Sunday, 28 April 2013

Lelaki Romantik vs Lelaki Kaya.




Aku ada berbual dengan orang-orang yang berpengalaman pasal isu ni. Makcik Rossa (bukan nama sebenar) kata dia nak sangat suami romantik, PDA (Public Display of Affection) sikit-sikit, tunjukkan sayang tu secara fizikal seperti bagi bunga paling tidak pun masa ulang tahun kelahiran. Suami makcik Rossa (yang sudah tentunya tidak romantik) pulak berpendapat sebaliknya. Pakcik Haris (bukan nama sebenar) kata baik cari lelaki yang baik, lengkap ciri-ciri jadi suami, kaya lagi bagus, romantik tu tak payah ambil kira.

Makcik Rossa tetap tidak bersetuju, ‘Ah awak, awak tu tak romantik. Kita nak pegang tangan dia pun tak boleh. Malu la orang nampak konon. Padahal tak da orang tengok pun.’
‘Kau tahu Neelofa (bukan nama sebenar aku), masa makan beradab time kahwin sekaliiii tu la dia suapkan makcik makan. Lepas tu, sakit tangan la sakit kaki la.’
Pakcik Haris menepis dakwaan isterinya, ‘Eh awak nak suap masa tu saya makan tulang ayam. Takkan la saya nak sua tulang ayam bagi awak. Lofa, cari lelaki kaya, baik, soleh. Romantik tu janganlah geli je, bayangkan kalau lelaki romantik nanti nak berkepit je sepanjang masa payah jugak.’ Pakcik Haris tergelak besar.

‘Macam makcik kau ni, pakcik pergi kursus bagi dia kad kredit tinggalkan dekat shopping mall, dia shopping lah.’

‘Lofa, Lofa, Lofa, kau bayangkan makcik sorang-sorang shopping bosan Lofa kalau tiga hari kursus macam tu. Nak jugak ada suami teman pilih barang’, kata Makcik Rossa.

Aku pun terfikir, orang kata ‘duit tak menjamin kebahagiaan’, kalau tak ada duit pun susah jugak. Tapi kalau lelaki romantik dengan tak romantik apa solusinya. Mungkin tu maksudnya kita kena hidup bersederhana dalam segala aspek. Apa agaknya pilihan wanita sekarang?
Inilah shortlist yang pada pendapat aku perbezaan atau ciri-ciri ketara dua kategori lelaki ni. Mungkin salah mungkin betul, renung-renungkanlah. Ahaks.

Lelaki Romantik:

  •      Suka buat ‘event’ untuk kekasih terutamanya untuk meraikan hari-hari istimewa. Kadang-kadang kalau yang terlampau romantik hari-hari bagi bunga, candlelight dinner siap.
  •          Lelaki-lelaki romantik selalunya manis mulut mereka atau kata lain ‘sweet’. Sering mesej ayat-ayat cinta.
  •      Perlu diawasi jika dia berkata-kata manis dan bersikap romantik dengan wanita-wanita lain.
  •      Kuat cemburu.
  •      Sensitif, terutamanya pabila si isteri bekerja, tak dapat nak romantic katanya.
  •      Boleh menjadi king-control.
  •           Macam dalam drama.


Lelaki Kaya atau secara general Lelaki yang tidak Romantik:
  •      Suka bagi duit untuk si isteri buat ‘event’ sendiri. Seperti sponsor majlis hari lahir kawan.
  •          Tidak terkenal dengan sikap manis mulut.
  •      Dalam hati ada taman.
  •       Perlu sentiasa diawasi kerana kemampuan si suami untuk kahwin dua, tiga dan empat.
  •      Macam dalam drama.



Sebenarnya, aku rasa banyak lagi perbezaan tapi ni berdasarkan apa yang aku dengar, lihat dan tahu, dan juga pengalaman individu tertentu, which may or may not apply to everyone. 

Baru-baru ni aku belajar kalau buat telur dadar letak air sikit, lazattttt.

No comments: