Thursday 26 January 2017

Kisah Rumah Tangga Kontemporari

          Ku pinang kau dengan kosmetik dan duckscarves di kafe hip mewah berlatarbelakangkan nuansa Aiman Tino. Dan aku menunggu mati berbekalkan ayat drama adaptasi.

Ku nikahi engkau demi fotografi pra-kahwin, resepsi dan di pintu syurga. Demi Tuhan, kau hebat dalam sudut selfie.

Ku curangimu di ruang chat personal. Dan kau bayangkan dunia seperti meninggal.
Datang tv memberitahu, "Sedangkan lidah lagi tergigit."


          Saat bertengkar, ku pinta kau throwback.
"Lupakah kau siapa yang like gambar 'no filter' mu seadanya?"


Ku sekali lagi sekadar throwback.
"Masih ingatkah pickupline ringan dan berat yang pernah aku katakan padamu? Tidakkah kau rasa seperti semalam kita mula berkenalan di media sosial?"


          Kau hampir tersengih namun hanya senyum sinis.

"Ya. Aku masih ingat aksi pickupline tu. Malah dengan apa saja emoji pun buat aku gembira."
Dia menambah, "Aku tak layan mana-mana lelaki kerana respek kepada kau. Hanya selfie yang menjadi jawapan kepada mereka."


          Dia masih tersenyum sinis.

"Aku juga masih ingat, betapa kau memuji tudung bawal for the win. Tapi kau pinangku dengan duckscarve."
Nampaknya ku kena mengalah kerana ku mudah move on.


          Ku utarakan penegasan sesi throwback ini.

"Ku kenal duckscarve setelah kau mention di page Duckscarve Sekenhen agarku hadiahkan padamu. Kerana itu ku pinang kau."
Ku harap konflik tamat segera.


          Ku syor padanya, "Maka marilah selesaikan cabaran ini. Followers sedang tunggu perkembangan hubungan kita yang didakwa dalam berantakan."
"Okey. Nasib baik belum ada anak. Kalau tak, siapa nak jaga akaun Instagram budak tu nanti kan?" Jawabnya tiba-tiba.
Ku lupa bahawa followers pernah suruh create akaun Instagram untuk anak.


          Mesej group Whatsapp yang ku mute makin bertambah. Ku geram. Gosip begitu lekas menular.

"Ku rasa, molek kita berpisah. Alasannya tiada jodoh. Tapi kalau ada lagi, kita rujuk."

"Aku turut saja keputusanmu, imamku. Halalkan pembelian online ku selama ini," dia tenang saja.
Ku buka group Whatsapp dan kelihatan dia sudah menjawab gosip dengan jawapan, "Tiada jodoh."
Ku copy dan paste ke group sebelah.

          "Mulai saat ni ku ceraikan kau. Nanti ku settle-kan harta sepencarian dropship kita."
Sebagai kenangan, kami selfie.


P/s: Lagu yang sesuai untuk cerita tersebut bukan Pencuri Hati. Tapi saya terfikir lagu Hiba oleh Hujan dan mungkin awak boleh cuba Terakhir oleh Sufian Suhaimi. Kalau tak puas hati boleh mainkan lagu awak sendiri.
Manakala, tidak banyak kuota internet yang digunakan dalam menyiapkan cerita yang demikian.


*Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan aku copy paste dari akaun Facebook sendiri saja untuk eskapism musim banjir. Harap maaf dan maklum.

Wednesday 11 January 2017

Betul ke niat nak kahwin tu?

Sekarang dah jadi macam trend, semua nak kahwin cepat. Selalunya perempuan yang suka push nak kahwin cepat sebab manis rasa bercinta. Semua nak kejar #relationshipgoals, #tilljannah. Everyone wants to get married, dan rasa macam loser sebab takde pasangan lagi. Belum lagi kira yang stress nak jawab soalan mak tanya bila nak kahwin, yang suka cakap kat boyfriend, "jangan sampai laki lain yang sarung cincin kat jari i ni!", yang sanggup terlanjur sebab nak kahwin pun ada tau.

