*scroll down*
Syahira: 'Weh, tengok ni wehhhh!'
Amy : 'Apa wehhhh?'
Syahira: 'Si Tika dah kahwin wehhhh!'
Amy : 'Tahu dah. Kau tengok kat mana? Facebook?'
Syahira: 'Aah, aku tak jengah invitation diorang kat FB. Kau? Asal tak pergi?'
Amy : 'Ohh, aku kan kerja tadi.'
'Cantik kan pelamin dia.'
Syahira: 'Warna favourite aku dowh. Haha.'
Amy : 'Semua dah kahwin, budak batch kita dekat 6 org kahwin. Kau bila lagi?'
Syahira: 'Kau tanya aku macamlah kau dah kahwin. Haha.'
1. Situasi pertama:
Tengok facebook sekarang ni. Fuhh. Ramai dan kebanyakan kawan-kawan sekolah, matriks ada yg dah bertunang, berkahwin, beranak. Sebagai seorang yg bujang, masih berhempas pulas menghadap kertas kerja, thesis bagai, mengharungi erti hidup, apa yg korang rasa?
Nak kata cemburu, mungkin sikit. Tapi bagi aku, cemburu tu singgah sekejap je. Masa dalam proses tengok gambar-gambar majlis dan pengantin, rasalah nak kahwin jugak. Lepas tu, rasa biasa. Aku rasa 'alaa, takpe lah, bahagia jugak hidup single masa belajar ni'
Tapi, untuk sesetengah kawan-kawan aku yg dah berpunya, respon diorang bila tengok kawan lain kahwin, 'nak kahwin jugakkkkk!'
Konklusinya senang, mungkin sebab diorang dah berpunya. Diorang dah bersedia untuk komited, rasa cinta, sayang dan kasih semua dah ada tinggal nak diluahkan secara fizikal je, dan halal. *gelak kecil*
Untuk orang macam aku, ambil masa nak mencari cinta, kasih dan sayang. *gelak kecil* Tapi, aku bahagia sebab aku tak rasa sunyi dan tak payah nak pening kepala.
2. Situasi kedua:
Soalan 'Kau bila nak kahwin?' tu memang akan jadi halwa telinga aku bila umur dah masuk 20-an. Kalau dengan kawan-kawan bertanya tu normal dan boleh dibuat gelak-gelak, sepak-sepak kawan kau tu bila tensi. Tapi, bila dah jumpa sedara-mara, kawan-kawan mak ayah kau, memang jadi target la. Hipotesis aku, semakin meningkat umur, semakin kerap kau kena tanya soalan cepumas ni.
Bila awal-awal tu aku bagilah respon malu-malu kucing kat sedara-mara aku. Bila dah lama-lama nak je aku tanya, 'tu anak perempuan mak cik tu bila nak kahwin?'
Konklusinya senang, cekalkan hati terima cakap-cakap orang. Esok lusa diorang lupa la tu. Nak lagi senang, ubah topik. Yang extreme, takyah keluar rumah jumpa orang. Lagi extreme dan untuk orang yg lucky enough, pindah negara. Haha. Yg lagi senang, kahwin cepat!
Tapi, semua ni pada pendapat aku.
6 comments:
aku lelaki yg masuk 30 dan untuk situasi no.2 tu aku hanya jawab dengan gelak. lama-lama diaorang tak tanya dah.
nak kahwin. nak kahwin.. hahaha. betul cakap kau. kadang-kadang kita kena settlekan tanggungjawab menuntut ilmu dulu. kerja dah ada. ekonomi dah kukuh, ilmu dah cukup, ibu bapa dah merasa duit gaji kita. baru boleh kahwin. YEY. KAHWIN. btw, artikel yang bagus. :) and thank you terfaktab.. hehehe
setakat ni takde yang kuarkan pertanyaan bila nak kawen. Maybe surrounding masih dengan pelajar jugak. Balik kampung pon jarang-jarang. Jadi selamat. Setakat ni! =)
"Bila nak kawen?" fuh dah beribu orang tanya soalan ni kat aku kot.
biasa la bila dah nk masuk 3series ni makin bertubi-tubi salan ni ditanya. Nak tepis/elak pun kadang2 tak sempat.
sekarang ni orang tanya aku akan jawab "doakan mudah-mudahan ada jodoh untuk saya". Jangan Putus doa.Insyallah..
Kisah saya pulak mcm ni.
Saya baru bercinta dalam 5bulan. Kami mmg happy tapi saya selalu terasa nak nangis bila dia salah cakap atau terasa dngn kata2 dia. Apa yang patut2 saya buat?
Post a Comment