Terus-terang aku tekankan di sini yang aku bukan la seorang feminist mahupun pejuang hak wanita dalam usaha mencapai equality between both men and women. Bagi aku, equality is a very strong word. Dan bagi aku, sebenarnya perjuangan untuk bersuara secara lantang dan perbentangan perihal fakta berkenaan isu ini sepatutnya tiada, tak perlu wujud pun. Kenapa?
Because the way you should treat a human, regardless of any gender, is common sense.
Aku rasa ini bukan sekadar masalah pencerahan tentang apa itu penindasan, apa itu penderaan dan apa itu oppression towards our women and whatnot. Tidak guna juga jika sekadar mahu menyedarkan satu pihak. Untuk menyelesaikan satu masalah, both party need to cooperate together. Masalah yang besar kebanyakannya berakar dari satu titik kecil.
Bagi aku, tak adil untuk masyarakat sewenang-wenangnya menuding jari kepada lelaki sebagai punca penindasan terhadap perempuan, kerana percaya atau tidak, perempuan sendiri adalah salah satu punca yang besar. Banyak kes buli terjadi, terutamanya dari segi lisan, siapa yang pernah tinggal di asrama mungkin tahu dan bersetuju. Berdasarkan perkongsian pengalaman rakan dan aku sendiri, dulu para senior perempuan yang galak menutur kata-kata seperti sial, perempuan tak sedar diri, perempuan tak tahu malu, bitch dan sebagainya. Sesi kutuk-mengutuk dan merendah-rendahkan orang lain, regardless of the same gender, berlaku tanpa segan silu, especially dalam " open court " . Aku kurang pasti kalau asrama lain dipanggil apa tapi " open court " ini kononnya diwujudkan atas dasar mahu come clean, mahu menyelesaikan masalah tapi sebenarnya? Bash selagi kau mampu, kutuk dan dedahkan aib orang, maki dan caci terang-terangan. Verbal abuse.
Mungkin ada yang memandang perkara sebegini sebagai remeh, tapi pernah terfikir pasal long term effect dia? Para mean girls akan kekal berkuasa, akan rasa mereka hebat. But the victims? Mereka rasa teruk, depressed, dan hilang self-worth. Worst case scenario, they will start to believe in everything that has been said to them. Bayangkan bila seorang perempuan sendiri yang mengherdik perempuan lain sebagai perempuan murah, sundal dan sial. What do you expect will be happening to our society and country? And this is already happening in high school, tak perlu cerita effect dia kalau berlaku di peringkat universiti dan dalam keluarga sendiri. Nampak?
There will be lack of trust, even between girls. Hatred and all the negative emotions will exist. The victims will then seek for a saviour, iaitu sekalian jenis buaya di luar sana. Kalau yang bernasib baik, ya mungkin dia akan berjumpa dengan manusia bernama lelaki. Tapi banyaknya yang suka mengambil kesempatan. Perempuan yang merasakan dirinya worthless, yang kini sudah buta dan pekak hasil segala cacian dan penindasan dari kaun sejenis, ibarat pengemis. Mengemis kasih dan cinta merata-rata. Expectations mereka terhadap lelaki akan menjadi rendah, harga diri menjadi murah, seeking for any arms that willing to hold them close.
Ini mungkin juga akan menjadi titik punca di mana bila in future, dapat boyfriend lintah keparat, makan duit perempuan pun, masih bertahan atas alasan cinta. Bila diri dipukul dirogol, masih berdiam diri. Rata-rata orang yang memerhati akan berasa pelik, yang jenis prejudis dan cepat menghukum, akan lantang berkata perempuan tersebut sebagai bodoh. Percaya atau tidak, some of the victims think that they deserve it. Minda mereka sudah dibentuk dengan pemikiran tentang cinta yang kurang tepat, they even reluctant to go out and seek help. Kerana mereka merasakan berdiam diri itu lebih mudah. Apatah lagi jika ada sesetengah kaum lelaki yang memberi alasan bajingan " I buat ni sebab I sayang you ", lagi lah berkecamuk hati dan perasaan mangsa. Dilema tak berpenghujung.
So please, please note that whatever that had happened in past, whatever people say about you, semua manusia ada harga diri, ada maruah. Fight for it, stand up for yourself, dan pada masa yang sama, hulurkan tangan untuk membantu. There is nothing okay about suffering and being oppressed, fizikal mahupun mental. Kita perlu sedar, kadang-kadang perkara kecil sebegini yang membentuk pemikiran songsang masyarakat. How on Earth can we make men see that they should treat women with respect and dignity, kalau kaum Hawa sendiri memandang enteng dan sesuka hati meletakkan posisi Hawa yang lain dalam lumpur hina?
Ada juga entri-entri sebelum ini yang aku pernah sentuh pasal perempuan, harga diri dan persepsi masyarakat. Boleh baca balik Harga Murah , Confession #30 , Ovari Macho kalau mahu.
Save yourself, and then others.
Be kind to yourself, and then others.
Respect yourself, and then others.
Love yourself, and then others.
It all starts with yourself first.
Love your women, defend your country.
3 comments:
oh open court. scarred for life. yes.
Asrama aku ada seorang perempuan jadi kepala buat benda benda ni. I mean abused sampai lebam tapi atas nama Open Court. Yang epiknya, perempuan yang jadi kepala ni tersangat la ayu diluar. Aku rasa mencarut pun tak pernah dengar. Nak dengar dia cakap "aku" punya payah.
Perempuan betul punya kadang kadang pelakon terbaik.
hurm....pompuan sendiri yg jatuhkan maruah pompuan lain...tak heran la lelaki jahat kat luar sana pon lagi menjatuhkan maruah diorg
Post a Comment