Monday 20 May 2013

Just friends. Not.


Sarah duduk bersandarkan dinding atas katil, pegang selimut dekat dengan dada, masih lagi keliru. Otak Sarah masih cuba untuk menenangkan sistem panik dalam badan. Kalau setengah jam yang lepas, apa yang dia rasa adalah seronok dan penuh bahang atas ranjang, sekarang jadi sejuk. Sarah menggigil, tubuh dan hati. Orang di sebelah pun turut sama diam. Muka serba-salah.
" What have we done? " kata Sarah. Bilik terasa senyap yang nyata.
Tapi hakikatnya, bila bangun esok pagi, life goes on. Kita manusia, kehendak dan nafsu adalah benda tipikal. Kesalahan pertama jadi yang kedua, ketiga dan seterusnya. Tapi aku rasa ini mungkin nasib malang Sarah, salah pilih orang. Salah pilih cinta satu malam.
" Betul ni one night stand je? " tanya aku. Sarah geleng sambil nangis.
Benda jadi mudah sikit kalau yang fizikal kekal fizikal, hati dan perasaan letak tepi. No feelings involved. Tapi kes Sarah? Dah rasa sedap sedikit, terus tamak nak lagi. Satu malam jadi dua, berjumpa dua minggu sekali. Hubungan dalam gelap, konon mulut cakap kawan. 
" We're okay with this, no status whatever but we're comfortable. " ini Sarah cakap sebelum dia meroyan.
Tipu kalau tak wujud perasaan, tipu kalau tak sedih, tipu kalau tak makan hati dan tak cemburu. Semua kau dah langgar, semua kau dah buat. Aku tanya kau sekali lagi, ini kawan ke pebenda ni woi?

Bayangkan anda berada dalam situasi sebegini, dengan orang yang dikenali ramai. Tweetfemes contohnya. Gila tak gila jadinya nanti? Celaka betei.

Celaka ni ada dua keadaan. Yang pertama, kalau kau ni jenis mulut joyah. Perangai macam makcik pergi beli karipap pastu tak puas hati kenapa ada karipap inti kentang, takde karipap inti sardin. Komplen, meroyan, bising sana sini sampai dua minggu isu yang sama. Tak ke celaka tu, jadi drama kat timeline. Paling tak pun, adegan sentap-menyentap, perli perli konfem ada.

Celaka nombor dua ni, bila kau jadi bodoh baik macam Sarah. Bukan salah si tweetfemes tu, katanya. Ini salah berdua. Jadi Sarah diamkan aja, tak bagitahu sesiapa. Aku pun tahu last-minute, bila dia dah jadi zombie simpan perasaan sendiri. Celaka sebab benda ni jadi rahsia, jadi penyakit yang kau simpan. Kalau hubungan tu jadi, eh aku tumpang gembira. Kalau tak jadi? Macam Sarah ni, lepas dua tiga bulan, tetiba putus hilang contact macam tu je. Takde call, text, Whatsapp, dua-dua senyap. Jadi strangers. Nak cari balik pun buat apa? Nama kan kawan. Esok lusa rupanya dia dah ada perempuan lain. Aku tanya lagi sekali, kalau nak marah ke, nak cari balik ke, buat apa? Kan konon cakap kawan. 

Jadi akhirnya, yang rasa perit tu Sarah. Yang si tweetfemes ni pulak, ada je merata-rata, dah unfollow pun masih muncul di timeline. Nak move on pun susah, segala aib dia, benda yang mereka dah buat bersama, kena simpan diam-diam.
" Eh kau kenal tak si _________ ni? Dia macam cool je weh, bila lepak sama pun macam baik. " ujar kawan Sarah sambil tunjuk tweethandle si tweetfemes. Sarah telan air liur cakap tak.

Nasib kau la, Sarah.


3 comments:

Anonymous said...

bangang si tweetfemes! aku benci samdol cm tu.. T_T

Anonymous said...

kejam nya laki mcm tu...apa laa...kesian pompuan tu...huhu...

Mikael Sahaja said...

Cerita dia Sarah ni pun boleh tahan kelakar jugak. Haihhh