Showing posts with label Amirul. Show all posts
Showing posts with label Amirul. Show all posts

Wednesday, 5 February 2014

Perempuan Dari Neraka

Sudah agak lama aku tidak menulis (menaip) di blog ini. 

Bukan sudah bosan atau putus asa dengan penulisan, cuma banyak komitmen yang berkaitan keluarga yang aku perlu uruskan di alam realiti. Jadi, aku abaikan sebentar dunia maya yang tak bersempadan ini.

Sudah lama tidak menulis (ke menaip?) sampai aku sendiri tak tahu apa yang aku mahu tulis. Jadi, aku mahu kongsikan sedikit kisah pengalaman aku yang pernah keluar berjanji temu dengan seorang perempuan dari neraka.

Kenapa aku gelar dia "Perempuan dari Neraka"? Adakah dia seorang syaitan yang menyamarkan diri sebagai manusia?

Bukan. Sahaja aku mahu meletakkan gelaran tersebut. Suka hati akulah. Aku yang tulis entri ini.

Kisah berlaku pada awal tahun 2012. Kawan aku memperkenalkan aku dengan seorang awek. Awek ini masih single. Rupa parasnya boleh tahan.

Umurnya tua setahun daripada aku. Aku pelik kenapa awek yang ada rupa seperti dia belum ada boyfriend.

Setelah bermain SMS selama 3 hari secara bertalu-talu (aku belum ada handphone yang mempunyai Whatsapp ketika ini), kami pun bersepakat untuk berjumpa.

Maka aku pun berjumpa dengan dia. Semasa aku berjumpa dengan dia, aku memakai t-shirt tidak berkolar dengan lambang Superman berada di dada t-shirt tersebut. Aku pakai jeans hitam berserta kasut Converse putih.

Selepas keluar menonton wayang dan makan-makan bersama awek tersebut, kami pun berbual-bual. Tiba-tiba awek ini meletakkan beberapa syarat untuk second date:

"Kalau kita keluar second date nanti, saya tak nak awak pakai baju tak de kolar. Awak kena pakai baju yang ada kolar. Kalau boleh, baju kemeja. Saya tak suka tengok awak pakai t-shirt dengan lambang yang bukan-bukan. Baju nanti tuck-in dalam seluar tau?"

"Kalau awak nak pakai jeans, boleh. Tapi jangan pakai jeans yang lusuh tu. Saya tau ada jenis jeans yang memang lusuh tu, tapi saya tak suka. Jeans pun pakai warna hitam atau biru pekat je."

"Saya tak suka awak pakai Converse. Saya nak awak pakai kasut yang nampak proper sikit. Crocodile ke... Kasut yang jenis kulit la."

"Rambut pun kalau boleh potong pendek. Saya tak suka jenis sikat rambut ke belakang. Nampak macam gangster. Kalau boleh, potong pendek. Bahagian tepi tu sodok sikit."

 Sebaik pulang dari berjumpa awek tersebut, aku pun terus SMS kawan aku:

"Perempuan dari mana kau kenalkan aku ni? Perempuan dari neraka ke?"

Kawan aku balas:

"Hahaha... Aku dah tau perangai dia macam tu. Saja je nak kenakan kau."

Patutlah muka lawa tapi masih single. Rupanya mengongkong tahap maksimum.

Aku mengambil keputusan untuk tidak lagi melayan perempuan dari neraka ini. Pada bulan Oktober tahun yang sama, aku terjumpa semula dengan awek tersebut. Dia tengah keluar dengan seorang lelaki yang betul-betul mengikut spesifikasi seperti di atas.

Tapi masa bulan puasa tahun itu (bulan Ogos), aku pernah juga nampak dia keluar dengan lelaki lain. Lelaki itu pun memenuhi spesifikasi awek ini.

Adakah awek ini seorang playgirl? Ataupun balak yang keluar dengan dia masa bulan puasa itu dah tak dapat tahan dengan dia, putus dan dia dah couple dengan orang lain pula.

Entah. Biarlah. Aku pun malas nak tahu jawapan dari persoalan aku itu.

Sekian. Kisah perempuan dari neraka.

Tuesday, 2 July 2013

Benda Yang Sering Dilakukan Bersama Ketika Couple

Ohai! Lama betul aku tak update dekat sini. 

Selepas hampir 2 bulan tidak mengupdate apa-apa entri di sini. Kesibukan di tempat kerja dan hidupan harian, juga beberapa isu kekeluargaan yang perlu aku selesaikan membuatkan idea aku mati dan mood untuk mengetuk keyboard laptop sudah terpadam.

Apa khabar semua para pencinta? Sihat? Sudah makan? Sudah gosok gigi pagi tadi? Tipu! Gigi tu kuning, lagi nak menipu dah gosok gigi.

Okay. Intro panjang-panjang, bukannya korang baca pun.

Hari ini aku mahu menyentuh tentang benda-benda yang sering dilakukan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta.

Bila manusia jatuh cinta, mereka ingin melakukan aktiviti yang melibatkan kedua-dua pihak. Ya lah, melakukan hubungan seks pun perlu melibatkan kedua-dua pihak jugakan? Kalau melibatkan sebelah pihak sahaja, itu namanya onani.

Melakukan aktiviti bersama kadangkala boleh menambahkan keutuhan perhubungan, dan kadangkala tidak baik untuk kesihatan hubungan tersebut.

Jadi, mari kita lihat antara aktiviti yang selalu dibuat bersama oleh pasangan-pasangan bercinta.


Pakai Couple T-Shirt

Rasanya kamu tahukan apa itu Couple T-Shirt? Ada 2 jenis Couple T-Shirt. Yang pertama, t-shirt yang mempunyai design yang sama. Yang kedua, t-shirt yang mempunyai corak yang bercantum antara 2 t-shirt. Kalau kamu pakai dan jalan sama-sama, nampaklah corak yang bercantum itu. Ala... Yang selalu Levi's keluarkan tu.

Mungkin zaman sekarang, pakai Couple T-Shirt bukanlah menjadi satu trend. Trend ini menaik masa zaman aku study dahulu. Tapi masih ada lagi pasangan yang masih memakai Couple T-Shirt ini. Cute ape?

Pakai Couple T-Shirt ini nampak simple dan tak membawa apa-apa pengertian, tetapi mempunyai unsur romantik tanpa sedar. 

Pasangan digalakan membuat perkara ini tetapi janganlah tiap kali kamu date, kamu nak kena pakai Couple T-Shirt pula kerana ia boleh menjadi agak mengjengkelkan juga.

Pakai Couple T-Shirt bukan sahaja boleh menunjukkan keromantikan pasangan tersebut. Tetapi juga memberitahu semua orang bahawa "Orang yang pakai baju sama dengan aku ni balak/makwe aku! Tolong jangan berani nak tackle!"


Kerap Keluar Makan Bersama-sama

Walaupun kamu belajar di kelas yang berlainan, walaupun kamu bekerja di tempat yang lain, kamu tetap makan sarapan, makan tengahari dan minum petang bersama.

Makan bersama boleh menambahkan keakraban hubungan sesama pasangan. Tapi sebenarnya, ada sebab lain kenapa aktiviti ini dilakukan.

Antara sebabnya ialah untuk mengawal nafsu makan pasangan masing-masing. Si wanita risau perut si lelaki sudah seperti bentuk lelaki yang sudah 15 tahun berkahwin dan si lelaki risau dengan si wanita yang pada mulanya boleh memakai baju adiknya, kini mampu memakai baju ayahnya.

Tetapi aktiviti ini perlulah ada give and take. Janganlah suruh si lelaki sahaja yang terpaksa bayar setiap kali makan. Botak teman lelaki kamu tu. Lagipun, nanti makin lambatlah kamu nak berkahwin sebab duit si lelaki tak cukup-cukup.


Memilih Lagu Couple

Lagu couple adalah lagu cinta yang dipilih untuk setiap pasangan. Ada beberapa kreteria yang menyebabkan  sesebuah lagu dipilih menjadi lagu couple (1) Lagu tersebut merupakan lagu kegemaran kedua-dua mereka (2) Lagu tersebut mempunyai pengaruh kepada hubungan mereka (3) lagu tersebut mengingatkan mereka kepada suatu memori indah dalam hubungan mereka, contoh: Lagu tersebut berkumandang semasa first date (4) Lagu tersebut tengah popular semasa mereka bercouple (4) Lagu tersebut merupakan lagu tema bagi sebuah drama atau filem, yang mana couple tersebut berangan kononnya kisah hidup mereka seakan sama dengan story line drama atau filem tersebut.

Sebagai contoh, kawan aku Azmen (Mungkin bukan nama sebenar.... Mungkin) dan aweknya (kini isterinya) memilih lagu Stand Inside Your Love nyanyian Smashing Pumpkin. Eh? Ke lagu Whatsername nyanyian Green day? Aku lupalah pulak yang mana satu.

