Friday, 14 June 2013

Confession #30

Kadang-kadang aku rasa apa yang aku fikirkan selama ini salah sebenarnya. Tak kiralah, pasal manusia, dunia, mahupun syurga neraka. Dulu aku fikir, baik dan jahat ni boleh je sama dengan hitam putih,senang orang nampak dengan mata kasar. Akhirnya aku di sini fikir yang manusia tu banyak yang berwarna kelabu, pakai topeng celoreng persis kuda belang, kadang-kadang hitam bergaris putih, kadang-kadang putih bergaris hitam. Sama juga lah dengan cinta. Dulu aku rasa macam perasaan fall in love mesti indah, mesti ada bahagia kat hujung cerita. Gambaran merah jambu, perasaan buat aku terasa di awangan. Cloud nine.

source
Tapi kau mahu tipu siapa? Dunia tak indah. Itu semua dongeng.

Terasa ada gerak di sebelah, beban baru atas katil. Mata aku sengaja pejamkan, perlahan aku hembus nafas. Terasa lima jari berjalan perlahan di pangkal peha. Ah, dah terjaga rupanya dia. Aku telan pahit tekak sedang pinggang aku dirangkul. Dan yang seterusnya kau tentunya tahu, tak perlu aku cerita.

Dan dalam masa satu jam berkata bahasa kononnya cinta menggunakan tubuh, akal aku masih lagi berlari-lari. Dalam masa tangan dia dan aku menjadi satu, irama yang sama bergerak laju, sebenarnya dalam diam hati aku bisu. Tiada apa yang dirasa, entah apa yang seronoknya hubungan sebegini. Tapi aku simpan jauh-jauh, mulut hanya mampu mengeluh kesah, nada manja sengaja diluah, biar ego seorang lelaki terjaga. Lantas bila sudah, aku pahatkan senyuman puas, walhal mata aku cepat-cepat beralih arah, bingkas aku bangkit dan mengutip pakaian atas lantai.

Mandi. Ya, aku patut mandi.

Shit! Dah pukul 3.15 petang. Aku dah terbayang muka bengis Madam Lim kalau aku datang lambat kelas dia ni. Masa ni lah aku teringat assignment report yang dia bagi minggu lepas aku tak print lagi. " Sarah ada kelas lepas ni, so I don't think I could make it tonight. Final exam pun dah dekat, I need to study. Maybe next week I datang lagi, okay? " ujar aku laju. Aku lihat dia hanya mengangguk perlahan, dan tangan aku lincah memakai tudung empat segi merah jambu bercorak bunga putih, padan dengan baju kurung hitam pada badan.

" Take care, Sarah. Thanks for the night. " ujar dia.

Pernah tak kadang-kadang kau rasa yang selama ni kau fikir betul tu salah? Tipu kalau aku cakap benda macam ni semua orang nak buat. Tapi tipu juga aku cakap kalau aku buat ni kena paksa dan bukan rela. Baik, betul dan buruk, itu semua kelabu bagi aku. Bibir diketap sendiri, kuat. Teringat dulu susah-payah bekerja siang malam untuk makan, itu belum lagi nak bayar yuran pengajian. Masa tu ada orang tolong? Tak ada. Siapa nak kawan dengan kau kalau tak berduit? Dulu juga berhempas-pulas makan hati, cuba untuk setia separuh mati. Akhirnya jantan tak guna tu kahwin dengan orang lain. Bak kata orang, habis madu, sepah dibuang. Masa aku nangis, berapa kerat je ada? Masa aku meroyan hati patah, kau ada? Tak ada, aku hidup bangkit seorang. Geram bara dendam berapi semula.

Dulu bila orang tanya, aku ada jugak cuba nak cerita. Cuba juga nak bagi orang faham apa yang aku rasa. Tapi sekarang aku malas. Berat mulut aku nak kata kat orang, sebab tak ada yang akan faham. Pernah ke orang kisah, sakit aku macam mana, jalan yang aku pilih macam mana. Semua orang sibuk nak agungkan sakit sendiri, semua orang rasa cabaran hidup dorang lah paling getir, paling teruk. Sebab tu aku malas. Biar aja lah aku diam.

Semua orang asyik berlumba dorang lah paling sakit sampai tak nampak, ada orang lain yang lagi parah rabak teruk dari dorang. Semua orang dah jadi buta.

Ah, pedulikan! 

" Ini kan yang kau pilih? Mereka yang lain apa kisah. Abaikan. Mahu salahkan siapa? Tiada! " bisik Iblis dalam hati. Kesian Iblis, asyik dia yang dipersalahkan, padahal kadang-kadang dosa yang dibuat sebab hawa nafsu sendiri, dia cuma curah minyak atas api. Pantas dua tangan digunakan untuk mengemas barang, mengutip segala sisa satu malam. Sebelum keluar, aku ambil satu keping kertas nipis atas meja. Hak aku, maruah aku, harga yang aku letak untuk setiap hujung minggu. Tujuh ribu ringgit Malaysia. 

" Boleh makan besar aku malam ni. " kata aku sambil bersiul girang. Harap-harap Madam Lim tak marah aku tak buat lagi assignment yang dia bagi. Hhhmmm.


No comments: