Thursday 27 June 2013

Apa lagi lelaki mahu?

Baiklah, begini. Aku bosan bila orang asyik salahkan perempuan. " Perempuan ni ada komplikasi perangai dan hormon yang tak tercapai akal! ", begitu rungutan para lelaki dalam dunia. Kau jangan nak gebang lebih, sebenarnya sama aja. Lelaki juga punya komplikasi emosi dan hormon.

Kalau perempuan suka, dia ketawa. Kalau dia sedih, tak puas hati, dia akan menangis. Paling susah kau nak tafsir pun, bila perempuan tu diam. Tapi itu semua cerita dah basi. Kau dah tentu tahu kalau perempuan diam tu ada la kau buat salah, ada la benda yang dia merajuk. Direct dan senang, kan? Tapi lelaki?



Baiklah, apa lagi yang lelaki mahu?

Kenapa aku kata lelaki ini punya komplikasi lagi hebat dari perempuan? Sebagai seorang perempuan, aku faham bila in relationship tu memang adat la nak text, malam malam nak buat supersavers, nak sweet sweet kata orang. Aku pun ada pengalaman begini, dulu la, dulu k. Siap nak declare la, status relationship segala jadah tu. Tapi ada lelaki kata ini merimaskan. Ini mengongkong, katanya. Ini budak budak. Bosan dan jemu. Paling lama tahan pun dua tiga bulan pastu dia akan mula merungut kalau perempuan marah sebab Whatsapp dia tak dibalas. Masa tu aku fikir, dia ni tak rasa ke apa aku rasa? Rindu nak dengar suara, rindu nak text. Gitu lah. Lelaki macam gini akhirnya akan cakap mereka rimas dan serabut. Mereka akan mintak space.

Flashnews! Biasanya kalau lelaki ni cakap nak mintak space, chances are, dia nak mintak pakej sekali dengan break. Tak percaya? Kau tunggu, dua tiga minggu lepas tu kau tengok la, dia sakan dok kepit dengan perempuan lain.

Jadi lepas tu mungkin pencerahan tentang dunia akhirnya datang. Usia dah cecah 20-an, kau pun mula rasa, eh macam betul. Texting dan calling selalu ni macam buang masa juga. Masing-masing ada life, katanya. Masa ni mungkin kau pun dah jumpa lelaki lain, dan berdasarkan pengalaman dengan ex kau, maka kau buat konklusi, lelaki perlukan ruang. Lelaki mahu bebas, tak mahu terikat. Jadi apa yang kau buat seterusnya akan bertentangan dengan apa yang kau buat dengan ex.

Goodmorning and goodnight text? Ain't nobody got time for that! Selalu nya hanya texting, itu pun bukan kerap. Call hanya kalau ada hal mustahak atau ada cerita-cerita yang best. Mungkin ada rasa rindu, tapi sebab serik dulu ditinggalkan sebab jadi clingy punya pasal, kau biarkan aja. Kau tak mahu sejarah berulang. Bila kau tahu si dia tengah lepak, kau biarkan. Mahu tengok bola bersama homies? Kau bagi green light. Kalau dapat girlfriend jenis extreme sikit macam aku, siap tanya " Eh tak lepak ke malam ni? Pergi la keluar ke apa. Have fun! " Cool la kononnya.

Tapi lepas tu kau dituduh tak ambil berat. Lelaki ni kata kau tak ambil peduli pasal dia. Kau dilabel tak sensitif, tak ada perasaan. Kalau nak lagi teruk, ada yang kata kau ni ego tak bertempat, ada boyfriend tapi tak reti nak jaga. Buat hidup macam orang single. Free je kena maki. Padahal kau pun bingung. Bukankah lelaki mahu kebebasan? Mahu lepak dengan kawan, mahu keluar, tidak terikat. Tapi mahu girlfriend yang selalu text juga? Yang mengacau masa lepak juga? Yang merengek sepanjang masa juga? Pastu sekali lagi kau ditinggalkan dengan sebab yang bodoh.

Ada seorang lelaki ni pernah cakap kat aku, " Kalau I nak text, I text la. Kalau you bagi text, I akan reply bila I nak reply. I will call when I want to call. Okay? ". Dulu aku rasa boleh tahan bersalah juga, kononnya salah aku la kot. Tapi bila aku ingat balik ayat ni, aku rasa macam, eh boleh tahan celaka jugak mamat ni.

Like hekeleh, apa lagi lelaki mahu sebenarnya?


