Showing posts with label Effa. Show all posts
Showing posts with label Effa. Show all posts

Wednesday, 17 September 2014

#1 Post-Break Up, Don'ts : Kutuk Ex

Orang selalu kata, ‘Tengah sayang, itulah yang ditatang. Hilang sayang, semua pun melayang’. 

Masa bercinta semua manis, semua baik. Puji amboi kemain tinggi. Takde salah, semua betul. Tapi adat bercinta biasalah ye dak, kadang tak sampai hujung. Jodoh tak panjang agaknya. Lepas break up, pap! Twist 360 degree. Semua benda keluar. Dari yang dulu sebaik manusia, sekarang dia hentam sampai ke tanah serupa orang tu tak pernah ada sisi baik. Entah dia lupa jalan cerita dulu, atau dia yang lupa diri. 

Kutuk Ex-bf/gf selepas break up is a BIG NO wahai anak-anak. Why?

Kau tak rasa macam kutuk diri sendiri ke? Dia pernah jadi sebahagian dari hidup kau. Pilihan kau. Pernah sayang, pernah cinta. Bila kau mengata dia sama macam kau cakap diri sendiri. Bila kau kata dia tak guna. Kau sayang orang tak guna ke selama ni? Atau sebahagian dari hati dan diri kau selama ini adalah tak guna? Mungkin jugak kau ada taste yang teruk sebab suka orang tak guna. Magaaddd.

Kalau kau nak kata ‘sebab aku dah sedar dia tak guna lah aku cari baru’. Mampu senyum sinis je lah aku kalau dengar sebab permainan ayat tu akan terus berlangsung kalau kau break dengan pasangan kau yang seterusnya dan yang seterusnya lagi. On and on and on. 

Bila kau seronok sangat menghebahkan sesuatu yang buruk tentang ex kau, tanpa kau sedar sebenarnya kau jugak dah bukak jalan untuk orang keliling nampak kelemahan bukan setakat hubungan, malah diri kau sendiri. Depan kau mungkin orang akan gelakkan ex kau, belakang kau mungkin orang akan make fun kau pulak. Who knows? Sebab kadang kita memang akan rasa kita betul, tapi rupanya ada jugak salah kita yang kita tak perasan. So, beware. 

Tak tahu orang lain cemana, tapi orang kutuk ex kita depan muka ni dia punya makan dalam boleh tahan pergi jauh dari orang mengata diri kita sendiri. Exactly bukan sebab still ada perasaan. Tapi entah. Bila aku tengok member kutuk member pasal ex dia, ‘Kau lah bodoh pergi pilih orang macamtu’ sampai member tu duk terkulat-kulat tak tahu nak balas apa. Aku yang tengok dalam hati duk berketik ke yang bercakap tu ‘Hang tau dak, hang ni cilake?’

Ada setengah orang fikir, dulu ada benda yang perlu dijaga dan dirahsia buruknya hubungan atau pasangan dari umum sebab dia masih ada dalam hubungan tu sendiri. Putus je, dah boleh lepas semua memandangkan pihak yang satu lagi bukan siapa-siapa lagi dekat dia. Dari buruk yang dulu dinafi, sekarang dibuka dengan rela hati tanpa sekelumit rasa bersalah dihati.


Kawan, itu prinsip yang salah. 

Tak semua benda perlu dirungkai. Sama ada jahatnya dia atau silapnya engkau, biarkan simpan kekal diam. Tak perlu dijaja. Macam mana kau jaga masa bersama, macam tu jugak sepatutnya kau jaga sesudah tiada. Boleh bercerita, tapi tidak semua. Kena ada limit yang sangat rigid masa bercerita. Dan tujuan pun bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Sebab kadang orang dengar bukan sebab betul-betul kisah, tapi sekadar nak tahu. Seronok mengambil tahu. Dan cerita engkau menjadi rencah bicara hasil sesudah tahu.

Macam mana kau mula dengan cara yang baik, macam tu jugak kau kena sudahkan dengan cara yang baik. Dunia ni tak besar mana. Esok lusa entah macam mana bertembung muka.

Dalam membina hidup baru, kau perlu biarkan yang lalu kekal berlalu. Yang sedia tahu, biar sekadar itu. Dan yang tidak tahu, biarkan diam membisu. Cukup kau dan dia sahaja tahu apa sebenarnya berlaku yang semua orang tak tahu. 

Monday, 8 September 2014

The Memories

Kadang-kadang bukan nak lupakan orang tu yang susah, tapi memori. Sedar atau tak banyak jugak sebenarnya benda yang kau kongsi dengan dia selain perasaan. Sama ada kejap atau lama, masih ada kenangan yang tercipta hasil dari perkongsian rasa tu. 

Paling obvious adalah of course, rutin harian. No more morning or goodnight text. No phone calls. No lunch date or dinner date. Rutin ni kau akan rasa berubah sementara kau belum jumpa pengganti. But once kau dah ada yang lain, rutin ni akan datang semula dalam bentuk yang hampir sama. Jadi, segala rutin yang hilang sekejap tu akan diganti dengan yang baru. 

Tapi ada benda lain yang buat kau akan teringat pada setiap orang yang pernah singgah dalam hidup kau dulu once a while walau kau dah ada orang baru. Sedar atau tak, tiap orang yang kau kenal, akan ada satu benda significant yang buat kau akan ingat dia setiap kali kau ternampak, terdengar, terjejak or whatever it is. Sebab setiap orang tu kan berbeza.

BAU 
Akan ada satu bau yang familiar antara kau dengan dia. Paling mudah adalah perfume. Memasing ada fav perfume yang dia akan pakai setiap kali keluar. Dan bila kau terbau perfume tu, ‘oh, ini perfume yang dia selalu pakai dulu’ atau ‘dulu masa aku dengan si polan, aku memang suka pakai perfume ni’. Selain perfume, bau baju tanpa perfume, bau rambut, bau badan semulajadi dia. Itu common. Bau yang lain adalah bau kereta dia misalnya. Ah, susah betei nak explain.

TEMPAT 
Yes, tipu kalau kau takde tempat fav untuk dating. Tipikal tapi logic. Sebab tak semua tempat tu best. Ada alasan tertentu yang kenapa kau dengan dia suka tempat tu. Tak semestinya mall. Boleh jadi taman, library, tempat makan, rumah. Eh, rumah?

MAKANAN
Kalau dah setiap kali pergi dating mesti singgah makan, takkan lah kau tak tahu makanan fav dia apa. Pesen kalau dia pergi toilet pun kau dah tahu apa nak order untuk dia. Dari makanan sampai ke air. Set lengkap. Tak payah tanya. Sama ada kau tahu sebab dia bagitahu, atau kau observe dari corak makanan yang dia pernah order sebelum tu. Itu yang bangsa kalau dulu bila rindu, saje order makanan fav dia walau bukan suka pun mende alah tu. Lepas break, kalau boleh tengok menu nak skip nama makanan tu. Kakaka.

AKTIVITI
Setiap pasangan ada satu common interest. Almost everytime date mesti nak buat benda tu. Ada yang suka cycling, movie, karoke, main game, sitting next to each other and reading. Kalau orang lain kata aktiviti kau tu bosan pun pergi mampus sebab time tu dunia kau dua yang punya. Suka hatilah kan?

LAGU
Naaahh. Biasalah kalau dah bercinta. Takkan lah takde satu dua lagu yang jadi simbolik hubungan tu. Lagu yang konon lambang cinta. Atau pun paling mudah lagu fav dia atau fav kau. Macam aku, setiap orang yang pernah jadi orang penting dalam hidup aku akan ada satu ringtone khas. Tak kira dari call, text, semua lah. Tujuan dia everytime phone tu bunyi, lagu tu keluar, aku dah tahu tu siapa. Bahananya lepas break, bila setiap kali lagu tu keluar, sekelip mata memori tu pun macam slideshow dalam kepala. Cilake.




Certain people akan paranoid dengan benda macam ni. Kalau dulu tu tempat fav dating, lepas break tak boleh jejak. Rasa macam terpandang-pandang scene kau dengan dia dulu kat situ. Kalau bau, duk menusuk sampai ke kalbu tetiba kang rindu pulak dengan tuan punya bau. Benda macam ni yang biasanya buat orang sekilas teringat dekat orang yang pernah dia puja. Walau kau dah move on dan dah pulih sepenuhnya sekalipun, bila terkena sikit, mesti teringat. Bezanya dulu kau ingat dengan mata berkaca. Lepas stabil, kalau tengok dan teringat, kau senyum sambil tunduk geleng kepala. Kenangan tu tetap sama sampai bila-bila, cuma cara kau pandang kenangan tu berbeza dari masa ke masa.

Bila kata teringat tu tak semestinya sebab kau masih ada perasaan dekat dia. Cuma teringat benda yang pernah kau ada. Percayalah, kalaupun memori kau pernah bergaduh sakan dengan ex kau kat tempat tu, akan datang bila kau jejak balik atau lalu tempat yang sama, kau akan senyum sendiri. Kenapa? Sebab itu kenangan. 

Janganlah kau pelik kalau kau tanya orang yang dah kahwin sekalipun, dia boleh ingat something pasal ex dia yang first dulu. Atau kau boleh cuba ke yang pesen ex berderet. Tak banyak sikit mesti dia ingat satu benda dekat setiap orang tu. Tak caya pergi try tanya kat mak pak kau. Tapi kalau kau kena seligi lepastu jangan salahkan aku.

Banyak atau sikit, besar atau kecik, memori tetap memori. Yang kau takkan pernah boleh padam sepanjang hidup kau. Time passes, people leave, feelings change but memories remain. Remember?


Thursday, 14 August 2014

The show must go on!

Hidup ni kan berputar. Sama macam bumi yang tak pernah berhenti berputar satu arah pada paksinya. Hidup ni tak nampak bentuk bulat nya, tapi cara bergerak tu tak ubah macam roda. Cuma kelajuan putaran untuk setiap orang itu mungkin berbeza. Tapi masa tu tetap akan tiba. Harini kau di atas dilambung setinggi langit, ditatang penuh kasih, ditimang penuh sayang. Esok lusa dihayun ke bawah, dicampak ke tepi, di tolak sampai terduduk dekat ceruk.

