Wednesday, 10 April 2013

Ovari Macho


Sentap!

Aku sebenarnya sentap bila media selalu gambarkan perempuan ni sebagai makhluk paling lemah, makhluk paling sensitif, dan spineless. Sungguh wei aku tak puas hati. Kenapa depa tak tafsirkan perempuan sebagai manusia cool? Perempuan tak boleh ke jadi hebat?

Kadang kadang bila lepak dengan kawan kawan spesis lelaki, dorang selalu cakap pasal perempuan ni lembik. Aku rasa itu mungkin adalah salah satu cara defensive nak reflect konon diri sendiri cukup macho lah kot? Dorang pun selalu jugak kutuk perempuan menangis, cakap over-feeling la, clingy la, apa la. Mereka lupa kewujudan aku kat situ agaknya, terkulat-kulat mendengar, menadah telinga sebagai seorang perempuan.

Kenapa wei? Kau rasa perempuan tak boleh ke jadi macho? Ini adalah pemikiran kuno, ini adalah cara bagaimana bajingan bajingan di luar sana memanipulasi masyarakat. Gila sexist betei. Padahal cuba kau fikir balik, definisi macho tu macam mana. Cool? Taf? Berani mati kamikaze style? Bullshit! C'mon la.



It's 2013 already dude, perempuan pun boleh jadi macho duhh.

Okay hadap dulu statement aku. Takdelah aku cakap lelaki tak macho, tapi bagi aku, perempuan pun boleh jadi macho sebenarnya. Kenapa? Sebagai contoh, aku rasa Mak Cik Timah (bukan nama sebenar) sebelah rumah aku tu macho, sebab lepas cerai dengan suami dia, cool je watlek sabar kerja pagi petang siang malam sara enam anak dia. Kesian jugak kadang kadang bila curi curi tengok, aku nampak dia menangis. Tapi depan orang dia tabah, tunjuk muka superwoman. Macho la tu kan? Haa lagi satu, kawan aku si Teha (bukan nama sebenar) pun macho jugak! Aku rasa dia cool sebab dia berani approach this one guy yang dia minat. Ini lain dari konteks desperado, sebab dia luahkan feelings dia pastu cakap " Whatever it is, ini rasa aku kat kau. Tak perlu dibalas, but I just want you to know. That's all. " Last last lelaki tu jadi boyfriend dia sampai sekarang. 

Haa see? We, macho girls sometimes ada keberanian, ada guts lebih dari lelaki untuk terima rejection, untuk berjuang mendapatkan orang yang kitaorang suka. And sometimes we can be better boyfriend than guys, ehems! 

Dan sebenarnya, aku pun rasa aku macho jugak. Sebab aku masih mampu memalit senyuman paling manis dan lepaskan lelaki yang aku suka sebab aku tahu kawan aku ada crush dekat dia. Pahit tekak aku menidakkan, lemah longlai roh aku bila teman depa keluar dating. Tapi takpe, walau hati rasa macam cuka, tapi akal perempuan macho harus berpandangan jauh. Biar hilang lelaki, jangan hilang kawan sejati. Kalau ada jodoh, dekat Syurga boleh jumpa kembali. Macam lelaki, ungkap kata " Bros over hoes ", perempuan macho pun berpegang pada " Chicks over dicks ". Lagipun, aku rasa perempuan macho deserves lelaki macho jugak, yang reti nak jadi macho bila diperlukan, berani membuat keputusan, bukan jadi beban, dan bukan jadikan aku sebagai sandaran.

Eh kejap. Ini macam tiada kaitan.

Tak, pokok pangkal dia, jangan kau sangka semua perempuan adalah sama! Wake up, guys, wake up! Perempuan pun wujud okay spesis yang macho macho ni. Tak payah kena text hari hari, kami reti bawak diri. Travel alone? No problem! Boyfriend tak call everyday? No problem! Keluar dating, makan wayang bayar sendiri? No problem! Kerana macho itu bukanlah aku definisi kan sebagai berlagak konon kami boleh lakukan segalanya sendiri, cuma cukuplah sekadar boleh jadi independent, tak merengek 24/7 dan boleh hidup atas dua kaki sendiri.

Sebab perempuan macho ni sedar, there are finer things in life other than love, marriage and fairytales. Kami perempuan realistik, sedar bahawa takkan nak bergantung harap pada lelaki atau orang lain semata-mata. Kadang-kadang tu boleh la, sebab tak salah nak jadi dependent sometimes, kami pun manusia, ada hati, ada feelings. Cuma kami have fun with our life, berdikari, ada kekuatan to walk and carry on.

Macho kan perempuan macam kami? *winks*


5 comments:

lollybiess said...

yup..perempuan macho..independent..hati batu..style!
but plis dont treat them like truely guys..they still have their sensitivity on certain thing. terkadang boleh dengar dorg kentut or sendawa kuat2 depan korang..tp itu cara mereka...they still women!

Anonymous said...

Yup yup, exactly :)

it's me! :) said...

Great!! N interesting!!

Anonymous said...

tepat sekali.....sokong kamu zaffeee....pompuan hebattt!!!! yeahhhh

Unknown said...

Na na na naa naaiss sgt!