Sunday 31 March 2013

The Cycle

Heart. Hurt.

Benda biasalah kan, jumpa someone, falling in love at first sight. Pada awalnya awak kata better simpan cinta sendiri, biar Tuhan tentukan. Bila dia dah approach ohmygod, i can't help my own feeling. Berkenal, merasa cinta, nikmat dunia. Saat bercinta sure ada sikit masalah, then terfikir kalau awak jual mahal dulu and simpan dia just as crush mesti semua kesakitan ni tak dirasa. Alhamdulillah, after a few day hubungan kembali indah, love take hostage. You lose balancing. You miss your own self. Until the day come when hubungan jadi tawar. All the sweetness dah jadi common and hambar. He doesn't want you anymore. You feel like dying.

Awak seakan-akan tak percaya. Takkan semudah ini cinta yang dilafaz, kenangan yang diukir terys dilupa. Awak merayu dan jadi clingy. Watak perempuan berpendirian bertukar menjadi perempuan desperate. Dia tetap begitu, masih seperti itu. Saat itu awak terfikir alangkah baiknya jika awak tak bertemu dengannya.

Kita, manusia selalu mempersoalkan. Tak tahu bersyukur.




Awak jatuh terkial membawa beban kepedihan di dalam hati. Mencari teman yang selama ini ditinggalkan. Mencari Tuhan yang selama ini awak lupakan. Masa berlalu, detik demi detik awak bangun. Mulakan hidup baru, bersendiri. Memapah iringan minda dan jiwa awak dengan sepenuh kudrat yang awak ada. Awak berjaya, awak berhasil untuk tersenyum. Stabil. Saat itu, awak terfikir baiknya hidup tanpa kekasih, tiada masalah, hidup juga mudah.

Masih menjalani rutin harian dengan baik. Gembira. Sentiasa beringat, kisah lalu perlu diambil pengajaran. Awak lupa, kita manusia biasa. Fitrahnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Jarum jam terus berlalu dan awak sunyi.Tika melihat teman-temanmu bercerita tentang cinta masing-masing, awak tersenyum angguk kepala, tumpang gelak. Hati awak sewaktu itu resah kerana sunyi, terlalu sunyi. Terfikir, ahh alangkah baiknya jika awak mempunyai seseorang yang sentiasa memerhatikan awak, menyulam cinta bersama.

Telan sunyi sendiri, rasa pahit. Kemam dalam-dalam. Dalam diam, awak terpandang seseorang. Tertarik. Yeahh ada crush balik. Kehidupan kembali gembira, berulit pelangi-pelangi cinta. Sunflower sunflower. Dia pun suka awak juga. Dan begitulah ceritera bermula. Berulang dan terus berulang.


4 comments:

Zaiti Shaari said...

Tapi nak jumpa sunflower tu entah kat mana.

ZwarteZonnebloem said...

It will come to you wkwk :)

Ashida Md Anuar said...

omg omg, this is what i felt before. and till now, i am still single. sejujurnya, sunyi kot takde someone special. disebabkan sunyi tu la, bila kite jumpe someone, even dia tak hensem, perangai macam cilake pon kite boleh jatuh cinta. hoho

mimi aziah said...

Yup...kdg2 rase sunyi amat bile kene spend weekend kat rumah n alone pulak tu. Sedih!