Thursday 31 December 2015

To A Fresh Starting

This is an open letter. A super childish open letter (sebab esok dah masuk 20's yay). 

To whom may concern.

Assalamualaikum. Salam penghujung Disember. Semoga dari sebalik lampu-lampu neon, di bawah kemeriahan cahaya-cahaya terang, masih ada manusia yang sedar kewujudan kamu, dan kita semua. Sungguh, tahun 2015 merupakan tahun yang sangat awesome. Things happened unexpectedly. Orang datang dan pergi dengan sangat pantas.

"Tak sempat nak kenal rapat pun, tiba-tiba dah masuk hari lain dan dia dah tak kenal aku"

Memori berlalu pantas, macam angin sepoi-sepoi bahasa yang lembut membelai tubuh (dan merosakkan awning tudung kekeke). First of all, aku sangat bersyukurlah kepada Sang Pencipta kerana sehingga ke hari ini, aku diberi kesempatan untuk hidup dan melaksanakan tugas sebagai abid dan khalifah (in shaa Allah). Then, terima kasih kepada semua jenis emosi yang aku pernah alami. Tahniah buat diri sendiri yang sado menelan kebangangan dunia dan segala jenis manusia puaka.

Dalam satu tahun, aku tamat program matrikulasi and sambung degree,aku  jumpa ramai orang. Orang-orang yang mengajar aku macamana nak hidup. Orang-orang yang datang hanya untuk pergi. Mereka bawa seketul kebahagian dalam hidup aku and bila dah bosan, kebahagian tu direntap dari aku secara paksa.

Ok camni aku cerita, aku jumpa seorang lelaki secara tak sengaja semasa satu program di UTM. Sangat annoying dan talkative. Aku menyampah actually but entah macamana our Whatsapp's conservation jadi sangaat panjang. So,we start to get to know each other, I'm feeling so grand. Dia ni final year student, so malam je boleh jumpa. Adalah few night drive, we talked and talked sampai 1,2 pagi.

Then

He went missing. Pap! macam tu je. So aku gigihlah whatsapp dia atas urusan profesional yakni, kerjalah kan. Entah mamat tu mengamuk like singa and suddenly aku kena carut. Dafuq. So I said sorry and dia buat bodoh. Beliau teruskan hidup beliau seperti biasa. Macam tak pernah kenal aku.

The End. Bodo, aku lah tu yang bodoh tak bertempat. Oh, so I was "oh tu ke kehidupan". Aku jadi pelik dan sangat pelik. Semudah tu je? Kau takde memori ke kat otak? Lepas tu banyak lagi siri-siri drama sial yang jadi.




Babe, I still remember every single tiny details. So, benda-benda kecik macamni buat aku rasa aku tak payah jadi jujur dan ikhlas. Buat apa? Orang akan datang dalam hidup kita just for their advantage je kot. Ada ke lagi orang yang ikhlas untuk kongsi kebahagian dan kesedihan sama-sama? Wujud ke orang yang tanak apa-apa dari kita tapi dia sanggup bagi kita rasa bahagia? We tend to seek chances. Tak pernah peduli pasal perasaan orang lain.

"Guys, I enjoyed her accompany pheww". - Ada kawan aku cakap macamni, aku tak tahu kenapa aku rasa marah. Aku tak kenal perempuan tu siapa but aku rasa kesian kat dia.

2015- I learned that I can't believed anyone. Kita gelak sama-sama, then time aku jatuh guling patah riuk dan nak jadi ulat gonggok sorang pun tak nampak batang hidung. Today never promises tomorrow.

Jadi, semoga tahun 2016 aku senang lupakan orang dan kenangan. Aku nak tolak tepi all the worthless bastard. Majulah kita semua bersama Terfaktab, oh yeah!

Happy New Year everyone! Semoga kita semua murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindunganNya. Love yaa.



*mesti nak mencarut kan baca entry kali ni hehehe

Saturday 26 December 2015

Singgah Sebentar 2015

"Alangkah bahagia kalau orang yang kita suka turut menyukai kita kembali."

Aku sebenarnya banyak melalui kegagalan dalam perhubungan. Tapi sekarang aku lebih berani atau tidak segan untuk berkongsi pengalaman tentang perhubungan ataupun soal perasaan. Mungkin siri perhubungan yang gagal sebelum ini telah megajar aku sedikit sebanyak tentang perasaan. Melalui siri perhubungan yang gagal tersebut maka aku lebih banyak berpesan kepada rakan-rakan in real life atau di media sosial terutamanya Twitter. Pesanan aku bergantung kepada orang yang aku tegur/kenal dan topik yang dia sembangkan.

Bagi aku, pesanan feveret untuk tahun 2015 adalah, "Kalau sukakan seseorang, bagitau je kat dia."

Aku melalui sendiri fasa pesanan tersebut. Bayangkanlah tiga orang gadis confess yang mereka sukakan aku dalam tahun 2015. Tapi aku mengenali tiga orang gadis tersebut dalam masa yang berlainan.

