Sunday 7 April 2013

Turn Left Turn Right


“Life is full of coincidences. Even two parallel lines might someday meet.” 


Masihkah kau ingat masa belajar math dulu, cikgu kata parallel lines tak boleh bertembung. Macam tulah kita dengan jodoh kita, one day entah macam mana force of nature dua parallel lines ni jadi satu, mungkin masa tu baru kita boleh jumpa jodoh kita; dalam line yang sama dalam arrow vector yang sama. Apa kena mengena math dengan post ni pulak?

Ada satu movie ni, aku rasa aku tengok masa aku kecil lagi masa tu tapi konsep & falsafah cerita tu memang memorable gila  sampai bila aku dah besar dan dah tahu selok belok mencuri guna torrent aku cari balik movie ni. Cerita dia simple je, tajuk pun simple; “Turn Left Turn Right” tengok kiri tengok kanan don’t belok belok. Nak pendekkan cerita sebab ni pun bukan website review filem cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki dan seorang perempuan yang selalu ada kat tempat yang sama contoh berjiran, lalu jalan yang sama, lepak tempat yang sama tapi diorang tak pernah nak ambil port atau kenal pun yang lagi satu tu. Senang cerita kalau perempuan tu turn right dia akan nampak lelaki tu kalau lelaki tu turn left dia akan nampak perempuan tu.



Orang selalu kata, dunia ni kecil & dunia ni bulat je pusing seround kita mungkin akan jumpa each other balik. Orang-orang yang kita kenal sekarang kita mungkin dah berselisih bahu dengan diorang masa kat pasar malam ke mall ke dulu, lahir hospital sama duduk sebelah-sebelah je masa dalam tempat simpan baby ramai-ramai tu ke, tapi mana nak kenal unless kau ada photographic memory tu lain cerita lah.  Bagi akulah, benda tu yang dinamakan jodoh. Orang tu jodoh kau tapi mungkin kau tak nampak dan tak kenal pun sebab kau tak turn right dia pulak tak turn left.

Tapi nak jumpa bukan senang, tengok macam Ted Mosby 8 tahun dah How I Met Your Mother tak sampai-sampai lagi part dia kenal dengan future wife dia. Walaubagaimanapun eceh kalau korang follow HIMYM korang perasan kan yang Ted sebenarnya dah lama dah bertembung & berselisih dengan future wife dia cuma itulah sorang turn right sorang turn left. Aku rasa benda ni interesting sebab benda ni memang possible pun jadi sebab yelah dunia ni kecil tapi kalau fikir banyak nanti jadi misteri nusantara pulak.

Kawan aku pernah cerita pasal macam mana mak dia jumpa ayah dia. Once upon a time, in a faraway kingdom, seorang wanita sedang berjalan di taman pada suatu petang. Dia terdengar macam ada commotion dekat bangku taman yang berdekatan, dia menjadi curious biasalah adat manusia nak curi dengar kalau ada hal-hal menarik. Dia nampak ada seorang lelaki sedang melamar teman wanitanya tetapi teman wanitanya dengan kejamnya merijek lelaki tersebut dengan alasan dia tak cukup kaya dan tak cukup hensem untuk jadi suaminya. Wanita itu merasa sangat kasihan dengan nasib lelaki tu. Terdetik dalam hati dia masa tu, kalau dia yang dilamar macam tu mesti lelaki tu takkan dirijek sebegitu rupa. One day lelaki yang dirijek dengan penuh kejam tu jadi supervisor di tempat wanita tu bekerja dan dah jodoh wanita itu berkahwin dengan lelaki yang dirijek itu lalu menghasilkan kawan aku, the end happy ending gittew.

Jadi kalau korang naik public transport tu pandang kiri kanan, jalan-jalan kat taman tu pandang kiri kanan, jangan lupa masa lintas jalan pandang kiri kanan, kenal-kenal lah dengan jiran korang tapi janganlah buat gaya creepy tanya “En/Cik ke jodoh/the one/the fated untuk saya?”. Tak thrill ah camtu thriller thriller ahhh tetiba. Ni ada cebisan puisi Wisława Szymborska yang digunakan dalam movie Turn Left Turn Right yang mungkin akan buat korang rasa wow kalau nak versi penuh sila Google kthanksbai.

Since they’d never met before, they’re sure
that there’d been nothing between them.
But what’s the word from the streets, staircases, hallways–
perhaps they’ve passed by each other a million times?

I want to ask them
if they don’t remember–
a moment face to face
in some revolving door?
perhaps a “sorry” muttered in a crowd?
a curt “wrong number”caught in the receiver?–
but I know the answer.
No, they don’t remember.

They’d be amazed to hear
that Chance has been toying with them
now for years.

xoxo,
Gasip Gol

P/s:  Sebab movie ni iolls suka naik public konon-konon bolehlah jumpa The One. Pui. Kantoi hopeless romantic.

1 comment:

Miss Kira said...

tengok jugak movie ni!! sangat best and sedih at the same time.. and I do agree about jodoh tu.. ;)