Friday, 17 May 2013

Star


  Saya sudah mula bosan duduk di rumah seorang diri, jadi saya ambil handphone saya dan call Julia, buat pengetahuan semua, Julia ni makwe saya. Saya call Julia dan ajak Julia dating, dia setuju. Saya suruh Julia bersiap sementara menunggu saya datang ke rumah. Apabila saya tiba dihadapan rumah, Julia sudah berdiri dihadapan pintu, Julia pakai baju putih, Julia nampak cantik hari ni. Julia senyum dan datang mendekati kereta, Julia buka pintu dan masuk ke dalam.

 “Hai, awak nampak cantik hari ni.” Saya memuji.

 “Nice trick, but I’m not falling for that, today everything is on you, siapa suruh ajak.” Julia kata.

  Nampaknya helah saya tidak menjadi.

  Saya meneruskan perjalanan kami ke tempat dating, Julia keluarkan beberapa bongkah kayu dan cuba mencantumkan kesemuanya, namun Julia kelihatannya tidak berjaya. Julia terlalu fokus, dari riak kerut dahi yang kelihatan, dia memang mahu bongkah kayu itu dicantumkan. Saya biarkan Julia dalam keadaan berfikir yang sebegitu, dia nampak bijak, saya suka bila makwe saya nampak bijak, saya juga suka bila Julia diam, selalunya Julia akan membebel dan saya akan mengeluh, tetapi tidak hari ini. Lalu saya biarkan Julia hanyut bersama bongkah kayu itu dan meneruskan perjalanan sambil menikmati suasana yang jarang berlaku ini, indah sekali.

  Kami dating dalam sebuah restoran pilihan saya, kami duduk berhadapan. Selesai kami memesan makanan,  Julia menyambung aktiviti mencantum bongkah yang dia lakukan tadi. Begini, seorang lelaki akan membiarkan gadis kesayangannya membuat apa saja yang dia suka buat asalkan ia tidak memberi musibah, apabila ia kelihatannya seperti mula memberi musibah, lelaki akan tunjukkan sikap ambil berat mereka dengan menegur, atas dasar ini, saya mula menegur.

 “Apa tu?” Saya Tanya.

 “Ni? Oh ini star puzzle.”

 “Star puzzle?”

 “Yup, star puzzle ni basically impossible to solve, kita kena cantumkan semua ni jadi bentuk bintang, susah gila nak buat you!” Julia excited.

  Saya kerut dahi.

 “Oh puzzle ni orang kata inspired by an ancient indian legend, cerita dia macam ni, ada sorang lelaki ni, dia belajar cara untuk terbang. Jadi sebelum hari dia kahwin, dia telah terbang ke langit dan memetik bintang yang jatuh untuk dihadiahkan kepada bakal wife dia, however,bila nak bagi bintang tu dekat bakal wife dia, that man got nervous, tangan dia menggeletar gila babi sampai bintang yang dipegangya itu terlepas dan terpecah kepada enam kepingan. Lelaki tu jadi takut, dia kelam-kabut mencantumkan kepingan yang pecah tadi menjadi bintang semula, and dia berjaya, then they lived happily ever after, romantik kan?” Julia terang panjang lebar.

  Sebagai  seorang lelaki bijak, saya akan menganalisis setiap maklumat yang saya terima, apabila Julia memberi saya maklumat yang sedemikian rupa, otak saya juga tidak akan terlepas untuk secara tiba tiba menganalis maklumat tersebut. Lalu setelah berfikir sejenak, saya mula menyatakan hasil analisis saya.

 “Mengarutnya.” Saya kata

 “What?”

 “You know, tak logik, you mana boleh amek bintang time dia jatuh, kan bintang terbakar kat atmosfera.”

 “Okay, betul, tapi ni cerita dongeng.”

 “Still, tak ada moral, cerita dongeng sepatutnya ada moral yang nak disampaikan.”

 “Come on, cerita dongeng je okay,” Julia kata, saya mengambil star puzzle yang diperkatakan itu di atas meja dan mula membelek-belek. “ The point is, star puzzle ni memang impossible nak solve, you kena ceraikan semua sekali then cantum balik jadi exactly macam bentuk …..”

Saya letakkan star puzzle yang sudah siap di atas meja.

 “[sigh] There’s so much to hate about you Syed Hafeeeez.”

 “Nak try main chess?” Saya mengusik.

 “Whatever.”

  Saya senyum tanda kemenangan.

  Julia tunjuk ‘finger’.


                                                                    *Gambar hiasan

2 comments:

Hey said...

kau ingat kau sweetlah syed apis?

OK.

BidadariBesi [SYAA] said...

Ahhhh, sweet!!