     Gadis pertama, aku kenal di Twitter terlebih dahulu sebelum kenal in real life sebab dia merupakan rakan/senior universiti. Ada juga setahun lebih aku kenal dia (sejak 2013) dan awal tahun ni dia confess. Aku pada mulanya tak percaya kata-kata (mesej) dia sebab aku jenis low confident level bila berdepan dengan gadis cantik. Seperti biasa, cantik itu subjektif. Tapi dia putih, tinggi dan comel kot. Masa kenal dia aku tak expect langsung dia sukakan aku sebab dalam fikiran dah set "Orang cantik ni mesti dah ada pakwe." Selesai confess dia tegaskan yang dia dah move on. Masa kenal dulu aku ingatkan ayat-ayat manis/flirt serta pickup line hambar tu sebagai jenaka saja. Rupa-rupanya memang dia maksudkan dan itu hint supaya aku confess. Come on, dia putih, tinggi dan comel kot!

     Gadis kedua, rakan sekelas yang boleh dikatakan aku kenal dalam masa yang singkat. Aku kenal pun sebab aku menyibuk dalam urusan perhubungan dia je. Kononnya nak jadi hero gadis-gadis la. Dia bergaduh teruk dengan pakwe dia masa tu. Aku cuma bertanya khabar sebab dia tak rapat sangat dengan orang lain. Atau orang lain tak ambik kisah sangat tentang dia. Kesian juga tengok gadis bergaduh dengan pakwe, rakan sekelas pulak tu. Tapi memang aku dan dia kawan biasa je la. Aku pun ingat-ingat lupa macam mana dia boleh confess masa tu. Nak kata aku ada mengayat dia, tak ada kot. Tapi dia ada bagitau direct yang aku tak layan dia tu sebab dia berani confess kot. Aku tahu dia seorang yang ego dan cekal dalam mengharungi hidup. Maka aku bertenang. Cuma ada sekali dia mengadu kat aku yang ramai lelaki tergilakannya. Ada dalam empat orang lelaki nak kat dia masa tu. Dengan spontan aku tanya, "Power betul you sekarang sampai lelaki tergilakan you," dan dia terus jawab, "I belajar dari you. I suka tengok you." Risau pulak aku dengan jawapan dia. Dia kata dia perhati je aku. Aku tak nak jadi anasir jahat dalam hidup seseorang. Maka kau harap dia lekas jumpa kekasih yang tepat untuk menemaninya sampai mati.

     Gadis ketiga dan teristimewa. Gadis ni aku kenal masa first year masuk universiti. Satu fakulti pengajian. Terpandang masa dalam kelas dan terus terpacul di minda bahawa dia ialah wife material. Muka manis. Tapi ramai pulak kawan sekelas yang bercadang nak tackle dia. Aku dah give up awal-awal. Tapi ada je aku tegur dia kat Fesbuk masa tu. Macam biasa, orang manis ni memang aku set dia dah ada pakwe atau akan ada pakwe yang bakal mendampinginya. Aku ignore tapi dalam masa yang sama masih adore. Aku tak bagitau kat sesiapa pun tentang perasaan masa tu. Maklumlah tak berapa kenal sangat dengan kawan-kawan baharu. Tahun berganti tahun dan dalam masa yang sama aku mengenali beberapa orang gadis (untuk dijadikan kekasih kononnya). Masa berlalu begitu pantas. Dalam kepantasan masa itu aku sempat stalk Twitter dan Fesbuk gadis tersebut macam tak move on walaupun dah set yang aku takkan dapat dia. Macam mana nak dapat kalau berbual atau bertegur sapa secara verba pun tak sangat. Hanya bertentang mata saja dan berlalu pergi. Ego lagi penting beb. Sama ada dia memang tak ada perasaan langsung atau jenis nerd atau dia dah ada pakwe di kampung halaman yang telah berjanji sehidup semati.

Maka sampailah ke hari terakhir peperiksaan final semester bagi gadis itu dan rakan-rakan aku yang bakal grad on time. Keluar saja dewan peperiksaan semua muka lega sebab dah tak ada exam tapi aku dan beberapa orang kawan yang lain masih ada baki paper yang perlu dijawab. Aku dan beberapa kawan yang lain cuba stay di luar dewan untuk beramah mesra bersama mereka yang kebanyaknnya boleh dikatakan dah habis study peringkat ijazah. Gadis itu juga ada dan sibuk bergambar rakan-rakannya yang lain. Aku masih lagi buat sombong dan pura-pura tidak melihatnya. Selesai sesi di luar dewan tiba masanya untuk pulang dan aku terus bergegas ke kawasan parkir motosikal untuk balik ke bilik.

Tiba-tiba ada suara memanggil nama aku dan aku tak familiar langsung dengan suara tu. Suara perempuan pulak. Rupa-rupanya gadis itu yang memanggil nama aku. Ralat juga aku nak respon masa tu. Bersungguh dan kuat juga suara dia panggil nama aku dan dia berkata, "Bye". Aku berpaling dan "Bye" juga sambil melambaikan tangan disertakan dengan senyum kelat. Terus aku rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Aku akan sentiasa ingat ekspresi wajah dan pandangan matanya kepada aku ketika kami melambaikan tangan saat mengucapkan selamat tinggal. Matanya seperti mengatakan sesuatu yang telah lama dia pendamkan. Aku perlu berbuat sesuatu kerana aku pun perlu beritahu kepadanya tentang perasaan ini. Maka aku mendapatkan nombor telefonnya dan aku menghantar mesej kepadanya. Ketika itu kami benar-benar telah mengucapkan selamat tinggal kerana aku telah sampai ke tanah air. Mulanya kami hanya berbasa-basi tentang perkara biasa sahaja, seperti kawan-kawan yang lain. At one point dia beritahu yang dia tak pernah berbalas mesej agak lama dengan lelaki. Yeah! Tiba masanya aku mainkan peranan untuk luahkan perasaan. Aku tak berkias sangat dan dia faham apa yang aku perkatakan. Dia mengambil masa yang agak lama untuk membalas mesej tersebut. Aku risau dan turut bersedia untuk apa jua situasi yang berisiko seperti itu.