Hari-hari nak bahagia pun tak boleh jugak ye dak. Cuba kalau panas semedang, katanya cuaca ni elok buat sidai kain, cepat keringnya. Tapi entah kenapa tiba-tiba rasa nak merungut sebab dah lama tak hujan. Air tadahan dah makin kurang. Semua nak kena jimat cermat guna air. Menyusahkan pulak rasa. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui, diturunkan hujan seeloknya buat kita. Ingat diturunkan secukupnya, rupanya berlebihan yang membawa ke musibah. Berdoa pulak ingin hari yang sedang sedang sahaja cuacanya. Tidak panas dan tidak lah terlalu sejuk. Ah, hari yang macam ni memang boleh bikin kita malas. Satu keje pun tak jalan kang. Tak boleh.

Manusia, mana pernah bersyukur. Puas apatah lagi.

Kekadang bila kita terlalu yakin dengan apa yang kita ada selaras dengan apa yang kita mahu hari ini buat kita lupa, dekat atas sana punya Satu yang sedang memerhati. Dilihat dalam diam. Dikira dalam senyap. Yakinnya kita sehingga lupa yang kita patut yakin dengan Dia melebihi yakinnya kita dengan apa yang kita punya. Sebab yang kita ada pun datangnya dari Dia. Hanyut dalam leka dia dah tetapkan setiap satu daripadanya.

Sebab tu hari ini kau jumpa satu orang, esok kau mungkin hilang satu orang.
Harini kau ketawa, esok kau menangis.
Harini kau sayang, esok kau benci.
Harini kau kat atas, esok kau kat bawah.
Normal nya kitaran hidup manusia aturan Tuhan.

Tak ada yang kekal atas muka bumi ini. Sama ada sesuatu yang nampak secara fizikal, mahupun tak dilihat tapi dapat dirasa.



Bila sesuatu yang kau tahu tapi tak pernah berharap untuk jadi tapi dah pun terjadi, jangan berharap pada hukum karma sangat. Sama macam apa yang dah berlaku, karma ni jugak tak datang dalam bentuk dan ketika yang kau mahu. Tak semua yang baik tu dibayar secara terang, dan tak semua yang jahat itu dibayar dengan tunai. Kadang kita yang melihat tak tahu, tapi yang melalui tu yang tahu.

Cukup kau percaya Tuhan tu ada. Dia tahu apa dia buat. Dia dah atur jalan untuk setiap ciptaan Dia. Tak perlu bersusah payah tambah dosa untuk berharap orang lain ditimpa musibah, berdoalah agar kau dilimpah rahmat. Bawak bawak sedekah Al-fatihah ke diri sendiri semoga terus bahagia hidup aman sejahtera. Nak berdoa untuk diri sendiri pun kekadang terlupa, ini kan pulak nak berdoa untuk orang lain. Kita ni pun belum tentu boleh sayang orang sampai kita mati. Jadi tak perlu untuk kita benci orang sampai dia mati.

Kalau sesuatu terjadi, sama ada baik atau buruk, anggap apa kita buat dah terbayar. Tak perlu rasa yang orang lain itu perlu jugak dibayar. Tuhan tahu keje dia. Kalau kita tak boleh nak doakan kebahagiaan orang, jangan pulak kita doakan kesengsaraan dia. Sebab bukan ke doa untuk kebahagiaan diri sendiri jauh lebih baik dari doa untuk sengsara orang lain?

Keep calm. Meet your fate. Entertain your faith. Find your will to carry on because whatever it is, the show must go on. Let’s rock the world!

Sunday, 10 August 2014

Unrealistic Love

“Come on. Realistic sikit please”

Cinta tu kan buta. Perasaan itu memang diturunkan satu dari sembilan puluh sembilan bahagian atas muka bumi tu dengan sifat tak realistic. Hanya perasaan tu sahaja yang real.

Beritahu aku berapa banyak manusia jadi bodoh atas dunia dek kerana cinta. Aku salah satunya. Dan kau tak terkecuali. Kita sama-sama pernah rasa duduk di tempat masing-masing. Jadi jangan cakap aku buta kalau kau jugak pernah tuli. Berhenti tanya kenapa nak jadi bodoh kalau kau sendiri pernah ada sikap bodoh. Setiap sebab yang aku beri tak jauh lari dengan alasan yang kau pernah bagi. Sayang. 

Panggil aku indenial, sikit tak bergerak. Sepanjang hidup kau merasa cinta, apa tak pernah sekali kau duduk dalam situasi cuba menafi yang sesuatu yang pasti? Berharap juga pada yang tak pasti?

Cinta tu tak cuma datang dalam bentuk yang membahagiakan. Dah dijanjikan Tuhan yang baik itu pasti punya sisi buruk. Sama ada kau, aku, mahupun perasaan yang tak dilihat itu. Kita semua pernah memperjudi hati demi rasa yang tak pasti sejauh mana akan kekal. Bermain cinta yang tak tahu sekuat mana. Membina sejuta harapan yang entah lama mana akan bertahan. Masih kita mahu berjalan atas takdir ciptaan kita yang entah membawa ke arah mana.

Setiap kali kita mempertaruh janji yang tak pasti, setiap kali jugak risiko menanti. Risiko yang kita tahu setiap satu daripadanya bakal membunuh. Aku telan setiap madu yang aku terima, aku hadam setiap racun yang aku dapat. Biasalah, pepatah omputih ada kata ‘if you can’t handle me at my worst, you don’t deserve me at my best’. Dengan rela hati kita terima apa ada nya.




Macam mana kita mencuba untuk pasak kaki atas dasar perasaan yang kita cuba jaga, macam tu jugak kuatnya kita diuji. Dan aku masih bertahan ditempat asal sedangkan kau sudah mengalah. Entah, mungkin ini yang orang kata cinta pelarian.

Orang kata masa dan ruang itu mampu mengubah segala. Kadang bila kau terlalu cinta, kau lupa untuk memberi sedikit jarak antara kau dan dia. Sedar dalam tidak, sama ada kau atau dia akan mati dalam pegangan erat yang kau dan dia genggam. Atau kadang ruang tanpa niat kau beri membuka pada jalan lain yang memakan diri sendiri. Entah kau yang silap langkah, atau dia yang salah langkah. Ah, setiap haluan ada hitam dan putihnya. Takpe, berilah ruang dan masa untuk dia kalau itu yang dia minta. Mungkin yang buruk boleh jadi baik. Siapa tahu?

Kalau lah semudah meniup angin lalu membiar segala macam rasa hilang, aku rela hidup seribu tahun lagi. Sebab sakitnya hari ini tak ubah seperti di seksa seribu tahun.

Sunday, 20 July 2014

Insecure. We all are.

Insecure. Penyakit yang semua orang ada tapi takde sorang pun nak mengaku. Well, kita semua kan ego?

Definisi insecure ni ada macam-macam. Dari segi relationship, bila kau rasa kedudukan kau dalam hubungan tergugat, semacam rasa tak selamat. Insecure ni jugak boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa, rasa dia akan cari lain atau dia kena sailang misalnya. 

Dalam hubungan, stage yang paling mudah untuk kau rasa insecure adalah early phase. Fasa baru nak kenal hati budi memasing, transition stage antara kawan dan lebih dari kawan. Sebab during this period, kau masih was was dan unsure kau dekat mana dengan dia. Everything in between, unclear. Grey area. Bukan sekadar kau tak tahu nak treat dia macam mana, in fact kau nak bawak diri kau dengan dia pun tak tahu cemana. 

Sama ada kau akan ter over react dengan situasi atau kau terlalu behave sampai you did less towards the relationship which is you supposed to give more. Kau partner dia kot! Tapi kekadang kau confused sama ada kau ada hak ke atas dia atau tak. Hak yang seorang partner tu patut ada. Hak ni subjektif, so untuk kata hak yang macam mana, define sendiri. 

Dalam transition stage ni, tak mustahil kau akan jadi terlalu insecure. Especially bila kau dengan dia jenis faham faham sendiri. Takde clear declaration macam bebudak sekolah buat. Kau kena pandai baca sendiri cara dia commit dengan kau. Salah baca akan membawa kepada salah anggap ye anak-anak. So be careful. 

Secara logiknya, tingkah laku dan rutin tu tak kan berubah serta merta. Kena bagi masa masing-masing sesuaikan diri dengan keadaan. Including character kau sesame sendiri. Masa jadi kawan dengan bila dah jadi partner tu mesti akan ada perbezaan. Dalam masa nak adapt, kau dan dia akan ada satu masa yang rasa confused untuk baca perangai dia. Dan soalan kenapa dia macam tu, kenapa dia macam ni akan menjadi favourite question. Semua persoalan jugak akan berbaur keraguan. Nah, kat situ kekadang kau boleh jadi insecure.

Orang kata masa mula bercinta semua manis. Semua pun okay. You’re wrong my dear. It can be bitter as hell. Trust me. Trust me.    

 Stage awal akan ada banyak dugaan yang datang entah dari mana. Boleh jadi punca dari external, atau internal which is korang sendiri. External factor boleh influence korang, tapi internal factor may ruin you. Why? Sebab kalau orang luar punya sebab, korang boleh handle kalau korang stabil. Tapi rasa insecure tu datang dari korang sendiri, sangat susah nak handle. Dan, sini lah mindset tu main peranan penting.

 Untuk overcome penyakit insecure ni, mindset kena stable dan kukuh. Macam mana nak betulkan mindset, korang kena clear everything pasal relationship kau dan dia. Sit down and talk. Convinced each other and make it clear. Bagitahu dia tu siapa dengan kau, macam mana kau rasa dekat dia, mana kau letak dia dekat sisi kau, everything. Sebab sedar tak sedar insecure tu datang dari rasa ragu.

 Rasa insecure ni memang akan datang secara berulang. Bukan kata kalau hubungan dah stable korang dah tak akan rasa insecure. No, korang akan rasa. Cuma rasa dan cara handle insecure tu je yang berbeza. Masalah datang bersilih ganti. Kita dan pasangan pun jumpa orang tak berhenti. Insecure pun entah macam mana datang sendiri.

Insecure boleh, tapi jangan sampai makan diri. Kita sama-sama rasa insecure. Jangan malu nak mengaku. Sebab kita sayang lah kita insecure nak hilang dia. Kalau tak, pergi lantaklah kan.

Thursday, 19 June 2014

You're My Happiness

Kalau ada yang masih ingat scene dalam drama slot Akasia, Jika Itu Takdirku,

"Saya sayang awak, tapi bahagia awak mungkin bukan bersama saya. Awak kejarlah, carilah 
bahagia yang awak mahu."

"Saya sayang awak jugak. Tapi awak kena janji dengan saya yang awak akan bahagia lepasni 
dengan orang yang awak sayang. Awak kena bahagia."

