' Awak tak perlu explain apa-apa. Tak perlu. Saya dah tahu apa awak nak cakap dan saya okay. Lagi satu, awak tak perlu jaga hati saya sebab acah-acah rasa bersalah sebab saya tahu macam mana nak jaga hati saya sendiri. Sekurangnya kalau saya sakit, saya sendiri.'
'Awak ni ego.'
Kalau benda tu tak kan berubah, kau rasa benda tu berbaloi untuk diluah? Mungkin soal ego. Tapi ada isu lebih besar. Keadaan selepas itu. Lepas apa kau cakap, kau fikir semua benda boleh patah balik pada titik asal? Kalau tak, teruskan simpan. Biar pendam. Untuk kebaikan kau dan jugak dia. Selagi benda tu tak berganjak apa, aku anggap ia tak penting. Walau kau tahu dan dia tahu, biar dia kekal tak dilisankan. Bak pepatah omputih 'some stories should remain untold'.
Tak semua benda perlu penjelasan. Terutama hal yang kau dah tahu apa disebalik yang berlaku. Kekadang kau cuma nak dia tahu apa kau rasa, apa kau fikir. Atau kau beritahu atas dasar permintaan dia. Nampak macam berat sebelah seolah kau sahaja punya peluang untuk bersuara, sedangkan dia tidak. Bukan. Kalau kau tahu apa yang bakal diucap, apa kau masih mahu dengar secara lisan? Terfikir pun hati dah serupa dicarik. Bayangkan kalau kau dengar sepatah-sepatah keluar dari mulut dia. Jangan cakap dengan aku kalau perasaan kau tak goyah.
Semakin banyak dia perjelas keadaan, semakin banyak alasan dicipta. Sehingga satu tahap aku tak tahu mana yang tulen, mana palsu. Bimbang aku sangkut pada kata-kata nista dari yang benar. Lumrah manusia, yang dusta tu kadang lebih membahagiakan.
'Awak, saya mohon awak berhenti layan saya baik. Awak jangan risau. Saya tak perlu semua tu. Saya dah cukup kuat untuk berdiri sendiri'.
'Awak bukan kuat, tapi awak ego'
Aku tak harap dilayan baik kalau itu bukan dari ikhlas hati dia. Betul, dia kata layanan baik tu bukan atas sebab simpati. Tapi sebab yang dia sendiri dah ungkap, cuma aku nafikan. Seolah menolak hak dia. Aku tak tahu. Mungkin aku merasakan dia cuma bersimpati. Dia lupa yang aku benci simpati. Lagi musnah yang didalam, makin terbang aku tinggi bila depan manusia yang cuba bawak aku ke bawah. Panggil aku ego atau bodoh. Sikit aku tak berganjak.
Tak semua orang boleh buat pusingan tiga ratus enam puluh darjah bila orang yang sepatut dipujuk berdiri di kawasan memujuk. Hati sendiri pun tak terpujuk, tapi tunjuk lagak pergi tenangkan orang lain. Sebab nampak kalah tu satu hal yang selagi boleh aku elakkan.
Sebab tu, aku rela angkat kaki walau aku tahu akan terus dicari, biar aku jauh tak dilihat sampai hati mati.
'Mungkin betul kata awak, saya ni ego'
'Takpe, ego tu lah yang buat saya jatuh sayang'
2 comments:
Yes, this! Mmg kena tepat dekat btg hidung sendiri. -.-
some things are better left unspoken. yup. :|
Post a Comment