Mesej dibalas.


Bersambung.

Wednesday 2 December 2015

Unsaid Words



Speak now or forever hold your peace- Taylor Swift

In real life, saying the right thing at the right moment is beyond crucial. So crucial, in fact, that most of us start to hesitate, for fear of saying the wrong thing at the wrong time. But lately, what I’ve begun to fear more than that is letting the moment pass without saying anything- from Speak Now, Taylor Swift


Cerita pasal seorang perempuan loser yang kalah
Perempuan tu tersilap hitung
.
.
Terlambat
Dan tersungkur

Lelaki tu dah pergi
Tinggalkan semua kenangan jauh nun di belakang 
Terus mara kehadapan
Sikit pun tak terlintas untuk berpaling
Seperti perempuan tu tak pernah hidup


Kalaulah semudah itu perasaan boleh berubah, aku takkan ada di sini menulis tentang kita. Tentang rasa.







Adam, I’ve regretted the moments where I didn’t speak up, where I didn't tell you how much I like you. Now it’s all just too late, I can just watched you from your back, again as a stranger. How its weird that it’s all over. – Electrun15


(ada yang nak cakap pasal perigi cari timba?)

Thursday 3 September 2015

Temubual Terfaktab Episod 3 Bersama Cik Srikandi


"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"
Quote ini sangat popular di negara kita. Pelbagai tafsiran tentang quote ini dipanjangkan dalam kehidupan masyarakat negara kita yang berbilang kaum.
Jadi kita akan bersama dengan Cik Srikandi untuk kita temubual mengenai bidang penulisan yang beliau mahir iaitu penulisan sejarah. Sebelum ini Cik Srikandi telah menghasilkan solo-work yang bertajuk Emas Para Dapunta & Maharaja terbitan Terfaktab serta collaboration work yang bertajuk Membongkar Rahsia Dunia Melayu terbitan Hijjaz Publishing. Kedua-dua buku ini telah menjadi bestseller di toko-toko buku.

S = Soalan
J = Jawapan Cik Srikandi
S: Apa perkembangan terkini cik Srikandi? Ada projek solo-work baru mengenai sejarah pada masa akan datang?
J: Salam semua. Bismillah, terlebih dahulu, terima kasih kerana sudi menemubual saya. Okay tanpa membuang masa saya jawab dengan sebaiknya insyaAllah. Terkini, saya sedang giat membuat penyelidikan membabitkan cabang linguistik, dan perkaitannya dengan sejarah dan tamadun.
Dalam hal ini saya fokus kepada linguistik dalam Proto-Austronesia. Juga, saya sedang mengkaji prasasti-prasasti di Kemboja dan Thailand, dan cuba serapkan kemahiran yang cuba saya bangunkan ketika penyelidikan PAN ke dalam kajian prasasti tu.
S: Mengapa topik sejarah yang menjadi kegemaran Cik Srikandi?
J: Bagi saya sejarah adalah alat yang amat ampuh dalam membina karakter manusia. Sejarah adalah medan untuk seseorang membina ketajaman deria dalam dua aspek; Kebijaksanaan (wisdom) dan pengetahuan (knowledge). Secara peribadi,saya suka berfikir jawapan kepada "mengapa?" dan "dari mana?". Dahulu, saya suka mendengar cikgu atau kawan-kawan bercerita. Kemudian saya suka membaca tentang sejarah dunia di perpustakaan. Saya mahu tahu asal-usul sesuatu perkara atau kejadian. Semua ini membangkitkan perasaan ingin tahu; inkuiri dalam diri saya.
Lama-kelamaan, saya tahu satu perkara; atau saya gelarkan sebagai 'glitch' dalam garis masa sejarah tamadun manusia. Iaitu kebanyakan ideologi dan sistem berasal dari sejarahwan dan pemikir ketamadunan. Kemudian saya berfikir bahawa bidang sejarah ini benar-benar berkuasa (powerful) dalam menguasai segenap bidang. Sebab itu orang yang paling berkuasa dari segi pengaruh dan material di dalam dunia ini sejak zaman-berzaman adalah mereka yg menguasai sepak terajang sejarah dunia.
Ini membuatkan saya semakin 'berminat' dengan sejarah dan mencintainya. :)
S: Buku Emas Para Dapunta Dan Maharaja mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada pembaca. Ada yang kagum dan ada yang merasakan ia seperti fiksyen. Apa pandangan cik Srikandi tentang dakwaan fiksyen ini?
J: Pandangan saya, yang manakah fiksyen? Goerge Coedes ketika menerbitkan Le Royaume de Çrīvijaya sekitar 1918, ramai yg menganggapnya fiksyen sebab tiada siapa di Asia Tenggara pernah mendengar sebuah empayar bernama Srivijaya ketika itu. Ramai orang mengatakan Iliad & Odyssey adalah fiksyen sahaja tetapi aktiviti arkeologi dari semasa ke semasa untuk mengesahkan kewujudan Troy mula menarik perhatian orang ramai. Tak payah pergi jauh-jauh, Hikayat Merong Mahawangsa. Ramai yang bukan nak kata fiksyen tapi dongeng atau mitos orang Melayu zaman purbakala, tak masuk akal dan bla..bla. Tapi bila nama 'Langkasuka' yang dahulunya dicop kerajaan khayalan muncul dalam rekod2 dinasti Liang dan Song. Dan siap dilukis gambar dutanya dalam lukisan maharaja Yuan dari Liang, baru org buka mata dan rasa ada 'something' kat sana.
Jadi bagi saya, Emas Para Dapunta Dan Maharaja mencapai maksudnya, iaitu 'berlagak' seolah-olah 'fiksyen' untuk meracun pembaca supaya ambil berat tentang 'something' yang ada dalam sejarah Melayu.
Ia akan jadi fiksyen kepada satu kelompok. Tetapi bagi satu kelompok, ia adalah Le Royaume de Çrīvijaya atau puisi "Petra" John William Burgon yg terkenal itu.



