Kau rasa apa yang paling penting dalam hubungan?
Diam. Fikir. Dapat jawapan. Boleh jadi kau setuju, boleh jadi tak. Terpulang.
Bagi aku benda paling penting dalam hubungan adalah kepercayaan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dari kepercayaan tu la datangnya kesetiaan. Percaya dan setia tu sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kalau ikut istilah ekonomi, percaya dengan setia ni macam barang pelengkap. Kalau takde satu, satu lagi tu macam takde makna. Lebih kurang gitu lah.
Mak aku selalu cakap,
Dalam hubungan ni, kita kena macam main layang-layang dengan pasangan kita. Kena pandai tarik dan lepas. Kalau kau nak layang-layang kau kekal terbang, kau kena tahu lah bila masa kau nak lepas dan bila masa kau nak tarik. Kalau tak, jatuh tersembam lah layang-layang kau.
Kau faham maksud mak aku tu?
Orang selalu duk gebang, bebas tu hak milik individu. Macam tu jugak dengan pasangan kau. Kau kena bagi dia ruang untuk diri dia jugak. Bukan setiap masa kena ikut arahan dan permintaan kau yang kadang-kadang tu tak masuk dek akal. Dari celik mata sampai tutup mata semua nak kena cerita, semua nak kena report. Sesak nafas kau tahu. Kalau bf kau suka lepak dengan member, futsal, snooker dengan kengkawan lelaki dia, biarkan. Kalau gf kau kekadang nak girls day out, shopping, movie. Biarkan.
Bila aku kata biarkan tu tak bermakna aku suruh kau biarkan terus sampai tak endah dia keluar dengan sapa, pergi mana, buat apa. Bukan. Kang lain jadi kau jugak yang susah. Kau masih kena amik tahu semua tu. Cumanya bagi dia kebebasan untuk dia buat apa yang dia nak, apa yang dia suka. Bukan ini tak boleh, itu tak boleh.
Kau lepaskan dia bila dia nak get some fun dengan kawan-kawan dia. As long as dia bagitahu kau mana dia pergi dan dengan sapa tu pun dah kira cukup. Tak perlu lebih sampai soal siasat macam pegawai polis soal tahanan. Lepastu tak payah lah asyik call tanya bila dia nak balik. Kau ingat dia anak kau ke apa. Kalau orang buat kau macamtu pun confirm kau rimas kan. Kalau lelaki tu sah sah kena bahan dengan member sebab takut awek. Tak memasal. Tercalar jugaklah maruah kan.
Dan kau kena tarik dia balik bila kau tengok dia macam terlalu leka dengan benda sekeliling. Boleh jadi dia asyik keluar dengan kengkawan sampai takde masa untuk kau. Atau dalam satu situasi dia lebih memilih untuk keluar dengan kengkawan dari date dengan kau. Sadis tak? Kat situlah kau kena main peranan. Dan kau jugak kena tahu macam mana cara nak tarik. Bukan main redah je. Salah cara tarik kang rosak layang-layang. Kan?
Dalam sedar atau tak, bila kau lepaskan dia untuk keluar dengan orang lain, kat situlah terletaknya kepercayaan kau kat dia. Dan itulah masanya nak uji tahap kepercayaan kau dan kesetiaan dia.
Dalam hubungan, aku berpegang dengan satu prinsip,
Jauh mana dia pergi, tinggi mana aku lepaskan dia, kalau dia tahu siapa dia dengan aku, dia akan tetap setia dengan aku. Tapi kalau macam mana aku ikat dan kawal dia sekalipun, kalau dia tak tahu mana letak duduknya dia dengan aku, dia tetap akan curang dan cari lain.
Aku tak suka nak control bf aku ikut cara yang aku suka. Sebab bagi aku kalau betul dia matang dan sayang aku, tak payah aku asyik nak jaga langkah kaki dia. Dia sepatutnya tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh dengan status dia. Kalau dia dah pandai nak bercinta, sepatutnya dia dah tahu tanggungjawab dan komitmen yang sepatutnya dia beri untuk aku. Sebab macam mana sekalipun aku jaga gerak geri dia, ingatkan dia itu ini, kalau dia tak tahu siapa aku dengan dia pun tak guna jugak.
Eh, kau tahu tak. Kekadang, orang yang kita biar dia lepas tu lagi tahu jaga diri dan status dia dari orang yang kau control bagai nak mati tu tau. Serius. Sebab kekadang, lagi ketat kau ikat dia, lagi pandai dia 'makan luar'.
Eh, kau tahu tak. Kekadang, orang yang kita biar dia lepas tu lagi tahu jaga diri dan status dia dari orang yang kau control bagai nak mati tu tau. Serius. Sebab kekadang, lagi ketat kau ikat dia, lagi pandai dia 'makan luar'.