Mengelamun.

Tak tahu siapa yang kuat sebenarnya. Sama ada yang melepaskan atau yang dilepaskan.

Orang kata cinta tu tak semestinya memiliki walau rasa tu cukup utuh. Mungkinlah. Kadang kita
saling sayang, tapi entah kenapa macam ada yang tak kena. Tak tahu mana silapnya.

Mungkin sifat kau yang nampak keras, orang dengan secara tak sengajanya terlupa yang kau ni
manusia. Katanya kau ni serupa kerikil. Cukup kuat nak berdiri atas kaki sendiri. Teguh
menampung bahu mendongak ke langit.

Tapi dalam diam orang lupa yang kau ni jugak manusia, masih punya sisi lemah. Yang perlukan
bahu orang lain untuk dijadikan sandaran. Yang mahu orang untuk duduk dihadapan dan
pandang muka saat keresahan. Yang pinjamkan telinga untuk dengar setiap keluhan. Yang
jugak berharap ada tangan untuk digenggam.

Bila orang lupa, takpe. Pandanglah depan. Lepaslah nafas perlahan-lahan. Biar takde seorang
dengar hembusan nafas yang tersekat walau sedikit. Genggamlah tangan sekuat keringat.
Tunduk sebentar, hapuslah air mata. Usah dilihat orang.



Kalau kata cinta tu perlu pengorbanan, ini salah satunya. Tak sebesar mana, tapi perlu seluruh
kudrat untuk laksanakan. Syukur atas rasa cinta dan kekuatan kudrat anugerah Tuhan. Kuatnya
kudrat melepaskan dia yang kau cinta sama teguhnya dengan rasa cinta yang kau rasa.

Tengok scene tu dalam hati duk berketak bayangkan aku heroin dengan dialog,

"Saya tak janji saya akan bahagia. Tapi saya akan cukup bahagia kalau tengok awak bahagia. 
Sebab awaklah kebahagiaan saya. Awak je tak tahu."

Berpasir mata. Sebak bukan main. Bodoh apa lah scene ni kemain sedih.

'You are my happiness. But I have to' 

*Sikit lagi air mata nak jatuh*

Tersentak.

Apa kau membebel sengsorang ni? Maghrib-maghrib berangan anak dara ni! Pergi mandi cepat! Nanti terlepas waktu. 

Sambil bangun senyum-senyum, sempat bisik dalam hati,

Celaka feel kemain sampai terlepas. Nasiblah berangan, bukan betul-betul. Ingat dah real putus cinta tadi. Gila. Ni semua angkara setan kacau mood. Tulah, tengok lagi tv maghrib maghrib.

Wednesday, 22 January 2014

Had Cinta

“Aku tak boleh hidup tanpa dia”

Belum kemana dah tahu tak boleh.

Nak lupakan orang yang pernah kau sayang tu memang tak mudah. Susah. Tapi kalau tak cuba mana kau nak tahu.

Macam mana untuk kau jatuh sayang kat seseorang tu perlukan masa, macamtu jugak untuk lupakan dia, jugak perlukan masa. Bagi diri kau masa dan ruang.

Aku dulu pernah jugak ada dalam fasa macam nyawa tu kena tarik sama bila orang yang aku sayang pergi. Kalau saat tu kau tanya aku, Ya Tuhan, level jasad tanpa jiwa. Kosong. Setiap hari meratap pilu. Tak reti jemu. Macam mana seronoknya terbang tinggi masa bercinta sakan, macam tu jugak lah dia punya sakit terduduk kat tanah bila hilang orang yang kau sayang. Nak ubat hati tu dah macam takde penawar. Macam penghabis hayat dah. Esok nak mati.

Tapi aku lupa, masih ada remedi untuk sakit yang satu ni. Masa. Ruang.

Kalau harini kau kata kau tak kan penat merindu, tunggu lama sikit. Kalau harini kau tak kan berhenti mencinta dia, tunggu nanti. Kalau harini kau kata sayang kau pada dia tak kan pernah mati, tunggu kemudian hari.

Rindu tu akan pergi.
Cinta tu akan mati.
Sayang tu akan hilang.
Dengan izin Tuhan.

Kalau tak seminggu, mungkin sebulan, atau setahun, boleh jadi lagi lama. Takpe. Bagi masa kat diri sendiri. Masa kita untuk pulih mungkin berbeza. Sebab tahap perasaan kita pun tak sama. Tuhan tu pun tak kejam nak bagi kau rasa macam gampang untuk selamanya. Melainkan kau sendiri yang tak membenarkan dan terus membiarkan kau hidup dalam kancah penuh kesialan. Kalau harini sakit, esok akan pulih. Sabar.



Kau takkan tahu yang kau boleh hidup tanpa dia sampai lah kau duduk dalam situasi tu. Sama ada secara paksa atau rela. Semua berkaitan masa dan usaha. Ada seorang tua pernah cakap,

Jaga cinta dan sayang tu. Letak keutamaan cinta tu pada kedudukan yang sepatutnya. Mana yang dulu, mana yang kemudian. Jangan terlalu kejar yang atas tanah sampai lupa apa yang ada dekat atas sana. 

Sentap.

Manusia memang mudah lupa. Terutama soal cinta. Bahagia tu sangat melekakan. Sedih tu jugak melalaikan. Baik bahagia mahupun sedih, dua-dua boleh buat manusia hanyut dalam mainan perasaan. Bahagia sampai nampak syurga semata. Sedih sampai nak campak diri dalam neraka.

Meletakkan dia pada satu kedudukan istimewa tu mungkin betul, tapi meletakkan dia teratas seolah mengagungkan tu salah. Dia mungkin sebahagian dari kau, tapi dia bukan pemegang nafas, bukan pengalir darah, bukan penggerak jantung. Kau masih boleh hidup tanpa dia. Berhentilah rasa yang dia segalanya. Dia manusia, kau juga manusia. Dia masih punya keluarga, kau jugak punya keluarga yang mana itu sebenarnya jauh lebih penting untuk buat kau berdiri tegak atas muka bumi.

Jangan terlalu cintakan dia sehingga kau lupa untuk cintakan insan yang bawak kau ke atas dunia sampai kau mampu merasa cinta.
Jangan terlalu cintakan hamba-Nya sehingga kau lupa pada pencipta manusia yang kau sedang cinta.

Melepaskan cinta sesama tu takkan buat kau mati. Buktinya, berapa ramai manusia yang masih bernafas atas kurniaan oksigen dari Tuhan selepas hilang cinta yang dulunya dikata sebahagian dari nyawa. Salah seorangnya, aku.

Friday, 17 January 2014

Orang Tengah

Untuk menjadi yang tengah itu bukan satu benda yang mudah. Kalau tak teguh, kau boleh hanyut sama dalam emosi yang dicipta. Mental jugak kena kukuh, atau kau akan sama kalah dengan arus deras.

Tengah dalam kalangan yang bahagia tu mungkin agak mudah. Sebab paling kuat kau cuma perlu tadah telinga dan terus senyum untuk menyokong keadaan bahagia kedua belah pihak. Tokok tambah dengan senda gurau seenak rasa kasi dia lebih berbunga dan kerja kau siap. Tak perlu letak banyak tenaga untuk duduk di tengah. Orang dalam keadaan bahagia, usah dipeduli.

Tapi berdiri antara yang sedang bergolak itu, sukar. Kau perlu bersifat neutral dan berdiri atas garisan yang mana tak boleh lebih ke kiri atau ke kanan. Sama ada sempadan yang kau sendiri bina, atau kedua pihak yang buatkan. Lebih sukar, kalau yang kiri itu kawan, kanan jugak kawan.

 *Mengeluh*

Tenaga dan usaha tu memang kena letak lebih sikit, oh tak, banyak. Sebab untuk dengar daripada dua pihak yang sedang saling menyalahkan yang lain atau menyalahkan diri sendiri tu kau kena kuat. Kau kena berada dalam keadaan yang rasional dan adil. Jangan judge apa-apa setiap kali kedua-dua bersuara. Sebab once kau dah start judge, apa yang kau cakap kemudianya akan dipengaruh dengan apa yang kau dah fikir masa awal tadi. Bila kau dah terpengaruh, macam mana kau nak kekal neutral sedangkan kau dah berat sebelah?

Kau kena cakap kanan salah, kalau dia salah.
Kau kena cakap kiri salah, kalau memang dia yang salah.

Keadaan yang membabitkan emosi ni memang susah sikit nak handle. Kiri cakap macamni, kanan cakap macamtu. Apa yang diorang cakap, kau kena digest sebaik mungkin sebab bila diorang mintak pendapat kau, kau boleh bagi solution. Bukan tambah masalah.

Sebelum masuk fasa dipersalah, kau akan dicurigai terlebih dahulu. Yang mana keadaan ini adalah sangat biasa. Tak mustahil sebab dalam sedar atau tidak, kau rapat dengan kedua pihak. Untuk pihak yang sama jantina denga kau haruslah rasa tak selamat. Kedudukan seakan goyah. Rasa tercabar. Asalnya kau bukan saingan, kini dianggap saingan sengit. Bila dalam hal ni, aku sarankan kau tenang dan terus steady. Sebab macam aku cakap awal tadi, keadaan tengah tegang. Benda yang wujud serba tak kena.

Satu benda lain yang kau kena tahu adalah kadang-kadang secara tak disengajakan, kau akan dipersalah untuk sesetengah keadaan. Lagi sekali, biasalah. Dalam hal macam ni, apa kau buat pun akan nampak serba tak kena. Kau step in dalam masalah orang, so kau jangan ingat kau akan terlepas dari masalah. Har har har. Walau seribu kali cakap pun apa tujuan dan niat asal kau, still akan kena blame.

 Aku nak cakap kau ni, takpe. Takpe. Take a chill pill.



Kalau kau pesen tak kental, aku sarankan kau jauhkan diri dari menjadi orang tengah. Kalau ada pengalaman, takpe, proceed. Sebab selain possibility untuk dipersalahkan orang yang terlibat dalam hubungan, kau jugak akan terima persepsi buruk dari orang luar. Kenapa? Kalau orang luar tengok hubungan tu bermasalah, kau duduk tengah, kau ingat orang nak percaya kau tukang nak jadi crying shoulder atau mulia sikit nak jernihkan keadaan? Orang akan kata kau nak ambik kesempatan. Apa orang Melayu kata tu, menangguk di air yang keruh. Padahal orang luar tak tahu ni apa masalah akar umbi dalam circle tu. Kalau tak kena gaya, nama kau pulak naik dari bibir ke bibir sebab jadi orang ketiga. Hah!