Memilih lagu couple memang satu perkara yang simple, tapi romantik. Tapi ada juga keburukannya. Kalau hubungan tidak berterusan, putus di tengah jalan, maka secara automatik lagu tersebut akan menghantui diri sepanjang hidup.

Kalau putus secara baik, mungkin tiada effect sangat. Tapi kalau kena putus secara tak baik (Kena kikis dengan awek lepas tu terus blah, balak mengandungkan kamu lepas tu hilang entah ke mana) pasti sakit jiwa kalau mendengar balik lagu couple tersebut.

Dan kalau pasangan tersebut meninggal dunia, setiap kali terdengar lagu couple tersebut, pasti meleleh air mata. Teringat kenangan silam masa dia masih hidup. Oh... Syahdunya. (Layan lagu Tiada Lagi Kidungmu untuk mendapatkan feel sedih).

Dan kalau boleh, sorokkanlah tajuk lagu couple tersebut dari kawan-kawan anda. Kelak bakal mengundang padah.

Sebagai contoh, kawan aku yang tinggal di rumah sewa semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dahulu. Sibuk menyanyikan lagu couple tiap-tiap hari. Buka mp3 lagu tersebut kuat-kuat sampai semua housemate dah rasa annoying mendengar lagu tersebut.

Sebaik sahaja putus, kawan-kawan, termasuk aku, terus menganjing kaw-kaw punya. Kami semua menyanyikan lagu tersebut kuat-kuat. Tapi jangan risau, kami buat benda tu pun selepas dia sudah move on dari perpisahan tersebut. Jadi kami rasa, dia tak terasa hati pun dengan perbuatan kami... Mungkin.


Tidak Merahsiakan Password Kamu

Ini juga perkara lazim. Kononnya cinta punya pasal, segala password boleh dikongsi bersama. Dari password Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, Foursquare, kad ATM duit PTPTN dan lain-lain lagi, semuanya dikongsikan.

Kalau mak ayah tanya password kad ATM, kemain lagi kamu mengamuk tak mahu bagi. Kononnya "Saya dah besar la mak, abah. Saya boleh jaga duit saya". Tapi kalau makwe mintak "Ambiklah password ni. Kalau nak ambik duit sekali pun, saya tak kisah."

Aku pernah menulis sebuah cerpen dalam entri di Terfaktab terdahulu tentang fenomena berkongsi password ini. Kamu boleh refresh ingatan kamu dengan membaca entri tersebut di sini.


Tukar Sim Card

Perkara ini agak popular dilakukan semasa zaman aku study dahulu. Tapi aku tak pasti samada method ini masih dilakukan oleh adik-adik indie & hipster zaman sekarang. Kawan-kawan aku ramai betul yang terjebak dalam permainan penukaran sim card ini. Aku? Tidak sama sekali.

Penukaran sim card dilakukan untuk memastikan pasangan masing-masing tidak curang sesama sendiri. Pasangan masing-masing dapatlah tahu siapa yang ada dalam senarai phone book pasangan mereka dan tahu siapa yang kerap menelefon pasangan mereka setiap hari.

Bagi aku, ini merupakan satu perkara tidak bijak. macam apa yang terjadi pada kawan-kawan aku. Bila emak bapak masing-masing call, mereka mesti pelik kenapa anak mereka berubah jantina.

Kes yang terjadi pada kawan aku, dia tukar sim card dengan aweknya. Bila emak dia call, terkejut beruk emak dia mendengar suara perempuan yang menjawab telefon. Emaknya fikir yang bukan-bukan, kononnya anaknya sudah bawa perempuan balik ke rumah sewanya. Menangislah emaknya mengadu pada ayah yang anaknya dah membuat kemungkaran. Terus haru biru dibuatnya.

Tukar sim card sebenarnya idea gila. Selain bakal menerima makian dari mak bapak sendiri dan mak bapak kekasih kamu, kamu juga bakal menerima makian tambahan dari kawan-kawan yang galak mahu mengajak kamu bermain futsal dan kawan-kawan yang ajak buat slumber party/sleepover.

Lagipun, kepercayaan adalah kunci perhubungan. Kalau kamu tukar sim card kerana tidak percayakan pasangan kamu, baik tak payah bercinta.

==========

Cukup sampai di sini dahulu. Aku sudah malas nak taip panjang-panjang. Sebenarnya ada banyak lagi benda aku mahu tulis tapi perasaan malas berjaya merajai hati aku. Lain kalilah aku sambung lagi... Mungkin.

P/S: Aktiviti bersama boleh mengeratkan perhubungan, dan juga boleh menjahanamkan perhubungan. Pastikan kamu memilih aktiviti yang betul untuk memastikan hubungan kamu berterusan sehingga ke jinjang pelamin.

Friday, 12 April 2013

Peringkat Dalam Perhubungan

*Tulis entri serius pulak*

Dalam setiap perhubungan, ada peringkatnya. Dan setiap peringkat, ada suka dan ada dukanya. Tak semua pasangan melalui semua peringkat.

Ada yang berjaya sehingga peringkat ke-4 dan terus berkahwin.

Ada terus ke peringkat terakhir dan putus di tengah jalan.





Peringkat 1: Pertemuaan

Pertemuaan adalah peringkat pertama sesebuah perhubungan. Untuk pertama kalinya, si teruna dan dara bertemu. Pertemuan tersebut menimbulkan perasaan cinta pandang pertama. Pertemuan kali pertama biasanya tidak melibatkan perbualan yang terlalu menyentuh peribadi. Cukup hanya dengan mata bertemu mata.

Pertemuan kali pertama ini biasanya menjadi modal untuk si teruna (atau mungkin juga dara) merancang untuk membuat pertemuan kali kedua. Samada pertemuan kali kedua itu dirancang (meminta nombor telefon dan terus merancangan untuk menonton wayang bersama) ataupun stalking ke mana si dara selalu pergi dan buat-buat terjumpa beliau di sana (si teruna pura-pura terjumpa di taman untuk berjogging dan berkata dia selalu berjogging walaupun sebenarnya si teruna sudah lama tidak berjogging).


Peringkat 2: Perkenalan

Perkenalan adalah peringkat dimana si teruna dan dara masing-masing cuba mengenal hati budi dan tingkah laku pasangan masing-masing. Ini adalah peringkat paling menyeronokan dalam proses perhubungan.

Setiap hari, kita akan mengetahui informasi terbaru tentang si dia. Hari ini kita tahu tentang makanan kegemarannya. Esok kita tahu muzik kegemarannya. Lusa kita akan tahu buku kegemarannya. Tulat kita akan tahu tentang makanan kegemarannya. Setiap hari, pasti ada perkara baru yang kita akan ketahui tentang dia dan akan mengujakan hati kita.

Dan kita juga mungkin akan belajar tentang kebaikan dan keburukan si dia. Di sinilah kita akan mebuat keputusan samada kita akan menerima kekurangan dia dan meneruskan perhubungan atau tidak.


Peringkat 3: Percintaan

Percintaan adalah peringkat dimana si teruna dan si dara sudah bersepakat untuk bergelar sebagai pasangan kekasih. Dunia adalah milik mereka berdua. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka berdua. Semua yang dilakukan bersama menjadi saat paling indah dalam diri masing-masing.

Pada peringkat ini, mereka akan mendedahkan hubungan mereka kepada rakan-rakan dan keluarga.

Masing-masing sanggup berkorban untuk pasangan masing-masing. Walaupun si teruna baru pulang dari kerja dalam kepenatan, tetapi panggilan telefon dari si dara yang mengajak si teruna keluar membeli-belah tidak akan ditolak. Begitu juga dengan si dara. Bagi pasangan kekasih, apa sahaja sanggup di buat asalkan mereka dapat meluangkan masa bersama.


Peringkat 4: Zon Selesa

Zon Selesa adalah peringkat di mana pasangan masing-masing mula menunjukkan "wajah" mereka yang sebenar. Si dara yang selama ini bersopan santun kini boleh menunjukkan sikap kegila-gilaannya semula. Si teruna yang selama ini sopan di hadapan si dara kini boleh kentut di depan si dara tanpa rasa bersalah.

Tetapi berada di peringkat ini menunjukkan hubungan sudah berada di peringkat yang matang. Pasangan tidak perlu lagi berpura-pura dan boleh berterus terang antara satu sama lain. Peringkat ini boleh menjadi penentu samada hubungan akan bertahan atau terus longar dan akhirnya putus.

Jika pasangan dapat bertahan, mereka akan berada di peringkat ini untuk beberapa tahun sebelum si teruna bersedia dan akhirnya pop the question, "Will you marry me?"

