Thursday, 11 April 2013

Kita Kata Kita Ni Kawan




Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila hp kau berbunyi tanda incoming call kau tak nak angkat. Sanggup tukar mode vibrate. Hp kau vibrate macam nak meletup pun kau buat tak endah. Bila suruh jawab call kata benda tak penting. Dari vibrate kau change mode silent lepastu masuk hp dalam poket. Langsung tak menganggu hal kita.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila on the phone kemain menyorok. Kalau boleh nak duduk dalam almari. Bila kantoi dengan aku tengah gayut sanggup campak hp ke celah kangkang. End call macam tu je. Bila aku bukak pintu kereta, kemain pucat lagi muka kau. Kalau lempang time tu sure bentuk tapak tangan tu jelas. Kemain berubah muka kau. Kenapa tah.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila whatsapp, text masuk berduyun-duyun kau tak reply. Kau biar macam tu je. Bila aku kata kenapa tak reply, kau diam. Kau tukar topic.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila aku mintak hantar sana sini kau ikut je rentak aku. Sampai pihak lagi satu ajak keluar pun kau tak pergi. Kau bagi alasan ada kerja. Padahal kau keluar dengan aku tu bukan hal kerja.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila nak decide benda yang important, kau cari aku. Kau bukan minta pendapat aku, tapi macam mintak izin. Sampai satu tahap bila aku kata tak payah pergi, kau tak pergi. Bila aku kata benda tu okay, kau buat. Bila aku tanya kenapa nak tanya aku sebab itu soal hidup kau, kau kata saje.


Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi balik keje selalu jugak kau whatsapp aku. Tak cukup kat office, sambung menyakat kat whatsapp. Kekadang aku baru selangkah masuk rumah, whatsapp kau masuk. Memalam buta kalau aku whatsapp pun kau reply. Walaupun aku rasa kau ni bukan kaki melayan benda-benda macam tu.


Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi semua benda yang kau buat tu tak macam kawan. Lebih dari kawan. Aku tak bodoh nak beza layan kawan dengan layan orang lebih dari kawan.



Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila nampak kau on the phone, berasap jugak kepala aku. Panas jugak hati aku. Rasa macam nak rentap hp kau baling time tu jugak.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila ada incoming call kat hp kau, aku pura-pura suruh kau jawab. Padahal dalam hati menyumpah seranah sebab sibuk kacau masa kita. Celaka apa tak reti nak call time lain ke.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila text dengan whatsapp masuk kat hp kau, aku jeling-jeling jugak tengok apa yang tulis. Nampak jugaklah sebarang dua ayat. Sakit hati tu jangan cakap.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi malam-malam bila bosan aku whatsapp kau jugak. Macam kau buat ke aku bila balik keje. Walaupun aku tahu kau kat luar dan whastapp aku tak delivered, tapi aku bodoh jugak pegi whatsapp. Pehal tah. Kau pun tak kira pukul berapa kau sampai rumah, whatsapp aku yang tadi aku hantar baru masuk ke hp kau, kau still reply. Aku pun kekadang dah membuta time tu. Haha.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi aku curi-curi jugak geledah hp kau. Tengok contact list, phone log, whatsapp, inbox dan segala macam benda yang boleh aku tengok. Berderau jugak jantung aku bila bukak.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila kau takde depan mata, tercari-cari jugak aku. Otak dah fikir ke lain je. Padahal kekadang kau membuta tak bangun lagi atau kau ada kerja luar.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi cara aku layan kau pun kekadang tak macam kawan. Dan aku pun tahu kau tak bodoh sampai tak boleh beza layan kawan dengan lebih dari kawan cemana.

Kau kata kita kawan. Aku pun kata kita kawan. Tapi kita tak macam kawan. Bila orang tanya, kita kata kita kawan. Walaupun orang luar dapat agak dan tahu, tapi kita jawab macam diorang tu bodoh. Kita pun kekadang macam bodohkan diri sendiri. Sebab dalam hati cuma kita je tahu, kita ni kawan ke lebih dari kawan. Cuma kita tak tahu macam mana nak rungkai perasaan tu. Sampai satu masa kita ikut macam omputih kata, go with the flow. Mungkin macam kita dua pernah cakap,

Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau takde, kita redha.

12 comments:

FN said...

lelaki n perempuan xde istilah kawan.. bak kate Mr.k.. aku engat bende alah tu dan telah menyebarkan dakyah tu pada kawan2 aku..thumbs up!

Mikael Sahaja said...

Antara lelaki dengan perempuan, sukar nak wujud istilah bestfriend. Jika ada, mesti ada hati salah seorang yang kecewa. Tak hati anda, hati dia.

Anonymous said...

aku dengan kawan baik aku macam nie la. di mulut cakap bff forever padahal aku suka dia. sebelum dia nak couple dgn orang lain pun dia mintak pendapat aku. aku say no, so dia tak couple dengan perempuan tu. hehe

Anonymous said...

Dia kata dia kawan,tapi layanan dia pada aku lebih dari sekadar kawan. Aku melayan perasaan sendiri,dan mesej keluar "aku tak anggap lebih dari kawan,maafkan aku kalau cara aku buat kau fikir ke arah tu".

Ein lollybiess said...

kau kata kita kawan
tapi bila kau cakap kau rindu aku takpe pulak
kau kata kita kawan
tapi bila tiada depan mata kau gelisah tak menentu

hakikatnya kita masih kawan..aku ada dia kau juga ada dia...

orang lain melihat kita seperti lebih dari kawan

hakikatnya aku tak tahu apa rasa kau terhadap aku...
aku juga tak tahu apa rasa aku terhadap kau sebenarnya

nurfatin aisha said...

Kata kau kawan, kata aku pun kawan. Bestfriend forever,konon! Tp, dlm hati. Masing2, kata syg. Hahaha. Tp, sebab kawan lah hubungan kekal sampai sekarang. Alhamdulilah. Nk melangkah ke level yg lebih baik.

Ain Kahar said...

pergh betul2 kene sbijik atas muka :(

Anonymous said...

entry ni mmg the best!
insyallah semoga ada yang terbaik dlm perhubungan klu bukan ke step seterusnya, semoga friendship never end :)

Anonymous said...

hmm kita kononnya kawan.
aku tak berani nk rungkai perasan.
aku tak mampu nak meluahkan
sbb aku takut kehilangan.
karena aku takut aku saja yg perasan
padahal kau layan aku tak lebih dr seorang teman
selalu bermain di fikiran
kau layan org lain sama tak dgn cara kau layan aku?

Shawani said...

situasi sebijik mcm aku.. haha.. aku pun keliru sebenarnya.. kami ni kawan ke couple? =/

Ctn Faeed said...

Sedih teramat situasi sama...
Perempuan n lelaki xleh bestfriend n friend
Sebab akan wujud nya perasaan
Melainkan dia atau kita kuat dan ada orang lain dalam hati...
Kenapa lah dia wat aku mcm ni.
Aku pon xsuka perasaan mcm ni
Sakit sangat. Takut...

Farida Amira said...

i used to be in this situation before. At last masing masing confess, aku sayang kau, kau sayang aku. Tapi at the end, tah aku pun tak tahu happy ending atau apa