Tuesday 25 June 2013

Apa Perempuan Mahu?


Kalau tiba-tiba makwe kau diam secara mendadak. Entah angin apa pulak tetiba mendatang kan. Bercakap taknak, dipujuk tak mahu. Call taknak pickup, mesej tak dibalas. Akhirnya kau mati kutu. Dah tak tahu apa yang perlu dilaku. Sebenarnya apa yang perempuan itu mahu? 

Scene #1
Perempuan bila dah rasa ada sesuatu yang mencurigakan, dia mulalah acah-acah untuk menjadi  penyiasat cabuk. Perhatikan perangai diorang bilamana tiba-tiba diam dan anak mata meliar tak tentu arah. Mesti ada benda yang dia nak luah, tapi samada tak cukup berani atau takut untuk diluahkan. Tak cukup berani mungkin sebab tuduhan yang bakal disuarakan rupanya hanya berpunca dari cemburu buta. Takut untuk diluahkan mungkin sebab rasa diri tak selamat, insecure sebab apa yang disyaki itu benar dan buat diri hidup dalam dilema. Mungkin bakal ditinggalkan? Okay kalau dalam scene macamni, apa sebenarnya yang perempuan mahu?

  • Bagi dia masa untuk bertenang. Tapi dalam masa yang sama jangan menjauh dari dia. Perempuan ambil masa yang lama untuk cakap sesuatu yang dia kurang pasti. Jadinya, step yang pertama adalah bagi dia masa.
  • Jangan paksa. Jangan desak untuk bercakap. Jangan tinggikan suara dan tanya soalan yang bertubi-tubi. Jangan, jangan dan jangan. Waktu macam ni korang kena pecahkan otak sikit, fikir balik apa yang korang dah buat. Jangan malas untuk berfikir.
  • Perempuan nak tengok sejauh mana usaha korang untuk meraih mereka kembali. Bila diorang tengok usaha yang bersungguh, sikit demi sikit apa yang menjadi punca diorang berubah tu akan hilang. Kadang-kadang sampai lupa kenapa mereka dingin secara tiba-tiba. You know why? Sebab segala syak wasangka itu pupus setelah korang bersungguh untuk sentiasa ada di sisi walaupun dicurigai.

Scene #2
Kalau yang tadi masa dalam keadaan syak wasangka. Kalini bila keadaan perempuan dah tahu apa yang berlaku di belakang dia. Maybe korang ada bermain kayu tiga, empat dan lima di belakang diorang? Atau buat something fishy tanpa pengetahuan diorang. Bahaya ni, bahaya. Yang korang pulak tak sedar yang makwe-makwe ni dah tahu pasal kegiatan korang. Haaaaa, sedingin kutub utaralah mendapatnya. Perempuan itu tetap diam tapi lain macam diamnya. Membahang jek kalau ada dekat tu. Macam boleh rasa lahar gunung berapi nak meletus. So apa tindakan selanjutnya dan apa perempuan mahu?

  • Ingat semula last word dari si dia. Perkataan terakhir itu kunci untuk segala-galanya. Sebab dia dah mula mendiam, dan kau takkan ada peluang untuk bertanya banyak lagi. Kau pulak jenis pelupa, jadinya kaitkan ayat terakhir dia dengan apa kejadian yang berlaku 2,3 hari sebelumnya. Sekaranglah masanya korang nak jadi penyiasat cabuk pulak.
  • Kalau tadi kau kena bagi masa, kalini kau kena bagi ruang pulak. Kau perhatikan dia dari jauh. Tengok apa tindakan dia. Dia meroyan tak tentu pasal kat mana-mana laman sosial ke? Kau ada nampak dia tiba-tiba rancak keluar dengan semua kawan-kawan dia TIAP-TIAP hari ke? Bila dah sampai tahap macamtu, kau kena cepat sikit sedar apa salah yang kau dah buat atau yang lagi tepat MAKWE KAU DAH TAHU APA SALAH KAU DAH BUAT.
  • Bila kau dah sedar yang diorang tu dah tahu segala aktiviti sampingan kau tu, BERSEDIALAH UNTUK MENGAKU. Siap siagalah dengan pelbagai hujah sebab sekali kau dah pergi mengaku ke dia, kau umpama watak si penjenayah yang dalam bila-bila masa sahaja akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Kalau kau rasa tak mahu kehilangan dia, air mata yang paling mahal tu boleh dijadikan modal. Sekali sekala menangis untuk makwe, apa salahnya kan.