Jika si dara bersedia, mereka akan kembali ke peringkat Honeymoon dan berlanjutan sehinggalah mereka berdua mendirikan rumah tangga.

Dan jika pasangan gagal bertahan di dalam peringkat ini, mereka akan terus terjerumus ke peringkat ke-5.


Peringkat 5: Suram

Suram di sini bermaksud sesuatu yang kurang baik. Peringkat ini merupakan peringkat dimana pasangan mula kurang rasa 'take care' tentang pasangan masing-masing. Insan yang dulu amat penting kini hanyalah sama dengan insan lain di dunia. Tiada lagi layanan istimewa terhadap pasangan masing-masing.

Pasangan mula bertukar menjadi status sebagai kawan secara beransur-ansur. Pasangan bukanlah insan yang sentiasa berada difikiran lagi.


Peringkat 6: Berjauhan

Berjauhan ialah peringkat dimana kemesraan hubungan antara pasangan mula pudar. Perasaan sayang mula semakin menjauh antara pasangan.

Tiada lagi gelak ketawa. Tiada lagi kata-kata romantis. Setiap perbuatan akan mencetuskan pergaduhan. Rasa sayang sudah mulai pudar. Tiada apa lagi yang boleh dituturkan apabila bertemu.

Peringkat ini terjadi mungkin terjadi apabila mereka mula rasa tidak serasi dengan pasangan mereka atau mereka mula menjumpai orang lain yang mungkin lebih serasi dengan mereka.

Dan ini akan menyebabkan perhubungan tersebut akhirnya terus ke peringkat yang ke-7 dan terakhir iaitu...


Peringkat 7: Perpisahan

Segala-galanya tamat disini. Tiada lagi "saya dan awak". Tiada lagi "you and I". Semuanya tamat. Perhubungan yang dibina sekian lama terhenti di sini. Tak sangka akan bertemu noktah.

Ketika hubungan antara pasangan sedang mekar, pasangan kita merupakan orang terpenting dalam hidup. Semua tentang dia kita tahu. Kita bukan setakat tahu apa makanan kegemaran, muzik kegemaran.. Tapi kita juga mengetahui bahasa badannya.

Kita tahu bila pasangan kita sedang lapar, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita bila sedang marah, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita ketika bosan dan lain-lain.

Benda yang pernah terjadi pada aku. Dulu aku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang merupakan penyokong kuat Manchester United (aku penyokong Liverpool). Dia berkata, tidak kira apa yang terjadi, dia tetap akan menyokong MU walaupun apa yang terjadi dan tidak akan menyokong pasukan lain kalau dipaksa. Aku tak kisah tentang itu dan aku tidak memaksa beliau menyokong Liverpool.

Setahun selepas aku berpisah dengan dia, aku kebetulan bertembung dengan si dia. Dia kini memakai jersi Chelsea. Katanya, teman lelakinya memaksa beliau menyokong Chelsea dan dia akur.

Pelik juga aku. Dimana hilangnya semangat tidak akan berpaling tadah itu? Kenapa aku bagaikan tidak kenal lagi perempuan yang pernah aku cintai ini dahulu?

Dalam sekelip mata, aku bagaikan tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar. Dia yang dulu pernah berkata pada aku yang dia tidak selesa memakai dress dan lebih senang mengenakan T-Shirt dan jeans, kini sedang mengenakan dress dihadapan aku.

Dalam sekelip mata, perempuan yang pernah menjalinkan hubungan dengan aku selama 2 tahun ini telah menjadi seorang perempuan yang aku tidak kenali.

Selepas putus, dia yang selama ini menjadi peneman hidup kita akan menjadi orang yang kita tidak kenali lagi. Agak sukar untuk kita berkawan selepas perhubungan tersebut putus. Bukan sukar, mungkin mustahil.

Mungkin ada sesetengah orang yang akan memulakan "buku baru" selepas putusnya sesuatu hubungan. Mereka akan mengubah gaya hidup mereka. Mungkin inilah yang menyebabkan bekas pasangan mula tidak mengenalinya lagi.

Dan kini, orang yang selalu kita hubungi setiap hari, orang yang selalu kita mimpi-mimpikan setiap hari, orang yang sering bertanya khabar kita setiap hari, sudah hilang dalam hidup kita. dalam sekelip mata, dia menjadi stranger dalam hidup kita.

Sebab itulah kita perlu "move on" apabila suatu perhubungan itu putus. Tak perlulah kita menunggu si stranger itu kembali berkenalan dengan kita. Dia kini seorang stranger, orang yang tidak kita kenali dalam hidup kita.

Tak perlulah kita berkenalan sebanyak 2 kali dengan stranger yang sama. Move on. Pergilah cari stranger yang lain.

Abadikanlah kenangan indah ketika kamu bersama sebagai sebuah memori yang tak mungkin kembali lagi.

Thursday, 4 April 2013

Tanda-tanda Anda Patut Memutuskan Hubungan Dengan Kekasih Anda


Memutuskan sesebuah hubungan cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh setiap insan yang bercinta. Lebih-lebih lagi ia akan melukakan hati kita lebih dari hati pasangan kita. Chewah!

Tapi kadang-kadang, ada beberapa sebab yang menyebabkan anda memutuskan hubungan dengan kekasih anda. Situasi dimana putus cinta adalah lebih baik dari meneruskan hubungan.

Jadi, apakah tanda-tanda yang boleh menjadi penyebab anda wajib memeutuskan hubungan dengan kekasih anda dengan segera? Mari kita lihat senarai di bawah:


Didera dan dipukul sesuka hati

Anda sering dipukul oleh teman lelaki anda. Kadang-kadang, anda dipukul kerana benda yang kecil sahaja. 

Dan alasan yang sering diberikan oleh teman lelaki kamu ialah, "Abang ni memang panas baran sikit. Sabar aje la kalau kena lempang", "Abang ni keturunan pendekar. Lempang orang ni memang kebiasaan.", "Abang ni nak pergi Amerika, pergi audition jadi wrestler nak lawan Randy Orton." dan bermacam jenis alasan lagi.

Buat apa teruskan hubungan kalau hari-hari makan pelempang dan terajang dari kekasih? Ada kemungkinan kalau kamu berkahwin dengan dia, anak-anak pula yang menjadi mangsa.


Dikawal dan dikongkong sepanjang masa

"Awak, saya nak keluar main futsal dengan kawan saya malam ni."

"Tak boleh! Duduk rumah, tengok Adam dan Hawa. Nanti kita boleh Tweet pasal scene-scene Adam dan Hawa malam ni."

**********

"Awak, saya nak keluar pergi shopping dengan adik saya..."

"Tak boleh! Jangan mengada nak keluar dengan lelaki lain."

"Tapi.. Rafi tu kan adik saya.."
"I said no!"

Ini negara bebas. Kenapa kekasih kau nak kongkong kau sampai macam itu sekali? Emak ayah kau pun tak pernah kongkong kau macam itu sekali.

Bukanlah kita tak boleh hendak mengongkong langsung. Tapi adalah batasannya. Janganlah melampau sangat.  Janganlah kongkong pasangan kamu macam kamu bela hamster dalam sangkar. 

Tapi aku perhatikan, bila emak ayah kamu kongkong kamu, kemain kamu mengamuk. Kata parents kamu tak supporting.

Tapi bila kekasih kamu kongkong kamu, kamu alright saja ikut kehendak kekasih kamu.

Kerana kasih, hamba turutkan?


Tiada cukup masa untuk bersama

Bila kamu free, dia pulak busy memanjang. Bila kamu busy, dia pulak asyik ajak keluar date. Timing tak kena langsung. Habis itu, bila masa nak berjumpa, bercanda dan memadu asmara kan?

Satu lagi situasi yang menyebabkan sukar untuk bersama ialah cinta jarak jauh. Aku tak kata cinta jarak jauh tak kan berjaya. Ada juga kawan aku menjalankan hubungan jarak jauh dan sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya. Cuma belum dapat anak lagi. Mandul mungkin. Kah kah kah! (Sorry Eddie. Tak sengaja kutuk kau).

Tapi tak semua orang tahan dengan perhubungan jarak jauh. Kalau kamu selalu rasa kesunyian, tak tenteram, selalu termenung, cepat jealous apabila melihat kawan kamu keluar bersama kekasihnya atau nafsu memuncak apabila melihat amoi ber-hot pants jalan seorang diri, maka dengan segala hormatnya silalah putuskan hubungan anda dan mulakan cinta jarak dekat.


Anda selalu sedih dari gembira

Asyik berendam air mata sepanjang perhubungan? Selalu menangis kerana perbuatan atau kata-kata kekasih kamu? Mata kamu selalu bengkak kerana menangis dan terpaksa buat alasan "Semalam aku tengok cerita Adam dan Hawa. Aku menangis bukan sebab cerita tu sedih, tapi sebab jealous Aaron Aziz peluk perempuan lain" setiap kali kawan pejabat bertanya tentang mata kamu yang bengakak dan merah?

