Monday, 11 November 2013

Someone Purer

Redamancy (n.) : the act of loving the one who loves you; a love returned in full.

Bila selalu orang mengaitkan cinta dengan rabak, jarang ada suara yang bercerita mengenai yang indah, yang manis. Bila cinta bersambut, kau ingat kesemua yang mendatang akan jadi indah? Kau lupa, bila dah kenal suka, bila dah kenal cinta, derita duka akan datang bersama.

Memandu berdua dalam kepulan asap, dalam berat senyap rasa yang tak terluah. Jangan disangka cerah langit, ribut hujan petir tidak berkunjung tiba. " What if I just walk away? Kalau I tetiba decided nak stop this, to leave everything behind? ", aku bertanya perlahan, dan seolahnya ketika itu masa terhenti seketika, dan segala kalungan kata yang aku ucap tergantung di udara.



" Maybe it would be easy for you. But not for me. " dua ayat pendek yang kau sediakan sebagai jawapan persoalan sebentar tadiSebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan, sepatutnya aku berasa gembira. Harus ketika itu aku tersenyum lebar, mungkin mengucup tangan engkau penuh mesra sambil berlatar-belakangkan dendangan lagu Lucky - Colbie Callait.

Tapi tidak. Kerana jujur, dalam diam pekat malam sebelum tidur saban hari, aku berfikir. Dua tangan aku ini tidak mampu rasanya untuk menghulur bahagia. Puas aku cuba memberi yang terbaik, penat segala kudrat aku kerahkan hanya untuk melihat kau gembira, tapi masih tidak cukup, tak pernah aku rasa cukup. Kerana jikalau betul rasa sayang dalam hati, harusnya aku mahu membahagiakan dan tidak menyusahkan. Harusnya aku mahu lakarkan corak abstrak indah, bukan palitan kelabu atau hitam busuk.

Dan bukan aku cuba menjadi ego dan menolak apa yang mungkin kita berdua rasa bersama. Mohon dibuka mata luas luas, kerana aku fikir, perjalanan sudah jauh bersama, dan masih lagi jauh. Dari kawan boleh bertukar rasa, tidak mustahil boleh bertukar lagi. Dari seminggu ke sebulan ke setengah tahun dan seterusnya. Betul, aku memang pengecut, sememangnya aku seorang penakut. Aku gusar jika segalanya menjadi hambar dan kau akhirnya bosan. Bila perhubungan tidak menjadi dan sekali lagi aku bersendiri. Aku gentar juga jika segala yang indah akan bertukar rupa, menjadi ngeri. Bila yang buruk sudah mampu kau lihat dengan dua mata sendiri, bila sayang bertukar benci. Bila malas aku, jahat aku, kotor aku, semua kau rasa, bukan setakat segala yang baik aja.

Dan aku mengaku, bila difikirkan semula, memanglah perit, memanglah sakit. Tapi bukan sengaja aku mahu melepaskan, cuma rela aku hidup dalam derita merindu dari bersama dengan orang yang rasanya, patut dapat yang lebih suci dari aku. Someone purer.



1 comment:

Unknown said...

Kenapa rasa sangat menikam jiwa lepas baca entri ni? :/