Friday, 16 August 2013

Cinta kau pada ‘abang senior’




Babe, kau ingat tak masa sekolah dulu kau ada minat seorang abang senior ni? Alaa yang konon ‘hot stuff’ kat sekolah menengah kita. Kalau nak ikutkan takdelah hensem mana, kacak lagi Remy Ishak aku. Kau ingat tak?

Dulu kau selekeh, comot, pakai tudung pun senget, budak sekolah biasa je, tak setanding dengan abang pengawas pujaan ramai tu. Kau ingat lagi tak yang kau suka curi pandang dia masa perhimpunan. Yelah, dia kan pengawas, selalu kat depan conduct assembly. Lepas tu, jalan-jalan tengok pelajar dan sebenarnya it was just too obvious dia nak tayang muka hensem dia tu kat juniors.

Kalau kau masih ingat, Abang Syed sedar kau suka dia sebab kau ni transparent sangat. Orang sekeliling boleh baca dari reaksi kau setiap kali terserempak dengan dia dan bila dia lalu sebelah, belakang, tepi kiri kanan.

Kau ingat tak, dulu dia pernah mainkan perasaan kau. Seingat aku yang dia perli cakap muka kau tak lawa, sudah lah pendek, ada hati hendak kat dia. Kau diamkan saja, tahu lah ramai perempuan melekat dekat dia, separuh sekolah gamaknya. Tapi standard la kau tak dilayan, kau minat orang glamour. Alasan bodoh kau, masa umur 5 tahun, korang berdua belajar di tadika yang sama, tinggal dekat kawasan kejiranan yang sama. Piraaahh. Kecil-kecil dah pandai nak bercinta. Tapi sadisnya bila, dia hanya pandang kau sebelah mata saja.
Sibuk dia kejarkan akak Nora yang sekelas dengan dia masa Tingkatan 5. Aku tak nafikan akak tu memang lawa pun. Baik sangat orangnya. Tapi honestly pada pendapat aku masa tu, aku tak rasa dia layak dapat girlfriend yang baik dengan perangai suka recycle perempuan dia tu. Ya, aku bukan Tuhan untuk nilai kelayakan orang lain tapi yang aku pasti aku berpegang pada prinsip ‘perempuan atau lelaki yang baik adalah untuk lelaki atau perempuan yang baik’.

If you still remember, ada satu hari tu dia terlanggar kau, tapi dia langsung tak pandang muka kau apatah lagi minta maaf. Sudah tu kawan-kawan dia punyalah sakan gelakkan kau yang basah lencun kena air sirap yang tertumpah. Kau pun diam, tak marah dia. He had such a big ego and you had the least bit of pride.

Masa hari terakhir persekolahan dia, lepas selamat habis je peperiksaan SPM tu, kau ada bagi surat dekat dia nak minta maaf kalau-kalau dia rasa tak selesa kau ada pandang-pandang dia. Truthfully, aku rasa kau bodoh masa tu. Minta maaf? That was something that you shouldn’t have done since I bet he didn’t even notice all the hints given and most importantly YOU. He didn’t feel your existence at all. Kenapa kau suka lelaki macam tu? Well, mungkin betul orang kata ‘you can never forget your first love’. If that, between you and him can be considered as ‘love’.

Lama kau minat dia dari tingkatan satu sampai tingkatan empat. Hinggakan selepas dia berhenti sekolah kau tak boleh move on lagi. Dulu perangai umpama kau awek dia, frust menonggeng cinta terhenti separuh jalan. Cinta ke? Lagi-lagi bila dia habis sekolah menengah terus dia pindah rumah sekali. Kau memang pencinta setia. Cuma, aku jelas dan faham akan hak Abang Syed untuk terima atau tolak cinta sesiapa pun. Cinta, manusia tak boleh paksa dan tak perlu dipaksa.

Bila kau cerita kat aku bulan lepas kau jumpa dia,kau cerita dia cuba berborak dengan kau. Terus aku teringat macam mana dulu dia tak pandang pun kau. Tambah menyampah aku bila kenangkan masa dia gelakkan kau jatuh main cop tiang dulu. Nak tolong memang jauh sekali. Nasib baik kawan dia, Abang Ijat ada tolong. Abang Ijat tu baik, dia tahu kau suka si Syed Amin dia siap tolong pass kan surat. Lepas tu, tup tup kau pulak dapat surat luahan perasaan daripada Abang Ijat. Masa tu memang aku gelak berdekah-dekah. Tak sangka comot-comot kau ada peminat. Rupa boleh tahan pulak tu.

Dah dekat 8 tahun, kau kata kau jumpa dia masa kau teman Abang Ijat pergi reunion alumni sekolah kan. Aku tak dapat bayangkan macam mana muka terkejut dia bila tengok kau. Sekarang dah makin cantik meletup, tak sangka kau makin besar makin ayu, terpampang muka kau dekat front cover majalah Hijabista. Cehhh, nak kembang la hidung tu. Tapi apa-apa pun sebagai kawan meh aku bagitahu, memang aku lagi cantik la kan. Haha. I’m proud and happy for you babe. Padan muka Abang Syed melepas.

Lepas 8 tahun, lebih 10 kali dia pandang kau eh? Ke kau perasan lebih ni? Tapi pertemuan semula macam ni, kau rasa jodoh ke?




P/S: Macam KAU, aku ada kisah cinta-sekolah-menengah yang sama.

5 comments:

Wadi AR said...

ingat syed hafeez tadi

Lila Vee said...

hahahaha. "aku ada cerita cinta sekolah menengah yang sama"

naise.

Mikael Sahaja said...

Entah mengapa entah cinta di sekolah ni memang susah move on. Yang move on yang tak suka pada kau je. Haiihh

Pencinta Seni said...

tiba2 terasa....dush2...hehee..beza nya, bukan senior sek men tapi...senior uni...wakaka..tapi tu dulu...sekarang, i'm free..mudah2 an akan kekal mcm ni... ^^,

Unknown said...

Hihihi.. Masa saya sekolah rendah, dari darjah 5 sampai tingkatan1, ade sorang Abang ni, suka bagi hadiah kat Saya, yg Saya kagum ni, bukan Saya je dia bagi, kakak-kakak Saya pun dia bagi hadiah sorang satu..manelah Abang ni dpt duit byk2 time ni.. Hihihi. Dulu Saya fikir, hensemnya Abang ni, macam power rangers kaler merah.. Hahahaha, kelakar betul bila fikir balik...������