Baik kamu putus sajalah.


Tidak dihargai dan tidak diambil berat

Setiap apa yang kamu lakukan untuk kekasih kamu, ia tidak pernah dihargai. Malahan siap mengutuk lagi.

Kamu dah bersusah payah nak buat sesuatu yang romantik atau surprise kepada dia, tapi dia buat selamba badak siap bagi komen "Apalah awak buat benda-benda macam ni?"

Kekasih kamu juga tidak mengambil berat terhadap kamu. Bukannya nak ditatang seperti minyak yang penuh. Cukuplah dengan SMS "Good morning? You sihat? Dah breakfast?"  Ye tak?


Kamu ketagihan

Kamu mempunyai kekasih. Tapi kamu ketagihan. Samada kamu ketagihan dadah, arak, judi atau apa-apa benda negatif.

Bila kamu ketagihan, ada baiknya kamu lepaskan kekasih kamu. Jangan menyusahkan hidup orang lain. 

Jika kamu ketagihan, kekasih kamu pasti akan membantu dan terpaksa berkorban banyak benda hanya demi kamu. Dan ini akan menimbulkan pandangan serong dari keluarga kekasih anda dan sudah pasti mereka menghalang perhubungan tersebut.

Bukan aku nak kata kalau sudah jadi penagih, terus jadi manusia yang hopeless. Tapi seeloknya kamu ubati diri kamu dahulu. Sudah sihat waafiat, barulah fikir pasal nak menanggung anak dara orang.

Apa? Kamu ketagihan seks? Kalau ketagihan jenis itu, baik kamu kahwin sahaja. Settle.


Kamu selalu ditipu kekasih

Ali: Eh? Siapa lelaki yang kelaur dengan awak semalam tu?

Ina: Oh. Just a friend. Sekelas masa sekolah menengah tu.

Ali pun membelek telefon bimbit Ina. Pergi kebahagian galeri untuk melihat gambar di dalam telefonnya.

Ali: Eh? Apsal ada gambar awak tengah berpeluk dengan kawan awak ni?

Ina: Eemm... Eerr.. Oh, sebenarnya kitaorang tengah kesejukan masa tu. Peluk tu sebab nak panaskan badan.

Ali: Okay. Tapi yang awak tengah comolot kawan baik awak tu, nak kira macam mana pulak?

Ina: Itu.. Itu dia tengah buat CPR. Saya lemas tu.

Ali: Lemas? Bukan awak keluar pergi Sogo ke dengan dia? Apa jadah lemas dekat Sogo?

Ina: Lemas sebab berpusu-pusu tengah shopping masa tu.

Nampak sangat menipunya. Kamu dah boleh cari kekasih baru jika situasi ini berlaku.


Selalu menipu kekasih kamu

Sama seperti situasi sebelum ini. Cuma yang bezanya, kamu yang menipu kekasih kamu. 

Ingat ya, selalu menipu. Perkataan "Selalu" membawa maksud kamu menipu kekasih kamu terlalu kerap. Sekali sekala bolehlah kerana kadangkala menipu itu benda kebiasaan ketika menjalinkan hubungan.

Jika kamu selalu menipu, itu tandanya kamu bukan benar sukakan dia sebab kamu memang tidak jujur dengan dia. Cinta yang suci menstilah berlandaskan kejujuran yang hakiki. Chewah! 

Carilah kekasih baru. Habis cerita.


Kamu tiada masa depan bersama dengan kekasih kamu

Ini lebih merujuk kepada kehendak masing-masing terhadap masa depan. Mungkin si lelaki mahukan 3 orang anak, tetapi si perempuan tidak menginginkan anak.

Mungkin si lelaki bercita-cita ingin bekerja di luar negara, tetapi si perempuan pula mahu duduk di Malaysia kerana ingin membuka perniagaan di sini.

Si lelaki dan perempuan mempunyai pilihan masa depan yang berlainan. Cara terbaik ialah duduk berbincang bagaimana kedua-dua impian masa depan kedua-dua belah pihak dapat dilaksanakan.

Selepas berbincang, tapi masih tidak mendapat keputusan yang membahagiakan kedua belah pihak? Putus sahaja.

Kepada peminat siri How I Met Your Mother, anda boleh merujuk kepada kisah percintaan antara Ted dan Robin. Kedua-duanya mempunyai pandangan berlainan terhadap masa depan dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan (season 2 episode 22, Something Blue).


Kamu masih terbayangkan bekas kekasih kamu

Setiap kali kamu keluar date dengan kekasih kamu, memori kamu ber-dating dengan bekas kekasih kamu sering bermain difikiran kamu.

Setiap kali kamu memandang wajahnya, kamu sering teringatkan wajah kekasih kamu. Dan kamu sering tersilap memanggil nama kekasih kamu. Kamu sering tersebut nama bekas kekasih kamu.

Itu bermakna kamu belum move on dari hubungan dengan bekas kekasih kamu. Ada baiknya kamu putuskan hubungan dengan kekasih kamu, dan ambil masa untuk bersendirian dan move on dari perhubungan silam kamu.

Baik putuskan hubungan sahaja. Tak baik seksa diri dan kekasih kamu tu. Jangan jadikan pasangan anda sebagai rebound girl/boy.


Kekasih kamu seorang yang obses tahap melampau kepada sesuatu/seseorang

Setiap manusia ada tahap obsessi masing-masing. Ada yang boleh mengawal obsessi mereka dan ada yang tidak mampu menahannya.

Jika kamu mempunyai kekasih yang obses seperti di bawah, sila tinggalkan mereka:




Jangan ingat lelaki tiada yang obses melampau:


Thursday, 28 March 2013

Mengenali Jenis-Jenis Lelaki

Pada entri yang lepas, aku ada menulis tentang Jenis-Jenis Wanita untuk dijadikan guide line kepada para lelaki sebelum memulakan langkah untuk mengurat awek.

Tak adillah kalau aku hanya menulis untuk kaum lelaki kan? Oleh kerana aku seorang yang tidak sexist dan bersifat penyayang yang tidak berbelah bahagi kepada kaum wanita, maka aku akan buat pula entri buat kaum wanita mengenali jenis-jenis lelaki.

Intro panjang berjela pun tak berguna sebab nanti korang akan tulis TL:DR dekat bahagian komen. Jadi, mari kita menyingkap jenis-jenis lelaki yang kebanyakannya berada di Malaysia


Jenis Kaki Bola

Kalau kamu ajak lelaki jenis ini date masa Sabtu malam atau Ahad malam, memang payah dia nak setuju. Kenapa? Sebab masa tu lah malam EPL akan bersiaran langsung. Kalau dia peminat La Liga okay lagi sebab La Liga kebiasanya kick-off pukul 2-3 pagi.

Setiap kali dia belikan baju kepada kamu, mesti dia bagi jersey bola pasukan kegemaran dia. Memang boleh bergaduh jadinya kalau kamu pakai jersey pasukan musuh ketat kepada pasukan kegemaran dia. 

Kalau kamu memang tak minat bola sepak, akan dipaksanya kamu menyokong team kegemarannya dan meminta kamu hafal nama-nama pemain dalam pasukan kegemarannya itu.

Dia mesti selalu mengajak kamu melihat dia beraksi di padang futsal. Dan kalau dia bertanya "Hebat tak saya score tadi? Ada macam Rooney tak?" Kamu angguk sajalah walaupun kenyataannya bakat dia tak de sikit pun serupa Rooney, dan hanya muka dia yang tak berapa handsome itu sahaja yang menyerupai Rooney.

Tempat dating kegemaran ialah stadium bola sepak (itu pun kalau dia layan Liga Super Malaysia. Daulat FAM!) ataupun kedai mamak yang ada skrin putih besar dan pakej sukan Astro. Senang sikit, boleh dating sambil tengok bola (multitasking). 

Dan kamu akan perasan yang dia akan lebih banyak tengok ke arah skrin putih daripada memandang muka kamu walaupun kamu dah pakai bedak banyak-banyak dan mendedahkan separuh cleavage kamu di hadapan dia.


Jenis Kaki Sukan/Lasak/Adventure

Setiap kali dating, mesti ajak kamu ke tasik. Masa kali pertama dating, kamu excited nak mampus tahap tak inga duniat. Ya lah, dating tepi tasik berdua-duaan. So romantik!!!!!!!!!!!!!

Rupa-rupanya dia ajak jogging. Kena pulak kamu jenis yang memang tak pernah bersukan, memang pancit masa 10 minit pertama joging dan akhirnya dating kamu berakhir dengan kamu terlantar dalam hospital/klinik sebab pengsan.