Bila jadi orang tengah, of course kau dapat cerita keseluruhan. Dan walau keadaan keliling seolah mendesak kau untuk bukak mulut mempertahankan kedudukan kau, aku ingatkan kau lagi sekali, jangan. Cerita yang kau terima, biar simpan kat situ. Apa orang lain yang luar dari circle tu nak fikir pasal kau, persetankan je. Biar orang luar tahu dari orang lain secara sendiri. Kredibiliti kau perlu dijaga. Seronok jugak kekadang bila tengok orang luar telan balik apa diorang kata pasal kau sebab salah. Kakaka.

So, amacam. Ready tak, ready tak? Amaran keras dari saya yang berpengalaman sebanyak beberapa kali dan selalu di black list oleh para gadis serta menerima cacian dari rakyat marhaen keliling dek tak tahu hal sebenar, jangan libatkan diri dalam industri ni kalau tak kental. Chow!

Sunday, 8 December 2013

Aku Bahagia Kalau Kau Bahagia

‘Saya bahagia kalau awak bahagia walau bukan bersama saya’

Bullshit.

Awak, saya nak tanya awak. Macam mana awak kata awak bahagia kalau ‘kebahagiaan’ awak tu tak bersama awak?

Kau sayang dia setengah mati. Bila orang tanya tahap berapa sayang tu pun kau tak boleh nak letak. Aku tak pelik sebab aku pun kadang-kadang macam tu. Tak reti nak gambarkan macam mana. Secara logiknya, perasaan tu memang satu elemen yang tak boleh nak define dengan mudah. Menggunakan angka sebagai ukuran bukan satu benda yang relevan.

Tapi cara yang mudah untuk bagi gambaran mana tingginya sayang kau dekat dia tu melalui perbuatan atau tingkah laku. Orang kata bila dah sayang, kita sanggup buat apa saja. Korban selagi ada, bagi selagi boleh, ikut selagi mahu, tolong selagi daya. Takde sebab lain. Satu-satunya kau buat atas tiket sayang. Walau kau penat lelah, tapi semua tak penting. Keutamaan kau bukan lagi diri kau sendiri. Tapi dia. Perkara lain jatuh selepas dia dalam senarai kepentingan yang kau cipta. Asal dia senyum, kau dah cukup gembira. Walau kau perlu lap keringat belakang dia. Walau kau perlu tahan air mata selepas tu.

Takpe. Sayang punya pasal.

Aku faham bila semua yang kau buat tu atas dasar sayang. Cuma aku tak boleh terima konsep konon kau bahagia walau dia tengah bahagia dengan orang lain.

*Mengeluh*

Kalau kau kata kau masih mampu senyum tu bahagia, meh sini aku tapak dahi kau. Itu bukan bahagia. Itu pura-pura bahagia. Hakikatnya kau masih menangis dan derita dekat belakang. Hanya kerana kau tak nak dia tahu letak duduknya keadaan kau, kau terpaksa nampak kuat.

Kau mungkin keliru dengan kata-kata kau bahagia kalau dia bahagia. Bahagia yang macam mana. Bila kau dah buat segalanya untuk dia, tolong dia itu ini, serah apa saje selagi tak menyerahkan yang tak sepatutnya sebelum sampai masa untuk dia happy, yes, kau pun boleh happy. Tapi bukan sampai ke tahap dia bersama dan berkasih sayang orang lain. No. Oh, come on. Macam mana kau boleh okay dan cool tengok dia berpimpin tangan orang lain sedangkan jiwa kau ada pada dia.

"Sacrifice is one of the purest and most selfless ways to love someone"

‘Aku ihlas cintakan dia. Kalau bahagia dia bukan bersama aku, aku rela.’

Kau mungkin tak sedar yang kau hanya betul-betul bahagia kalau dia bahagia walau tak bersama kau saat kau dah mula lepaskan dan sayang kau terhadap dia mula terhakis. Jangan tipu diri sendiri. Mustahil selama perasaan sayang tu masih ada, kau tak berharap untuk dia terus bersama kau. Kalau perlu dia lepaskan orang lain, kau seolah akan berdoa dia buta pada sekeliling.

Jangan kata rela kalau hati merana, sayang.

Kawan aku pernah kata,

Kau bahagia bila kau rasa bahagia. Bukan dengan tengok dia bahagia. Dalam soal cinta, kau buat baik tapi taknak dia tahu tu tak wujud. Tanya diri sendiri kenapa kau buat baik dengan dia.

*Tarik nafas, hembus*

Ada benarnya dalam cakap dia.

Kadang-kadang, dalam cinta, satu sisi yang ramai orang tak sedar, yang kau tahu dan mahu lakukan cuma memberi, bukan lagi menerima. Mungkin kau rasa menerima bukan lagi satu benda yang kau perlu. Atau kau penat menunggu sehingga tak lalu. Cukuplah.

Kau bahagia bila kau rasa bahagia. Mungkin ini buat aku bahagia walau sekejap cuma, dan dia akan terus bahagia.

Sunday, 17 November 2013

Mohon berhenti.

Tarik nafas. Senyum.

' Awak tak perlu explain apa-apa. Tak perlu. Saya dah tahu apa awak nak cakap dan saya okay. Lagi satu, awak tak perlu jaga hati saya sebab acah-acah rasa bersalah sebab saya tahu macam mana nak jaga hati saya sendiri. Sekurangnya kalau saya sakit, saya sendiri.' 


'Awak ni ego.'

Kalau benda tu tak kan berubah, kau rasa benda tu berbaloi untuk diluah? Mungkin soal ego. Tapi ada isu lebih besar. Keadaan selepas itu. Lepas apa kau cakap, kau fikir semua benda boleh patah balik pada titik asal? Kalau tak, teruskan simpan. Biar pendam. Untuk kebaikan kau dan jugak dia. Selagi benda tu tak berganjak apa, aku anggap ia tak penting. Walau kau tahu dan dia tahu, biar dia kekal tak dilisankan. Bak pepatah omputih 'some stories should remain untold'.

Tak semua benda perlu penjelasan. Terutama hal yang kau dah tahu apa disebalik yang berlaku. Kekadang kau cuma nak dia tahu apa kau rasa, apa kau fikir. Atau kau beritahu atas dasar permintaan dia. Nampak macam berat sebelah seolah kau sahaja punya peluang untuk bersuara, sedangkan dia tidak. Bukan. Kalau kau tahu apa yang bakal diucap, apa kau masih mahu dengar secara lisan? Terfikir pun hati dah serupa dicarik. Bayangkan kalau kau dengar sepatah-sepatah keluar dari mulut dia. Jangan cakap dengan aku kalau perasaan kau tak goyah.

Semakin banyak dia perjelas keadaan, semakin banyak alasan dicipta. Sehingga satu tahap aku tak tahu mana yang tulen, mana palsu. Bimbang aku sangkut pada kata-kata nista dari yang benar. Lumrah manusia, yang dusta tu kadang lebih membahagiakan.




'Awak, saya mohon awak berhenti layan saya baik. Awak jangan risau. Saya tak perlu semua tu. Saya dah cukup kuat untuk berdiri sendiri'.

'Awak bukan kuat, tapi awak ego'

Aku tak harap dilayan baik kalau itu bukan dari ikhlas hati dia. Betul, dia kata layanan baik tu bukan atas sebab simpati. Tapi sebab yang dia sendiri dah ungkap, cuma aku nafikan. Seolah menolak hak dia. Aku tak tahu. Mungkin aku merasakan dia cuma bersimpati. Dia lupa yang aku benci simpati. Lagi musnah yang didalam, makin terbang aku tinggi bila depan manusia yang cuba bawak aku ke bawah. Panggil aku ego atau bodoh. Sikit aku tak berganjak.

Tak semua orang boleh buat pusingan tiga ratus enam puluh darjah bila orang yang sepatut dipujuk berdiri di kawasan memujuk. Hati sendiri pun tak terpujuk, tapi tunjuk lagak pergi tenangkan orang lain. Sebab nampak kalah tu satu hal yang selagi boleh aku elakkan.

Sebab tu, aku rela angkat kaki walau aku tahu akan terus dicari, biar aku jauh tak dilihat sampai hati mati.

'Mungkin betul kata awak, saya ni ego'

'Takpe, ego tu lah yang buat saya jatuh sayang'

Walau hakikatnya, awak tak tahu. Saya ego semata untuk kebaikan awak.

Friday, 5 July 2013

Jangan lari, hadap.

Kalau kau rasa dengan dapat lupakan orang dengan cara larikan diri dari orang yang buat kau sakit tu satu kejayaan, kau silap. Sebab berjaya berhadapan dengan orang yang buat kau rabak tu jauh lagi besar tahap menang dia.

Kau ingat senang nak hadap muka yang buat reaksi macam takde apa-apa sedangkan dia buat kau sakit hati tu tak tahu nak cakap macam mana. Nak nak yang jenis kejam serupa nazi. Semalam baru lepas buat kau rabak harini dia datang dekat kau sengih sengih macam baru jumpa harta karun. Rasa macam nak terajang muka dia pun ada time tu. Kalau kau tak betul betul kuat, mau meleleh dah kau kat depan dia. Tapi sebab kau kena berlagak steady dan cool, so kau pun buat macam takde apa.

Sebenarnya tu lagi baik dari kau lari tak nak jumpa dia. Tak nak cakap dengan dia. Tak nak contact dengan dia. Atas alasan kau tak boleh tengok muka dia. Kalau dengan cara tu kau cakap kau dah berjaya bangkit dari kekalahan, kau silap. Terang terang kau masih tertakluk bawah bayang bayang dia.

Eh, ye lah. Kalau kau betul betul dah move on, jadah apa kau still tak boleh tengok muka dia? Nampak sangat kau tergugat takut jatuh hati balik. Pesen senang kalah. Haritu sikit punya meroyan, tapi still tak boleh jumpa dia, sakit hati tak hilang lagi katanya. Sakit hati ke sebab kau ada hati lagi kat dia. Mulut cakap dah move on, tapi hati duk terkenang kisah silam. Sudah lah. Dia elok tegak depan kau buat muka bahagia, kau tak habis dengan muka taik. Tak rasa malu ke bila tunjuk sisi lemah kau ke dia.

