"Aku dah penat untuk sentiasa jadi yang terbaik. Akhirnya kena tinggal jugak. Jadi yang terbaik pun asyik kena sailang memanjang. Baik aku jadi playgirl. Puas hati, hidup pun seronok."
Terdengar kata-kata dari seorang gadis yang baru putus cinta namun dari selera dan gaya makannya umpama selama bercinta dia tak pernah disuap dengan makanan. Betullah kata orang. Bila bercinta memang sentiasa kenyang 24/7. Bila dah putus cinta, barulah nak kenal yang mana satu nasi putih, yang mana satu ayam goreng dan yang mana satu sambal belacan! Maka, tak mustahillah selera makan bagi orang yang baru putus cinta bergantung pada cara pemakanan mereka sewaktu sedang hangat bercinta. Okay, aku taknak jadi pakar pemakanan sebab perkara pasal-makan-dan-perempuan-dan-gemuk-dan-kurus takkan pernah habis selagi lelaki masih lagi meletakkan rupa dan gaya sebagai kriteria teratas dalam memilih makwe.
Menjadi yang terbaik. Acapkali aku perhatikan perempuan sentiasa memaksa diri untuk menjadi yang terbaik, yang tercantik, yang terhebat dan segala bagai yang lagi lah dalam sesuatu perhubungan. Lelaki? Ikut suka dia. Masa awal kenal pun rupa macam tu, dah nak putus dan bila dah putus pun masih macam tu juga. Untuk berubah itu bukan lelaki. Diorang tetap kekal sama seperti yang asal. Berlainan sungguh dari perihal sang perempuan. Kenapa ya?
Perempuan
Makanannya yang terindah
Minumannya yang tercantik
Perhiasannya yang rupawan
Kedudukannya yang tertinggi
Keperluannya yang terhebat
Segalanya mahu yang terbaik!
Hampir semua makhluk bernama manusia sedar dan akur tiada yang sempurna di dalam dunia tetapi perempuan sedaya upaya unutk mencipta kesempurnaan dalam diri dan dalam setiap perhubungan. Entah kenapa kudrat sang perempuan yang tak seberapa itu sengaja dikerah sehabis daya untuk sentiasa mewujudkan kesempurnaan di sekelilingnya. Perempuan sentiasa mencari yang terbaik, sentiasa ingin menyediakan yang terbaik dan dalam tak sedar dalam pencarian yang terbaik itu akhirnya mereka kalah dan semuanya menjadi terbalik.
Kenapa perlu kau mencipta diri untuk menjadi yang terbaik sedangkan kau sedar jiwa raga hampir pupus, kudrat makin longlai, nyawa hampir ke penghujung demi ingin menyediakan yang terbaik itu? Kau cemas dalam persaingan yang tiada, kau lemas dalam cemburu yang kau bina, kau bercelaru pada keadaan yang tenang. Bertenanglah. Antara sedar tak sedar, engkau yang sedang bertungkus lumus untuk menjadi yang terbaik itulah yang telah menjadi penyebab untuk si dia berlalu pergi tanpa alasan. Jadi di mana yang terbaik itu mahu dipamerkan pula?
Nah, bertenang. Itu saja kata kuncinya. Bertenang dalam segala hal. Bertenang dalam setiap situasi. Bertenang dalam mengawal diri. Bertenang untuk tidak cuba menukar diri menjadi sesuatu yang lain. Bertenang mendengar setiap keluhan dan setiap permasalahan yang timbul. Bertenanglah. Jika kau dapat menghadirkan ketenangan dalam diri dan si dia masih cuba untuk bermain-main kayu tiga atau empat di belakang, percayalah. Rasa bersalah itu sendiri yang akan bertandang menemui si dia. Dan tidak mustahil si dia akan melutut kembali dan menuntut jutaan kemaafan. Dan pada saat itu, aku ajar satu benda yang lain pula di kemudian hari. ^__^
"Kehidupan ini sering menjanjikan yang terbaik. Perjalanan kita sering dihidangkan dengan kesempurnaan. Tapi sedarkah bahawa yang terbaik dan kesempurnaan itu hanya palsu belaka? Tiada yang terbaik, hanya ada yang baik. Dan sempurna itu, hampir tiada langsung." SD
7 comments:
Terkesan di hati saya entri ni. Boleh tak saya nak share di blog saya? Mungkin beberapa baris ayat? Terima kasih :)
Please, go on. Yang baik disebarkan, yang buruk dijadikan tauladan.
keep up a good job sis...
thanks anon... ^_^
macam mana nak hantar artikel kat sini eh?
cik anon boleh rujuk pada informasi blog. hurmm, bila bertanya soalan kan lebih manis bila tonjolkan diri, ye dok?
yg puji td tu adik kamu hehehe
Post a Comment