Dalam setahun, mesti dia akan ajak kamu pergi camping, panjat gunung atau buat apa-apa aktiviti lasak bersama walaupun anda seorang perempuan yang lemah lembut dan tak tahan lasak.

Akibatnya, dalam setahun mesti kamu akan menyumpah seranah dan terpaksa bergelut dengan nyamuk dan agas di dalam hutan. 


Jenis Skema, Nerd dan Geek

Setiap kali ajak dating, lokasi wajib ialah perpustakaan. Hari ni dating di seksyen sastera, esok dating di seksyen sains, lusa dating di seksyen business and economy dan seterusnya. Hanya seksyen agama sahaja yang tak kan menjadi pilihan.

Setiap kali dating, mesti dia akan membawa buku untuk dibaca. Kalau tak pun, bawa buku nota kecil atau kertas kajang yang boleh dilipat dua dan boleh disimpan kemas pada poket atas baju kemeja yang penuh dengan nota (boleh juga dijadikan 'toyol' semasa exam).

Tak perlu risau jika komputer kamu rosak. Dia akan menyelesaikan masalah komputer kamu dengan sekelip mata. Jimat kos. Malahan, ada extra service untuk meng-upgrade-kan komputer kamu dengan percuma.

Lebih suka membaca komik daripada membaca buku novel cerita. Jangan sekali-kali mengutuk filem sains fiksyen di depannya kerana cerita-cerita sains fiksyen merupakan "cerita suci" buat mereka.

Biasanya, Star Wars dan Star Trek adalah cerita utama mereka. Mungkin sekarang si dia sedang sibuk membuat hate page dekat Facebook terhadap Disney yang baru sahaja membeli Lucas Studio dan merancang untuk membuat sequel Star Wars yang baru.

Tak payahlah aku nak tulis pasal game pula. DOTA dah jadi macam game picisan bagi mereka.

Menurut Clive Magazine keluaran September 2010, perempuan sekarang lebih suka memilih geek dan nerd sebagai balak mereka kerana golongan ini lebih pandai menjaga hati wanita dan lebih mendengar perempuan dari golongan lain. 

Dengar cerita, Hannah Tan suka lelaki jenis golongan ini. Jadi, bolehlah aku declare jadi nerd dan geek lepas ni.


Jenis Lelaki Hati Tissue

Balak kamu merupakan peminat setia Twilight Saga yang lebih hardcore dari kamu. Malahan, dia boleh menangis setiap kali menonton Twilight Saga walaupun itu merupakan kali ke-10 balak kamu menontonnya.


Lebih suka menonton filem bergenre Comedy Romantic kerana menganggap filem bergenre action dan penuh dengan effect CGI adalah 'terlalu ganas' untuk hatinya.

Lebih kerap merajuk daripada kamu. Setiap kali kamu bertelingkah, pasti akan berakhir dengan si balak yang menangis dan kamu yang terpaksa memujuknya. Tisu merupakan kawan baik golongan jenis ini.

Suka dengar Sinar FM pada waktu malam dan segmen kegemaranya ialah segmen Cetusan Hati dan Dedikasi bersama Jamal Jamalludi (masukkan bunyi guruh yang macam Jamal Jamaluddin selalu buat itu).


Jenis Hipster

Sebenarnya golongan yang baru popular semenjak dua menjak ini sudah lama wujud, semenjak tahun 1940'an lagi. Budaya ini kemudiannya dihidupkan kembali pada tahun 1990'an dan mula berkembang di Malaysia sekitar tahun 2010.

Golongan hipster ini biasanya merasa diri mereka cool sebab mereka tidak mengikut aliran mainstream, dan ada gaya mereka yang tersendiri, kononnya lah!

Lelaki jenis ini biasanya tak banyak cakap. Mereka tak suka meluahkan perkara secara keterlaluan. Mereka ingat semua manusia ada ilmu membaca fikiran dan menganggap kita boleh paham isi hati mereka dengan bercakap sepatah dua perkataan sahaja.

Mereka akan meminimumkan percakapan mereka. Kalau kamu tanya panjang berjela mana pun, sepatah sahaja jawapan yang akan diberikan. Kamu kena ada daya penaakulan yang tinggi kalau balak kamu seorang hipster. Kerana sepatah perkataan yang diucapkan, mebawa 1001 pengertian. Chewah!

Suka layan muzik Indie walaupun muzik indie itu sendiri sudah mainstream.

Lelaki hipster lebih fashionable dari wanita. Kadang kamu rasa macam out-of-date dalam hal fesyen bila berborak dengan dia. 


Jenis "Ustaz Azhar Idrus idolaku"

Ini tak payahlah aku nak terangkan secara panjang lebar. Inilah jenis lelaki yang kuat agama. Sembahyang tak tinggal, puasa tak tinggal, bayar zakat tak tinggal, pergi haji tak tinggal... Kalau kena tinggal, itu maknya dia tertidur dekat airport.

Astro Oasis adalah saluran TV kegemarannya, termaksuk TV AL-Hijrah. Janganlah sesekali menyebut nama Justin Bieber atau Flo Rida. Memang nama ini asing buatnya. Kalau sebut nama Maher Zain, Raihan, Hijjaz, Ustaz Akhil Hay, baru dia kenal. Lagu moden yang mereka gemari pun hanyalah lagu Anna Rafali, kalau berpacaran kerana lagu tersebut menerapkan cinta dan dating secara Islam.

Kalau kamu ajak dia menonton konsert F1 Gun N Roses, nescaya dia akan memberikan kamu tarbiah yang panjang sebelum membawa kamu ke konsert... Tapi Konsert Malam Cinta Rasul la.

Balak jenis ini biasanya menjadi pilihan dan idaman setiap ibubapa. Susah untuk mengajak mereka keluar ber-dating kerana mereka sangat anti kepada dating kecuali dating secara Islam. Love Till Jannah kata mereka.


Jenis Kaki Perempuan

Setiap kali keluar dating, hand phone mesti di matikan atau di-silent mode-kan. Ini untuk mengelakkan awek yang lain call masa tengah asyik berdating dengan kamu.

Selalu salah sebut nama kamu. Kalau nama kamu Sarah, mesti salah sebut nama lain. Bukan sekali salah sebut, banyak kali pulak tu dan dengan 2-3 nama yang berlainan.

Mempunyai koleksi adik angkat sama banyak dengan jumlah kontinjen atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik London 2012 (If you wonder how many Malaysian's Athlete in London, it's 30). Itupun entah betul adik angkat. Kot-kot, itu semua skandalnya.

Bermulut manis, pandai berkata-kata, bijak bermadah dan pandai memujuk. Jangan kamu ingat dia seorang yang romantik sebab mempunyai ciri-ciri di atas. Ada udang disebalik batu. Kata-kata madah dan romantik yang dia gunakan pada kamu adalah hasil ayat recycle dari ayat yang sama digunakan untuk tackle awek lain.

Sentiasa menjaga penampilannya, rambut sentiasa tersisir kemas, baju sentiasa bergosok tanpa ada satu kedut dan sentiasa wangi bermandikan sebotol perfume. Tapi jangan ingat dia berkemas untuk kamu. Sebenarnya dia berkemas untuk perempuan lain yang ditemui semasa enak ber-dating dengan kamu.

Lebih banyak memandang perempuan lain daripada menadang kamu semasa sedang dating. Bila kamu tanya, dia akan cakap, "Oh, itu kawan sekelas saya", "Itu sepupu saya" dan macam-macam saya lagilah.

Tapi biasanya, lelaki yang kaki perempuan ini akan jadi lelaki takut bini bila lepas berkahwin. Jadi, kalau kamu ada cita-cita menjadi permepuan yang dominan dalam perkahwinan, carilah lelaki jenis ini. Tapi mahu berendam air mata juga sepanjang proses percintaan nanti.


Jenis Kaki Politik

Dalam seminggu, mesti ada sekali dia ajak kamu ber-dating sambil pergi ceramah politik. Setiap benda yang dibualkan dengan kamu mesti nak dipolitikkan.

Kalau kamu menyokong parti lawan, memang boleh jadi perang besar. Habis segala fakta dan sejarah (yang entah betul entah tidak) dikoreknya. Kalau dia menyokong BN, memang dikutuknya Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan ejen Yahudi. Kalau dia menyokong PR, memang dikutuknya Najib sebagai penghabis duit rakyat dan takut bini.

Buat masa sekarang, agak payah untuk kamu ajak dia berdating. Almaklumlah, dia sedang sibuk dengan persiapan pilihan raya walaupun dia hanyalah sekadar penyokong biasa tapi menyibuk macam dia yang nak bertanding nanti.

Dan setiap kali kamu call dia sekarang, pasti perbualan akan berakhir dengan soalan "Awak agak, bila tarikh pilihan raya nanti?"