Memang tak mudah nak berhadapan dengan dia. Nak nak baru lagi kan. Kalau hati tu boleh nampak, luka pun tak kering lagi. Tak payah tengok muka, dengar suara pun dah sakit hati. Marah tapi nak nangis. Kan? Macam bodoh.  Tapi sampai bila pun kau nak macam tu. Kau pernah dengar ayat,

Lagi jauh aku lari, lagi cuba aku lupakan dia, lagi dekat dia datang, lagi asyik aku teringat dekat dia. 

Aku bukan angkuh, tapi aku tak pernah larikan diri dari orang yang buat aku rabak. Bukan lah tak pernah langsung. Maksud aku paling teruk pun aku berselisih bahu dan aku tunduk. Kalau dia tegur, aku balas, kalau dia lalu buat bodoh, aku pun jalan buat bodoh. Settle. Tapi aku rasa tu tahap boleh dibanggakan lah sebab ada sesetengah orang langsung tak boleh. Dengar bunyi tapak kaki, bau dia sekali lalu pun boleh boleh mengundang air mata. Parah.



Bagi aku bila kau face up dengan manusia yang buat kau melalui fasa sakit dalaman ni menunjukkan kau memang super power. Of course lah sebab tak semua orang boleh  buat kot. Kau tak rasa ke macam best bila dia buat atau cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau semalam. harini kau jumpa dia kau boleh senyum dan gelak ketawa dengan orang lain serupa takde apa. Bravo. Silap haribulan, dia balik yang rasa tergugat sebab tengok kau tak terjejas dek angkara dia.

Jangan tunjuk yang kau lemah depan dia. Macam mana sakit pun kau hadam sengsorang. Kalau perlu, cerita dengan someone, go ahead. Cerita. Tapi bila sampai depan dia, hadap. Control diri kau sebaik mungkin. Selagi kau boleh sorok rabak kau tu, kau sorok. Kalau nak melalak pun tunggu sampai rumah, masuk bilik, cari bantal, tekup muka. Jangan meroyan campak campak barang pulak. Mengamuk pulak mak kau nanti.

Cara ni bagi aku one of the best cure lah. Harini kau tengok muka dia sakit level sembilan puluh lima. Esok tengok muka dia sakit tu dah turun level tujuk puluh. Lusa turun lagi level lima puluh lima. Everyday kau akan get used and slowly kau jadi okay. Bukan lah aku pergi suruh kau jumpa dia hari hari. Itu contoh. Jangan jadi bebal kau pergi cari dia tak tentu pasal. In case kalau terjumpa atau memang kau perlu deal dengan dia hari-hari. Tak perlu nak larikan diri kalau terserempak. Kalau kena kat aku tu memang aku gelak je. Perangai serupa budak belum sunat.

Kau boleh meroyan, lepastu cari jalan. Kau boleh sepuas hati menjerit, tapi terus bangkit. Kau boleh sakit hati, cuma mohon cepat berhenti. Apa kau perlu buat, tarik nafas, dan dia kau lepas.

Kekadang, kita memang kena telan dan hadap benda yang buat kita sakit. Bukan sebab takde pilihan, tapi sebab dari pahit tu lah kita akan lepas dari perit dan kuat untuk bangkit. Orang kata, alah bisa tegal biasa.

.......................................

"Sampai sekarang aku still tak boleh jumpa ex aku sebab rasanya kalau aku jumpa, confirm aku menangis. Tak boleh." - seorang wanita yang telah pun berkahwin.

Ini nama dia ikut hati tak lama lagi kau mati dekat tangan laki. 

Monday, 10 June 2013

Galau

Ikut hati mati
Ikut rasa binasa

Tapi aku tak ikut hati, tapi aku dah pun mati. Aku tak ikut rasa, tapi tetap jugak binasa.

Orang kata jangan mudah percaya dan beri sayang tu sewenangnya. Jangan terlalu murah dengan sayang sebab kelak makan diri. Habis kau fikir aku tabur sayang aku mengikut angin lalu? Biar terbang rawak. Bertebaran lah sejauh mana dia mampu. Rebahlah pada yang dia mahu. Sayang itu aku jaga, aku bendung biar tak pergi ke orang yang tak selayaknya. Aku tahu. Tapi mungkin aku silap sebab aku tak jaga hati aku sebetulnya. Hati yang timbulkan rasa sayang. Sayang aku ikat tahan, tapi hati aku lepas bebas.

Jangan bagi ruang untuk hati disakiti. Tapi mana kau tahu hati kau akan sakit kalau kau sedang kecap bahagia. Sayang baru berputik, semua nampak indah. Yang buruk pun dikata elok. Kau kata itu buta tuli, pergi mati sana sebab kau mungkin tak pernah rasa nikmat cinta sampai kau jadi bodoh. Akal boleh realistik tapi hati tak kan pernah boleh waras. Dalam berjaga kau tergelincir. Tenggelam dalam nikmat perasaan sampai lupa kemungkinan yang menanti dihadapan.

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Sakit. Memang sakit. Sakit yang tak boleh nak diungkap.

Menangis selagi kau boleh. Benam hati kau sedalam yang kau mahu. Layan remuk redam selagi kau mampu.



Aku mahu kau tahu, ini bukan salah kau sayang. Kau tak bodoh. Menyerahkan hati pada yang dia yang masih kelabu tu bukan satu kesalahan. Lumrah manusia. Tapi dia. Dia tak pandai menghargai kau. Penglihatannya masih liar. Hati nya masih besar. Nafsunya masih kasar. Otaknya masih dumpu. Dia juga seperti kau. Insan biasa yang buta bila dihidangkan dengan rahmat kasih. Biarkan. Beri dia peluang. Lepaskan dia melangkah sejauh mana dia mahu. Tengok destinasi mana mahu dia berhenti. Sebab kau perlu tahu mana letak duduknya kau dan dia.

Dan kau cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah kau. Dan alihkan jari kau dari terus menuding pada dia. Tak perlu terlalu mencari di mana silap. Abaikan mahkluk keliling dan pelbagai cakap kerana mereka tak tahu apa sebenarnya yang wujud antara kau dan dia. Dan rahsia itu biar terus kekal disitu. Simpan. Kerana banyak mana pun yang kau ungkap, setulus mana kau luah, ia masih tak sama apa yang di dalam.

Saat dia terjatuh sebagaimana dia lakukan pada engkau, baru dia tahu apa itu dunia. Dia akan sedar, hati tu bukan sekadar untuk bahagia. Derita sentiasa menanti untuk mengambil tempat. Ada sisi lain selain putih. 

Sudah, kesat air mata. Lalui hari kau seperti masih punya pelangi. Bertenang. Teruskan hidup dan bersedia. Lihat ke mana takdir akan membawa kau. 

Monday, 3 June 2013

Sakit Serupa Bodoh

Ni kalau dapat jumpa depan mata memang sedap. Teringin aku nak tengok siapa perempuan tu.

Monolog seorang perempuan pada suatu petang yang cuacanya boleh tahan panas. Namun bahang dek cuaca diluar tak boleh menandingi suhu yang boleh tahan tinggi dekat dalam hati.

Kemain lagak doa mintak terserempak depan mata. Mesti seronok katanya. Macam drama. Hiks. Mungkin kerana marah, dia mintak yang tak sepatutnya.

Kau jangan mintak yang bukan bukan. Kang dah nampak kau tak lalu nak hadap. 

Kata rakan kepada perempuan tersebut. Nasihat yang bagus, tapi si perempuan pesen tak makan saman. 

Chill lah. Takdenya aku nak terajang dia time tu. Come on. Baru fun. Haha.

Masih angkuh dan lupa diri. Ego masih besar. Tak sedar yang tanah masih ada dibawah. Menunggu untuk menerima dia terjatuh. Atau mungkin tersungkur.

Pap, Tuhan makbulkan doa. Kuasa Dia. Kau mintak ye, naahhhh. Rezeki kau. Bukan senang tau hajat nak dipenuhi. Bersyukurlah sebab kau terpilih.



Eh, itu bukan kereta dia? Siapa yang turun dari kereta tu? 

Dari tenang menjadi resah. Mata tak lepas pandang. Hati mula gundah. Otak sudah ligat. Badan menggigil.

Ini lah masa yang dia tunggu selama ni. 

Istighfar. Ah, still tak jalan. Tarik nafas. Hembus. Dia masih sabar. Masih waras. Masih teguh. Sekurangnya saat itu.

Mungkin dia fikir dia cukup kuat nak hadap adegan keramat tu. Tapi dia lupa yang hati dia rapuh. Sekuat mana dia tahan, kuat lagi hati dia terganggu. Besar mana ego dia, besar lagi perasaan kecewa dia dek hal tersebut.

Tahan. Tahan. Tahan.

Menangis.

Kan dah kalah.

Ada benda yang kau patut tahu, dan ada benda yang kau tak patut tahu. Selagi kau belum bersedia untuk hadapi kebenaran yang menyakitkan, ambik lah peluang nikmati penipuan yang menyenangkan. 

Dan hati, tetaplah kau disitu dan terus teguh. 

Monday, 27 May 2013

Show Off


*Satu hari dalam keadaan matahari mencacak atas kepala lepas penat keluar masuk bank selesaikan urusan kerja, duduk dalam kereta untuk ambik nafas, ternampak satu couple berjalan berpeleseran dengan gaya yang nampak sangat bahagia*

Aku toleh kanan dam memandang  kepada orang yang sedang duduk di kerusi pemandu. Dia pulak pandang aku dengan muka tak faham.

Aku : Suka macam tu?
Dia : Entah. 
Aku : Kenapa entah?
Dia : *senyum pandang aku*
Aku : Kenapa senyum. Jawablah.
Dia : Siapa tak suka kena kepit. Tapi personally, tak suka macam tu. Show off gila.
Aku : Eleh, ye lettew.
Dia : Betullah *pukul bahu aku*

Pasangan show off. Mungkin sesuai lah kot tajuk yang aku bagi tu. Mesti engkorang kata aku jeles tak dapat camtu, tu yang meroyan up entry cenggini. Kesah pulak aku kan kau nak cakap apa.

Show off atau dalam erti kata lain suka menunjuk. Definisi menunjuk ni mungkin berbeza setiap orang. Ada yang anggap bila kau upload gambar lunch date dekat McD sambil minum Coke tu,menunjuk. Ada yang rasa bila kau berpeleseran manja dekat timeline twitter dengan pasangan kau tu, show off. Ada yang kata up entry pasal pakwe beli kan handbag baru pun nak mencapub. Blergh. Ada saje yang tak kena. 