Sebenarnya perempuan terlalu rumit. Aku pun macam tu jugak. Kadang bila lelaki kata itu sekadar benda remeh, padahal perempuan anggap itu hal besar antara hidup dan mati. Padahal bergaduh sebab nak pilih tempat mana nak makan jek. Hurmmm. Bala, bala.

Tapi ada satu keadaan lagi yang jarang-jarang berlaku. Yang mana perempuan itu diam dan terus menghilang. Mungkin kerana dia dah tahu kebenaran yang dirinya sering ditipu. Dan penipuan itu sering ditutup dengan simpati. Penipuan yang buat hatinya keras untuk kembali semula. Penipuan yang buat dia rasa kosong dan hilang segalanya. Dan bila keadaan ini berlaku, agak sukar untuk kau meraih dia kembali. Kalau berlaku pun, mungkin kau memang power. 

Okey, makwe-makwe semua. Apa lagi yang korang mahu? List outkan kat ruangan komen, then cc kan entry ni ke pakwe korang. Kakakakakaka…  Pakwe-pakwe jangan marah pulak. Nanti I buat entry khas untuk korang pulak. ^_^*

“Mungkin masa untuk bermain telah tamat. Atau mungkin aku boleh jadi bodoh untuk kembali semula. Semuanya tiada dalam ketetapan.” SD

7 comments:

Unknown said...

Diam dan terus menghilang. Bila contact balik, dah jadi bini orang. Sebab perempuan perlu lelaki yang memahami tanpa perlu berkata apa-apa pun tentaang masalahnya. :) @herinzasyadza

Itu Aku said...

tentulah perempuan pilih berdiam masa dia marah..bila bab emo semua tak terkawal..relax dlu...pastu pakwe pujuk la...

TheBentPencil said...

ada lelaki pernah cakap dengan aku,
"ada dua jenis perempuan. satu yang bila dia tak puas hati dengan apa kau buat, dia marah-marah maki-maki pastu setel OK balik.
ada satu lagi jenis, bila dia tak puas hati, dia tak cakap banyak, terus dia blah.
yang tu yang aku takut tu."

Mikael Sahaja said...

Bila kita benar benar dalam emosi cinta, disuruh bina tugu peringatan sebagai lambang kemaafan yang kita pinta pun kita jadi sanggup sebenarnya.

uchica said...

Tapi ada satu keadaan lagi yang jarang-jarang berlaku. Yang mana perempuan itu diam dan terus menghilang. Mungkin kerana dia dah tahu kebenaran yang dirinya sering ditipu. Dan penipuan itu sering ditutup dengan simpati. Penipuan yang buat hatinya keras untuk kembali semula. Penipuan yang buat dia rasa kosong dan hilang segalanya. Dan bila keadaan ini berlaku, agak sukar untuk kau meraih dia kembali. Kalau berlaku pun, mungkin kau memang power.

p/s: kenyataan tuh mmg kena same skali...sampaikan satu masa aku rasa dah tawar hati utk truskan semuanya walhal tarikh kahwin dah tsedia last2 amek utk tangguhkan jua sbb dah rasa penat dengan penipuan demi penipuan...kalau org kata bila lelaki ajak kawen tuh dah betol2 serius..pade aku serius ke kalau dlm masa yg sama blh lg rasa nk ada perempuan lain belakang kita..nak seronok sini sana..cukup2 la...

Anonymous said...

saya tengah moody...diam ja memanjang...bila dia mesej, kol memang takmau balas...dah cool nanti, baru cari dia balik... kecik hati dgn perangai dia dan mcm2 hal lagi

Unknown said...

Patut lah diye moody memanjang tapi kalau ada masalah patut bagi info yg dia perlukan masa bersendirian walaupun dia bukan makwe aku . Sakit naww bila beria chat tanya pasal makan,sihat,tgh watt apa and dia reply "dh" "nyeh" lepastu sunyi sepi . Aku cam wtfish sekurang-kurangnya kalau tak nak chat bagi jer info yg kau tak nak chat aku and aku leh block,delete nom or tak chat lagi . Settle tapi dia buat aku tertunggu pedih gok posen