Jenis Anak Ikan

Dalam usia baru berusia 20 tahun, balak kamu sudah mampu membawa kereta mewah berharga RM 100 ribu ke atas walaupun balak anda hanyalah seorang student semester ke-4. Yang paling pelik, dia bukannya datang dari keluarga yang kaya.

Segala pakaian dan barangan yang dipakai oleh balak kamu dari kasut sampailah ke hujung rambut, semuanya dari jenama yang mahal. Bila kamu tanya, "Dari mana awak dapat duit beli semua ni?". Dia akan tersenyum dan berkata, "Ada mak cik saya belanja."

Kawan-kawan perempuan balak kamu semuanya datang dari golongan lanjut usia dan sebaya dengan emak kamu dan semuanya mempunyai pangkat 'Datin' dipangkal nama. Malahan, pergaulan dan perbualan antara mereka agak 'mesra' untuk ditafsirkan sebagai pernbualan antara 'anak saudara dan mak cik'.

Bila kamu tanya, "Siapa tu?". Dia akan jawab, "Mak cik saya." Kamu tanya lagi, "Mak cik sebelah mak ke, sebelah ayah?". Dia akan jawab, "Mak cik jauh. Bau-bau bacang. Awak tak kenal."

Apa yang kamu tak tahu, balak kamu diperlakukan seperti buah bacang di ranjang datin-datin tersebut.


Jenis Metroseksual 

Juga dikenali sebagai lelaki metropolitan. Lelaki jenis ini biasanya sangat fashionable, up-to-date, menjaga hygiene dan penampilan diri, sering mengemaskan diri dan sewaktu dengannya.



Kata orang, lelaki jenis ini mempunyai perangai dan penampilan seperti gay, cuma dia masih suka kepada perempuan.

Kalau kamu pergi bershopping dengan dia, jangan berharaplah dia akan menolong kamu mengangkat beg-beg shopping kamu kerana dia sendiri bershopping tak ingat dunia. Silap-silap, kamu yang terpaksa menyerah kalah kepada dia.

Untung mendapat lelaki jenis ini ialah mereka akan menjadi teman kepada kamu ketika ingin pergi ke saloon, membuat facial, membuat manicure dan pedicure bersama... Banyak dapat luangkan masa bersama. Lelaki jenis ini juga amat memahami hati dan perasaan seorang perempuan.

Kelemahan lelaki ini adalah biasanya mereka amat mementingkan kesempurnaan. Kalau rambut yang disikat senget sikit, memang dia akan cuba sikat sampai tegak. Kalau tak berjaya, memang on the spot dia buat keputusan nak jumpa stylish.

Pesaing kamu apabila mahu mengurat lelaki jenis ini bukanlah datang dari kaum perempuan. Tapi dari kaum lelaki yang gay.


Jenis Gay

Kalau dia langsung tak pernah curi pandang amoi pakai skirt pendek paras peha atau awek Melayu yang mendedahkan cleavage ranum ketika keluar ber-dating dengan kamu, itu bukan setia tapi gay!

Kalau dia selalu berkata "Tough betul badan laki tu", "Jambu betul balak kawan awak tu" atau "Besar betul bontot balak tu" lebih kerap dari berkata "Licin sungguh peha amoi tu", "Besar betul breast awek tu" atau "Cutenya dia tu, macam Leah Dizon", itu bukannya dia setia. Tapi dia gay.


Jenis Lelaki Tangkap Gambar Dalam Toilet

Carilah lelaki lain. Lelaki jenis ni kalau kamu jumpa, bagi pelempang maut sebijik.


Ada yang aku tertinggal ke? Sila tulis dibahagian komen.

Monday, 18 March 2013

Cinta Tak Semestinya Bersatu

Pagi lagi Aman sudah sampai ke pejabat. Biasanya Aman menjadi orang pertama yang sampai di pejabat. Kalau bukan dia, hanya Asri yang akan datang awal memandang rumah Asri yang jauh dan dia terpaksa keluar awal dari rumah semata untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

Aman memang sengaja datang awal. Kenapa? Aman tidak mahu perbuatannya diketahui orang.

Aman tengok kiri-kanan. Line clear!

Aman pergi perlahan-lahan ke meja Liza. Dia pun meletakkan sekuntum bunga Mawar beserta sepotong puisi romantis dia atas meja Liza.

Asri hanya melihat sahaja perbuatan Aman itu.

Pukul 8 pagi. Liza sampai di mejanya. Liza seperti biasa akan tersenyum gembira apabila melihat bunga dan sepotong puisi cinta di atas mejanya.

Sebenarnya, Liza sudah berpunya. Malahan, bakal bertunang pada hujung tahun ini.

Namun begitu, Liza tidak sesekali membuang bunga-bunga pemberian orang misteri yang tidak diketahui itu. Dia akan meletakkan bunga tersebut di dalam pasu yang berada di atas mejanya dan menyimpan puisi tersebut di dalam laci mejanya.

Aman tersengih gembira melihat reaksi Liza. Asri hanya menggeling kepala.

Tengahari itu, Aman dan Asri makan bersama seperti biasa. Setelah sekian lama memendam rasa, Asri akhirnya membuka mulutnya.

"Kau tahu kan Liza dah nak bertunang akhir tahun ni? Tak lama lepas tu nak kahwin. Kenapa kau terhegeh-hegeh nak hantar bunga bagai kat dia?"

Aman tersenyum mendengar soalan Asri. Dengan tenang hati dia pun menjawab, "Cinta tak semestinya bersatu. Cukuplah bagi aku dengan melihat Liza tersenyum bila mendapat hadiah pemberian aku."

"Gila kau ni. Aku tak nak kau gila bayang nanti." Tegur Asri.

Aman buat dek saja. Bagi dia, melihat Liza tersenyum adalah satu kepuasan bagi dirinya. Sama seperti seorang kaki pancing yang melihat umpanya dimakan ikan. Kepuasan yang hanya dia seorang sahaja tahu, dan orang lain tidak akan faham.

Monday, 11 March 2013

Mengenali Jenis-Jenis Wanita

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya, berjaya juga aku post entri di blog ini. Sebenarnya, aku sendiri tidak pasti kenapa aku dijemput oleh Aqram untuk menulis di blog ini. Nak kata aku power dalam penulisan blog? Tak juga sebab blog aku sendiri pun tak sampai 200 hits sehari dan sudah berdebu.

Apa-pun, biarlah aku memperkenalkan diri secara ringkas. Nama aku Amirul. Umur aku.... Umur aku sepatutnya aku sudah berkahwin dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Tapi aku masih single. Ah... Belum jodoh mungkin. Aku sebenarnya umpana Ted Mosby yang mencari "The One." Chewah!

Ah, yes. Aku juga merupakan satu-satunya penulis lelaki di sini (rasanya lah).

Aku merupakan penulis pertama yang terus menaip entri selepas dijemput pleh Aqram. Tapi kemudiannya entri ini terperam lama dan selepas 21 entri diterbitkan oleh pemulis lain (ada yang sudah pun menaip entri kedua), baru aku berkesempatan menerbitkan entri ini.

Okay. Straight to the point.

Buat kaum lelaki yang masih single, mesti hati kamu terasa jealous apabila melihat kawan kamu asyik berkepit dengan aweknya di alam realiti dan main komen manja-manja di Facebook.

Jadi, kamu pun nekad untuk mencari teman wanita. Masalahnya, kamu tak tahu apa langkah pertama yang perlu kamu buat untuk mencari teman wanita.

Langkah pertama yang kamu perlu lakukan untuk mencari teman wanita ialah mengenali jenis-jenis wanita yang berada dipasaran sekarang.

Zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu, cuma ada satu jenis wanita. Semua jenis pakai baju kurung dan menutup rambut dengan kain batik. Kalau dating pun jenis berbual belakang pokok. Jenis segan nak bertentang mata dengan lelaki.

Kalau nak tengok wanita zaman dulu yang seksi sikit, kena intai masa mereka cuci baju dekat tepi sungai. Confirm berkemban. Zaman sekarang, pergi saja KLCC, One Utama dan The Curve, bersepah perempuan seksi. Semuanya berkemban walaupun tak pergi cuci baju tepi sungai.

Jadi, apa jenis-jenis wanita zaman sekarang? Mari kita singkap serba sedikit


Jenis Kaki Shopping

Teman wanita jenis ini adalah jenis yang paling ditakuti oleh para lelaki di luar sana, lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai taraf gaji di bawah RM 3,000 kerana lelaki yang bergaji bawah RM 3,000 di Kuala Lumpur ditaksir sebagai golongan miskin.

Perempuan jenis ini memang sangat up-to-date dengan berita terkini tentang produk import yang akan dipasarkan di Malaysia. Mereka juga mempuyai maklumat terperinci tentang sales di shopping complex, bila mula dan bila berakhir kempen sales tersebut.