Orang tua selalu cakap,

Macam mana kau tengok dia canang yang dia tu bahagia, macam tu jugak lah nanti dia bergaduh. Kecoh sekampung.

Tergelak jugak lah aku bila first time aku dengar ayat ni. Tapi ada betulnya jugak lah kekadang. Kalau biasa kau tengok diorang berkeliaran kat timeline, tetiba senyap takde ayat manis tu kau faham sendiri lah. Tetiba kang tweet bengang, tak pun sedih. Itu ada ampun lagi. Bantai yang keluar maki hamun. Semua pekung keluar. Dari dulu semanis madu, sekarang sepahit hempedu punya cerita keluar. Tengah bergolak lah tu gamaknya. Tunggu masa nak angkat senjata je.

Memang ada yang pesen suka lovey dovey dekat timeline, facebook semua. Kemain baby honey intan payung semua keluar. Sayang nau dekat pasangan. Semua orang duk tahu dia tengah bahagia. Sampai ada yang tweet or comment jeles ke dia sebab ada perfect relationship katanya. Tak ketinggalan jugak yang puji sebab sweet sangat dan beruntung dapat bf or gf cenggitu. Lepastu siap wish dapat marka dan relationship till jannah macam pasangan ni.

K.



Tak salah pun kalau nak bermanja dekat public. Serius tak salah. Itu hak kau. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Macam mana pun, apa pun yang kau buat ada je benda yang tak kena. Entah dengki, entah jeles. Cakap je lah kan. Tapi tu lah, nak cakap pun, kekadang kau pun over sangat. Bukan ke besederhana tu lebih baik. Simpan sendiri sudah. Macam kawan aku pernah cakap,

Aku tak suka nak show off. Biar orang tak tahu aku dengan siapa. At least orang tak kenal dan tak nampak siapa pasangan aku. Kalau tetiba jodoh tak panjang pun tak lah malu dengan orang keliling. Dan takdelah nampak aku ni jahat kalau tukar tukar pasangan pun sebab orang tak tahu! Haha.

Kau memang win doh. Kau win.

Mak aku selalu pesan jangan nak post sangat gambar dekat laman sosial. Nak ambik gambar banyak mana pun lantak lah. Simpan sendiri cukup. Kekadang macam kolot jugak mak aku ni sebab sekarang memang zaman orang share gambar apa. Tapi bila fikir balik, ada baiknya lah apa yang mak aku suruh buat. Cuma kekadang kita ni tergelincir jugak. Ter upload barang satu dua gambar ye dak. Kehkeh.

Ye lah macam ada sesetengah pasangan yang memang suka share gambar or lovey dovey in public. Aku tak kisah. Bila sikit-sikit aku suka lah tengok. Tapi bila banyak sangat kau sendiri faham. Sampai satu tahap aku rasa diorang memang confirm kahwin. Ikut hukum pun dah jatuh wajib kahwin tu. Tak payah cite banyak. Rasanya kalau bagi tok kadi, time tu jugak dia henjut tangan. Tapi tu lah orang kata, jodoh kita tak tahu. Tetiba putus. Tak ke rasa macam, err. Bukan korang memang tahap cinta mati ke? Kalau orang keliling pesen tak jahat mulut takpe. Dapat yang kaki padankan muka orang. Masuk muka dalam kain lah cerita dia.

Bila share gambar dan sesekali being sweet in public tu okay je. Nampak yang korang appreciate partner korang. Jujur dengan hubungan sebab korang tak sorok siapa partner korang. Cuma kekerapan tu yang kekadang orang pertikaikan. Tapi bila tak tunjuk pasangan kat public tu tak bermakna korang tak jujur dengan hubungan korang, tak yakin dengan hubungan tu. Tapi lebih kepada nak stay low profile. Kekadang bila kau simpan sikit atau dalam kata lain jadi mahal sikit tu bagus tau. Buat orang tertanya-tanya siapa pasangan kau. Bila kahwin pun orang teruja je tunggu nak tengok. Kalau dah semua kau tunjuk, orang dah tahu. Bukan lah tak teruja, tapi perasaan nak tahu dah berkurang.

Tapi macam mana pun terpulang dekat hak masing-masing. Pekak kan telinga buat je hal kita. Orang nak cakap apa pun lantak lah. Kang kalau ikut cakap orang keliling pun susah jugak. Kau biar je. Penat nanti berhentilah diorang tu. Habis cerita.

Monday, 13 May 2013

Tolak Ansur


Dalam hubungan ni orang kata kena bertolak ansur. Kekadang kita memberi, kekadang kita menerima. Tak boleh sentiasa memberi dan sentiasa nak menerima. Tak adil namanya tu. Sebelah pihak sikit punya nak pecah kepala asyik nak memberi, satu lagi pihak sikit punya sedap goyang kaki sentiasa nak menerima.

Tolak ansur ni luas. Dari segi masa, tenaga, duit atau perasaan kau sendiri. Penting sebenarnya cari pasangan yang boleh bertolak ansur ni. Sebab bila tak boleh bertolak ansur, maksudnya dia pentingkan diri sendiri. Tak ke susah namanya tu. Sekarang mungkin kau boleh layan perangai dia, ikut rentak dia. Akan datang kau tak tahu. Kalau kata kau tak kisah sebab kau boleh mengalah, fine. Tapi sampai bila pun kau larat nak mengalah. Tanya diri sendiri.

Aku pernah je jumpa pasangan yang salah sorangnya tak boleh tolerate. Yang sorang selalu mengeluh, yang sorang sentiasa bahagia macam ada dekat alam fantasi. Orang luar tengok macam bahagia je pasangan ni. Padahal orang tak tahu keluh kesah yang nak kena mengalah tak sudah tu. Mengeluh tu tak semestinya tak ikhlas sayang ke pasangan dia, tapi kau kena faham. Manusia kan. Sesekali nak memberi, sesekali nak menerima. Kekadang nak dimanjakan, kekadang nak memanjakan. Err, macam euww pulak aku rasa ayat tu.



Bagi aku, benda paling senang kau nak tengok orang tu boleh tolerate ke tak adalah duit. Orang kata bab duit ni jangan dibuat main. Boleh bergaduh, boleh berbunuh, putus sedara, putus kawan. Nampak tak betapa pentingnya duit tu kat manusia. So, kau boleh tengok orang tu boleh tolerate atau tak untuk sesuatu yang penting macam duit. Bunyi agak materialistik, tapi itu hakikat dia.

Mostly benda ni isu dekat perempuan. Sebab kebanyakan perempuan akan fikir lelaki kena tanggung semua benda. Kau lelaki, kau lah bayar. Gentleman sikit lah bro. Senang kata setiap kali pergi dating, lelaki kena keluar duit dan dia si perempuan hanya perlu keluar air liur. Untung jadi perempuan ye dak. Padan muka lelaki. Siapa suruh jadi lelaki. Eh.

Aku nak tanya, sepuluh kali kau pergi dating, berapa kali kau bayar dan berapa kali dia bayar? Tak payah cerita pasal expenses minyak dan tol lah. Leceh sangat nak cerita yang tu. Cukup sekadar makan dan tiket wayang. Okay lah, kalau kata bf kau banyak duit so apa ada hal setakat bayar makan dengan belanja movie. Dia pun tak pernah mintak kau bayar apa-apa. Well, baguslah kalau pasangan kau kaya banyak duit dan bersikap gentleman. Tapi tak salah pun rasanya kalau kau sesekali keluar duit bila pergi dating walaupun kau tu perempuan dan pasangan kau kaya dan tak mintak duit kau. Macam mana gentleman sekali pun mamat tu, kalau sesekali kau keluar duit untuk diorang, aku bet diorang appreciate korang atas apa yang korang buat tu.

Kalau kata dari segi tenaga dan masa ni mungkin berkait rapat. Kekadang kita rasa benda ni kecik sebab tak nampak secara langsung. Tapi percaya cakap aku yang benda ni dalam diam main peranan jugak. Contoh pasangan kau tu busy nauzubillah orangnya sampai kekadang nak jumpa kau pun tak sempat. Makan pun tak tentu masa. Tak salah rasanya kau tolong masak dan hantar ke dia. Atau tolong dia buat kerja dia. Dari kau memekak tak tentu hala merungut dia sibuk kerja sampai tak hirau kau. Better kau pulak mengalah datang dekat dia. Cari inisiatif. Kalau dia kekadang boleh korban kan rasa penat datang jumpa kau sebab tak nak kau merajuk, tak kan kau sesekali tak boleh korban rasa geram dengan mengalah dekat dia.

Tolak ansur dalam perasaan ni pun satu hal jugak. Pasangan kau pesen kerja banyak bergaul dengan jantina berlawanan dengan dia. Itu tuntutan kerja dia. Tak boleh nak elak. Kau kena berkorban dan tolerate sikit dengan faham keadaan kerja dia tu macam mana. Jangan lah nak melenting tak memasal, cemburu tak sudah. Tak kan hari-hari nak gaduh sebab isu yang sama. Sesekali boleh kau suarakan yang kau tak suka sesuatu yang berkaitan kerja dia. Selebihnya kau simpan. Tak perlu bebankan dia dengan hal remeh cemburu yang tak kan pernah habis tu. Asal dia pandai jaga diri, jaga kau, jaga hubungan korang, settle.

Tapi nak cari orang yang boleh tolerate dengan kita tu bukan senang. Serius bukan senang. Kalau nasib kau baik, kau dapatlah. Kalau tak, makan hati lah kau ye dak. Kehkeh.

Tuesday, 23 April 2013

Kuasa Jodoh


Kalau kau dah tahu dia ada gf, kenapa kau nak kawan dengan dia lagi?

Sepotong ayat yang bikin hati aku sentap. Sekejap lah. Aku terkedu untuk beberapa detik untuk cari jawapan. Tapi aku tak jumpa jawapan untuk soalan tu. Saat tu aku terasa seperti disimbah air ke muka sampai lencun, tapi aku tak jumpa sebarang benda yang boleh keringkan muka aku. Faham kan?

Tarik nafas, hembus. Ligat jugak otak aku berputar nak jawab apa.

'Mungkin kau belum pernah berkawan rapat dengan orang yang dah berpunya sebab tu kau tanya orang soalan macamtu. Kalau kau pernah dalam keadaan macamni, orang bet kau tak kan tanya macamtu'

Konon nak bagi jawapan tricky. Tapi haram.

Lelah kena tembak dengan soalan maut tu, aku duduk diam sendiri dan berfikir. Ulang tanya soalan tadi ke diri sendiri. Masih tak jumpa jawapan.

