Sunday, 21 April 2013

Spark

Jujur, aku jenis yang cepat bosan. Aku tak pernah ada relationship yang lebih dari setahun kecuali dengan boyfriend aku yang sekarang. 

Satu hari, aku rasa bosan dengan boyfriend aku. Rasa cinta berbunga berdebar setiap kali tengok muka boyfriend macam orang baru bercinta, "spark" tu dah hilang. Menyampah sangat dengan semua benda dia buat, muka dia, suara dia. Rasa macam nak suruh dia diam, pergi main jauh-jauh.

Dekat seminggu jugak aku rasa menyampah tengok dia. Setiap hari bergaduh. Sampailah satu hari, ada orang call aku. Aku dapat tawaran untuk join rancangan realiti TV. Aku tak hantar pun borang penyertaan, tapi rezeki aku producer rancangan tu jumpa gambar aku yang keluar magazine tahun lepas. Rezeki, peluang besar bagi aku. Tapi, otak aku terus teringat boyfriend aku.

Sebulan aku takde. Siapa nak gerak dia bangun, paksa pergi kelas? Siapa nak make sure dia makan cukup, tak makan roti canai sekeping je sehari? Siapa nak tolong dia buat assignment? Siapa nak duduk sebelah dia dalam kelas nanti? Siapa nak jadi tukang tunjuk jalan?

Tapi bukan ini ke yang aku nak? Aku kan dah menyampah tengok muka dia. Buat apa peduli? Ini masa aku untuk berkawan bebas, kenapa perlu aku fikir pasal dia? 




Aku pandang dia, aku tanya "Sayang, bayangkan kalau esok you bangun, I dah takde. Apa you nak buat?"

Dia diam 5 saat, terkedu aku tanya macam tu agaknya. Dia jawab sampai menangis, sampai tersedu, sampai tak boleh sambung cerita. Aku dapat rasa jujur, ikhlas, aku dapat rasa dia betul-betul sayang aku.

Walaupun ego aku tinggi, dan aku tak pernah mintak maaf dekat dia sampai sekarang. Tapi malam tu, lepas dengar jawapan dia, aku nangis. Aku nangis depan dia, tapi aku senyap. Dalam hati aku sedar, selama ni aku bodoh. Tak pernah nak hargai dia yang sayang aku. Sampai hati aku boleh ada perasaan bosan dan tak nampak semua benda yang dia berkorban untuk aku. Tak sedar yang sebenarnya aku bertuah.

Hi kawan, kalau awak rasa bosan dengan boyfriend awak, rasa macam you deserve someone better, rasa konon cantik boleh cari boyfriend sekelip mata, fikir balik. Kenapa harap dia je layan awak macam puteri tapi awak layan dia macam kuli. Tanya dia soalan sama saya tanya boyfriend saya, tengoklah nangis ke tak nangis.




11 comments:

Wadi AR said...

dapat boyfriends keras hati batu macam mana? nak ke dia nangis?

she said...

Tak kisah dia nangis ke tak. Tak semestinya nangis tu jujur. Awak boleh rasa kalau jawapan dia jujur.

maryam qystina said...

Aku pnh tny..sama..dia nangis ..4bln lps tu dia tinggalkn aku..aku senyum..dia xjujur

maryam qystina said...
This comment has been removed by the author.
Zaiti Shaari said...

penulis, awak bertuah :)

Anonymous said...

penulis bertuah! I dah cuba semalam. tapi jawapannya mengecewakan.. dok ckp kita bukan baru couple, awk dah tahu jawapannya. Cheh!

Anonymous said...

Silap sikit gals. Nk konfem a result kene amik few bacaan. So u should ask-
1. Setahun lagi..bila da setahun perhubungan..ask the same question
2. Lepas engagement dn tukar cincin..tanya lg skali
3. Lepas akad nikah..tanya lg
4. Lepas dpt 1st child...tanya lg skali soklan sama
5. Lepas pindah rumah baru...tanya lg
6. Lepas anak da masuk skolah..tanya lg soklan sama
7. Lepas anak masuk uni...tanya lg soklan sama kt beliau

Note the intensity of the answer and plot a graph of intensity of answer over time. Ko akan mendapati semakin lama bersama,semakin lama dia diam. Diam ada makna tu!

she said...

Lain lelaki lain jawapan. Kalau tanya banyak kali pun fed up. Sebabtu dia diam kot? Tanya unexpectedly.

nurfatin aisha said...

Aku da pernah buat. Effect nya, sampai sekarang aku senyum.

nurfatin aisha said...

Aku da pernah buat. Effect nya, sampai sekarang aku senyum.

Anonymous said...

she u are right dear! Sebab I dah tnya bnyk kali.. Kihkihkih. Tp, I nk jugk tnya bnyk kali. Sbb die jenis susah nk tunjuk kasih syg. Huhuhuhu