Jenis teman lelaki pilihan perempuan kaki shopping adalah lelaki yang memandu kereta import yang bernilai RM 100,000 ke atas. Namun pilihan paling utama ialah lelaki dari golongan anak dato, anak tan sri atau anak kepada ahli politik (tanpa mengira apa parti si ayah).

Kalau berdating, shopping complex akan menjadi lokasi pilihan utama. Lelaki yang mempunyai teman wanita jenis kaki shopping mestilah rajin berjogging dan bersenam untuk mendapatkan stamina ketika menemankan teman wanita anda bershopping dan tenaga yang cukup untuk mengangkat segala beg shopping teman wanita anda.

Kalau gaji kamu jenis cukup makan, lupakanlah niat untuk mendapatkan teman wanita seperti ini. Kelak kamu terpaksa menggadaikan tanah pusaka dan menjadi anak derhaka selepas berkahwin dengan si dia nanti.



Jenis Perempuan Lasak

Jenis perempuan lasak biasanya perempuan yang aktif bersukan, mempunyai tahap fizikal yang kuat, berhati keras dan mempunyai sedikit kelakuan menyerupai lelaki. Dan kadang kala tingkah laku mereka juga keras seperti seorang lelaki. 

Perempuan hot yang memakai seluar tight paras lutut dan baju Baby-T ketat dan sering berjogging di tasik bukan tergolong dalam kategori ini.

Perempuan lasak biasanya aktif bersukan dan sekurang-kurangnya pernah mewakili sekolah dalam acara sukan. Aktiviti panjat gunung, bercamping, wall climbing dan berfutsal (lebih-lebih lagi perempuan generasi pasca  Gol dan Gincu) adalah aktiviti kegemaran mereka.

Biasanya perempuan lasak mempunyai gaya percakapan dan tingkah laku seperti seorang lelaki. Setakat duduk sambil letak kaki atas meja adalah fenomena biasa bagi mereka.

Tapi, sekeras-keras mereka, mereka masih seorang wanita. Dalam hati mereka masih mempunyai sifat kewanitaan yang mengharap layanan romantik dari seorang lelaki. Sekeras kerak nasi, kena air lembutlah jugak kan?

Ada dua jenis lelaki yang menjadi pilihan perempuan lasak. Yang pertama, lelaki yang sama-sama lasak dan aktif sepertinya. Ini kerena mereka mempunyai minat yang sama dan boleh menjalankan aktiviti yang sama. Tempat mereka berdating bukan terhad di shopping complex, tetapi juga di tasik untuk berjogging dan juga gym. Jangan terkejut kalau mendengar mereka berbual perkara romantik sambil wall climbing.

Jenis kedua pula ialah lelaki yang pasif ataupun lelaki golongan nerd. Ada jugalah 2-3 orang kawan aku yang bersifat nerd yang mempunyai teman wanita yang lasak. Kenapa sangat kontra lelaki pilihan mereka? Mungkin mereka cuba mencari kelainan dan tidak mahu perasaan seperti bercinta dengan diri sendiri. Kadang-kadang susah juga nak dibezakan yang mana satu si balak yang mana satu si awek bila melihat personaliti dan kelakuan pasangan ini.



Jenis Ratu Air Mata

Perempuan Ratu Air Mata ialah perempuan yang mudah berlinangan air mata. Mereka mudah dipengaruhi emosi dalam apa jua keadaan.

Mereka akan mengangis bila menonton filem atau drama Korea. Mereka akan menangis kalau mendapat result yang baik dalam peperiksaan... ataupun result yang teruk yang biasanya akan disusuli dengan tangisan ibubapa mereka sekali. 

Mereka akan menitiskan air mata jika teman lelaki membuat benda-benda romantik kepada mereka.... Dan jumlah air mata akan meningkat tiga kali ganda isipadunya bila teman lelaki mereka meninggalkan mereka.

Mereka juga boleh menangis jika mendengar lawak yang kelakar. Mereka akan menangis apabila mendapat tahu berita Tomok akan mendirikan rumah tangga. Juga menangis kegembiraan selepas Justin Bieber putus dengan Selena Gomez. Tapi aku tak pasti adakah mereka akan menagis bila menonton Berita RTM Pukul 8 Malam kerana sedih melihat pembaca berita RTM masih kekal ditakuk lama cara penyampaian mereka berbanding stesen televisyen yang lain.

Perempuan seperti ini biasanya mempunyai hati tissue dan jiwa yang sensitif. Lelaki perlu extra sensitif supaya tidak sesekali melakukan perbuatan yang boleh menumpahkan air mata perempuan tersebut. Sekali perempuan jenis ini sudah menangis, memang sukar untuk menghentikan tangisan tersebut. Ibarat hujan yang turun dan menenggelamkan Puchong tempoh hari.

Taktik "Buat awek jealous untuk mengukur tahap kasih sayang awek saya" adalah taktik yang perlu dielakkan supaya teman wanita anda tidak menangis 3 hari 3 malam tanpa henti.


Jenis Perempuan Gedik

Gedik dan manja merupakan 2 definasi yang berbeza. Manja biasanya mempunyai sifat yang lebih terpimpin berbanding gedik.

Perempuan gedik biasanya mempunyai sifat manja tahap melampau sehinggakan mereka tidak mampu berdikari dan menimbulkan perasaan annoying di hati orang lain.

Selain itu, perempuan gedik sukakan perhatian dari orang lain atau dalam bahasa penjajahnya, attention whore. Profile picture mereka di lama sosial biasanya merupakan gambar yang diambil mereka sendiri di atas katil atau di dalam tandas sambil sebelah tangan membuat tanda "peace" dan mulut membuat "duck face".

Mereka suka mencairkan hati lelaki - tak kiralah siapa pun lelaki tersebut samada teman lelaki, kawan satu office ataupun pak guard UiTM (terutamanya pak guard UiTM Segamat yang macam hilang pedoman bila ternampak Hanis Zalikha). Nada lenggok suara yang manja dan sedikit mengada-ngada adalah senjata utama untuk mencairkan hati lelaki.

Selain itu, mereka juga sering rasa mereka hot stuff. Mereka sangat peka dengan perkembangan fesyen dan sering menggayakan fesyen terkini sehingga kadang kala menjadi fashion victim.

Perempuan gedik juga sentiasa happy-go-lucky dan jarang bersedih. Kalau sedih pun, mereka akan menterjemahkan kepada kegedikan. 

Sebagai contoh, jika mereka bersedih mereka akan post pada timeline Facebook mereka "Caya cedih cangat ari niew."

Maka ramailah lelaki gasang yang akan membalas "Jangan sedih sangat. Nanti hilang muka you yang lawa tu", "Tak mo sedih-sedih, meh abang temankan", "Don't be sad. Stay cute :)" dan sewaktu dengannya.

Kebanyakan lelaki akan memandang sinis kepada perempuan gedik dan selalu berkata, "Gelilah perempuan gedik. Bagi free pun aku tak mau". Walaupun sebenarnya dalam hati berkata, "Wow! Memang hot! Aku pun nak awek macam tu!"

Tapi dari cerita kawan-kawan aku, perempuan gedik adalah perempuan yang paling memahami lelaki, sangat caring kepada suami dan anak-anak dan setia kepada suami selepas kahwin. Kawan-kawan aku bercerita dari pengalaman abang mereka yang masing-masing berkahwin dengan perempuan gedik.

Benarkah? Kalau ada pengalaman, silalah share di ruang komen.


Jenis Perempuan Tudung Labuh

Perempuan tudung labuh biasanya memakai tudung labuh (obviously. Tak kan pakai mini skirt pulak). Mereka biasanya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Pandai mengaji dan hebat ilmu agama nya.

Memang sangat susah untuk mendengar suara mereka kerana mereka jarang bercakap. Mereka hanya bercakap bila perlu. Kalau berbual dengan kawan perempuan mereka pun, mereka berbual dengan nada yang perlahan.

Muzik pilihan hati mereka ialah muzik Nasyid. Artis kegemaran mereka ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Mirwarna dan Maher Zain. Tapi jangan terkejut kalau ada di antara mereka juga memuja Justin Bieber. Well, girls will be girls.

Nak menambat hati perempuan mereka bukannya mudah. Kalau setakat baca Doa Qunut pun merangkak, jangan mimpilah. Jangan mengada-ngada bagi lirik lagu Hujan untuk tackle perempuan jenis ini.

Sila jangan samakan awek-awek hijabster atau hijabnista dengan perempuan tudung labuh. Perempuan tudung labuh akan berkata yang tudung yang dipakai oleh awek-awek hijabster tidak memenuhi syariat dan tidak sama kasta dengan mereka.