Tapi bila fikir balik, nama pun kawan kan. Asalnya memang kawan lah pun cerita dia. Kalau kau bercinta pun mesti kau kawan dulu dengan pasangan kau tu. Ke kau memang pesen main redah hantar rombongan? Lantak kau lah.



Dia sebenarnya tak salah kawan dengan orang yang dah berpunya ni. Tapi kau kena tahu situasi dan tujuan sebenar kau dengan dia. Sebab bagi aku situasi dia ada dua. Sama ada kau memang nak berkawan dengan dia sahaja, atau kau ada niat nak flirt dengan dia. Naahhh. Nampak macam berbeza keadaan tu tapi hakikatnya penghujung dia tetap sama.

Kalau kau memang nak kawan je mungkin takde masalah kalau tengok secara kasar. Nak kawan kan. Tapi kau jangan lupa yang lelaki dengan perempuan tu kan tak boleh kawan baik. Tak kira lah apa pun status kau dan status dia. Mula-mula memang kawan, tapi satu hari benda tu tak mustahil langsung akan berubah kepada lebih dari kawan. Sedangkan orang yang kau tengok dari jauh pun kau dah boleh suka sampai jadikan crush, inikan pulak yang memang kau rapat. Sikit-sikit mencari, sikit-sikit dicari. Tak mustahil benda tu akan pergi ke tahap seterusnya. Dan yang kedua tu tak payah cerita banyak. Terang lagi bersuluh.

Macam aku sendiri kekadang bila dengar mamat ni dah ada gf or someone yang dia close, aku akan back off sebab tak nak amik risiko kecewa dikemudian hari. Orang kata tak baik kan kacau daun. Tapi benda macam ni susah nak control. Kadang kau tak sengaja, kadang kau memang sengaja.

Cuma ada satu ayat sorang tua bagi ke aku. Dia cukup confident bila cakap benda ni ke aku setiap kali aku cakap aku tak nak fight untuk someone atas alasan orang tu dah ada yang punya. Dia kata,

Pergi lantaklah dia dengan gf dia. Awak, awaklah. Dia belum tentu lagi kahwin dengan gf dia. Awak kawan je lah macam biasa. Kalau dia jatuh hati kat awak itu bukan salah awak.

Kau tak rasa ke itu macam merampas?

Nampak je perkataan merampas tu confirm korang semua melenting kan. Kerja nak menyalahkan si perampas je. Lepastu harap hukum karma dekat orang yang kau kata si perampas.

Bila aku kata keadaan tu macam merampas dan aku bukan orang yang macam tu, orang yang lebih tua tu ada alasan dia sendiri. Katanya,

Ini soal jodoh. Takde istilah rampas merampas. Kalau dia bukan jodoh awak, macam mana awak cuba ambik hati dia dan rampas dia dari gf dia pun, awak tak kan kahwin dengan dia. Tapi kalau dia memang jodoh awak, awak kawan biasa dengan dia pun dia tetap akan kahwin dengan awak. Soal jodoh ni bukan isu jatuh cinta atau tak. Orang yang tak pernah bercinta pun boleh kahwin. Jadi awak jangan cakap dengan saya yang dia tak kan suka awak dan awak tak kan kahwin dengan dia. Nampak tak kuasa Tuhan dekat jodoh tu? Masa depan kita tak tahu. Lagi-lagi soal hati dan perasaan ni.

Aku cuma senyum dan diam. Entah lah.

Thursday, 11 April 2013

Kita Kata Kita Ni Kawan




Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila hp kau berbunyi tanda incoming call kau tak nak angkat. Sanggup tukar mode vibrate. Hp kau vibrate macam nak meletup pun kau buat tak endah. Bila suruh jawab call kata benda tak penting. Dari vibrate kau change mode silent lepastu masuk hp dalam poket. Langsung tak menganggu hal kita.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila on the phone kemain menyorok. Kalau boleh nak duduk dalam almari. Bila kantoi dengan aku tengah gayut sanggup campak hp ke celah kangkang. End call macam tu je. Bila aku bukak pintu kereta, kemain pucat lagi muka kau. Kalau lempang time tu sure bentuk tapak tangan tu jelas. Kemain berubah muka kau. Kenapa tah.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila whatsapp, text masuk berduyun-duyun kau tak reply. Kau biar macam tu je. Bila aku kata kenapa tak reply, kau diam. Kau tukar topic.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila aku mintak hantar sana sini kau ikut je rentak aku. Sampai pihak lagi satu ajak keluar pun kau tak pergi. Kau bagi alasan ada kerja. Padahal kau keluar dengan aku tu bukan hal kerja.

Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi bila nak decide benda yang important, kau cari aku. Kau bukan minta pendapat aku, tapi macam mintak izin. Sampai satu tahap bila aku kata tak payah pergi, kau tak pergi. Bila aku kata benda tu okay, kau buat. Bila aku tanya kenapa nak tanya aku sebab itu soal hidup kau, kau kata saje.


Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi balik keje selalu jugak kau whatsapp aku. Tak cukup kat office, sambung menyakat kat whatsapp. Kekadang aku baru selangkah masuk rumah, whatsapp kau masuk. Memalam buta kalau aku whatsapp pun kau reply. Walaupun aku rasa kau ni bukan kaki melayan benda-benda macam tu.


Kau kata kau anggap aku kawan,

Tapi semua benda yang kau buat tu tak macam kawan. Lebih dari kawan. Aku tak bodoh nak beza layan kawan dengan layan orang lebih dari kawan.



Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila nampak kau on the phone, berasap jugak kepala aku. Panas jugak hati aku. Rasa macam nak rentap hp kau baling time tu jugak.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila ada incoming call kat hp kau, aku pura-pura suruh kau jawab. Padahal dalam hati menyumpah seranah sebab sibuk kacau masa kita. Celaka apa tak reti nak call time lain ke.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila text dengan whatsapp masuk kat hp kau, aku jeling-jeling jugak tengok apa yang tulis. Nampak jugaklah sebarang dua ayat. Sakit hati tu jangan cakap.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi malam-malam bila bosan aku whatsapp kau jugak. Macam kau buat ke aku bila balik keje. Walaupun aku tahu kau kat luar dan whastapp aku tak delivered, tapi aku bodoh jugak pegi whatsapp. Pehal tah. Kau pun tak kira pukul berapa kau sampai rumah, whatsapp aku yang tadi aku hantar baru masuk ke hp kau, kau still reply. Aku pun kekadang dah membuta time tu. Haha.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi aku curi-curi jugak geledah hp kau. Tengok contact list, phone log, whatsapp, inbox dan segala macam benda yang boleh aku tengok. Berderau jugak jantung aku bila bukak.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila kau takde depan mata, tercari-cari jugak aku. Otak dah fikir ke lain je. Padahal kekadang kau membuta tak bangun lagi atau kau ada kerja luar.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi cara aku layan kau pun kekadang tak macam kawan. Dan aku pun tahu kau tak bodoh sampai tak boleh beza layan kawan dengan lebih dari kawan cemana.

Kau kata kita kawan. Aku pun kata kita kawan. Tapi kita tak macam kawan. Bila orang tanya, kita kata kita kawan. Walaupun orang luar dapat agak dan tahu, tapi kita jawab macam diorang tu bodoh. Kita pun kekadang macam bodohkan diri sendiri. Sebab dalam hati cuma kita je tahu, kita ni kawan ke lebih dari kawan. Cuma kita tak tahu macam mana nak rungkai perasaan tu. Sampai satu masa kita ikut macam omputih kata, go with the flow. Mungkin macam kita dua pernah cakap,

Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau takde, kita redha.

Wednesday, 27 March 2013

You Are Worth It.




You deserve someone better. Bukan orang macam saya yang awak patut ada.

Fuck you!

Ke kau nak cakap,

Aku boleh dapat lagi baik dari kau. So, senang cite kau cari lah lain.

Sial.

Aku tak pernah cakap dekat ex-bf aku atau orang yang aku reject macam tu. Entah. Maybe sebab aku rasa, dia pun tak lah baik mana, so tak payah nak acah-acah konon boleh dapat lagi baik dari aku. Tapi bukan lah bermakna aku ni dah cukup baik sampai kau tak kan dapat lebih dari aku. Tak. Sumpah bukan. Aku ni pun boleh tahan jahat jugak perangainya. Kira seri lah.

Ayat boleh dapat lagi baik lah, apa lah ni semua klise. Kau fikir balik, kalau memang dia boleh dapat lagi baik, kenapa dia still pilih kau. Kenapa dia still nak stick dengan kau sedangkan berderet kat luar tu yang kau cakap lagi better dari kau. Kau pernah fikir tak? Aku tak rasa dia bodoh, dan aku tak rasa dia buta sampai tak sedar wujudnya manusia lain yang lebih hensem, baik, kaya, cun dan hot dari kau.

Bila dia ada pilihan yang lagi baik dari kau yang Gred A, tapi dia still pilih kau yang Gred B or Gred C, rasanya kau dah boleh nampak apa yang dia sebenarnya nak. Dia tahu apa yang dia cari. Tak payah tunggu kau cakap, dia boleh cari sendiri. Isunya, dia tak nak yang lagi baik tu. Dia nak kau. Ada sesuatu yang dia nampak kat diri kau yang kau sendiri pun tak tahu apa yang dia berkenan sangat.

Kalau nak ikutkan, takde siapa yang sempurna dalam dunia ni. Macam aku sendiri, aku tak sempurna mana pun. Makanya aku pun tak mencari seseorang yang sempurna. Cukup sekadar aku selesa dengan dia. Dalam hubungan tu kan saling melengkapi. Kalau aku sempurna, tak payah lah aku cari pasangan. Dah semua aku ada. Kalau aku nak cari yang sempurna pulak sah sah sampai kiamat pun memang tak dapat lah cerita dia. Jadi, takde isu aku tak sempurna untuk kau dan kau tak layak untuk aku.

Orang keliling pun kekadang mulut kemain boleh tahan jugak. Cakap tak pandang kiri kanan. Ikut sedap mulut. Suka hati nak jatuh hukum orang ni tak sesuai dengan orang tu. Orang ni boleh dapat lagi lebih dari orang tu. Kau punya pasangan tu elok sangat ke? Kira kau dengan pasangan kau tu dah habis ngam lah match dia sampai cakap orang lain tu tak layak untuk each other? Ptuih!

