Ku nikahi engkau demi fotografi pra-kahwin, resepsi dan di pintu syurga. Demi Tuhan, kau hebat dalam sudut selfie.
Ku curangimu di ruang chat personal. Dan kau bayangkan dunia seperti meninggal.
Datang tv memberitahu, "Sedangkan lidah lagi tergigit."
Saat bertengkar, ku pinta kau throwback.
"Lupakah kau siapa yang like gambar 'no filter' mu seadanya?"
Ku sekali lagi sekadar throwback.
"Masih ingatkah pickupline ringan dan berat yang pernah aku katakan padamu? Tidakkah kau rasa seperti semalam kita mula berkenalan di media sosial?"
Kau hampir tersengih namun hanya senyum sinis.
"Ya. Aku masih ingat aksi pickupline tu. Malah dengan apa saja emoji pun buat aku gembira."
Dia menambah, "Aku tak layan mana-mana lelaki kerana respek kepada kau. Hanya selfie yang menjadi jawapan kepada mereka."
Dia masih tersenyum sinis.
"Aku juga masih ingat, betapa kau memuji tudung bawal for the win. Tapi kau pinangku dengan duckscarve."
Nampaknya ku kena mengalah kerana ku mudah move on.
Ku utarakan penegasan sesi throwback ini.
"Ku kenal duckscarve setelah kau mention di page Duckscarve Sekenhen agarku hadiahkan padamu. Kerana itu ku pinang kau."
Ku harap konflik tamat segera.
Ku syor padanya, "Maka marilah selesaikan cabaran ini. Followers sedang tunggu perkembangan hubungan kita yang didakwa dalam berantakan."
"Okey. Nasib baik belum ada anak. Kalau tak, siapa nak jaga akaun Instagram budak tu nanti kan?" Jawabnya tiba-tiba.
Ku lupa bahawa followers pernah suruh create akaun Instagram untuk anak.
Mesej group Whatsapp yang ku mute makin bertambah. Ku geram. Gosip begitu lekas menular.
"Ku rasa, molek kita berpisah. Alasannya tiada jodoh. Tapi kalau ada lagi, kita rujuk."
"Aku turut saja keputusanmu, imamku. Halalkan pembelian online ku selama ini," dia tenang saja.
Ku buka group Whatsapp dan kelihatan dia sudah menjawab gosip dengan jawapan, "Tiada jodoh."
Ku copy dan paste ke group sebelah.
"Mulai saat ni ku ceraikan kau. Nanti ku settle-kan harta sepencarian dropship kita."
Sebagai kenangan, kami selfie.
P/s: Lagu yang sesuai untuk cerita tersebut bukan Pencuri Hati. Tapi saya terfikir lagu Hiba oleh Hujan dan mungkin awak boleh cuba Terakhir oleh Sufian Suhaimi. Kalau tak puas hati boleh mainkan lagu awak sendiri.
Manakala, tidak banyak kuota internet yang digunakan dalam menyiapkan cerita yang demikian.
*Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan aku copy paste dari akaun Facebook sendiri saja untuk eskapism musim banjir. Harap maaf dan maklum.
1 comment:
This is good. Hahahaha aku terhibur
Post a Comment