Jenis Valley Girl

Valley Girl adalah jenis perempuan stereotype yang biasanya bercakap dalam Bahasa Inggeris (samada fluent, broken atau campur dengan Bahasa Melayu), bercakap dengan slang orang putih, metarealistik, egosentrik (mementingkan keperluan sendiri tanpa mengendahkan keperluan orang lain), lebih mudah bergaul dengan orang dan senang didekati tapi kadang-kadang ada yang bersifat jinak-jinak merpati.

Valley Girl adalah cara hidup yang berasal dari California dan wujud pada sekitar tahun 80'an dan berakhir pada era awal 90'an. Masih ada golongan yang mendukung fahaman Valley Girl di Amerika. Tapi di Malaysia, fenomena Valley Girl masih popular.

Satu lagi sifat Valley Girl, mereka ialah Mall Rat. Mall Rat ialah orang yang suka melepak di shopping complex. Bukan untuk bershopping, tapi hanya window shopping. Melainkan mereka berjaya mendapatkan lelaki kaya, barulah mereka bershopping tak ingat dunia dan menambah status mereka kepada jenis golongan perempuan kaki shopping.

Valley Girl juga mempunyai bahasa atau slanga tersendiri. Ayat-ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan ialah As if, Bitchin', Whatever!, Fer shur, Totally, Seriously, Are you serious? dan yang paling popular dan sering digunakan sekarang, OMG! Biasanya mereka akan menyebut perkataan-perkataan tersebut berserta ekspresi muka, lenggok badan dan nada yang tertentu untuk menyampai maksud perkataan tersebut.

Untuk memahami sifat-sifat Valley Girl secara mendalam, aku sarankan kamu menonton filem Valley Girl lakonan Deborah foreman menjadi watak perempuan Valley Girl dan Nicolas Cage menjadi sang heronya. Filem ini diterbitkan pada tahun 1983.

Ataupun anda boleh menonton Clueless, lakonan Alicia Silverstone. Rasanya lakonan Alicia Silverstone sebagai Valley Girl lebih menarik. Filem ini diterbitkan pada tahun 1995. Nak mencari yang original memang tak dapatlah. Jadi silalah download. Tak payahlah berlakon jadi manusia bersifat suci, nak cari DVD original pulak. Dasar kaki download!

Alicia Silverstone sebagai seorang Valley Girl 
bernama Cher Horowitz dalam filem Clueless

Lelaki yang mempunyai teman wanita bersifat Valley Girl memang mencabar. Lelaki perlulah bersabar dengan sikap Valley Girl yang memang mengada-ada dan suka mengikut perasaan sendiri tanpa mengendahkan perasaan orang lain.

Nama lain bagi gelaran Valley Girl ialah Val Gal, D4 (Ireland), Rózsadomb dan Pasarét (Hungary) dan Freha di Israel. Ya, jangan sangka tiada Valley Girl versi yahudi.


Jenis Diva

Mungkin ada yang berkata, "Bukan ke Diva ni lebih kurang Valley Girl je?" Salah! Diva biasanya lebih kejam dari Valley Girl (Val Gal).

Satu perbezaan nyata antara Diva dan Val Gal ialah biasanya perempuan Diva lebih sombong dan jenis tak layan orang sangat. Mereka sukar bergaul dengan orang lain berbanding Val Gal yang mudah bergaul.

Perempuan jenis Diva biasanya hanya akan bergaul dengan perempuan yang mempunyai kelas ekonomi yang sama dengan mereka. Mereka biasanya duduk dalam kumpulan. Diva tak kan wujud jika berseorangan. Val Gal boleh wujud dengan seorang individu sahaja.

Dalam sekumpulan Diva, pasti ada seorang ketua. Ketua tersebut bertindak sebagai perencana rancangan dan juga trend setter dalam kumpulan tersebut. Tugas anak buah dalam kumpulan tersebut adalah sentiasa memuji si ketua Diva untuk ego boost beliau.

Perempuan Diva biasanya perempuan yang datang dari keluarga yang berada. Teman lelaki idaman mereka ialah lelaki yang paling kacak dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka.

Perempuan Diva bisanya memandang rendah dan suka membuli perempuan yang lemah - biasanya perempuan dalam golongan nerd dan geek (Val Gal tak membuli orang lain).

Perempuan Diva biasanya merasakan diri mereka yang paling hebat, cantik dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka. Mereka akan rasa tercabar dengan perempuan lain yang lebih hot dari mereka.

Mereka juga tidak akan suka berkawan dengan perempuan yang lebih hot dari mereka. Mereka akan menunjukkan rasa benci mereka secara terang-terangan kepada perempuan yang lebih hot dari mereka itu. Malah mereka akan menyatakan permusuhan mereka secara terang-terangan.

Seperti juga Val Gal, mereka juga bersifat materealistik. Produk dari Uptown Shah Alam atau kedai Bundle adalah sesuatu yang hina bagi mereka.

Kelab atau persatuan yang mereka akan sertai di sekolah atau kolej ialah cheerleader (Tapi tak semua cheerleader adalah Diva. Jangan marah pula ya adik-adik cheerleader sekalian).

Daripada kamu tackle perempuan Diva, baik kamu tackle perempuan Valley Girl. Val Gal biasanya lebih menyenangkan hati.

Untuk contoh perempuan Diva, sila tonton filem Means Girls lakonan Lindsay.




Jenis Perempuan Melayu Terakhir

Ini adalah jenis teman wanita yang dicari oleh semua lelaki Melayu samada lelaki Melayu yang baik budi pekertinya, tinggi amalnya dan tak pernanh tinggal sembahyang - sehinggalah lelaki perangai jahat mengalahkan syaiton nirojim. Biasalah, sejahat-jahat orang mesti dia inginkan pasangan yang baik kan?

Perempuan dalam kategori ini biasanya baik pekertinya, lembut pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat kerja-kerja rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung. Baju kurung dan selendang adalah pakaian wajib bagi mereka. Beruntung lelaki yang berjaya memikat hati wanita dalam golongan ini.

Tapi, mana mahu jumpa perempuan seperti ini lagi? Ada lagi ke perempuan yang menjadikan baju kurung pakaian harian mereka? Setakat pergi kerja pakai baju kurung, itu tak dikira. Kena pakai baju kurung tersebut dengan hati yang ikhlas. Chewah! Ana Raffali pun pakai baju kurung masa buat show sahaja.

Memang susah nak jumpa perempuan jenis ini. Kalau kamu jumpa, jagalah baik-baik. This type of girl is kind a good catch.


Jenis Bohsia

Jenis bohsia adalah perempuan yan gselalu bertenggek dimotor Mat Rempit. Biasanya mereka akan menjadi trofi kemenangan kepada Mat Rempit. Sudah pasti mempunyai pengalaman seks yang luas. Mereka juga mempunyai koleksi video 3gp lakonan mereka sendiri.

Bohsia biasanya dipandang hina oleh masyarakat. Sama hina dengan Mat Rempit. Bagaimanapun, mereka boleh berasa bangga kerana ada penerbit yang menerbitkan filem menggunakan nama mereka dan mendapat sambutan agak hebat dari para penonton iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.


Jenis "Perasan" Korea

Masa zaman aku study dulu, jenis perempuan macam ini memang tak pernah wujud. Dan aku bersyukur sangat. Ini perempuan trend baru.

Trend ini bermula pada awal era 2000'an apabila drama Korean Winter Sonata menerjah kaca televisyen rakyat Malaysia. Maka, mulalah demam drama, filem dan lagu-lagu jiwang Korea bermula.

Dan pada tahun 2009 (kalau tak salah aku) bermulalah pula era demam K-Pop. Kebanyakan para perempuan yang taksub dengan K-Pop. Mereka mula mendengar lagu-lagu K-Pop yang bergenre dance dan sanggup belajar bahasa Korea sampai fasih walaupun Bahasa Korea tiada dalam silibus pelajaran dan Bahasa Inggeris pula semuanya gagal melantun.

Selepas menghafal lirik lagu dan belajar Bahasa Korea, mereka mula belajar pula dance step kumpulan K-Pop ini. Hasilnya, anda boleh lihat hanya denga klik di sini.

Mereka juga mengimpikan lelaki yang mempunyai rambut berwarna-warni dan rambut tersebut mestilah menutup sebelah mata, berkulit putih, bermuka jambu dan kelihatan seperti seorang wanita sehingga kita sendiri kurang yakin samada itu lelaki ataupun perempuan.

Syukur perempuan jenis ini tidak wujud semasa zaman aku study. Syukur sangat.

==========

Itu sahaja pemerhatian aku untuk kali ini. Ada apa-apa kategori yang aku tertinggal? Sila tulis di ruang komen. Manalah tahu aku boleh buat entri part 2 pulak nanti.

Sekian.