S: Siapa inspirasi cik Srikandi dalam bidang sejarah? Ada mengidolakan penulis2 topik sejarah yang lain di dunia ini?
J: Inspirasi saya dalam bidang sejarah adalah.. cuba teka... siapa?Inspirasi sejarah saya ialah Rothschild family. Kenapa? Sebab mereka memelihara sejarah dan cintakan sejarah kerana mereka tahu kepentingan dia. Mereka bijak menggunakan sejarah dan mengeluarkan 'sihir' dari sejarah untuk memukau sekelompok manusia. Mereka mempertahankan sejarah, sebab mereka tahu nasib sesuatu bangsa atau tamadun akan musnah jika mereka lupa asal-usul atau kronologi masa silam, dimana ia umpama rekod untuk memberitahu 'how-to' sesuatu kejadian berlaku, apa yg silap, apa yg perlu diulang.
Bagi individu dalam sejarah, saya rasa tidak ada, atau untuk menyedapkan hati, bagi saya mungkin ada beberapa org, terutama dalam bidang sejarah Melayu, sebab mereka buat revolusi yang orang lain tak berapa suka sebab takde pengetahuan tentangnya. Antaranya Poerbatjaraka sebab dia fasih bahasa Sanskrit dan tulisan-tulisan modified Brahmi kat Nusantara yang mana Pandit paling terer kat India pun tak mampu nak terjemah. Beliau orang Jawa tapi boleh tau satu-satu prasasti tu berbahasa Jawa atau Melayu walau pakai tulisan kawi.
S. Paranavithana sebab beliau ambil inisiatif buat kajian prasasti-prasasti Sri Lanka dan hasilnya ada prasasti Sri Lanka yang counter semua pembohongan Prasasti Tanjore yg syok sendiri dan 'loneranger' tu.
Prof Asmah Hj Omar. Beliau ni mmg lejen. Kalau beliau ni takde. Saya rasa bidang tamadun Melayu dan bahasa sedikit doomsday. :)
Chand Chirayu Rajan, beliau ni ada title diraja. Saya suka sebab beliau ni jujur dalam menceritakan sejarah Srivijaya. Beliau ambil kajian Sri Lanka yang sarjana India pinggirkan (sebab ada sebut Srivijaya counter balik Chola dan bebaskan Sri Lanka) juga rekod-rekod China sekali. Beliau ni tak bias.
Ini diantaranya. Saya taklah sampai menjadikan mereka idola. Tapi kajian mereka dan pendapat mereka banyak membantu saya. Selain rekod-rekod imperial China. Bagi saya, pengaruh terbesar adalah dari kitab suci Al-Quran, sebab di sana banyak kisah-kisah sejarah terutama tentang Firaun. Saya terkesan dalam Quran sebut Firaun perintahkan Haman 'bakar' tanah liat untuk bina 'bangunan' untuk 'dapat naik' melihat Tuhan Musa (Al-Qashash) ayat 38. Dari situ sendiri menyimpan banyak rahsia sebagaimana hari ini kajian mendapati batu-bata piramid itu sebenarnya 'pernah dibakar' sebagai salah satu proses mengeraskan.
S: Sebenarnya, penulisan tentang sejarah adalah suatu hal yang menarik. Topik sejarah itu sendiri banyak yang menarik. Tetapi kami lihat anak muda kini kurang mengambil perhatian tentang sejarah. Apa pandangan cik Srikandi? Perlukah kita revise sistem pendidikan negara kita misalnya?
J: Manusia akan bosan jika sejarah itu mematikan motivasinya. Perkara ini realiti sebab setiap negara akan hari ini memulihara sejarah dan cuba menafsirkan sejarah untuk tujuan motivasi tak kira dari segi bahan sejarah, bangunan atau seni seperti filem atau muzik. Bagi saya, pengolahan sejarah di Malaysia masih di tahap pak kaduk dan era kolonial yang berpaksikan karya-karya Raffles, Winstedt atau Shallebear. Nak menjadikan sejarah sebagai sesuatu yang pop dan cool kena buang mentaliti forum-forum elit yang poyo atau mengurung sejarah dalam bilik-bilik seminar. Kita tak boleh sekularisasikan sejarah sebab hasil yang sama apabila kita sekularisasikan agama. Agama terkurung dalam masjid-masjid atau pejabat agama sahaja. Dalam kes ini sejarah terkurung dalam arkib negara,muzium dan perpustakaan negara.
Bila mentaliti sejarahwan kolot, maka khalayak pun kolot dan membosankan. Beribu manuskrip Jawi dijadikan pekasam dan kimchi di arkib atau perpustakan negara tanpa diterjemahkan. Sebab itu saya tak hairan jika khazanah sejarah negara tiba-tiba sudah ada di British Museum atau Smithsonian sebab kebiolan sesetengah birokrat so-called kurator atau sejarahwan yg 'chauvinis'.
Jika nak revise-kan sejarah kita, kena buat sejujurnya. Tak payah nak ambil hati sesiapa. Sejarah tetap sejarah. Politik sampah kena buang jauh-jauh. Sekarang zaman langit terbuka, patut cross-reference makin mudah. Ini tidak, sejarah ditafsir mengikut sentimen.
Jadi moralnya, kena revisekan mengikut regional history. Sebab sejarah Malaysia berpaksikan kepada sejarah Melayu dan Nusantara. Bila diberitahu sejujurnya, semua puas hati, semua akui dan tak payah nak bertekak. Yang tinggal bergaduh nanti hanyalah ahli politik sahaja.
S: Okay, hal sejarah dan politik, hal sejarah dan konspirasi selalu berkait rapat antara satu sama lain. Apakah penulisan cik Srikandi cenderung kepada mana-mana pihak atau parti atau organisasi?
J: Siapa yang label yang ini 'sejarah' yang ini 'konspirasi'? Media kan? Sebab itu keluar filem National Traesure. Orang yang anggap sejarah adalah 'teori konspirasi' adalah kaki wayang yg sedih. Sejarah; Adalah yang menciptakan apa yang anda gelarkan 'konspirasi'. Bagi saya atau kami yang memerhatikan semua ini berlaku, ada pihak yg menciptakan 'konspirasi' supaya kerja-kerja mereka kelak menjadi 'teori konspirasi' yang orang ramai akan tonton sebagai "National Treasure" itu.
