Friday 29 March 2013
Hai
Hai, saya Syed Hafeez, saya sombong.
Apabila ditanya apa yang perlu dibuat seterusnya dalam Terfaktab Zine ini, Aqram menyuruh saya untuk memperkenalkan diri dan bercerita tentang pengalaman cinta. Bullshit.
Saya tidak mahir dalam ilmu memperkenalkan diri jadi saya rasa adalah lebih elok jika ia dilakukan dengan cara yang paling ringkas. Hai, saya Syed Hafeez, saya sombong. Itu saja.
Saya tidak ada pengalaman cinta yang menarik untuk diceritakan jadi pada hemat saya bahagian bercerita tentang pengalaman cinta ini tidak perlulah diketengahkan lagi buat masa ini.
Jadi,
Cinta, pada saya cinta ini lahir apabila kita mula minat, ya, dari minat lahir cinta, dari cinta lahir rasa takut, dan rasa takut biasanya berkait dengan sesuatu yang menyakitkan, dalam konteks relationship biasanya kesakitan berpunca dari kehilangan. Kadang-kadang kita perlukan rasa takut ini supaya kita sentiasa beringat dan berwaspada dalam relationship itu sendiri dan sentiasa berusaha untuk menjadikannya untuk berada dalam satu tahap yang paling baik. Saya cintakan menulis dan penulisan, walau hakikatnya saya masih lagi hijau dalam kancah ini. Saya pernah menulis blog (sudah tutup sebab tak bayar domain) dahulu dan sudah lama meninggalkannya kerana sudah mula hilang spirit untuk meneruskannya lagi, tapi terus terang saya akui, saya cintakan blog itu, macam gampang punya complicated kan rasa dia? Hilang spirit tapi cinta lagi. Setelah sekian lama hilang spirit, tiba tiba saya dipelawa oleh Aqram untuk menulis disini, dan saya memandang ini sebagai satu peluang. Atas dasar takut untuk hilang minat kepada benda benda baik yang saya cinta,saya mengambil peluang ini dan berharap ia menjadi pelantar untuk saya lebih maju! Macam bagus pulak rasa cakap macam ni.
Saya juga berharap saya mampu untuk menghasilkan sesuatu disini, sesuatu yang memaknakan kembali makna sesuatu agar orang ramai tahu bahawasanya rasa cinta adalah rasa yang sangat sesuatu, dan untuk mengembalikan makna sesuatu dalam rasa yang sangat sesuatu itu bukanlah tugas yang mudah. Kehilangan makna sesuatu dalam rasa yang sangat sesuatu adalah bahana yang sangat dahsyat, pelbagai jenis kemudaratan dan kerosakan boleh berlaku, kerosakan kecil dan kerosakan besar, pada sekecil-kecil invidu dan sebesar-besar alam. Macam gampang, tapi itulah kenyataan. Hilang rasa cinta dalam diri boleh buat kita hilang makna jadi manusia, dan ingat, cinta, bukanlah sekadar pakwe dan makwe.
Jadi, sekian saja mengenai diri saya, semoga kita berjumpa lagi di lain hari.
Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kahkahkah kahkahkah -perempuan gila
aqram ada orang marah ko nama dia syed hafezz
Post a Comment