Tuhan tu Maha Adil. Dia ciptakan manusia secara berpasangan. Kau lack in something, macam tu jugak dia lack in something. But both of you still can meet at some point. Orang boleh cakap apa pun dekat kau. Tolak tuah, tak realistik, cinta buta. Aku cakap dengan kau, persetankan je semua tu. Diorang yang pandang tu tak tahu apa yang ada dalam hati kau. Diorang tak tahu apa yang kau rasa. Kau biar je. Penat kang berhentilah tu.

Jadi, terus tenang dan jangan ulang ayat celaka tu lagi.

Thursday, 21 March 2013

Kawal, Bebas, Percaya, Setia. Mana Satu?




Kau rasa apa yang paling penting dalam hubungan?

Diam. Fikir. Dapat jawapan. Boleh jadi kau setuju, boleh jadi tak. Terpulang.

Bagi aku benda paling penting dalam hubungan adalah kepercayaan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dari kepercayaan tu la datangnya kesetiaan. Percaya dan setia tu sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kalau ikut istilah ekonomi, percaya dengan setia ni macam barang pelengkap. Kalau takde satu, satu lagi tu macam takde makna. Lebih kurang gitu lah.

Mak aku selalu cakap,

Dalam hubungan ni, kita kena macam main layang-layang dengan pasangan kita. Kena pandai tarik dan lepas. Kalau kau nak layang-layang kau kekal terbang, kau kena tahu lah bila masa kau nak lepas dan bila masa kau nak tarik. Kalau tak, jatuh tersembam lah layang-layang kau.

Kau faham maksud mak aku tu?

Orang selalu duk gebang, bebas tu hak milik individu. Macam tu jugak dengan pasangan kau. Kau kena bagi dia ruang untuk diri dia jugak. Bukan setiap masa kena ikut arahan dan permintaan kau yang kadang-kadang tu tak masuk dek akal. Dari celik mata sampai tutup mata semua nak kena cerita, semua nak kena report. Sesak nafas kau tahu. Kalau bf kau suka lepak dengan member, futsal, snooker dengan kengkawan lelaki dia, biarkan. Kalau gf kau kekadang nak girls day out, shopping, movie. Biarkan. 

Bila aku kata biarkan tu tak bermakna aku suruh kau biarkan terus sampai tak endah dia keluar dengan sapa, pergi mana, buat apa. Bukan. Kang lain jadi kau jugak yang susah. Kau masih kena amik tahu semua tu. Cumanya bagi dia kebebasan untuk dia buat apa yang dia nak, apa yang dia suka. Bukan ini tak boleh, itu tak boleh. 

Kau lepaskan dia bila dia nak get some fun dengan kawan-kawan dia. As long as dia bagitahu kau mana dia pergi dan dengan sapa tu pun dah kira cukup. Tak perlu lebih sampai soal siasat macam pegawai polis soal tahanan. Lepastu tak payah lah asyik call tanya bila dia nak balik. Kau ingat dia anak kau ke apa. Kalau orang buat kau macamtu pun confirm kau rimas kan. Kalau lelaki tu sah sah kena bahan dengan member sebab takut awek. Tak memasal. Tercalar jugaklah maruah kan.

Dan kau kena tarik dia balik bila kau tengok dia macam terlalu leka dengan benda sekeliling. Boleh jadi dia asyik keluar dengan kengkawan sampai takde masa untuk kau. Atau dalam satu situasi dia lebih memilih untuk keluar dengan kengkawan dari date dengan kau. Sadis tak? Kat situlah kau kena main peranan. Dan kau jugak kena tahu macam mana cara nak tarik. Bukan main redah je. Salah cara tarik kang rosak layang-layang. Kan?

Dalam sedar atau tak, bila kau lepaskan dia untuk keluar dengan orang lain, kat situlah terletaknya kepercayaan kau kat dia. Dan itulah masanya nak uji tahap kepercayaan kau dan kesetiaan dia. 




Dalam hubungan, aku berpegang dengan satu prinsip,

Jauh mana dia pergi, tinggi mana aku lepaskan dia, kalau dia tahu siapa dia dengan aku, dia akan tetap setia dengan aku. Tapi kalau macam mana aku ikat dan kawal dia sekalipun, kalau dia tak tahu mana letak duduknya dia dengan aku, dia tetap akan curang dan cari lain. 

Aku tak suka nak control bf aku ikut cara yang aku suka. Sebab bagi aku kalau betul dia matang dan sayang aku, tak payah aku asyik nak jaga langkah kaki dia. Dia sepatutnya tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh dengan status dia. Kalau dia dah pandai nak bercinta, sepatutnya dia dah tahu tanggungjawab dan komitmen yang sepatutnya dia beri untuk aku. Sebab macam mana sekalipun aku jaga gerak geri dia, ingatkan dia itu ini, kalau dia tak tahu siapa aku dengan dia pun tak guna jugak. 

Eh, kau tahu tak. Kekadang, orang yang kita biar dia lepas tu lagi tahu jaga diri dan status dia dari orang yang kau control bagai nak mati tu tau. Serius. Sebab kekadang, lagi ketat kau ikat dia, lagi pandai dia 'makan luar'.  

Memang tak mudah nak percaya ke pasangan sendiri bila dia dengan orang lain. Nak nak kalau dia ramai kawan berlainan jantina dengan dia. Kang kalau tersangkut pulak dengan orang lain padah jugak ye dak. Tapi kau kena percaya kat dia. Dan kau pun kena cuba matang. Sampai bila kau nak control dia. Sampai satu masa, kau akan rasa penat untuk control dia.

Bila kau biarkan dia buat apa dia suka, pergi mana dia nak pergi tu bukan bermaksud kau tak endah pasal dia. Tapi kau bagi dia ruang untuk bernafas dan berseronok tanpa kau. Bagi aku tu tak salah. Kau sendiri pun boleh dapat ruangkan masa untuk diri kau sendiri. Eh, macam mana sekalipun, korang perlu masa untuk diri sendiri tau. Kau kena tahu tu.

Bila kau nak bagi kepercayaan tu biar kena dengan masanya. Bukan main bagi tak tentu hala. Dan untuk pihak yang dah diberi kepercayaan tu pun jangan ambik kesempatan. Secara timbal balik, kau setia dengan dia. Tak susah pun. Tak susah lah kalau kau tak gatal. Kalau kau gatal memang susah lah cerita dia. 

Percaya ke pasangan tu penting sebab kalau takde kepercayaan hubungan kau tak kan kemana. Kawal pasangan tu boleh tapi biar kena cara. Lepaskan pasangan tu perlu bila ada masanya. Dan setia tu tertakluk atas pilihan kau. Titik.

Friday, 8 March 2013

Cinta itu tak perlu sebab.

Kau suka ciri-ciri lelaki macam mana sebenarnya ni kalau nak jadikan bf?

Soalan ni memang entah berapa juta lemon kali lah orang tanya ke aku. Aku pun dah naik muak nak jawab. Kang kalau aku jawab kang takut kau cakap aku tak sedar diri. Pesen tak berpijak dibumi yang nyata. Padahal asalnya kau yang tanya soalan tu ke aku. Bodoh ke apa. Lagipun nama pun ciri-ciri lelaki idaman. Kau faham tak maksud idaman tu apa? Herh.

Dulu masa umur nak menginjak remaja, bila orang tanya soalan macamtu, fantasi aku kemain tinggi. Melayang jauh. Nak yang macamni, nak yang macamtu, nak begini, nak begitu. Amboi citarasa tak nak kalah. Macam beriya sangat boleh dapat. Kalau kata buat senarai ciri-ciri tu mau penuh satu kertas putih A4 80gsm. Pendek kata, kalau kau gabungkan semua karakteristik tu kau boleh dapat satu manusia yang serba sempurna luar dan dalam. Hah!

Tapi persoalannya kat sini, kau pasti ke kalau kau jumpa ciri-ciri idaman yang kau nak dekat seorang lelaki kau akan tangkap cintan leleh ke dia? Naaaahhh, ini yang aku cuba nak sampaikan.

Sementelah umur aku makin meningkat, aku kata umur aku meningkat, bukan makin tua. Kau kena faham tu. Aku observed orang sekeliling aku. Dari pengalaman orang dan pengalaman aku sendiri. Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya, tapi ini yang aku nampak.


Love doesn't need reason. It speaks from the irrational wisdom of the heart.


Kau pernah dengar pepatah ni,


Saya tak perlukan sebab untuk sayang dan jatuh cinta dekat awak sebab apa yang saya tahu saya dah pun sayang dah jatuh cinta dekat awak.

Cehhhh, acah acah sweet pulak aku kan. Puii. Secara peribadi, aku setuju dengan penyataan tu. Kenapa?

Bila kau kata kau jatuh cinta sebab ciri-ciri dia, secara tak langsung itu menjadi salah satu sebab kenapa kau sayang ke dia. 'Saya jatuh cinta sebab dia seorang yang caring. Dia pandai mengambil hati saya. Bla bla bla'. Meh sini aku nak tanya, kalau dia takde semua ciri yang kau nak tu, kau tak sayang dia lah? Macam tu?

Mungkin itu salah satu penyebab kau boleh jadi sayang ke dia. Tapi itu cuma pendorong. Kita ni kekadang terlalu tertakluk dengan suatu terma yang orang kata sesuatu yang berlaku tu mesti bersebab. Sedar atau tak, cinta tu tak perlukan sebab. Ia satu prinsip berkecuali. Perasaan tu boleh datang dan pergi dengan cara tak diduga. Harini kau boleh kata kau benci lelaki macam ni, esok lusa tak mustahil kau boleh suka dekat lelaki yang kau kata kau benci ada perangai tu.

BINGO!

Tak perlu pergi jauh sampai nak analisis hubungan orang lain. Kau tengok pasangan kau sekarang. Kau lihat dengan telus. Apa dia ada ciri-ciri lelaki yang kau impikan selama ini?

Aku sendiri secara jujur tak ada ciri-ciri spesifik lelaki yang aku nak. Yang aku tahu, kalau aku sayang kat kau, maknanya aku sayang kau. Mohon jangan tanya kenapa. Kau mungkin tak dapat jawapan nanti. Sebab bila aku analisis balik ex aku sebelum ni semuanya takde pun ciri yang aku nak. Tapi boleh je aku suka diorang. Tak pelik ke? Dan sekarang aku dah tersuka dekat orang yang ada ciri-ciri aku benci nak mati. Lagi sekali aku hairan.

Tapi bagi aku, takde benda pun yang nak dipelikkan dalam soal cinta. Cinta tu kan buta.