Penulisan saya indie. Saya tak memihak kepada sesiapa. Saya tak kacau sejarah bangsa lain, kaum lain. Saya menulis sejarah Melayu, dan mengulas sejarah dunia secara minor.
S: Dalam Emas Para Dapunta & Maharaja bab A Guy From Kementerian ada menceritakan pengalaman cik Srikandi menangani campur tangan pihak lain. Adakah ini sebab utama cik Srikandi ingin kekal anonymous? Atau soalan mudahnya, mengapa Cik Srikandi memilih untuk merahsiakan identiti?
J: Kejadian itu berlaku sebelum cadangan rombakan buku teks sejarah kita beberapa tahun lalu. Memang ada seorang pegawai yang sneak blog saya. Pembaca saya memang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, dari pengarah jabatan, pegawai kerajaan, pensyarah, jurutera oil and gas dan sebagainya. Saya perhatikan mereka suka membaca artikel saya dalam blog saya juga di MistisFiles kerana tertarik dgn gaya bahasa saya yang mencorakkan penyampaian sejarah itu
Memang ada campurtangan yang menyebabkan saya inginkan privacy saya. Sebab saya ada kes dengan pihak muzium, perpustakaan, biro tatanegara dan kerabat raja. Ini disebabkan 'kelazeran' tulisan saya menghentam pihak-pihak tertentu dahulu. Saya juga dimusuhi oleh blogger-blogger tertentu kerana mengkritik sejarah versi mereka. Saya juga dibenci oleh proksi-proksi NED yg mahu sejarah Malaysia ditulis dgn objektif mendowngrade org Melayu dan muslim.
Jadi buat masa sekarang saya selesa kekal berprivasi begini. Dalam dunia offline pun saya bebas berjuang dalam bidang sejarah. Memang ada orang yang perasan terutama 2-3 orang di universiti yang cam gambar-gambar saya tu. Tapi saya buat dek jer. :D
S: Kita telah melihat banyak penulisan cik Srikandi di laman sosial. Bukan saja buku, di The Patriots dan Mistisfiles misalnya. Sangat banyak. Bagaimanakah Cik Srikandi menyelia penulisan cik Srikandi iaini membahagikan masa antara kerja kajian dan penulisan?
J: Mula-mula memang saya menulis sendiri. Sebagai penulis jemputan di MistisFiles, saya menulis mengikut musim atau kempen. Ia sekali-sekala sahaja. Kemudian saya jadi obses. Lama-lama saya dah overwhelmed. Lepas tu ada fans saya yang cadangkan outsource. Upah freelance atau kadang fans saya bantu-bantu sikit. Saya upah beberapa editor. Saya bagi poin-poin, mereka yang taipkan dan submit. Jadi kerja saya lebih mudah, just semak dan tambah sana sini.
Jadi saya boleh merancang antara kerjaya saya dan obses saya dalam bidang sejarah. :)
Contohnya mcm website baru saya ni historianlodge.historiansecret.com , saya upah seorang webmaster maintain laman saya ni. Kalau tak jenuh la saya.. kiki ;)
S: Cik Srikandi ada menyebut tentang obses. Adakalanya benar, untuk menjadi seorang penulis yang baik, penulis perlu obses. Tetapi ada dikalangan pembaca dan pengkritik kerap menggunakan dakwaan 'syok sendiri' terhadap penulis. Jika dakwaan ini ditujukan pengkritik kepada cik Srikandi, apa cik Srikandi ingin jawab?
J: Apa yg syok sendiri? Bagaimana yg dikatakan syok sendiri? Memang kebiasaan, orang mengatakan saya begitu begini, namun bila saya tanya; "yang mana yg salah?" tiada jawapan, atau kata-kata maki hamun sahaja. Ia sebenarnya begini, manusia menjadi musuh kepada apa yang tidak difahaminya. Dalam konteks saya, mereka keliru dgn pengetahuan lapuk dan kolot yg mereka terima sebelum tu. Jadi bila saya tulis begitu begini tentang sejarah, maka mereka akan pesimis dan mencebik. Namun tiada pula cadangan atau kritikan bernas untuk mewakili pandangan mereka itu. Bagi saya, mereka itu sebenarnya syok sendiri :) Saya bagi contoh seorang jurutera yang kritik saya syok sendiri, kemudian akhirnya memaki hamun saya selepas sentap dgn jawapan saya.
S: Terima kasih atas kesudian cik Sriakndi menerima temubual ini. Jarang dapat peluang seperti ini. Ramai orang ingin menemubual cik Srikandi melalui kami (penerbit), tetapi kami kekal dengan polisi privasi yang telah dipersetujui. Jadi, silakan Cik Srikandi beri kata-kata terakhir kepada pembaca dan pengikut Cik Sriandi.
J: Terima kasih juga atas temubual ni hehe... Saya amat menghargai inisiatif Terfaktab Media khasnya. Kata-kata terakhir? Huhu. Okaylah, saya nak beritahu bahawa apa yang saya tulis secara major adalah tentang sejarah yang saya benar-benar kenal, dalam konteks ini, ialah sejarah Melayu, sejarah bangsa saya. Saya tidak menulis atau mengacau sejarah kaum lain .Namun, ada pihak yang tidak suka. Ini menunjukkan sejarah kamu (para pembaca dan pengikut saya) memiliki satu 'kuasa' yang kamu tidak mengerti pada hari ini. Namun bila nasi semuanya menjadi bubur kelak dan kamu terhukum oleh kegoblokan kamu mengabaikan kepentingannya, maka pd hari itu, kamu akan mendapatkan kebijaksanaannya (wisdom).
Tetapi saya ingin syorkan sesuatu; Adalah lebih baik mendapatkannya pada hari ini dalam keadaan kamu masih hidup selesa berbanding pada hari kamu terhukum itu. Setiap bangsa di dunia menjaga dan menyayangi sejarah mereka, mengapa tidak kamu? Mencintai sejarah sendiri bukanlah satu dosa; Patriotisme adalah satu kemuliaan. Kesusahan ekonomi acapkali disebabkan ahli politik yang dungu, bukannya sejarah, kerana sejarah mengajarkan tamadun dan peradaban.