Yes, memang kahwin tu sangat indah. Memang patut cepatkan benda yang elok, memang lah semua mesti nak ada keluarga sendiri. Tak cakap pun tak boleh kahwin, tapi fikir dulu dan tanya diri sendiri kenapa nak kahwin?

Kalau nak kahwin sebab alasan nak bayar bil air, air dah naik kepala, dah gataiii sangat, tolong jangan kahwin lagi. Kalau sebab korang dah banyak kali berzina dan dah tak sanggup buat dosa, nak kahwin sebab tak boleh tahan nafsu seks ni, tolong jangan kahwin lagi. Cuba fikir, kalau sekarang nafsu kuat sampai setiap malam rasa nak tidur dengan pasangan, kalau kahwin nanti tuhan hilangkan nafsu seks tu macam mana? Setan kan ada. Belum kahwin dia hasut kita suruh berzina, lepas kahwin setan buat kita tak bernafsu macam mana? Supaya kita tak ada zuriat untuk meramaikan lagi umat Nabi  Muhammad s.a.w. Pernah fikir tak?

Nak sangat kejar #relationshipgoals. Suka sangat tengok gambar, video sweet romantic tahap tak logik, berangan nak jadi bahagia sempurna. Dik, kita nampak je orang tu bahagia dekat gambar instagram dia, tapi hakikatnya tak ada suami isteri yang tak bergaduh, yang tak pernah salah faham. Lagi satu, takde yang sweet nya kalau bini tengah cuci pinggan, laki duduk belakang teman main gitar. Kalau akak la dik, dah lama akak hempuk laki akak dengan gitar tu. Bukan nak tolong, memekak pulak kat belakang tu.

Malam pulak tak boleh tidur sebab suami dengkur. Pagi pulak kena tengok muka isteri takde makeup, kadang perangai kentut dalam selimut. Kalau cinta sebab rupa, nak kahwin sebab nak tunjuk pasangan awak tu elok, lupakan please. Lepas kahwin, setiap hari kau akan bangun tengok muka yang sama. Dah tak boleh pandang orang lain tau. Dah ready ke? Dah sedia nak terima baik buruk dan air liur pagi?

Untung kalau dapat mertua baik, ipar yang satu kepala. Kalau tak? Ingat eh, bila kau kahwin nanti kau bukan kahwin dengan pasangan kau sorang je. Kau automatically kahwin dengan satu family dia.  Tak boleh nak hidup berdua je,  kena layan semua keluarga okay. Kalau dengan family kau sendiri kau dah pening, ni kau kena layan lagi perangai mertua dengan ipar yang banyak perangai jugak. Ingat tak stress? Bayangkan tinggal dengan mertua pastu mertua jenis suka spot check apa kau buat dalam bilik. Dah sanggup nak jaga and terima keluarga baru? Kau yakin?

Awal perkahwinan mungkin akan ada dugaan dari segi rezeki. Mungkin gaji kecik, duduk menyewa, makan lauk kadang isteri masak terhangus pulak. Dan kita dah biasa sebelum ni tinggal dengan family rumah besar, setiap hari lauk sedap. Bila tiba-tiba tinggal sendiri dan ada tanggungjawab. Sedia dah ke? Kalau gaji tak cukup, takde duit nak travel, sanggup ke susah payah suami isteri ni? Kalau Allah bagi zuriat lambat pulak, sanggup ke suami bersabar? Atau guna alasan takde anak untuk kahwin lain?

Sebelum kahwin memang semua cakap sanggup. Yakin boleh hadap semua asalkan dapat kahwin. Perkahwinan  ni bukan lah satu benda yang mudah. Fikir dulu, cukup ke rasa cinta korang tu? Lebih dari cintakan tuhan ke? Itu parah. Sebab cinta yang agung adalah cinta pada yang satu. Kalau nak kahwin pun, kahwin lah dengan niat kerana Allah Ta'ala.