22 comments:

gadis said...

totally agree,thumbs up👍

apa lagi lelaki mahu,asik salahkan perempuan sahaja diri sendiri tak lihat pula

Anonymous said...

agree sgt! ape yg lelaki nak sebenarnya? =='

Headmaster said...

sebagai seorang lelaki gua baca dengan mata kecik je.

sheAYANG said...

Lelaki sendiri tak tahu apa yang dia nak. Aku sendiri pernah ada dalam both situation.
Part bila aku berubah from manja to independent, dia plak x dapat terima.

Haishhh...

yongpropaghandi said...

haha.. ayat last tu agak celaka.

Tp sbg lelaki, aku rasa beza boys dgn girls ni.. girls, mesti akan over dlm semua hal.Boys pulak sebaliknya.

nrsyhdksnn said...

kalau kisah terbalik pulak tu pe cer. hahaha

The Machinist said...

Sapa yang tulis ni? Perempuan? Keh keh keh. Emosional gila.

Sebenarnya, dalam hal ni generalization tak patut dibuat. Memang ada jenis lelaki yang tak suka dikongkong, dan ada pulak jenis lelaki yang perlukan perhatian. Tapi artikel ni ditulis dengan anggapan kedua-dua sifat ni wujud dalam individu yang sama; which might be true for some, tapi tak adil untuk kata yang semua lelaki macam ni.

hanabanana said...

baca buku men are from mars and women are from venus. dlm tu dia ckp laki akan ada masa yg dia akan duduk dlm cave, taknak diganggu, masa tu dia nak bebas.. dan nnt dia rasa dah cukup masa dia bebas tu, dia akan keluar dari cave and bermanja2 n baik2 balik dgn kita. masa tu, sbg perempuan, jgn marah kat dia tapi layan je macam biasa. sbb bila kite marah, dia akan takut nak masuk cave lagi(masa akn dtg), dan benda tu akn jadikan dia lagi tak tenang masa depan nnt.. camtu la buku tu ckp. hehe

Unknown said...

so gua ni kategori tak care ah? hahah terkena batang hidung kod article ni.

Anonymous said...

lejadah ar dapat jantan camni... tinggalkan ja terus

CD said...

"Lelaki juga punya komplikasi emosi dan hormon." at least perempuan terus ekspresi kan apa yang dia rasa drpd lelaki, bajet cool kat depan padahal dia pun "something wrong".. sama jela..

Eqa Yazid said...

Salam.

Aku tak tahu nak mula dri mana.
Dalam relationship, aku bukan jenis perempuan yg tetiap hari nak wish good morning / good night dkt pakwe aku. bukan jenis selalu text / call tanya, cerita, sembang etc etc. Pakwe aku kata aku ego. Mungkin. tapi seriously aku sayang gila dia.

one day ni, sedang lepak2, aku tnye dia satu soalan yang aku rase menyesal gila aku tnye!! aku tnye ' kalau ade girl lain yg lebih care dkt awk, awk akan pergi dkt dia, and tinggalkan sy tak' and kau tau jawapan dia apa???

" possibility utk pergi atau dlm erti kata lain , curang YES"

Allah, tuhan je tau mcm mana aku rase mse tu.. sekarang ni aku buntu, aku sendiri tak tahu ape aku rse sekarang ni. bila dia sendiri dah bgi jawapan mcm tu, kau rase ape perlu aku buat?

zaffe said...

" Just because someone doesn't love you the way you want them to doesn't mean they don't love you "

Cakap aja kat dia. Gitu.

QN said...

kannnn. sooo lelaki.

prada.blogspot.com said...

Perghhhh !!!! Sokong la kak !!!

prada.blogspot.com said...

Perghhhh !!!! Sokong la kak !!!

Unknown said...

hahahahah..sabar jek la, tuhan 2 kan adil, pe yg jd pasti ad hukum karma Nye.single is better double is trouble...smile.lelaki nak pompuan yang sempurne!! cth, masak, muke lawa, kaya, terpelajar, bgn jek sume da standby, xske terhegeh2, xske pompuan mntak mcm2, iron bju paling perfect, tunduk dgn pe laki ckp.yang sempurne, yg sedang2 sory, laki xnak.hahahah

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Bagi aku kita kene saling memahami dan kene menerima..pasangan anda jangan putus asa selalu usaha bersama2.. Untuk bahagia.. masing2 buat kajian tentang pasangan masing2..

Muslimah said...

Simple...take gud care la kt die

Muslimah said...

Simple...take gud care la kt die

Monica said...

Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.