Monday 17 August 2015

Temubual Terfaktab Episod 2 Bersama Embun Karina



Embun Karina merupakan seorang pemuisi independent yang aktif di tanah air. Sehingga kini Embun telah menghasilkan satu solo-work bersama Selut Press dengan judul Bandaraya Bougainvilla dan sebuah cerpen dalam Kitab Terfaktab Pasca Gelap.

Pada tahun ini, Embun turut terpilih untuk menyampaikan puisi-puisinya di Asian Literary Festival Jakarta. Jom kita temubual Embun dan menyelingkap dunia literary beliau.

S = Soalan
J = Jawapan Embun Karina

S: Hai Embun, apa perkembangan terbaru kau sekarang? Ada solo work terbaru yang akan rilis?

J: Perkembangan terbaru untuk tahun ini adalah persediaan untuk tahun hadapan. Ya, secara kebetulan juga semasa ke Jakarta tu aku berurusan dengan beberapa pihak bagi menjayakan solo exhibition berkenaan artwork yang akan dipamerkan kelak dekat sana. Juga sedang mencari ilham serta idea untuk skrip teater terbaru. 

Buku terbaru, InsyaAllah ada buku kolabrasi bersama Malam Puisi Jakarta. Iaitu salah sebuah kolektif juga penaung puisi di Indonesia. Yang lain-lain ada, namun kesemua itu sedang dalam draft. Nak sembang lebih, aku jenis buat diam-diam dulu baru show kerja. Baru menjadi. 

S: Tahniah untuk perkembangan terbaru kau yang mengujakan. Kami lihat kau gemar dengar genre sentimental seperti cerpen kau dalam Kitab Terfaktab Pasca Gelap yang banyak menyentuh hal kematian. Apakah ini genre yang kau suka atau kau lebih suka bereksperimen?

J: Aku seorang yang suka mengeksperimentasi keadaan dan emosi. Juga aku mementingkan naratif dalam sesebuah karya dengan apa yang aku cuba sampaikan kepada pembaca. Aku seorang yang tak reti nak menulis mengenai hal-hal kebahagiaan atau kegembiraan. 

