Saya sudah mula bosan duduk di rumah seorang diri, jadi saya
ambil handphone saya dan call Julia, buat pengetahuan semua, Julia ni makwe
saya. Saya call Julia dan ajak Julia dating, dia setuju. Saya suruh Julia
bersiap sementara menunggu saya datang ke rumah. Apabila saya tiba dihadapan
rumah, Julia sudah berdiri dihadapan pintu, Julia pakai baju putih, Julia
nampak cantik hari ni. Julia senyum dan datang mendekati kereta, Julia buka
pintu dan masuk ke dalam.
“Hai, awak nampak cantik hari ni.” Saya memuji.
“Nice trick, but I’m not falling for that, today everything
is on you, siapa suruh ajak.” Julia kata.
Nampaknya helah saya tidak menjadi.
Saya meneruskan perjalanan kami ke tempat dating, Julia
keluarkan beberapa bongkah kayu dan cuba mencantumkan kesemuanya, namun Julia
kelihatannya tidak berjaya. Julia terlalu fokus, dari riak kerut dahi yang
kelihatan, dia memang mahu bongkah kayu itu dicantumkan. Saya biarkan Julia
dalam keadaan berfikir yang sebegitu, dia nampak bijak, saya suka bila makwe
saya nampak bijak, saya juga suka bila Julia diam, selalunya Julia akan membebel dan saya akan mengeluh, tetapi tidak hari ini. Lalu saya biarkan Julia hanyut bersama bongkah
kayu itu dan meneruskan perjalanan sambil menikmati suasana yang jarang berlaku
ini, indah sekali.
Kami dating dalam sebuah restoran pilihan saya, kami duduk
berhadapan. Selesai kami memesan makanan, Julia menyambung aktiviti mencantum bongkah
yang dia lakukan tadi. Begini, seorang lelaki akan membiarkan gadis
kesayangannya membuat apa saja yang dia suka buat asalkan ia tidak memberi
musibah, apabila ia kelihatannya seperti mula memberi musibah, lelaki akan
tunjukkan sikap ambil berat mereka dengan menegur, atas dasar ini, saya mula
menegur.
“Apa tu?” Saya Tanya.
“Ni? Oh ini star puzzle.”
“Star puzzle?”
“Yup, star puzzle ni basically impossible to solve, kita
kena cantumkan semua ni jadi bentuk bintang, susah gila nak buat you!” Julia
excited.
Saya kerut dahi.
“Oh puzzle ni orang kata inspired by an ancient indian
legend, cerita dia macam ni, ada sorang lelaki ni, dia belajar cara untuk terbang.
Jadi sebelum hari dia kahwin, dia telah terbang ke langit dan memetik bintang yang
jatuh untuk dihadiahkan kepada bakal wife dia, however,bila nak bagi bintang tu
dekat bakal wife dia, that man got nervous, tangan dia menggeletar gila babi
sampai bintang yang dipegangya itu terlepas dan terpecah kepada enam kepingan.
Lelaki tu jadi takut, dia kelam-kabut mencantumkan kepingan yang pecah tadi
menjadi bintang semula, and dia berjaya, then they lived happily ever after,
romantik kan?” Julia terang panjang lebar.
Sebagai seorang
lelaki bijak, saya akan menganalisis setiap maklumat yang saya terima, apabila
Julia memberi saya maklumat yang sedemikian rupa, otak saya juga tidak akan
terlepas untuk secara tiba tiba menganalis maklumat tersebut. Lalu setelah
berfikir sejenak, saya mula menyatakan hasil analisis saya.
“Mengarutnya.” Saya kata
“What?”
“You know, tak logik, you mana boleh amek bintang time dia
jatuh, kan bintang terbakar kat atmosfera.”
“Okay, betul, tapi ni cerita dongeng.”
“Still, tak ada moral, cerita dongeng sepatutnya ada moral
yang nak disampaikan.”
“Come on, cerita dongeng je okay,” Julia kata, saya
mengambil star puzzle yang diperkatakan itu di atas meja dan mula
membelek-belek. “ The point is, star puzzle ni memang impossible nak solve, you
kena ceraikan semua sekali then cantum balik jadi exactly macam bentuk …..”
Saya letakkan star puzzle yang sudah siap di atas meja.
“[sigh] There’s so much to hate about you Syed Hafeeeez.”
“Nak try main chess?” Saya mengusik.
“Whatever.”
Saya senyum tanda kemenangan.
Julia tunjuk
‘finger’.
2 comments:
kau ingat kau sweetlah syed apis?
OK.
Ahhhh, sweet!!
Post a Comment