Tuesday, 12 November 2013

Melipat Sejarah


Ada ketika bila kita terlalu gembira, kita lupa pada apa yang pernah terjadi. Sibuk kita mengukir hari bahagia sehingga kita hampir mengulang semula sejarah yang lama. Kita hampir terjerumus kembali ke lembah gelap yang pernah difobiakan. Kita hampir membunuh hati sendiri, sekali lagi. Jadi, pentingkah sejarah di situ? Jika dikenang agak sukar untuk move on. Bila diabaikan, nah--- Sejarah Mungkin Berulang.

Air shower yang memancut deras sederas air yang berbutir keluar dari hujung mata. Tekak didehem beberapa kali sebelum melontarkan suara yang bakal memecah sesaat dua lagi.

Andaiku turut rasa hatiiiiiii…..
Telah jauh ku bawa diriii..
Tapi kemaafan.. ku lahir dari hati… mengatasiiiiii

Sejarah mungkin berulanggg…. anggggg
(sambil henjut badan gaya Misha Omar)
Walau engkauku maafkannn…
Ohhhh kekasih..
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimuuuuuuu…..uuuu
(tune dah mula main lari-lari)

Krekkkkkkkk…. Bunyi pintu bilik tu taknak scary lagi pulak kan. Ala, June dah balik pulak.

“Weyh June, baru balik ke?” pekik Dhia dari bilik air.

“Lama dah. Sempatlah jugak aku dengar show kau yang tak seberapa tu. Kakakakaka.”

Cilake. Main kasar pulak budak ni. Tapi lagi cilake orang yang main kasar dengan hati aku. Eii, kalau ikutkan hati, aku pijak lumat muka dia. Arghhh, aku yang bodoh sebenarnya. Apesal tak pijak muka sendiri jerk. 



Sejarah perit untuk dikenang tapi sejarah sebenarnya wujud untuk dikaji. Bukan hanya dijadi sebagai tugu peringatan. Diletak di suatu sudut hati, membiar menjadi daging busuk yang tanpa sedar mungkin membawa sakit pada diri sendiri dan mungkin yang berada di sekeliling. Kau tengok kota A Famosa. Salah satu kota bersejarah yang tertinggal di Melaka. Berapa ramai yang rasa seronok bergambar sakan sambil perhati matahari turun dari situ? Berapa ramai yang dah jadikan A Famosa sebagai port untuk merakam segala keindahan Melaka dari ketinggian yang entah aku tak tahu berapa sebab dah puas google tapi tak jumpa-jumpa. :(

Tahu sendiri kan sejarah bagaimana Kota A Famosa dibina? Banyak perit jerih, banyak nyawa terkorban. Mungkin ada yang membina dengan marah-marah. Mungkin juga ada yang menyumpah. Bila semuanya telah berlalu, tahun makan tahun, tanah air berjaya merdeka. Semuanya jadi normal seperti biasa. Tidak pula kota itu diroboh demi meluah rasa benci. Ditinggalkan kota A Famosa untuk dijadi sejarah peringatan untuk anak cucu masa depan. Tapi anak cucu masa depan hanya tahu kota A Famosa port dating paling low bajet, boleh bawak makwe tanpa keluar banyak duit. Haishhh, korang ni…
Sejarah untuk dikaji, bukan untuk dihafal dan lepastu kau boleh lulus periksa. Sejarah untuk diingati bukan untuk dikenang dan buat kau tak mampu untuk berjalan. Sejarah untuk dijadikan pedoman bukan buat kau terusan meroyan. Sejarah untuk kau sedar kebodohan di masa silam dan mengelakkan kau untuk terus tenggelam. Faham sejarah dan kau akan faham erti kehidupan yang sebenar.

“Orang yang hebat adalah orang yang berani melipat sejarah menjadi kapal terbang kertas dan melempar semula ke muka kenangan.” SD



2 comments:

Judh said...

mengeronyok sejarah.

Miziey said...

Benci sejarah. I mean subjek sejarah dan sejarah hi... hmm. Nevermind.