Wednesday, 17 September 2014

#1 Post-Break Up, Don'ts : Kutuk Ex

Orang selalu kata, ‘Tengah sayang, itulah yang ditatang. Hilang sayang, semua pun melayang’. 

Masa bercinta semua manis, semua baik. Puji amboi kemain tinggi. Takde salah, semua betul. Tapi adat bercinta biasalah ye dak, kadang tak sampai hujung. Jodoh tak panjang agaknya. Lepas break up, pap! Twist 360 degree. Semua benda keluar. Dari yang dulu sebaik manusia, sekarang dia hentam sampai ke tanah serupa orang tu tak pernah ada sisi baik. Entah dia lupa jalan cerita dulu, atau dia yang lupa diri. 

Kutuk Ex-bf/gf selepas break up is a BIG NO wahai anak-anak. Why?

Kau tak rasa macam kutuk diri sendiri ke? Dia pernah jadi sebahagian dari hidup kau. Pilihan kau. Pernah sayang, pernah cinta. Bila kau mengata dia sama macam kau cakap diri sendiri. Bila kau kata dia tak guna. Kau sayang orang tak guna ke selama ni? Atau sebahagian dari hati dan diri kau selama ini adalah tak guna? Mungkin jugak kau ada taste yang teruk sebab suka orang tak guna. Magaaddd.

Kalau kau nak kata ‘sebab aku dah sedar dia tak guna lah aku cari baru’. Mampu senyum sinis je lah aku kalau dengar sebab permainan ayat tu akan terus berlangsung kalau kau break dengan pasangan kau yang seterusnya dan yang seterusnya lagi. On and on and on. 

Bila kau seronok sangat menghebahkan sesuatu yang buruk tentang ex kau, tanpa kau sedar sebenarnya kau jugak dah bukak jalan untuk orang keliling nampak kelemahan bukan setakat hubungan, malah diri kau sendiri. Depan kau mungkin orang akan gelakkan ex kau, belakang kau mungkin orang akan make fun kau pulak. Who knows? Sebab kadang kita memang akan rasa kita betul, tapi rupanya ada jugak salah kita yang kita tak perasan. So, beware. 

Tak tahu orang lain cemana, tapi orang kutuk ex kita depan muka ni dia punya makan dalam boleh tahan pergi jauh dari orang mengata diri kita sendiri. Exactly bukan sebab still ada perasaan. Tapi entah. Bila aku tengok member kutuk member pasal ex dia, ‘Kau lah bodoh pergi pilih orang macamtu’ sampai member tu duk terkulat-kulat tak tahu nak balas apa. Aku yang tengok dalam hati duk berketik ke yang bercakap tu ‘Hang tau dak, hang ni cilake?’

Ada setengah orang fikir, dulu ada benda yang perlu dijaga dan dirahsia buruknya hubungan atau pasangan dari umum sebab dia masih ada dalam hubungan tu sendiri. Putus je, dah boleh lepas semua memandangkan pihak yang satu lagi bukan siapa-siapa lagi dekat dia. Dari buruk yang dulu dinafi, sekarang dibuka dengan rela hati tanpa sekelumit rasa bersalah dihati.


Kawan, itu prinsip yang salah. 

Tak semua benda perlu dirungkai. Sama ada jahatnya dia atau silapnya engkau, biarkan simpan kekal diam. Tak perlu dijaja. Macam mana kau jaga masa bersama, macam tu jugak sepatutnya kau jaga sesudah tiada. Boleh bercerita, tapi tidak semua. Kena ada limit yang sangat rigid masa bercerita. Dan tujuan pun bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Sebab kadang orang dengar bukan sebab betul-betul kisah, tapi sekadar nak tahu. Seronok mengambil tahu. Dan cerita engkau menjadi rencah bicara hasil sesudah tahu.

Macam mana kau mula dengan cara yang baik, macam tu jugak kau kena sudahkan dengan cara yang baik. Dunia ni tak besar mana. Esok lusa entah macam mana bertembung muka.

Dalam membina hidup baru, kau perlu biarkan yang lalu kekal berlalu. Yang sedia tahu, biar sekadar itu. Dan yang tidak tahu, biarkan diam membisu. Cukup kau dan dia sahaja tahu apa sebenarnya berlaku yang semua orang tak tahu. 

2 comments:

Judh said...

Ahahahahahahahahahhahahaahaahaahaha

milot said...

Aku suka!