Sebenarnya, cara pembesaran aku yang menyebabkan aku dewasa sebegini. Ianya memang banyak mempengaruhi aku sehingga sekarang. Mungkin tiada siapa yang jangka, aku membesar dengan seorang ibu yang mempunyai penyakit mental yang pernah dimasukkan dekat Hospital Tanjung Rambutan, Perak. Ketika itu aku masih kecil. Aku melihat sendiri gaya dan corak kehidupan aku yang sudah terang-terang membuatkan aku diejek, dibenci dan tak disukai. 

Tapi aku juga berterima kasih, kerana dengan apa yang terjadi sekarang membuat aku menghargai keluarga dengan sebaiknya.

S: Apakah ini bermaksud seseorang author itu gaya penulisannya lebih banyak dipengaruhi dengan cara hidup? Bagaimana pula kau rasa dengan author yang menulis bukan based on gaya hidup. Adakah itu bermakna dia lebih bijak daripada author lain?

J: Bagi aku. Buah tangan tulisan, yang masih baru kita sendiri boleh agak pasal pengalaman hidup sendiri. Kalau seseorang penulis itu mampu menulis sesebuah karya yang bukan dialami oleh dirinya sendiri dia adalah penulis yang mampu membuat pembaca percaya itu adalah ceritanya, bagi aku itu bonus bagi dia. Ilham. Kita tak boleh sangkal. 

Tapi bagi aku sendiri, aku seorang yang perlu ada dalam keadaan itu sendiri baru aku dapat tonjolkan perasaan itu. Mungkin lebih tepat, apabila menulis aku betul-betul memberi sepenuh jiwa raga aku. Sehingga aku sendiri rasa menangis dan sakit. Penulis bermain dengan kata kata. 26 huruf kau boleh olah. Bukan kira jujur atau tidak dalam karya sendiri. 

Itu perasan dan pemikiran kau. Tetap kepunyaan kau.

S: Mengapa kau fokus pada puisi? Tidak mahu cuba dengan novel atau novela?

J: Mengapa fokus pada puisi? Hmm. Puisi ini adalah tempat perselindungan aku. Sebab aku jenis tak reti dan pandai berterus terang. 

Aku banyak memendam dan berfikir kemudian. Aku juga sedang cuba menulis novel atau novela, tapi yang jadinya cerpen sahaja. Mungkin sebab aku tak suka tulis panjang-panjang sebab rasa kurang sabar nak tamatkan sesuatu penghasilan karya. 

Dalam pada tidak itu, aku masih belajar menulis supaya penulisan aku menjadi mantap, sebab aku rasa aku terlalu muda dalam dunia penulisan. Huruf-huruf yang aku nukil pun baru berpucuk.

S: Siapa inspirasi kau dalam bidang penulisan?

J: Siapa yang menjadi inspirasi? Jika dalam bidang penulisan aku membaca pelbagai jenis karya dalam kesemua penulis. Contoh A.Samad Said. 

Namun begitu, sejak dari sekolah menengah sehingga zaman Universiti aku aktif dalam persatuan bahasa. Juga melibatkan diri dalam syarahan bahasa melayu, pidato dan debat. Selalunya aku membuat teks sendiri. Jadinya, menulis mengenai artikel atau fakta untuk diusulkan itu sudah lama menjadi makanan sepanjang penglibatan aku dalam bidang bahasa.




S: Kami lihat kau pernah terpalit dengan kontroversi, dan kau hadapinya dengan tenang, satu persatu. Bagaimana kau boleh masih bertahan dalam dunia literature Malaysia yg pernah dilabel kejam ini?

J: Bagi aku. Akhirnya........sekali, tak ada yang peduli. Tak ada yang kesah dan tak ada yang mampu mengenali kau melainkan orang lain sekalipun. Tak ada yang nak tolong kau melainkan diri kau sendiri. 

Seberapa lama dan ramai orang yang mengenali kau atau bertahan dengan kau atau stay dengan kau, ianya sekadar bayang hitam. Aku selalu menyakinkan diri dan aku nak buat apa yang aku nak buat. Aku ada pencapaian untuk diri aku dalam kehidupan aku. 

Mengapa aku perlu terpalit dengan kata-kata manusia yang langsung tak memberi sebarang manfaat. Bukan senang nak hidup dalam kebencian orang ni. Satu yang penting, aku tak ada kacau orang, jadi aku kena persetankan apa orang nak kata. Percaya diri. 

Ada jalan untuk setiap permasalahan. Belum tentu sekarang, tapi percaya esok sentiasa menjanjikan hari baru.

S: Okay bercakap tentang puisi. Kami amat kagum dengan pengolahan all 'B' title dalam Bandaraya Bougainvilla. Jadi, kau pun tahu sekarang orang asyik bandingkan puisi moden/pop dengan puisi klasik. Sampai ada beberapa judul buku dikecam di laman sosial. Apa pandangan kau tentang hal ini selaku pemuisi?

J: Mengenai perbandingan puisi klasik dan moden. Mungkin mereka ini kurang pendedahannya. Bagi mereka puisi sajak dan sebagainya itu adalah lambang kemelayuan bangsa melayu. Jadi perlu dipelihara. 

