Seekor rusa sedang enak memakan tumbuhan di sekeliling,
penantian selama 8 jam oleh Sulejmani dan anaknya Robin sudah boleh dikatakan
hampir berbaloi. Panah dan busur sudah disiapkan, Robin membidik ke arah rusa
tersebut, ini adalah pengalaman pertama Robin mengikut ayahnya pergi memburu
rusa. Buat masa ini, kita ketepikan persoalan mengapa Sulejmani memburu
menggunakan busur dan anak panah instead of senapang. Ini adalah pengalaman
yang cukup mengujakan buat Robin, rusa depan mata, tunggu masa saja untuk
dipanah. Robin menarik nafas tenang.
Zas!
Anak panah terbenam ke dalam tubuh rusa, Robin membuat satu
tumbukan padu ke udara sebagai tanda ringkas menyambut kejayaannya menjatuhkan
rusa tersebut. Saat rusa dan anak panah tersebut bersama-sama tumbang ke bumi,
Robin pandang Sulejmani, Sulejmani senyum.
“Go.” Sulejmani kata.
Robin datang perlahan-lahan mendekati rusa yang tidak
bergerak itu, Robin mendekatkan mulut ke telinga rusa dan berbisik,
“Sekarang awak tahu siapa yang bunuh awak.”
Dalam radius 80 kilometer dari hutan tempat Sulejmani dan
anaknya memburu rusa, atas highway, satu kapel sedang bergaduh di dalam kereta,
jika dizoom ke bahagian dalam kereta tersebut, anda akan dapat melihat saya dan
makwe saya sedang hebat bertengkar. Nama makwe saya Flora, ketika ini Flora
sedang sibuk menghentak-hentak tangannya ke dashboard sambil menyumpah seranah
saya, saya pula sedang stress menahan makian Flora dan dalam masa yang sama,
saya perlu meletakkan fokus pada jalanraya, situasi sangat tegang sekarang ni,
bila bila masa saja benda benda bodoh boleh berlaku.
“Pandang muka I bila I cakap dengan you!” bentak Flora tanpa
berfikir.
“I tengah drive, nak tengok muka you apa benda, you tengah
marah ni, chill, jangan cakap benda benda bodoh.” kata saya cuba menenangkan
Flora.
“Bodoh? Oh you nak cakap I bodoh lah sekarang ni? Macam tu?
Eyyyh I taknak la boyfriend pandai sangat macam you ni, pandai sangat sampai
semua orang dia rasa bodoh. Turunkan I sekarang! Sekarang!.” Flora kata, sambil
tangannya menghentak dashboard kereta. Apabila tangan Flora sudah mula menumbuk
bahu saya, saya terpaksa membuat keputusan.
Saya kasi signal ketepi dan berhenti di bahu highway, Flora
bingkas membuka pintu kereta dan melompat ke luar, pintu kereta dihempas sekuat
hati. Saya duduk tenang tanpa membuka tali pinggang keledar dan hanya memerhati
gelagat Flora dari dalam kereta. Dia berjalan menjauhi kereta sambil
menghentak-hentak kaki untuk memberi idea bahawa dia sedang marah. Beberapa
saat kemudian, Flora datang kembali, Flora berdiri di tepi pintu kereta dan
mengetuknya beberapa kali meminta-minta belas ihsan supaya membenarkan dia masuk.
Saya buka tingkap sedikit, cukup cukup hanya untuk membolehkan kami
berkomunikasi.
“So you nak I sekarang?” saya tanya Flora.
Dia angguk, ada sedikit riak penyesalan muncul dari muka
Flora. Nampaknya Flora sudah mula menyedari kebodohannya.
Saya geleng kepala.
Flora terpana seketika.
Saya menekan pedal minyak perlahan-lahan, kereta mula bergerak
kehadapan. Seperti babak dalam mana-mana drama, Flora mula mengetuk pintuk
kereta beberapa kali sambil menjerit-jerit nama saya, tidak cukup dengan itu,
apabila kereta sudah mula membelakangi Flora, dia mula mengejar. Namun, semua
perbuatannya sudah tidak membawa makna apa apa lagi, saya sudah semakin jauh
meninggalkannya, saya melihat cermin pandangan belakang, satu senyuman nipis
terukir di bibir apabila melihat pantulan imej Flora terjatuh sewaktu cuba mengejar
saya. Setiap masalah perlu diselesaikan, Flora adalah masalah dan saya gembira
kini dia telah diselesaikan. Dayus? Jangan judge saya, anda tak tahu berapa
banyak siri pertengkaran yang sudah kami lalui. Saya teruskan perjalanan, menuju ke utara dengan hati yang sangat lapang.
Biarkan Flora, ada lelaki yang lebih budiman akan
mengutipnya pulang.
6 comments:
Haha terbaekk..
Awesome shiznit ! :D
Cool -..-
Hahaha suke2 gud
Terus tenang dan tinggalkan masalah.
saya x suka pemaki..kalau saya pon akan buat seperti penulis... hahahaha..
Post a Comment