Monday 15 April 2013

Kisah Sarah


Ini cerita pasal Sarah.

Aku suka Sarah. 
Sumpah weh, dekat mata aku, Sarah lah yang paling cantik, paling anggun, paling cun. Aku kenal Sarah masa sekolah dulu, masa tu baru pindah sekolah. Comel sangat Sarah sampai aku tergagap masa nak kenalkan diri, rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut! Rasa seram sejuk. Alah, biasalah. Aku baru tingkatan 2 masa tu.

Aku suka Sarah.
Walaupun kelas aku tingkat 3 dan Sarah punya kelas kat tingkat 5, takpe, aku sanggup naik atas nak tunggu luar pintu kelas dia. Berbaloi jugak sebab boleh lepak sama dengan geng Sarah masa rehat. Ramai orang gelakkan aku, sebab Sarah lagi tua. Alah, biasalah. Aku tak kisah pun. Dia baru tingkatan 4, bukan 40 tahun.

Aku suka Sarah.
Tapi aku baru dapat tahu Sarah dah ada boyfriend. Masa tu mak aku masak gulai ikan patin pun aku tak lalu nak makan, tiap kali masuk kelas pun rasa terbang je semua ilmu taknak masuk otak. Hhhmm sedihnya. Eeeehh tapi takpe, Sarah cakap kitaorang still boleh jadi kawan, boleh je nak pergi rehat sama-sama. Lagipun boyfriend dia abang tingkatan 5, selalu busy. Kemain happy lagi aku, terus ada bunga dalam hati! Haa tapi time tu aku mana tahu istilah 'friendzone'. Kalau lah aku tahu...

Aku suka Sarah.
Dah habis sekolah pun aku masih suka Sarah. Seminggu sekali mesti wajib lepak sama, ada banyak benda yang Sarah nak cerita. Ketawa dia, sedih dia, manja dia, semua aku dah kenal. Sarah makin cun sekarang, ramai lelaki minat Sarah. Tapi dorang bukan suka Sarah pun, dorang mana kenal Sarah macam aku kenal. Dulu Sarah lagi comel pakai tudung. Dorang bukan nampak cantik Sarah macam aku nampak.



Aku suka Sarah.
Tapi sekarang Sarah dah lain. Haritu Sarah datang rumah, menangis. Kesian Sarah, kena pukul dengan boyfriend dia, habis lebam-lebam, dekat kaki Sarah ada darah. Sarah nak jalan pun susah, sakit sangat kata Sarah. Sejak hari tu, Sarah dah tak macam Sarah yang aku kenal. Aku tak berapa suka dengan Sarah yang baru ni. Aku risau. Dulu Sarah mana kenal clubbing semua ni, dulu Sarah cool. Dulu Sarah suka baca buku. Aku rindu Sarah yang dulu.

Aku suka Sarah.
Sebab tu la aku tak tinggalkan dia. Kesian Sarah, ramai orang cakap dia jahat. Ramai orang cakap dia sundal. Aku tahu Sarah bukan macam tu. Dorang tak nampak sedih Sarah, hati Sarah pedih. Aku lebih tahu siapa Sarah. Biarlah apa nak jadi. Aku tetap sayang Sarah. Aku tetap terima Sarah.

Dua belas tahun aku tunggu Sarah. Dua belas tahun aku simpan dalam diam sayang aku kat Sarah. Dua belas tahun aku ada dengan Sarah. Rahsia dia semua aku pegang, baik buruk dia, aib dia, semua aku tahu. Sayang aku kat Sarah tak pernah kurang, tak pernah berubah. Ramai mana pun lelaki yang mengaku pernah tawan Sarah, pernah genggam kasih Sarah, takkan ada yang sama dengan apa yang aku ada dengan Sarah. Kami lebih dari itu. Setia aku kat Sarah lebih dari cinta, lebih dari sayang. Tapi kesian Sarah. Sarah dah mati, hati dia dah mati. Dan akhirnya jasad Sarah sama-sama mati, berkubur jauh bawah tanah. Tertimbus, jauh dalam gelap, jauh dalam suram. Sarah hilang dari dunia bersama sayang yang aku simpan dalam diam.

Aku suka Sarah.
Always have, always will.

Al-Fatihah.


5 comments:

FN said...

Cite btui ka ni? Al fatihah

Unknown said...

aih.. cite sedih. sedih aku. al fatihah buat sarah.

Mikael Sahaja said...

Kalau cerita ni cerita rekaan, sumpah sedih.

Kalau cerita ni cerita betul, kepalahotakkausedihlasialjadimacamtu!

zaffe said...

*hulur tisu*

Anonymous said...

12 tahun tunggu.. cinta.. cinta..