Sememangnya, dalam kehidupan seharian kita pun, kita menghasilkan satu gerak seni. Seni itu meluas, mungkin tak diterima sebab bagi mereka puisi puisi atau sajak itu terlalu biasa. Bahasa mudah dan rutin yang kita guna. 

Apabila terlalu biasa, mereka menganggap itu bukan puisi, itu hanya sekadar biasa. Sedang dalam karangan atau sesuatu, cara menunjukkan karya itu diperlihat atau dipersembahkan itu lebih membuat kita dapat tangkap berbanding patah kata yang hanya dalam kertas. Pemilik puisi juga perlu visualkan. 

Oleh itu pembaca atau mereka yang melihat itu akan memahami. Kita tak boleh memarahi mereka oleh kerana mereka tidak memahami, tetapi kita cuba memperlihatkan mereka apa yang kita cuba sampaikan. Dan, mereka hanya cuba faham apa yang mereka faham. 

Aku percaya mereka yang benar ingin mendalami penulisan sesuatu takkan mengeluh dengan karya seseorang, melainkan dia betul nak tahu perbezaan dan bukan mengikut trend hanya untuk mencemuh.

S: Seni itu subjektif. Adalah benar kita tidak boleh menghakimi suatu literature dengan terlalu mudah. Jadi, apa yang kau ingin lihat, atau apa yang kau impikan mengenai dunia puisi-literature negara kita?

J: Pada pemerhatian aku sekarang, sudah ramai dan banyak yang mewujudkan akaun puisi dekat laman sosial. Juga, memperkenalkan tema pada setiap malam. Ianya bagus, aku juga bermula dekat situ, cuma mereka tidak menonjolkan siapa mereka. Mungkin mereka perlu kehadapan. Scene puisi ketika ini "meraikan" macam aku pernah lihat dan mengalami sendiri corak perjalanan puisi di Indonesia. 

Berpuisi bukan untuk mengejar nama, menjadi pemuisi yang memahami dalam bait bait tulisan yang "kena" dengan hati dan naluri pembaca. Akan tetapi, perkongsian. Aku meraikan pemuisi-pemuisi baru dan muka muka baru dalam scene ni. Kalau tak dapat mana-mana penerimaan oleh mana mana penerbit sekalipun untuk dibukukan, buat secara sendiri. Sudah tentu nanti kita akan ada pengikut yang mengikut setiap perjalanan kita dalam menulis. Ambil masa. Usaha lebih dan InsyaAllah nanti akan ada yang hargai perjuangan kita dalam scene puisi ini. Jangan matikan semangat dan terus berjuang. 

Jadi anak-anak muda yang ketandusan cinta, jangan terlalu cepat membuat keputusan membunuh diri, gunakan perasaan itu dan bentukkan kata kata. Berpuisilah. Itu salah satu cara melawan kepiluan juga. Hahahahah.

S: Jadi soalan seterusnya kami nak tanya kau tentang apakah ada perbezaan yg nyata dari segi jantina/paras rupa dalam dunia puisi ini? Yang cantik boleh pergi jauh, yang kurang cantik boleh pergi mereput?

J: Mengenai penampilan diri, tak semestinya cantik atau handsome baru boleh pergi jauh. Ia bonus. Kalau kurang dari segi personaliti. Kemaskan diri dengan cara tersendiri. Memang sifat manusia itu suka benda yang cantik cantik, nampak sempurna. Kalau nak memikat burung dekat hutan, pastikan siulan kau merdu, sungguhpun burung tu tak tahu siulan tu kepunyaan siapa. Yedak? 

Yang bagus, jadi sahaja diri kau, cari personaliti tersendiri. Sudah tentu orang terima cara kau. 

S: Terima kasih atas kesudian untuk temubual ringkas ini. Kami harap kau sukses dengan karier kau. Soalan terakhir kami lebih kepada permintaan. Tuliskan satu puisi spontan yg ringkas (tema bebas) untuk kau tujukan kepada pembaca yang membaca temubual ini.

J: Terima kasih juga kepada pihak Terfaktab kerana sudi menemubual. 

Tajuk. Bibit Bermula Aku Dalam Kandungan Ibu.

Aku melihat mata kecil anak kita dalam renungan mata kau.

Cahaya silau, menangkap mata sehingga aku kabur melihat keikhlasan. Ada bisik-bisik mengejar dusta, juga riuh rendah ketawa pembohong besar. 
Ujar laki laki, aku menjagamu sehabis nyawa.
Perempuan menangis mendengar janji pada bibir laki laki yang membuntingkan.
Apa benar aku ini berbenihkan bapa itu?
Atau saat manis adalah perjalanan sebuah tangis?
Perahu kecil masih belayar
Hujan rintih rintih.
Dan bulan, merakam malam sebuah potret perempuan yang tertinggal bersama dosa yang cuba dihentikan.
Terus apalagi yang ada melainkan darah darah dara?
Ibu tiada kasihan. 
Nyawa habis dikoyak koyakkan.

Puisi spontan ini merujuk kepada isu semasa sekarang, berkenaan bayi yang dibuang. Mungkin situasi bayi tiada berkata namun perempuan, jagalah diri. Nikmat sedap hanya sekejap. Tangis dosa silam itu sehari hari.


Tamat. Ikuti Embun Karina di laman Twitter beliau; Embun Karina
Jumpa korang pada episod 3 dengan penulis lain pula. Zass~~