thinking twice on things that you
already know and feel.

So fuck it.
I love you.