Monday, 13 May 2013
Tolak Ansur
Dalam hubungan ni orang kata kena bertolak ansur. Kekadang kita memberi, kekadang kita menerima. Tak boleh sentiasa memberi dan sentiasa nak menerima. Tak adil namanya tu. Sebelah pihak sikit punya nak pecah kepala asyik nak memberi, satu lagi pihak sikit punya sedap goyang kaki sentiasa nak menerima.
Tolak ansur ni luas. Dari segi masa, tenaga, duit atau perasaan kau sendiri. Penting sebenarnya cari pasangan yang boleh bertolak ansur ni. Sebab bila tak boleh bertolak ansur, maksudnya dia pentingkan diri sendiri. Tak ke susah namanya tu. Sekarang mungkin kau boleh layan perangai dia, ikut rentak dia. Akan datang kau tak tahu. Kalau kata kau tak kisah sebab kau boleh mengalah, fine. Tapi sampai bila pun kau larat nak mengalah. Tanya diri sendiri.
Aku pernah je jumpa pasangan yang salah sorangnya tak boleh tolerate. Yang sorang selalu mengeluh, yang sorang sentiasa bahagia macam ada dekat alam fantasi. Orang luar tengok macam bahagia je pasangan ni. Padahal orang tak tahu keluh kesah yang nak kena mengalah tak sudah tu. Mengeluh tu tak semestinya tak ikhlas sayang ke pasangan dia, tapi kau kena faham. Manusia kan. Sesekali nak memberi, sesekali nak menerima. Kekadang nak dimanjakan, kekadang nak memanjakan. Err, macam euww pulak aku rasa ayat tu.
Bagi aku, benda paling senang kau nak tengok orang tu boleh tolerate ke tak adalah duit. Orang kata bab duit ni jangan dibuat main. Boleh bergaduh, boleh berbunuh, putus sedara, putus kawan. Nampak tak betapa pentingnya duit tu kat manusia. So, kau boleh tengok orang tu boleh tolerate atau tak untuk sesuatu yang penting macam duit. Bunyi agak materialistik, tapi itu hakikat dia.
Mostly benda ni isu dekat perempuan. Sebab kebanyakan perempuan akan fikir lelaki kena tanggung semua benda. Kau lelaki, kau lah bayar. Gentleman sikit lah bro. Senang kata setiap kali pergi dating, lelaki kena keluar duit dan dia si perempuan hanya perlu keluar air liur. Untung jadi perempuan ye dak. Padan muka lelaki. Siapa suruh jadi lelaki. Eh.
Aku nak tanya, sepuluh kali kau pergi dating, berapa kali kau bayar dan berapa kali dia bayar? Tak payah cerita pasal expenses minyak dan tol lah. Leceh sangat nak cerita yang tu. Cukup sekadar makan dan tiket wayang. Okay lah, kalau kata bf kau banyak duit so apa ada hal setakat bayar makan dengan belanja movie. Dia pun tak pernah mintak kau bayar apa-apa. Well, baguslah kalau pasangan kau kaya banyak duit dan bersikap gentleman. Tapi tak salah pun rasanya kalau kau sesekali keluar duit bila pergi dating walaupun kau tu perempuan dan pasangan kau kaya dan tak mintak duit kau. Macam mana gentleman sekali pun mamat tu, kalau sesekali kau keluar duit untuk diorang, aku bet diorang appreciate korang atas apa yang korang buat tu.
Kalau kata dari segi tenaga dan masa ni mungkin berkait rapat. Kekadang kita rasa benda ni kecik sebab tak nampak secara langsung. Tapi percaya cakap aku yang benda ni dalam diam main peranan jugak. Contoh pasangan kau tu busy nauzubillah orangnya sampai kekadang nak jumpa kau pun tak sempat. Makan pun tak tentu masa. Tak salah rasanya kau tolong masak dan hantar ke dia. Atau tolong dia buat kerja dia. Dari kau memekak tak tentu hala merungut dia sibuk kerja sampai tak hirau kau. Better kau pulak mengalah datang dekat dia. Cari inisiatif. Kalau dia kekadang boleh korban kan rasa penat datang jumpa kau sebab tak nak kau merajuk, tak kan kau sesekali tak boleh korban rasa geram dengan mengalah dekat dia.
Tolak ansur dalam perasaan ni pun satu hal jugak. Pasangan kau pesen kerja banyak bergaul dengan jantina berlawanan dengan dia. Itu tuntutan kerja dia. Tak boleh nak elak. Kau kena berkorban dan tolerate sikit dengan faham keadaan kerja dia tu macam mana. Jangan lah nak melenting tak memasal, cemburu tak sudah. Tak kan hari-hari nak gaduh sebab isu yang sama. Sesekali boleh kau suarakan yang kau tak suka sesuatu yang berkaitan kerja dia. Selebihnya kau simpan. Tak perlu bebankan dia dengan hal remeh cemburu yang tak kan pernah habis tu. Asal dia pandai jaga diri, jaga kau, jaga hubungan korang, settle.
Tapi nak cari orang yang boleh tolerate dengan kita tu bukan senang. Serius bukan senang. Kalau nasib kau baik, kau dapatlah. Kalau tak, makan hati lah kau ye dak. Kehkeh.
Labels:
Effa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tapi macam mana bila dah sentiasa tolerate on everything terasa macam di ambil kesempatan pulak? I've never complained about him takde duit nak belanja or anything. Bukan nak mengungkit, cuma nama pun tolerate kan? Taktahu nak cakap mcm mana.
Tolerate pun kena tahu had jugak lah. Dan perlu kedua-dua pihak. Kalau asyik you je nak tolerate tapi dia pun tak boleh jugak.
pernah jadi kat kawan i.. dia nak sangat berkepit 24 jam dengan pakwe dia.. kalau pakwe dia tak call sehari, menggelabah semacam padahal pakwe dia nak study je.. dia tak fikir yang pakwe dia tu budak sains.. kawan i tu budak akaun.. last-last kawan i mintak putus, punya la sedih mamat tu.. kawan i kata dia nak lelaki sayang dia, masalahnya i tengok pakwe dia tu okey apa.. takkan nak berkepit 24 jam? -_-
Post a Comment