Tuesday 4 June 2013

Dying love


Cahaya hening pagi langsung tak memberi peluang pada kegelapan. Menerobos tanpa belas kasihan.

Mata aku masih sembab, masih sayu memikirkan masalah hati. Hari ini aku bangun, melihat pada cermin. Sugul betul wajah aku hari ini. Tiada seri, manis hilang entah kemana. Aku capai tuala yang tergantung dibirai katil. Sambil menghempas pintu bilik air tanpa sedikit rasa kesal, tetapi penuh amarah.

Setelah siap mandi, aku capai wardrobe yang aku sedia sambil membungkus segala kelengkapan yang ada. Selesai segalanya aku melangkah masuk kedalam kereta. Dengan jaket kulit, skinny jeans, kaca mata hitam dan juga sneakers, aku memulakan pemanduan. Memandu menuju destinasi yang aku mahu. Berjam-jam waktu aku siakan dia atas jalan semata-mata untuk ke tempat yang aku sendiri tak pasti kenapa aku mahu pergi.

Hari yang tadinya terang benderang sudah hampir gelap, matahari makin tak kelihatan. Aku menunggu hari menjelang malam. Gelap, dalam kelam malam aku mencari kelibat manusia disepanjang pantai. Tatkala itu aku terpandang sepasang pasangan kekasih sedang asyik bermesra. Nampak bahagia.

Aku hampir terkedu rasa. Sakit dalam hati aku tahan lama. Dengan rasa marah aku terus berjalan lemah ke arah mereka. Aku berdiri teguh di depan mereka berdua. Serta-merta si lelaki terus memandang aku. Mungkin terkejut. Pandangan dia. Ya, itu pandangan yang dahulu yang pernah aku puja. Tetapi kali ini tak sama macam sebelumnya, kali ini dia memandang aku dengan pandangan penuh rasa takut dan hiba.

Aku tersenyum sinis. Pandangan penuh benci aku lemparkan pada dia, pada keduanya.

Dalam masa yang sama aku keluarkan sepucuk pistol yang aku bawa bersama. Penuh rasa angkuh aku halakan tepat ke kepala dia. Dia masih terdiam kaku. Tapi dalam anak matanya aku dapat baca rasa hati dia, apa yang dia nak kata.

Aku menggelengkan kepala seketika.

Maaf? Hurhh! Dah tak ada lagi untuk kau. Dah terlambat.

Si perempuan cuba bangun menipis dan cuba menadah dada. Dia ingat aku nak tembak dia? Aku terajang betina tu ke tepi. Terjelepuk dia jatuh ke tanah.

Dangggg!!!

Semuanya jadi dalam sekelip mata. Satu bunyi yang begitu memuaskan.  Sangat mengasyikkan. Cecair merah terpercik sedikit ke wajah aku. Aku kesat tanpa rasa sesal.

                                                                       *****

Semuanya dah berakhir. Mulai harini takkan ada lagi hari yang kau tinggalkan aku penuh luka penuh lara. Tapi kali ini aku tinggalkan kau dengan rasa sakit, mati hati, mati akal, mati jiwa, mati segala.

Aku gembira. Kali ini aku pergi dalam kepuasan hati sambil mendengar suara perempuan meratap penuh sayu. Sedih dalam tangis.

Kalau aku tak mampu memiliki kau, maka tiada yang lain boleh ganti tempat aku.

Dalam hati sarat rasa gila. Ya, kerana aku pernah gilakan dia. Biar dia pergi, biar tinggal hanya dalam kenangan aku saja.





6 comments:

Pencinta Seni said...

ni cinta ke obsesi? kalau cinta, kau akan rasa bahagia jika dia bahagia walau bukan kau disamping dia..percaya lah..

Unknown said...

Kadang cinta bisa buatkan kau jadi gila
hilang arah. Hilang pertimbangan. Mati akal. Mati segalanya.

Unknown said...

Kadang cinta bisa buatkan kau jadi gila
hilang arah. Hilang pertimbangan. Mati akal. Mati segalanya.

FN said...

Haha dahshat tull..dan aku setuju kate pencinta seni tu.. kita rase senang bile die sng. Tu btul2 syg. Mencintai xsemestinya memiliki..cewah :p

Mikael Sahaja said...

Cinta biar setia. Jangan sampai memuja. Takut nanti obsesinya buat kau jadi gila.

Anonymous said...

obses sangat sampai sanggup bunuh jantan lain semata2 sbb perempuan tu