Orang kata benda paling sakit dan seksa lepas sayang kat somebody tu adalah breaking up. Menangis tahap boleh tadah air mata tu dalam baldi buat mandi. Rasa nak jerit, rasa kosong. Rasa macam roh kena tarik, jadi jasad takde nyawa. Tapi bagi aku, breaking up tu mediocre je, tak perit sangat. Kau nak tahu pebenda lagi sakit dari putus cinta?
Move on.
Fasa paling dibenci. Masa ni la semua lagu cinta kau caci, semua novel jiwang kau campak tepi, kalau jalan KL nampak couple pegang tangan rasa nak maki. Pantang kau sensorang aja terus meroyan. Balang tubuh kau penuh tenaga negatif. Ada ke orang gila yang suka fasa moving on? Ada. Maybe orang yang mintak break up tu kot. Haha! Okay tak kelakar.
Makan, tidur, online, meroyan, menangis. Repeat that all day, rutin kalau tengah move on. Pastu stalking. Itu perkara biasa. Kalau boleh, ada satu tab memang bukak Twitter / Facebook ex kau tu aja. Sendiri cari pasal, pastu sakit hati. Pastu depress. Ah, perkara normal betei. Tipulah kalau kau baru break-up pastu boleh bangun pagi muka ceria. Itu bukan manusia. Atleast kalau orang yang mintak break-up tu pun konfem la ada text sekali dua konon cakap rindu. Tak payah nak tipu, mesti ada punya. Pastu kau pun tertipu, gembira layan konon rindu dia tu petanda ada harapan nak get back together. Hahaha good luck with that.
Esok lusa tetiba masa kau stalk dia, ada gambar sweet dia dengan boyfriend/girldfriend baru. Ooppss, bantal kau pun masih basah lagi menangis sebab dia, memang lencun balik la jawabnya. Benda macam ni boleh buat orang jadi gila, kan? Takpe, aku sarankan kau chill aja dulu.
Kalau dalam fasa nak move on ni , ada certain things yang kau boleh / tak boleh buat. Aku boleh senaraikan fasa-fasa tersebut kepada lima.
First of all, get a clean break! Fasa pertama macam ni memang paling perit, ye aku tahu, sakit dia macam makan makanan pedas time panas-panas. Air mata jatuh automatik, you just can't help it. Tapi siapa cakap senang? But it's the right thing to do! Unfollow terus, unfriend kat Facebook, buang contact, delete conversation, alihkan semua barang masuk dalam kotak, letak tepi. Buat apa mengenang yang lama? Nanti kau sendiri yang sakit kan?
Second, look good, feel good! Wajib kena naik kan self-esteem, be confident about yourself. Be nice to everybody, kalau boleh tweet setiap pagi " Goodmorning sunshine! " Untung kalau korang kaya, pergila shopping. Change your hairstyle, change your wardrobe! Pastu cuba cuba lah kau pergi exercise. Ini memang gerenti lepas stress, and you will look good too! Dulu aku pernah kena tinggal sebab aku gemuk, so aku jog. Dalam masa empat bulan, I've lost 13kg kot haa power en. Kuasa heartbreak! :D Lagipun, when you look good pastu tetiba jumpa ex kau berkepit dengan girlfriend / boyfriend baru, takdelah rasa malu kan? Siap boleh berlagak lagi wehhh hhmmpph!
Third, insert new people in your life. Orang cakap kalau nak move on ni, kena cari rebound. Eh, tak semestinya. Rebound ni keji, kejam nokhorommm, aku nasihatkan jauhi la, tambahkan dosa kau aja. Why not kau pergi keluar, make new friends, and just socialize? Tak payah nak pressure diri cari relationship baru. Remember, don't be a desperado! Just keep in mind, jangan bersendirian. Nanti kang meroyan haaa.
Fourth, discover new things! Make some time for yourself. Go travelling ke, roadtrips dengan kawan ke, or just drive somewhere far and random. Kalau perempuan ni aku sarankan keluar buat foodhunting je! :D Durian crepe, Wondermilk, Dip n Dip, makan je semua, go and eat at places yang kau tak pernah makan lagi. Buy a ticket to a concert, have some fun, go backpacking ke. Get some adrenaline rush, baru semangat sikit kan hidup. Jangan jadi lifeless je duduk menangis kat rumah!
Dan yang terakhir sekali, kau kena ingat. Dalam dunia ni mana ada yang kekal kecuali Tuhan. Kalau yang bertunang pun boleh putus, yang berkahwin pun boleh cerai, anything is possible. Bawak-bawak la mengucap, putus cinta bukan tanda dunia dah kiamat. Sebelum kau jumpa dia, boleh je kan kau hidup? Jangan fikir banyak. Lepaskan aja dia yang nak pergi, kalau nak merayu meroyan pun takde guna. If it's meant to be, then it will be. Ayat paling cliche untuk situasi begini : Kalau ada jodoh, takkan kemana.
Dah dah la tu. Lap air mata.
Jadi kuat, okay?
18 comments:
this is so true! tapi aku ada rebounce dengan sorang makwe ni,alasan sbb nk move on tapi alhamdulillah dari mula2 nk buat rebounce boleh declare and we were still together until now, kadang dalam rebounce ni engko jumpa cinta jugak,hiks!
Entry ni keluar right after I meroyan. Tq! >.<
hahahahaha! aku sekarang sedang mengalami fasa move on! memang tepat isi kandung sangat la haiiii..aku pernah mula pikir nak cari orang lain..tapi..aku rasa Tuhan tak pernah kecewakan kita..mungkin akan ada..tapi sabar..sabar weh!! hahaha..
What's left, Sometimes is what matter most.
semua ni so true. it happen to me and i've done it all.! Sekarang rasa cool and a little 'hot'. haha! Nice one. =P
Harap semua jadi tabah yaaa, love is life itself kannn hihiks :)
yup this is so true!! but it's really hurt when that's memory comes..
ayat terakhir terbaekkkk...thumbs up.. (^_^)b
You just said everything. Thumbs up! :)
it's true ! memang membantu time-2 macam ni yg tgah cuba untk move on! kdg2 kita rindukan kenangan bersama bukan orangnya. ;)
Move on tu payah. Maka carilah kawan2 yang boleh membantu sama.
Alaaa. Tapi tak puas meroyan lagi cane?
Haha itu terpulang la. Tatau pulak ada orang nak.meroyan smpai puas
So aku sebenarnya dah move on? Yeayy!
True....:)
Haaa..yang mana tengah move on tu boleh la cecuba contact aku (makwe sahaja)..hihikss
senyum sendiri baca seme nie..seolah2 kena dengan diri.lucu betei...=)
Sebak baca entri ni. Thanks for writing such a motivational entry. ;)
Post a Comment