Memang tak mudah nak percaya ke pasangan sendiri bila dia dengan orang lain. Nak nak kalau dia ramai kawan berlainan jantina dengan dia. Kang kalau tersangkut pulak dengan orang lain padah jugak ye dak. Tapi kau kena percaya kat dia. Dan kau pun kena cuba matang. Sampai bila kau nak control dia. Sampai satu masa, kau akan rasa penat untuk control dia.
Bila kau biarkan dia buat apa dia suka, pergi mana dia nak pergi tu bukan bermaksud kau tak endah pasal dia. Tapi kau bagi dia ruang untuk bernafas dan berseronok tanpa kau. Bagi aku tu tak salah. Kau sendiri pun boleh dapat ruangkan masa untuk diri kau sendiri. Eh, macam mana sekalipun, korang perlu masa untuk diri sendiri tau. Kau kena tahu tu.
Bila kau nak bagi kepercayaan tu biar kena dengan masanya. Bukan main bagi tak tentu hala. Dan untuk pihak yang dah diberi kepercayaan tu pun jangan ambik kesempatan. Secara timbal balik, kau setia dengan dia. Tak susah pun. Tak susah lah kalau kau tak gatal. Kalau kau gatal memang susah lah cerita dia.
Percaya ke pasangan tu penting sebab kalau takde kepercayaan hubungan kau tak kan kemana. Kawal pasangan tu boleh tapi biar kena cara. Lepaskan pasangan tu perlu bila ada masanya. Dan setia tu tertakluk atas pilihan kau. Titik.
Bila kau biarkan dia buat apa dia suka, pergi mana dia nak pergi tu bukan bermaksud kau tak endah pasal dia. Tapi kau bagi dia ruang untuk bernafas dan berseronok tanpa kau. Bagi aku tu tak salah. Kau sendiri pun boleh dapat ruangkan masa untuk diri kau sendiri. Eh, macam mana sekalipun, korang perlu masa untuk diri sendiri tau. Kau kena tahu tu.
Bila kau nak bagi kepercayaan tu biar kena dengan masanya. Bukan main bagi tak tentu hala. Dan untuk pihak yang dah diberi kepercayaan tu pun jangan ambik kesempatan. Secara timbal balik, kau setia dengan dia. Tak susah pun. Tak susah lah kalau kau tak gatal. Kalau kau gatal memang susah lah cerita dia.
Percaya ke pasangan tu penting sebab kalau takde kepercayaan hubungan kau tak kan kemana. Kawal pasangan tu boleh tapi biar kena cara. Lepaskan pasangan tu perlu bila ada masanya. Dan setia tu tertakluk atas pilihan kau. Titik.
5 comments:
Semoga Ex aku berjaya membaca post ini walaupun aku tidak lansung menghiraukan dia kini. Aiceh.
Kenapa. Ex kau ni golongan mana? Kaki kontrol? Tak setia?
aku cuba untuk bersangka baik pada si dia walaupn dia sangatlah menjaga diri dia untukku..aku thu dia seorng wanita yg baik, berniqab dan berpurdah sntiasa bahkan ke kelas..walaupn jangan lihat pada luaran tarbiyyah dalam diri dia amatlaaah kuat semata2 kerana allah..dia tahu aku ada ex aku dluw..tp dia tk prnh suruh ak cerita pasal ex dia..sbb mngkin dia nk mulalkn yng bru denganku..tetapi yang menjadi masalahnya sikap aku yng kerap curiga kemana sahaja dia pergi walapun dia tk buat tp ak selalu tuduh dia melulu dan dia just patah hati je then bleh maafkn aku..aku suruh dia cari lain tapi dia tak nk..punca ak jd begini ialah disebbkan ex aku dluw yang byk menipu aku , janji tkkn tngglkn aku akhirnya..sewaktu nak berpisah dgn ex ak, dia bleh ungkit ckp pakwe dia yang dluw lg baik dr aku..abes siapa aku?dh nk dua tahun bru kau ckp mcm tu kt aku..perempuan ap kau ni yng dah serah segalanya?aku bukn nk buka aib tp aku kecewa dgn sikap ex aku..dan skrng ak dh jmpa lg baik ak nk jaga sbaiknya, tk mcm ex aku yg serah diri dia pada aku..yg buat ak susah lupakn dia..tapi org yng bru masuk dalam idup aku, mengajar aku mngenai agama, jauhi maksiat aku jd ingin berubah..tskk aku sedar ak tk layak tapi dia sgt baik pd aku..dengan entri blog ni sdikit sbyk membantu ak untk brubah jd lebih baik untk si dia agar tidak terseksa hnya disbbkn ex aku, dia yg terkena tempiasnyaa.
thank you effa :)
thanks..sgt mmbntu..😊👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Post a Comment