Friday 7 June 2013

Tolak tepi

Malam yang senyap, bunyi jarum jam pun aku boleh dengar. Buku " The Perks of Being A Wallflower " dan cawan berisi air kopi diletak perlahan atas meja. Nafas dan keluhan aku hembuskan perlahan. Suara Thom Yorke setia jadi peneman, album Pablo Honey berulang aku dengar. Hati rasa sebak.

Selama ni aku tak pernah nampak erti bila orang cakap  " If you love someone, set them free. " Aku tak pernah mengaku kalah. Kalau aku nak, aku akan usaha sampai aku dapat. Sama dengan perhubungan, aku jenis direct, kalau suka akan terus confess. " Kau confident, boleh la. " cakap kawan aku, Cumi. Tapi malam ni baru aku sedar berat beban bila kita suka kat orang.


" We accept the love we think we deserve. "

Kau ingat kau seorang aja yang sakit? Habistu aku? Tangan yang melepaskan juga terluka. Aku tolak kau tepi ada sebab, bukan sengaja. Bukan sebab aku tak suka, bukan sebab perasaan sayang tak ada. Tapi nak buat macam mana. Hidup masih panjang, dan hidup juga bukan pasal cinta aja. Kerjaya, pelajaran, mak bapak, itu semua kena fikir. Bila aku nampak kau, hati rasa gentar. Hati rasa takut nak berjuang. Rasa takut buat aku lemah.

Dan aku kena kekal kuat, aku kena kekal realistik. Kalau setakat cinta, takkan boleh bayar makan minum aku, tak boleh nak tanggung hidup aku. Kalau asyik bergelumang dengan emosi cinta tak stabil, macam mana nak berjaya? Macam mana nak kekal sober? Macam mana nak jadi waras sentiasa? Orang bercinta ni kalau tak reply text pun boleh bawak berperang. Itu cinta apa? Cinta manis remaja? Cinta budak-budak? Maaf ya, bukan itu yang aku cari dalam hidup.

Kau perlukan dia yang manja, yang boleh bergelak-ketawa, yang boleh berjumpa saban hari tanpa jemu. Dia yang cantik, kulit lebih mulus, hati lebih tulus. Dia yang boleh Whatsapp kau setiap saat, bertanya makan minum pakai kau, yang boleh beri senyuman manis bila kau sakit. Bukan aku, kau tak perlu aku. Aku yang sibuk ke sana ke mari dengan urusan dunia dan bergelumang dengan lumpur realiti dan perasaan sendiri. Nak senyum pun payah, hati aku simpan jauh biar dingin, biar beku. Sebab aku rasa sakit perit nak terus bernafas dalam kalangan mereka yang kejam. Aku nampak dunia satu tempat layar yang tak indah.

Cinta itu suci? Cinta tak boleh bawak mati.

Jadi jangan kau sedap mulut kata aku manusia tak berperasaan. Aku pun rasa apa yang kau rasa. Kau anggap benda ni mudah macam buang ludah. Aku fikir juga nanti, kalau kau punya mata yang boleh nampak segala buruk cela hodoh nista aku, apa akan jadi? Sepuluh tahun akan datang, apa akan jadi? Kau ingat cinta kekal abadi?

Aku tanya kau ni, apa akan jadi?


7 comments:

Pencinta Seni said...

btul3...entry terbaeekk... thumbs up.. =)

Unknown said...

first time bercinta mmg semua melayang..takleh duga bagaimana perasaannya..siapa tahu kan...

xx//; said...

Aku rasa ini sebab dia pergi, ini sebab aku ditinggalkan.

zaffe said...

:)

Tears Of The Mask! said...

Salah satu sebab kenapa aku masih single sampai ke hari ini. Dan Zaffe telah pun jawab. Entry yang paling best!

Mikael Sahaja said...

Dengan cinta memang takkan boleh nak bayarkan makan dan minum, tapi usaha ke arah itu akan wujud dengan adanya cinta.

Cik Tetra said...

Thumbs up. This is me. This is what i feel. :)